Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

ISI KANDUNGAN

_____________________________________________
1.0 Pendahuluan
2.0 Tindakbalas 1
2Na(p) + 2H2O(ce) 2NaOH(ak) + H2(g)

3.0 Tindakbalas 2
NaOH (ak) + HCI (ak) NaCI (ak) + H2O (ce)

4.0 Kesimpulan

Rujukan

1.0 Pendahuluan
1

Tindak balas kimia merupakan proses hasil penukaran sebatian kimia. Sebatian
yang asalnya terlibat dengan tindak balas kimia dipanggil bahan tindak balas. Bahan
tindak balas kimia lazimnya dicirikan melalui perubahan kimia, dan ia menghasilkan
satu atau lebih hasil yang, secara amnya, berbeza dari bahan tindak balas. Dari
dahulu, tindak balas kimia diceritakan melibatkan pergerakan elektron dalam
membentuk dan memecahkan ikatan kimia, walaupun konsep am bagi tindak balas
kimia, dalam bentuk persamaan kimia, boleh digunakan untuk peralihan zarah
keunsuran, begitu juga tindak balas nuklear. Melalui tugasan yang diberikan, kita
akan bincangkan dua tindak balas kimia dengan menggunakan rajah Lewis untuk
menunjukkan ikatan kimia dalam bahan tindak balas dan hasil tindak balas.

2.0 Tindak balas 1


2Na(p) + 2H2O(ce) 2NaOH(ak) + H2(g)
Bahan tindak balas yang terdapat dalam tindak balas di atas ialah pepejal
natrium, Na

(p),

dan molekul air iaitu H2O

. Molekul air terbentuk hasil perkongsian

(ce)

elektron antara 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen.


atau
Membentuk ikatan kovalen

Molekul air merupakan molekul amfoterik dimana ia boleh bertindak sebagai bes
atau asid. Hal ini boleh dilihat apabila 2 molekul air bertindak balas membentuk ion
hidronium, H3O+, dan ion hidroksida, OH-.

Ini terjadi kerana sifat molekul air yang unik dimana ia mempunyai 2 kutub yang
berbeza cas iaitu separa negatif dan separa positif (dipole). Molekul air membentuk
sudut dengan atom oksigen pada puncak dan atom hidrogen pada tapak. Oleh
kerana oksigen lebih elektronegativiti berbanding atom hidrogen, maka bahagian
2

molekul air yang mempunyai oksigen akan bersifat separa negatif dan bahagian
yang mempunyai 2 atom hidrogen akan bersifat separa positif. Perbezaan cas ini
akan menyebabkan molekul air tertarik antara satu sama lain dan juga polar molekul
yang lain.

Rajah 1. Cas molekul air


Natrium, Na, merupakan elemen daripada kumpulan logam alkali yang sangat
reaktif. Ciri utama logam daripada kumpulan ini ialah agen penurunan yang sangat
baik iaitu kurang daripada -2.00 v. Hal ini kerana logam daripada kumpulan ini hanya
mempunyai satu elektron valens. Sebagai contoh, natrium, Na, mempunyai susunan
elektron 2.8.1.

2.8.1
Rajah 2. Susunan elektron natrium, Na.
Oleh itu, natrium, Na, dengan mudah akan menderma satu elektron valens untuk
mencapai susunan elektron yang oktet. Oleh kerana sifatnya yang sangat aktif,
natrium, Na, juga sangat mudah bertindak balas dengan molekul air, H 2O. Tindak
balas antara natrium, Na, dengan molekul air, H 2O, akan menyesarkan gas hidrogen,
H2, kerana natrium, Na, mempunyai elektrod potensi negatif yang lebih besar
berbanding gas hidrogen iaitu:
Na+ (ak) + e- Na (p) ; -2.714v
2H+ (ak) + 2e- H2 (g) ; 0.000 v
Oleh itu, natrium, Na, akan teroksida menjadi ion natrium, Na + dengan menderma
satu elektron valensnya kepada molekul air, H2O, dimana elektron tersebut diterima
3

oleh atom hidrogen pada ion hidronium, H3O+, hasil tindak balas antara molekul air
itu sendiri yang menghasilkan ion hidronium, H3O+, dan ion hidroksida, OH-.

Berikut merupakan langkah-langkah bagaimana tindak balas antara natrium,


Na, dengan molekul air, H2O, menggunakan rajah Lewis:
Langkah pertama: Tindak balas antara molekul air menghasilkan ion hidronium,
H3O+, dan ion hidroksida, OH-.

Langkah kedua: Atom natrium menderma satu elektron valensnya kepada ion
hidronium, H3O+, untuk mencapai kestabilan.

Persamaan keseluruhan bagi tindak balas antara natrium, Na dengan molekul


air, H2O:

+ 2

2
+

Ion natrium, Na+, dan ion hidroksida, OH -, yang terhasil daripada tindak balas ini
akan tertarik antara satu sama lain membentuk ikatan elektrovalens atau ikatan ionik
menghasilkan natrium hidroksida, NaOH.

2
+

Gas hidrogen, H2 (g), terbentuk kerana atom hidrogen yang disesarkan daripada satu
molekul air hanya mempunyai satu elektron valens, oleh itu ia perlu berkongsi
elektron valens dengan atom hidrogen yang lain untuk mencapai susunan elektron
yang lebih stabil iaitu susunan elektron duplet. Perkongsian elektron antara dua atom
ini membentuk ikatan kovalen.

Oleh yang demikian, tindak balas ini memerlukan 2 atom natrium untuk bertindak
balas dengan 2 molekul air menghasilkan 2 molekul natrium hidroksida dan 1
molekul gas hidrogen.
Kehadiran ion hidroksida, OH-, hasil daripada tindak balas antara natrium, Na,
dengan molekul air, H2O, membentuk larutan yang beralkali. Oleh kerana sifat
natrium yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding air iaitu 0.97
g/ml, jadi natrium akan terapung di atas air. Tindak balas ini membebaskan gas
hidrogen daripada air menyebabkan logam natrium tertolak dan bergerak secara
rawak di atas air. Tindak balas ini merupakan tindak balas eksotermik, iaitu
membebaskan haba. Semakin lama, tindak balas ini menjadi lebih cepat kerana
natrium dan air menjadi lebih panas. Apabila natrium terlekat pada bucu bekas air
atau halangan, haba yang dibebaskan akan menyebabkan air mendidih dan
mencairkan logam natrium. Haba yang terlalu panas mampu membakar gas

hidrogen yang terbebas. Ini akan meningkatkan kadar tindak balas dan letupan boleh
berlaku.
3.0 Tindak balas 2
NaOH (ak) + HCI (ak) NaCI (ak) + H2O (ce)
Tindak balas diantara natrium hidroksida, NaOH
(ak)

, dan asid hidroklorik, HCl

(ak)

, merupakan tindak balas peneutralan. Dalam larutan akues, asid hidroklorik akan

membekalkan ion hidrogen, H3O+ (ak),

dan natrium hidroksida akan membekalkan ion hidroksida, OH - (ak).

Kedua-dua ion ini akan bertindak balas bersama-sama, dimana H 3O+


sebagai asid dan OH-

(ak)

(ak)

bertindak

bertindak sebagai alkali. Berdasarkan teori Lewis asid dan

bes menyatakan bahawa asid akan bertindak sebagai pasangan elektron penerima
dan bes bertindak sebagai pasangan elektron penderma. Sepasang elektron pada
bes iaitu pada atom oksigen ion hidroksida, OH -, akan didermakan pada satu atom
hidrogen yang terdapat pada asid iaitu ion hidronium, H 3O+

dan menghasilkan

molekul air. Molekul air yang terbentuk merupakan ikatan kovalen, iaitu hasil
perkongsian elektron valens antara satu atom oksigen dengan dua atom hidrogen.

Asid- pasangan elektron penerima


Bes- pasangan elektron penderma

Manakala, ion natrium, Na+ (ak), dan ion klorida, Cl- (ak), tertarik antara satu sama lain
membentuk ikatan ionik menghasilkan garam natrium klorida, NaCl

4.0

(ak)

Kesimpulan
Kesimpulannya, elektron valens adalah elektron paling luar atom. Elektron

valens adalah penting kerana mereka terlibat dalam ikatan kimia. Salah satu cara
mudah untuk menunjukkan bagaimana elektron valens yang terlibat dalam
pembentukan ikatan dalam tindak balas kimia adalah dengan menggunakan gambar
rajah dot-and-cross atau gambar rajah Lewis. Secara umumnya, kita pelajari
bahawa unsur-unsur yang terdapat dalam jadual berkala unsur kebanyakannya
adalah tidak stabil kecuali unsur daripada kumpulan 18. Untuk mencapai kestabilan,
unsur-unsur ini akan menderma, menerima atau berkongsi elektron valens mereka.
Tindak balas ini telah mewujudkan ikatan antara unsur-unsur tersebut iaitu ikatan
ionik dan ikatan kovalen. Secara umumnya, ikatan ionik terbentuk antara logam
kumpulan 1, 2, dan 13 dan bukan logam kumpulan 15, 16, dan 17 dalam Jadual
Berkala. Untuk mudah diingati, kita hanya tahu bahawa ikatan ionik adalah logam +
bukan logam. Seterusnya, ikatan kovalen adalah ikatan yang terbentuk apabila atom
berkongsi elektron untuk mendapatkan elektron yang stabil, (bukan logam + bukan
logam).

Rujukan
Clugston, M. & Flemming, R. (2000). Advanced Chemistry. Oxford University Press.

Dayah, M. (1 October 1997). Dynamic Periodic Table. Retrieved July 5, 2015, from Ptable:
http://www.ptable.com

David W.B., John W.H. & Rhonda J.S. (2015). The Basics of General, Organic, and
Biological Chemistry. Retrieved from
http://catalog.flatworldknowledge.com/bookhub/reader/2547?e=gob-ch10_s02

Dr Tan Juat Ngoh, Dr Asha Kumari Chhunnu Lal, Zulkefli Daud. (August
2012). HBSC2103
Chemistry 1 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA.

John Wiley & Sons, Inc. (2015). The Periodic Table: Metals, Nonmetals, and Metalloids.
Retrieved from http://www.dummies.com/how-to/content/the-periodic-table-metalsnonmetals-and-metalloids.html

Linda Bennett. (2012). The Periodic Table of Elements. Retrieved from


http://edtech2.boisestate.edu/lindabennett1/502/Periodic%20Table%20e%20config/PT
able_start.html

Mark Winter. The University of Sheffield and WebElements Ltd, UK. (1993-2015).
WebElements Periodic Table. Retrieved from http://www.webelements.com/

Pete Dollenmeier. (June 2013). Trends in the periodic table. Retrieved from
http://fachschaften.kst.ch/chemie/chicd/kap4/kap49e.htm

Wikipedia. (September 2015). Properties of water. Retrieved from


8

https://en.wikipedia.org/wiki/Properties_of_water

You might also like