Cerpen Segala Yang Tercinta Ada Di Sana

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana (Zainal Rashid Ahmad) KOMSAS

Tingkatan 3
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung.
Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada
semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana
kos perubatan mahal. Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan
dan amat disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji
Salleh Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji
Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis
dan rakan-rakan.
Tema
Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung.
Masyarakat kampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani
kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi
mereka. Guru mengaji dan imam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama
dan mengatasi sebarang masalah dalam kehidupan harian.
Persoalan
i.

Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.

Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur
digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.
ii.

Pendidikan agama dalam masyarakat.

Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang
penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat
iii.

Ketaatan kepada guru.

Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru
mengaji dan imam kampung.
iv.

Kemiskinan masyarakat di kampung

Contoh: Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin. Penulis dan
rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan kelaparan.

Plot
i.

Permulaan

Penulis mengingati zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di


kampung.
ii.

Perkembangan

Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi


menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk
kampung.
iii.

Puncak

Penulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong,
kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.
iv.

Peleraian

Penulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak
akan dilupakan oleh mereka.
Teknik Plot
i.

Imbas Kembali

Contoh: Penulis menggunakan teknik imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari awal
hingga akhir. Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya semasa
dibesarkan di kampung.
ii.

Dialog

Contoh: Dialog antara Hajah Tom dan penulis semasa menasihatkan anak-anak muridnya
supaya sentiasa tawakal, berserah dan berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar
mendapat keberkatan ilmu.
iii.

Pemerian

Contoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang dapat digunakan
untuk mengubat pelbagai penyakit.
iv.

Kejutan

Contoh: Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara tiba-tiba.

Watak Utama
Aku/kami
i.
Penulis dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan di
kampung.
ii.

Rajin

Contoh: Penulis dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom
dan Haji Salleh Pumpong.
iii.

Taat

Contoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja pekerjaan yang
disuruh oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.
Watak Sampingan
Hajah Tom
i.

Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung.

ii.

Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda.

iii.

Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.

iv.

Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang.

v.
Kuat agama. Contoh: Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakan-rakannya agar
sentiasa mengingati Tuhan.
vi.
Baik hati. Contoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat
murid-muridnya sangat letih kerana belum makan.
vii.
Pemurah. Contoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu
Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.
viii.
Penyayang. Contoh: Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan
rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak. Penulis dan rakan-rakannya juga telah
khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom.
Haji Salleh Pumpong
i.

Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis.

ii.
Berpengetahuan luas. Contoh: Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu segala
perkara yang berkaitan dengan agama.

iii.
Pembersih. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun
surau itu telah uzur.
iv.
Penyayang. Contoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang
penyayang.
Latar
Latar Masa
i.
Waktu subuh. Contoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh kerana
ada anjing berkeliaran pada waktu itu.
ii.
Malam-malam pertengahan Ramadhan. Contoh: Hajah Tom menasihatkan penulis dan
rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada binatang buas
yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut
iii.
Pagi-pagi sebelum keluar rumah. Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa
menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepada mereka.
iv.

Sebelum habis bulan pertama persekolahan

Contoh: Dalam jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala
bacaan dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka.
v.
Suatu hari kelam-kelam buta.Contoh: Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan rakanrakannya membersihkan surau.
vi.
Tiga bulan kemudian. Contoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan menyuruh
Haji Salleh Pumpong mengajarkan solat jenazah kepada penulis dan rakan-rakannya.
vii.
Awal Ramadhan. Contoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam Haji
Salleh Pumpong pula meninggal dunia.
Latar Tempat
i.

Kampung. Contoh: Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan.

ii.

Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besar

Contoh: Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke rumah
Hajah Tom.
iii.
Surau. Contoh: Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan penulis
atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji Salleh Pumpong. Penulis dan
rakan-rakannya juga telah membersihkan surau kerana air pasang yang membawa selut dan
lumpur mengotori surau tersebut.

iv.
Gubir. Contoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak oleh
pengganas.

Latar Masyarakat
i.

Masyarakat kampung.

Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang digambarkan
bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional.
ii.

Masyarakat miskin.

Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk
mendapatkan rawatan di klinik.
iii.

Masyarakat yang taat kepada guru .

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru
Quran mereka.
iv.

Masyarakat yang prihatin.

Contoh: Hajah Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap
anak-anak muridnya. Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak muridnya sebelum
mula mangajar mereka.
v.

Masyarakat yang mengutamakan kebersihan.

Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu sangat
daif keadaannya.
vi.

Masyarakat yang mengenang jasa.

Contoh: Penulis dan rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan Haji
Salleh Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil.
Gaya Bahasa
i.

Kata Ganda

Contoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/sama-sama/cepatcepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisa-sisa/berebutrebut/budak-budak/lama-kelamaan.
ii.

Simile. Contoh: Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap dewa-dewa.

iii.

Pengaruh Bahasa Asing. Contoh: bahasa Arab - insya-Allah/Allah

iv.
Pengulangan
kata.
Contoh: Kalau dia
kata
jauhi; kalaukatanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.

jangan, maka segera

kami

Nilai
i.

Nilai ketaatan

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan
guru Quran tersebut.
ii.
Nilai keprihatinan. Contoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan
sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran.
iii.
Nilai baik hati. Contoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakanrakannya sekiranya mereka belum makan.
iv.
Nilai mengenang jasa. Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa
Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka.
v.

Nilai kasih sayang

Contoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil
berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.
vi.
Nilai kebersihan. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau
walaupun surau itu telah uzur.
Pengajaran
i.

Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh
Pumpong.
ii.

Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.

Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakanrakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.
iii.

Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.

Contoh: Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila
mengetahui mereka keletihan dan kelaparan.
iv.

Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.

Contoh: Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh
Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.

v.

Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.

Contoh: Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada
mereka.

You might also like