Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Contoh Laporan AJK Bina Insan Guru

LAPORAN JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 3


DPLI-SR AMBILAN DISEMBER 2007
7 9 MEI 2013 , KEM ALAPONG , LUNDU.
JAWATANKUASA : DOKUMENTASI DAN PUBLISITI
AHLI
: Ahmad Sahir Hj Lukoi (K) - DRBM112
Mohd Asheri Junaidi DRBM 112

1.
2.
3.
4.
5.

AJK Dokumentasi dan Publisiti antara jawatankuasa yang mempunyai ahli


yang sedikit tetapi mempunyai kepentingan yang sama dengan AJK AJK yang
lain.AJK Dokumentasi Dan Publisiti telah dipilih oleh peserta peserta Program Bina
Insan Siri 3 dan dipersetujui sebulat suara oleh peserta peserta yang lain. Antara
tugas yang diamanahkan kepada AJK kami ialah :
Membuat rekaan kain rentang untuk program BIG ini dan dihantar untuk cetakan.
Menjadi penyampai atau membuat sesuatu hebahan kepada peserta peserta BIG.
Membuat tanda nama (name tag) untuk 63 peserta dan 15 orang Fasilitator dan
jurulatih.
Mengambil gambar dan video untuk sepanjang progran BIG berlangsung.
Menyediakan hardcopy dan softcopy dalam bentuk DVD untuk dihantar sebagai
laporan.
SEBELUM
Sebelum BIG berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat untuk semua
ahli sebanyak dua kali dan mesyuarat AJK juga dua kali. Antara kandungan
mesyuarat adalah adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas masing
masing. Tugasan sebelum BIG ini ialah membuat rekaan kain rentang. Seperti
sedia maklum kain rentang tersebut sepanjang 15 kaki dan dihantar untuk cetakan.
Harga kain rentang tersebut adalah RM 150.
Kami juga telah membuat rekaan dan mencetak serta melimined tag nama
bagi 63 peserta dan 15 orang fasilitator dan jurulatih. Untuk peserta diminta
membawa tali tag nama masing masing. Harga kos untuk penghasilan tag nama
dan tali untuk tag nama bagi fasilitator dan jurulatih adalah RM 85.50.
Selain itu juga sebuah laman khas di Facebook telah diwujudkan oleh AJK
Dokumentasi dan Publisiti yang dinamakan BIG SIRI 3 DPLI-SR. Laman khas ini
sangat membantu untuk menghebahkan sesuatu pekara selain dijadikan tempat
perbincangan antara AJK AJK lain. Gambar gambar dan video sepanjang
program BIG berlangsung dimasukkan di dalam laman khas ini. Adalah dicadangan
agar laman khas ini dikekalkan untuk kohort DPLI-SR ambilan Dis 2011.
SEMASA
Saya selaku ketua AJK Dokumetasi dan Publisiti telah membahagikan tugas
antara kami berdua. Muhammad Suffian ditugaskan mengambil gambar sepanjang
program berlangsung dan saya telah mengambil video. Walaupun bagaimanapun
terdapat kekangan beberapa pekara menyebabkan kami berdua tidak dapat
mengambil gambar dan video beberapa aktiviti. Ini kerana kami juga adalah peserta
dan menyertai aktiviti air dan hutan yang menyebabkan kami tidak membawa
peralatan kami atas faktor keselamatan kamera.

Bagi aktiviti lain seperti LDK , motivasi , pertandingan memasak , gambar


keseluruhan peserta dan kumpulan serta majlis penutupan gambar dan video telah
diambil. Tugas tugas dokumentasi telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang
masalah yang serius.
SELEPAS
Selesai program gambar dan video telah dikumpul dan diletakan dalam satu
DVD bagi tujuan laporan dan dokumentasi. Salinan DVD beserta laporan akan
dihantar kepada Unit Kurikulum , Penghulu dan Penghuluwati. Pihak AJK
Dokumentasi dan Publisiti mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat
secara langsung dalam membantu tugasan kami.
___________________
(Ahmad Sahir Hj Lukoi)
Ketua AJK Dokumentasi dan Publisiti
______________________________
(Mohd Asheri Junaidi)
Ahli AJK Dokumentasi dan Publisiti

You might also like