Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pasir Salak

Pasir Salak merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi Sungai Perak, Perak, Malaysia. Di
seberang sungai terletaknya pekan Kampung Gajah. Di belakang Pasir Salak terletaknya
jelapang padi Seberang Perak. Kini Pasir Salak berbangga dengan adanya Kompleks Sejarah
Pasir Salak.

Jalan perhubungan
Sebelum tahun 1980, ramai penduduk kampung di tepian Sungai Perak terpaksa menaiki bot
penampang berenjin untuk pergi ke bandar Teluk Intan.
Sebelum tahun 1987, penduduk Pasir Salak terpaksa naik bot penampang kayuhan tangan
untuk pergi ke Kampung Gajah yang terletak di seberang sungai.
Sehingga 2005, Pasir Salak masih lagi merupakan sebuah kampung tradisional Melayu
beridentitikan rumah kutai dan rumah limas negeri Perak.
Pada tahun 1987, sebuah jambatan telah dibina antara Kampung Gajah dengan Pasir Salak.
Sejak itu perkhidmatan bot penambang telah ditutup, bekalan airdibekalkan ke merata
kampung dan jalan tar dibina ke semua hujung kampung.

Kebangkitan Nasionalisme
Pasir Salak sinonim dengan sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah
British yang memandai-mandai mengutip cukai mengikut peraturan mereka. Lantas itu Dato'
Maharaja Lela Pandak Lam bingkas bangun menjulang keris apabila Sultan
Abdulah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874 yang curiga, kesal dan 'terlajak'
dengan Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di dalam HMS Pluto di Pulau Pangkor.

Parlimen Pasir Salak


Nama Pasir Salak diangkat menjadi 'Parlimen Pasir Salak' pada tahun 1980 ketika pilihan
raya diadakan. Sebelum itu Parlimen Pasir Salak dikenali dengan nama Parlimen Hilir Perak.
Pada tahun itu Dato Megat Junid Megat Ayob dari Kampung Padang menjadi calon
parti Barisan Nasional. Sementara Tan Seri Ramli Ngah Talib bertanding di Dewan undangan
Negeri Perak kawasan Kampung Gajah.

Asal-usul nama
Nama Pasir Salak berasal dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak. Salak
ialah sejenis buah, kulitnya berwarna coklat, isi agak putih dan pokoknya seperti Pokok
Nipah.
Sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat di tepi sungai sebagaimana penduduk Pasir
Salak. Di sungai inilah penduduk kampung menyara hidup dengan menjadi nelayan
sungai, bot penambang, menghanyutkan buluh dan balak, mengangkut buah durian dan lainlain buah-buahan ke Teluk Intan.

Sungai Perak yang jernih jauh dari pencemaran air lombong bijih timah yang amat-amat
keruh. Maka banyaklah pokok salak tumbuh liar dan sesetengahnya ditanam.

Pentadbiran
Pentadbiran Kampung Gajah masih lagi bersifat kampung walaupun Perang Perak telah lama
berlalu. Pasir Salak juga merupakan sebuah mukim. Salah seorang penghulu yang terkenal
ialah Dato Maharaja Lela.
Terdapat beberapa kampung dalam mukim Pasir Salak iaitu:
1. Kampung Pasir Salak
2. Kampung Selat Pulau
3. Kampung Biak
4. Kampung Kepala Pulau
5. Kampung Kandang

PADA 2 November 1875, adalah tarikh kematian seorang residen British yang angkuh serta
biadab. Hasrat James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch untuk terus
'memperhambakanorang Melayu tidak kesampaian sebaliknya kebiadapan lelaki asing itu
menyebabkan nyawanya melayang.
Itulah kemuncak kepada sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah asing di Pasir
Salak, sejarah agung yang akan terus dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan
bangsa, agama dan tanah air.
Sejarah panjang itu bermula pada 20 Januari 1874 apabila Raja Abdullah iaitu seorang
daripada kerabat diraja Perak melakukan kesilapan terbesar apabila meminta sokongan British
bagi membolehkan dirinya merebut takhta menjadi sultan. Lalu pada tarikh itu, Perjanjian
Pangkor dimeterai dengan British mengiktiraf Raja Abdullah menjadi Sultan Perak manakala
sultan sedia ada iaitu Sultan Ismail diturunkan daripada takhta. Bagaimanapun, terdapat satu
daripada syarat Perjanjian Pangkor yang menjadi helah British bagi membolehkan mereka
menjajah Perak - Sultan Perak harus menerima seorang Residen British untuk menasihati
baginda memerintah
JWW Birch kemudian dilantik sebagai residen pertama di Perak umumnya dan Tanah Melayu
khususnya. Bagaimanapun, sebaik tiba di Perak, lelaki asing itu mula besar kepala dan
berlagak bagaikan dirinya raja yang memerintah Perak. Dia mula memijak kepala sultan
dengan tidak lagi menghormati peranan dan kuasa diraja dalam sistem pemerintahan orang
Melayu. Pelbagai peraturan baru yang menekan pembesar serta penduduk mula diperkenalkan
Birch terutama membabitkan cukai yang tinggi. Keadaan itu menambahkan derita penduduk
yang kebanyakannya hidup miskin. Birch juga cuba mengambil alih tugas mengutip cukai
daripada pembesar Melayu apabila menetapkan syarat baru iaitu hanya pegawai yang
dilantiknya saja boleh mengutip cukai manakala cukai Kerajaan Perak akan diurus pegawai
British. Syarat itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembesar Melayu. Lelaki
asing itu juga semakin besar kepala apabila sesuka hati campur tangan di dalam adat istiadat
penduduk dengan menghapuskan sistem hamba yang sudah lama diamalkan di Perak. Sikap
kurang ajar dan keangkuhan lelaki asing itu jelas terserlah apabila dia pernah mengarahkan
sultan supaya diam dan mematuhi segala arahannya selaku residen apabila Sultan Abdullah

menegurnya kerana membuat pelbagai tindakan tanpa merujuk kepada baginda. Kemuncak
kebiadapan Birch adalah apabila dia memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat supaya
memberi hak kepada British untuk memerintah Perak. Sultan Abdullah diugut akan dilucutkan
takhta jika baginda enggan menandatangani surat berkenaan. Ugutan itu menyebabkan
baginda mengadakan mesyuarat dengan pembesar negeri di Durian Sebatang pada 21 Julai
1875.
Mereka dimaklumkan mengenai hasrat British untuk mengambil alih pemerintahan negeri
serta tugas mengutip cukai. Mendengar penjelasan Sultan Abdullah itu, pembesar semakin
berang kepada British yang cuba menjajah Perak.
Satu usul untuk membunuh Birch dikemukakan dan pelbagai cadangan diberikan antaranya
dengan meracun, sihir dan menikam lelaki asing itu. Akhirnya mesyuarat bersetuju untuk
membenarkan Datuk Maharajalela iaitu pembesar kanan dalam Orang Besar Berlapan Perak
serta Penghulu Pasir Salak, membunuh Birch dengan menikam penjajah itu.
Dalam pada itu, Birch terus memberi tekanan kepada Sultan Abdullah untuk membolehkan
British menjajah Perak. Tekanan berterusan menyebabkan Sultan Abdullah terpaksa bersetuju
menyerahkan Perak untuk diperintah British pada 2 Oktober 1875. Pada 15 Oktober 1875,
Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir William Jervois mengumumkan yang Perak akan
diletakkan di bawah pentadbiran British dan akan diketuai seorang pesuruhjaya. Surat
pengisytiharan dicetak untuk ditampal di merata tempat di seluruh Perak. Pada mulanya ia
ditampal di kawasan kediaman Birch di Bandar Baharu dengan diikuti istiadat tembakan
meriam 21 das. Selepas itu surat berkenaan mula ditampal di tempat lain. Berita itu sampai ke
pengetahuan Datuk Maharajalela menyebabkan pembesar itu semakin berang. Dia bertekad
untuk tidak membenarkan penjajah itu terus menjajah tanah airnya.Datuk Maharajalela
mengarahkan pengikutnya mula membina kubu di Pasir Salak dan mengumpulkan senjata
kerana yakin yang Birch akan datang ke kawasannya untuk menampalkan surat pengumuman
itu.
Sangkaannya benar apabila rombongan Birch tiba di Pasir Salak menggunakan rumah rakit
dan perahu pada malam 1 November 1875. Pagi keesokannya, Birch memerintahkan
orangnya naik ke darat dan jurubahasanya iaitu Mat Arshad disuruh pergi ke rumah Datuk
Maharajalela dan meminta pembesar itu menghadap lelaki British itu. Bagaimanapun, arahan
Birch itu menyebabkan pemerintah Pasir Salak itu melenting, sudahlah lelaki asing itu

menceroboh ke kawasannya, berlagak pula bagai raja dengan memerintah untuk


menghadapnya. Reaksi Datuk Maharajalela itu segera disampaikan Mat Arshad kepada Birch
tetapi lelaki asing itu tetap angkuh. Dia memerintahkan Mat Arshad dan pengikutnya segera
menampalkan surat pemungutan cukai oleh British di seluruh pelusuk kampung. Melihat
pengikut Birch menampalkan surat berkenaan, penduduk kampung mula berang. Mereka
mengoyak surat yang ditampal itu tetapi pengikut British itu tetap meneruskan tugas
menampal surat itu tanpa mempedulikan sensitiviti penduduk. Akhirnya situasi tegang mula
tercetus. Mat Arshad masih tidak menghiraukan kemarahan penduduk Pasir Salak sebaliknya
terus menampal surat pengumuman kutipan cukai di dinding kedai emas di kawasan itu.
Tindakan Mat Arshad yang tidak mengendahkan larangan dan sensitiviti penduduk
menyebabkan hati Pandak Indut semakin membara. Pengikut Datuk Maharajalela itu meluru
ke arah Mat Arshad dan terus mengoyakkan surat yang ditampal lelaki itu.Mat Arshad tidak
peduli dan bagaikan mencabar Pandak Indut, dia terus menampal surat pengumuman yang
baru. Sekali lagi Pandak Indut mengoyakkan surat berkenaan. Selepas beberapa kali surat
berkenaan dikoyak dan melihat Mat Arshad terus menampalkan surat baru, Pandak Indut tidak
dapat bersabar lagi. Baginya, lelaki Melayu yang menjadi orang suruhan bangsa asing itu
sudah melampau.Dengan pantas Pandak Indut menusuk kerisnya ke jasad Mat Arshad. Lelaki
itu mengerang kesakitan dan terus rebah ke tanah. Tindakan Pandak Indut menikam pengikut
Birch itu seolah-olah satu isyarat supaya orang Melayu bertindak. Jeritan amarah penduduk
bergema membelah langit Pasir Salak. Mereka mula mengamuk dan menyerbu ke rumah rakit
Birch sambil merejam lembing. Askar pengawal Birch yang ketakutan melihat amukan dan
serbuan penduduk kampung, segera melarikan diri meninggalkan rumah rakit itu tanpa
pengawal. Keriuhan di luar menyentak Birch yang sedang mandi ketika itu. Bagaimanapun,
ketika dia menyedari yang penduduk kampung mula mengamuk, segala-galanya sudah
terlambat.Rejaman lembing penduduk menembusi rumah rakit itu seterusnya menusuk jasad
Birch. Penduduk terus merusuh ingin membunuhnya. Dalam keadaannya yang cedera parah,
Birch cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai.Ketika dia timbul tercungapcungap di permukaan air, Si Putum iaitu seorang pengikut Datuk Maharajalela daripada
kalangan Orang Asli, dengan pantas menetak kepala lelaki asing itu menggunakan pedang.
Darah merah mencemari air sungai dan jasad Birch akhirnya tenggelam dan dihanyutkan
arus ...

sumber: Sejarah Malaysia Edisi Kedua, Mereka Bukan Penderhaka dan Pahlawan Pasir Salak.

You might also like