Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA

KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN PROJEK


MENCERIAKAN BILIK SEJARAH

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH INTERNSHIP


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JANUARI 2013
DENGAN KERJASAMA PANITIA SEJARAH
SEK. KEB. SERI SURIA, KUALA LUMPUR

1.0 PENGENALAN
Projek

menceriakan

bilik

sejarah

bertujuan

untuk

mewujudkan

suasana

pembelajaran yang kondusif disamping menyediakan sebuah bilik sejarah yang membantu
dalam perkembangan kognitif dan sosial murid. Disamping itu, bagi memenuhi keperluan
pelaksanaan amalan profesional internship yang memerlukan guru pelatih merancang,
melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah. Projek menceriakan bilik sejarah ini juga memberi peluang kepada guru pelatih
untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan
sebenar tugas guru permulaan. Justeru, dengan pelaksanaan projek ini dapat memberi
pengalaman sebenar kepada guru pelatih bagi menghadapi cabaran kerjaya seorang guru.
Disamping mewujudkan sebuah bilik sejarah yang komprehensif dan digunakan sepenuhnya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sejarah.
2.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kerjasama dan bantuan pihak
pentadbir Sekolah Kebangsaan Seri Suria, bagi menjayakan projek.
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama projek menceriakan bilik sejarah ini adalah bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif disamping menyediakan sebuah bilik sejarah yang
membantu dalam perkembangan kognitif dan sosial murid. Disamping itu, mewujudkan
sebuah bilik sejarah yang komprehensif dan digunakan sepenuhnya semasa proses PdP
mata pelajaran Sejarah.
4.0 OBJEKTIF
Projek menceriakan bilik sejarah bertujuan untuk:
4.1 Menyediakan bilik sejarah yang penuh dengan maklumat dan berinformasi
4.2 Menghias bilik sejarah bersesuaian dengan proses PdP Sejarah
4.3 Menggalakkan interaksi dua hala antara guru dengan murid
4.4 Menggalakkan suasana pembelajaran yang aktif
5.0 CADANGAN
Tarikh

18 Julai 2016 - 5 Ogos 2016

Tempat

Bilik Sejarah, Sk. Keb. Seri Suria

6.0 JAWATANKUASA INDUK

6.0 JAWATANKUASA PELAKSAAN


Mentor

: Pn. Subashini a/p Vamana


: Cik Azlina binti Ali

Pengerusi

: Pn. Subashini a/p Vamana

Pelaksana Projek

: Dyana binti Donald


: Haliza binti Hara
: Zunurain binti Zulkefli

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Bil
.
1

Item

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah Harga

Cat (Pelaka)

RM 15.00

RM 60.00

Berus cat

RM 2.00

RM 6.00

Kain langsir

15 meter

RM 3.00

RM 45.00

Tali rapiah

2 gulung

RM 3.00

RM 6.00

Kertas A4

1 rim

RM 8.90

RM 8.90

Kertas warna

1 rim

RM 10.90

RM 10.90

Kertas laminate

1 rim

RM 40.00

RM 40.00

Pembalut meja

5 meter

RM 5.00

RM 25.00

9
10

Stepler Gun
Bunga

RM 23.00
RM 21.90
Jumlah

RM 23.00
RM 21.90
RM 326.80

1
1

8.0 PENUTUP
Projek ini diharap dapat memenuhi matlamat dan syarat pelaksanaan amalan
profesional Internship PISMP IPGM. Selain itu, hasil projek diharap dapat digunakan
sepenuhnya oleh guru dan murid dalam proses PdP.

Disediakan oleh,

______________________
(DYANA BINTI DONALD)
Guru Pelatih
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Disemak/disokong oleh,

_____________________
(PN. SUBASHINI A/P VAMANA)
Mentor/Ketua Panitia
Sk. Seri Suria

Disahkan oleh,

_____________________
( TN. HAJI ZAINAL )
Guru Besar
Sk. Seri Suria

You might also like