Tip-Tip Menulis Karangan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

26

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

TIP ATAU PANDUAN MENJANA IDEA BAGI MENULIS KARANGAN

BAHAGIAN B

TEKNIK MENGKATEGORIKAN SOALAN YANG DITANYA


FORMAT SOALAN / ITEM
Umum

Khusus

KUNCI SOALAN / ITEM


Akan

Sedang

Telah

MEMPERLUAS AYAT
Terkecuali

Idea

Contoh

Impak

FORMAT SOALAN / ITEM


Proses menulis karangan terbahagi kepada dua format iaitu {format umum / format khusus}.
KUNCI SOALAN / ITEM
Arahan soalan atau item merujuk kepada idea yang mesti ditulis berdasarkan peristiwa semasa
atau isi karangan yang {akan berlaku / sedang berlaku / telah berlaku / terkecuali}.
Terkecuali pula tidak merujuk mana-mana kata bantu {akan / sedang / telah} semasa murid
memperluas ayat atau merangkai ayat melalui {Teknik I. C. I.}.
MEMPERLUAS AYAT {I. C. I}
Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk isi yang dikembangkan kepada tiga bahagian ayat
yang lengkap. Tiga baris ayat ini dapat membentuk wacana dalam satu perenggan karangan yang
mengandungi {idea / contoh / impak}.
KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
)
)
)
)
)

idea pendahuluan
idea isi pertama
idea isi kedua
idea isi ketiga
idea isi keempat

Info
Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup idea penutup

contoh idea pendahuluan


contoh kepada isi pertama
contoh kepada isi kedua
contoh kepada isi ketiga
contoh kepada isi keempat

impak idea pendahuluan


impak kepada isi pertama
impak kepada isi kedua
impak kepada isi ketiga
impak kepada isi keempat

contoh kepada idea penutup impak kepada idea penutup

Masa lapang seseorang dapat diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah
membaca. Tuliskan faedah-faedah membaca.
TEKNIK {I.C.I.}

{KATA TANYA)

TALIAN MINDA (SOALAN)

KERANGKA ISI {IDEA MURID}

IDEA

Apakah?

Apakah faedah membaca?

menambah ilmu pengetahuan ...

CONTOH

Nyatakan?

Nyatakan contohnya?

buku, surat khabar, majalah ...

IMPAK

Bagaimana?

Bagaimanakah impaknya?

pandai, bijak, lulus atau berjaya ...

Membaca dapat menambah pengetahuan. Buku, surat khabar dan majalah adalah antara bahan
bacaan yang mudah diperoleh. Justeru, murid yang menjadi ulat buku biasanya pandai, bijak dan
mudah lulus dalam peperiksaan.

* Talian Minda (

) bahagian lajur IDEA, maklumat/idea diperoleh melalui kata tanya, lajur ( )


dengan kata kunci soalan. Bagi soalan di atas kata kuncinya ialah faedah membaca. Bagi maklumat
CONTOH dan IMPAK pula, maklumat/idea diperoleh melalui lajur ( ) dengan lajur ( ) sahaja.

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

27

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

Makanan ringan sangat digemari oleh kanak-kanak. Makanan ringan juga mudah diperoleh di pasar
raya atau di kedai-kedai runcit. Tuliskan kesan buruk makanan ringan kepada kesihatan kita.
INFO: Definasi Makanan Ringan
IDEA

Apakah?

Apakah definasi makanan ...?

makanan yang disukai oleh kanak-kanak

CONTOH

Nyatakan?

Nyatakan contohnya?

keropok, kerepik dan gula-gula

IMPAK

Mengapa?

Jelaskan mengapa?

mudah diperoleh di kedai-kedai runcit

Makanan ringan merupakan makanan yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Makanan ringan seperti keropok udang, kerepik
kentang dan gula-gula dijual dengan harga yang murah. Makanan ringan ini pula mudah didapati di kedai-kedai runcit.
IDEA 1: Pengaruh Makanan Ringan
IDEA

Apakah?

Apakah pengaruh makanan ...?

melalui media cetak dan media elektronik

CONTOH

Nyatakan?

Nyatakan contohnya?

surat khabar, papan iklan dan televisyen

IMPAK

Mengapa?

Jelaskan mengapa?

iklan yang memperdaya kanak-kanak

Pengiklanan produk makanan ringan melalui media cetak dan media elektronik mesti dihapuskan. Iklan makanan ringan di
surat khabar dan di kaca televisyen akan mempengaruhi naluri kanak-kanak. Iklan yang disebarkan telah memperdaya kanakkanak dengan fakta yang mengelirukan.
IDEA 2: Keburukan Makanan Ringan
IDEA

Apakah?

Apakah keburukan makanan ...?

mengandungi bahan kimia berbahaya

CONTOH

Nyatakan?

Nyatakan contohnya?

pewarna, perasa tiruan memudaratkan

IMPAK

Bagaimana?

Bagaimana impaknya?

boleh merosakkan sistem saraf seseorang

Selain itu, makanan ringan juga mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Kandungan pewarna dan perasa tiruan yang
berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan sistem saraf seseorang.
IDEA 3: Jaminan Kualiti Makanan Ringan
IDEA

Apakah?

Apakah jaminan kualiti ...?

kualiti kebersihannya tidak terjamin

CONTOH

Nyatakan?

Nyatakan contohnya?

mudah mengalami keracunan makanan

IMPAK

Mengapa?

Jelaskan mengapa?

diproses tanpa mengikut peraturan

Dari segi kesihatan, penyediaan makanan ringan tidak terjamin kebersihannya. Oleh sebab itu, ada sahaja kes-kes keracunan
makanan yang disebabkan oleh makanan ringan. Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
IDEA 4: Pengaruh Makanan Ringan
IDEA

Apakah?

Apakah pengaruh makanan ...?

cara pembungkusannya yang menarik

CONTOH

Nyatakan?

Nyatakan contohnya?

menawarkan hadiah yang digemari

IMPAK

Mengapa?

Jelaskan mengapa?

hadiah menjadikan makanan ringan laris

Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana cara pembungkusannya yang berwarna-warni
dan menarik. Tambahan pula, pembeliannya menawarkan hadiah berupa permainan yang digila-gilakan oleh kanak-kanak.
Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan makanan ringan laris di pasaran.
PENUTUP: Kesimpulan Tentang Makanan Ringan
IDEA

Apakah?

Apakah kesimpulan tentang ...?

perlu menegah kanak-kanak memakannya

CONTOH

Nyatakan?

Nyatakan contohnya?

mengganggu tumbesaran kanak-kanak

IMPAK

Mengapa?

Jelaskan mengapa?

menjelaskan keburukan makanan ringan

Kesimpulannya, kita perlu menegah kanak-kanak daripada memakan makanan ringan. Makanan ringan juga kurang baik
untuk tumbesaran awal kanak-kanak. Kesedaran ini perlu disuntik bagi menjelaskan keburukan memakan makanan ringan.

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

UNIT 1

28

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

KELUARGAKU SAYANG

KARANGAN JENIS CERITA (1)

Rujukan Buku Teks: Tahun 4

Bahagian 1: Keluarga Bahagia

Kamu dan keluarga kamu pergi ke sebuah pasar raya di ibu kota untuk membeli barangan keperluan
harian. Ceritakan suasana semasa kamu dan keluarga kamu membeli-belah di pasar raya ketika itu.
Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA
)
)
)
)
)

Info
Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

mengikut keluarga ke sebuah pasar raya sempena Karnival Jualan Murah


promosi menarik hati iklan digantung dan ditampal barangan disusun kemas
barangan dipamerkan keselesaan para pelanggan harus bijak membuat pilihan
keadaan agak bising meninjau harga barangan potongan harga, menjimatkan
berbaris, membuat bayaran sibuk memilih barangan layanan mesra jurujual
) Penutup berasa amat gembira hajat telah tercapai ayah membelikan permainan PS4

SUASANA DI PASAR RAYA


Pada minggu lalu, saya mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Pasar
raya itu mengadakan jualan mega sempena Karnival Jualan Murah. Potongan harga barangan
daripada 10% hingga 70% diberi bagi barangan terpilih.
Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi menarik hati para
pelanggan. Pelbagai iklan digantung dan ditampalkan pada rak-rak tertentu. Barangan yang disusun
dengan sempurna dapat memudahkan para pembeli untuk mencari dan memilih barangan yang
dikehendaki.
Sebahagian barangan digantung dan sebahagiannya pula dipamerkan di dalam kotak atau rak
khas. Pelbagai cara dilakukan untuk keselesaan para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga
haruslah bijak untuk membuat penilaian.
Keadaan di pasar raya itu juga amat meriah sekali. Para pelanggan meninjau harga barangan
tersebut sebelum membelinya. Membeli barangan yang mempunyai potongan harga akan dapat
menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga.
Para pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat bayaran. Jurujual di pasar raya itu
pula sibuk melayan para pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa
memberi layanan mesra kepada para pelanggan.
Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk membuat
bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli permainan PS4 yang saya idamidamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi potongan harga sebanyak 30%
oleh pihak pasar raya tersebut.

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

1 mega
- terlalu besar / hebat
2 kreatif
- kebolehan mencipta idea
3 dipamerkan - ditunjukkan / diperagakan

4 meninjau - memerhatikan dari jarak jauh


5 mesra
- berbaik-baik / erat / karib benar
6 dihajatkan - diniatkan / diperlukan / kehendak

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

UNIT 2

29

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

KELUARGAKU BERWAWASAN

KARANGAN JENIS CERITA (2)

Rujukan Buku Teks: Tahun 4

Bahagian 1: Pendidikan untuk Masa Depan

Jam loceng kamu gagal berdering pada subuh itu. Justeru, kamu telah terlewat bangun pagi untuk ke
sekolah pada hari itu.
Tuliskan sebuah karangan tentang pengalaman kamu terlewat bangun untuk ke sekolah hari itu.

KERANGKA IDEA
)
)
)
)
)

Info
Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

sergahan, cubitan mengejutkan lenaku pukul 07:05 pagi kesiangan lagilah aku
lewat mengerjakan solat menerpa ke kamar mandi suntuk, mandi kerbaulah aku
menjengkau dua ketul karipap memohon restu ibu mencapai basikal di tiang garaj
mengayuh dengan pantas berpeluh-peluh sampai di sekolah lewat tiba di sekolah
ketuk pintu, tiba di kelas cikgu izinkan masuk menasihati, supaya tidak lewat lagi
) Penutup syukur pembelajaran belum bermula murid lewat masuk kelas perhimpunan pagi

AKU KESIANGAN LAGI


Sergahan dan cubitan yang singgah di bahuku mengejutkan lenaku. Wajah ibu mencuka. Terkebil-kebil
aku dibuatnya. Alamak, jam mempamerkan pukul 07:05 pagi! Kesiangan kiranya aku. Musibah apakah
yang menafikan tugas penggera jam locengku? Bateri agaknya. Sempatkah aku ke sekolah?
Aku bingkas meraih tuala. Ibu mengomel keterkilanan kerana kelewatanku mengerjakan solat
subuh. Dalam kekalutan, aku menerpa ke kamar mandi. Oleh sebab kesuntukan, mandi kerbaulah
nampaknya aku pagi ini.
Selepas beruniform, aku menjengkau dua ketul karipap yang terhidang di meja makan. Ibu yang
sedari tadi asyik memperhatikanku, menggeleng-gelengkan kepala apabila aku merapatinya. Selepas
memperoleh restu ibu, aku menghambur keluar. Basikal yang tersandar di tiang garaj lantas kusambar.
Aku mengayuh dengan pantas. Kelajuan dayunganku rasa-rasanya seperti dayungan atlet
lumba basikal negara, Azizul Hasni Awang. Berpeluh-peluh juga aku semasa tiba di sekolah. Hari ini,
terekodlah lagi namaku dalam kes hadir lewat ke sekolah.
Aku meluru ke kelas. Selepas membaca doa pelembut, aku mengetuk pintu. Sebaik-baik sahaja
Cikgu Mazrul memberikan isyarat, aku menapak masuk. Setelah ucap salamku bersahut, aku terus
mohon maaf atas kelewatanku. Sambil mengangguk, beliau telah menasihatiku agar hadir ke sekolah
mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Aku bersyukur kerana proses pembelajaran dan pengajaran baru dimulakan. Aku dimaklumkan
bahawa semua murid masuk ke kelas agak lewat kerana banyak pengisian yang telah diperturunkan
semasa sesi perhimpunan pagi tadi.

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

1 musibah
- bencana / celaka / malapetaka
2 mengomel
- bersungut-sungut / meleter
3 menghambur - melompat / terjun / menerkam

4 atlet
- orang yang bergiat dalam sukan
5 menapak - memijakkan kaki / melangkah
6 pengisian - memberikan maklumat tertentu

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

UNIT 5

30

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

SENTIASA BERHEMAT KITA SELAMAT

KARANGAN JENIS CERITA (3)

Rujukan Buku Teks: Tahun 4

Bahagian 2: Tragedi

Kamu dan rakan kamu berbasikal untuk pulang ke rumah setelah selesai menjalani latihan sukan pada
petang itu. Semasa dalam perjalanan, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Kamu dan kawan kamu
itu berteduh di sebuah rumah usang.
Tulislah pengalaman yang kamu alami ketika itu.

KERANGKA IDEA
)
)
)
)
)

Info
Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

perjalanan pulang, latihan sukan berbasikal dengan kawan awan sudah mendung
dalam perjalanan mulai gerimis hujan bertambah lebat berteduh di rumah usang
tempat tidak selamat rumah usang yang hendak runtuh guruh, petir bersilih ganti
Hasri, naik ke atas rumah rumah usang runtuh melompat keluar selamatkan diri
Hasri di bawah timbunan papan sukar beri bantuan - meminta bantuan orang lain
) Penutup sebuah kereta berhenti seorang pemuda sudi menolong Hasri alami kecederaan

TRAGEDI SEMASA HUJAN LEBAT


Saya dan Hasri dalam perjalanan pulang daripada latihan sukan. Berbasikal dalam jarak dua kilometer
sungguh menyeronokkan kami. Namun, awan mendung hampir menutupi keseluruhan angkasa petang
itu. Menyedari masa itu emas, kami terus mengayuh basikal meninggalkan perkarangan sekolah.
Semasa dalam perjalanan pulang, tiba-tiba gerimis membasahi bumi, lalu kami pun memecut
laju basikal kami. Hujan yang pada mulanya renyai-renyai, tiba-tiba menjadi sangat lebat sekali. Saya
menjerit meminta Hasri agar berteduh di sebuah rumah usang.
Saya rasa tempat ini tidak selamat, kata saya meluahkan rasa kebimbangan kepada Hasri.
Apa tidaknya, keadaan rumah yang sungguh usang ini bila-bila masa sahaja akan menyembah bumi.
Guruh dan petir pula bersilih ganti.
Saya memerhatikan keadaan rumah usang tersebut. Hasri yang dikenali dengan sikap berani,
memijak anak tangga untuk naik ke atas rumah tersebut. Belum sempat saya menegah, tiba-tiba
rumah usang itu menyembah bumi, lalu saya melompat keluar dari rumah itu bagi menyelamatkan diri.
Hasri! Hasri! jerit saya apabila menyedari kawan saya itu masih berada di bawah timbunan
rumah yang roboh itu. Saya tidak mampu mengangkat timbunan runtuhan rumah itu. Saya menuju ke
jalan raya untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang ramai yang lalu-lalang ketika itu.
Dalam hujan yang hampir teduh, sebuah kereta sudi berhenti apabila melihat lambaian saya.
Seorang lelaki keluar dari keretanya. Belum sempat kami membantu Hasri, Hasri seperti ayam berak
kapur keluar dari timbunan papan rumah itu dengan badan yang dipenuhi darah.

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

1 mendung - awan mengandungi hujan / redup


2 gerimis - hujan rintik-rintik
3 usang
- sudah lama benar

4 menegah - tidak membenarkan / melarang


5 roboh
- jatuh kerana rosak / runtuh
6 teduh
- sudah beransur kurang / reda

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

UNIT 7

31

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

PENGALAMAN INDAH

KARANGAN JENIS CERITA (4)

Rujukan Buku Teks: Tahun 4

Bahagian 3: Perjalanan dengan Kereta Api

Kamu sekeluarga hendak berhari raya di kampung, malangnya tiket bas telah habis dijual. Ayah kamu
mencadangkan agar kamu sekeluarga menaiki kereta api untuk balik kampung berhari raya. Ceritakan
pengalaman kamu menaiki kereta api tersebut.
Tuliskan sebuah karangan tentang pengalaman kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA
)
)
)
)
)

Info
Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

bercuti balik kampung tiket bas ekspres telah habis terpaksa menaiki kereta api
di stesen kereta api KL Sentral banyak penumpang menunggu bercuti, hari raya
menaiki Kereta Api Laju Elektrik (ETS) gerabak Koc D selesa, layanan pramugari
berhenti di stesen tertentu menurunkan, menaikkan penumpang kemudahan kafe
tempat duduk dipenuhi penumpang pelbagai aksi penumpang panorama menarik
) Penutup tujuh jam perjalanan tiba di stesen kereta api Padang Besar berasa amat seronok

PENGALAMAN MENAIKI KERETA API


Kami sekeluarga tidak dapat balik ke kampung dengan menaiki bas ekspres kerana kehabisan tiket.
Ayah mengesyorkan kami sekeluarga menaiki kereta api untuk pulang ke Arau, Perlis. Kami menurut
sahaja cadangan ayah, lagi pun ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki kereta api.
Setelah tempahan tiket dilakukan, kami ke stesen kereta api Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral)
dua hari sebelum hari raya disambut. Di stesen tersebut, kelihatan banyak orang telah membanjiri
tempat menunggu untuk pulang bercuti serta berhari raya ke destinasi masing-masing.
Mengikut catatan tiket tersebut, kami akan menaiki Kereta Api Laju Elektrik (ETS) Sinaran Pagi,
Koc D pada pukul 11:30 malam. Di dalam kabin juga di sediakan kemudahan pendingin hawa, tandas
dan bahan bacaan. Pramugari yang bertugas melayan para penumpang dengan layanan mesra.
Kereta api akan berhenti untuk menurun atau mengambil penumpang di stesen-stesen tertentu.
Di dalam kereta api juga terdapat kafe untuk para penumpang membeli makanan bagi mengalas perut.
Saya membeli dua bungkus kacang dan sebungkus gula-gula untuk kudapan sepanjang perjalanan.
Semua tempat duduk di dalam koc dipenuhi penumpang. Pelbagai aksi penumpang, ada yang
tidur, membaca, berborak dengan keluarga atau kenalan baharu. Mataku pula hampir terpejam tetapi
dapat bertahan kerana kehebatan panorama di kiri dan di kanan serta gelagat para penumpang.
Setelah hampir tujuh jam perjalanan, kami pun tiba di stesen kereta api Padang Besar, Perlis.
Begitulah serba sedikit tentang pengalaman saya menaiki kereta api. Saya berasa amat seronok sekali
dan berharap dapat menaiki kereta api di masa-masa akan datang.

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

1 ekspres - segera / cepat / pantas perjalanan


2 destinasi - tempat yang dituju ketika perjalanan
3 kabin
- bilik, tempat tidur dalam kereta api

4 kafe
- restoran kecil sajikan makanan
5 panorama - pemandangan luas terbentang
6 gelagat
- tingkah lalu / gerak-geri / tanda

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

UNIT 2

32

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

INSTITUSI PELAJARAN

KARANGAN JENIS CERITA (5)

Rujukan Buku Teks: Tahun 5

Bahagian 3: Usaha Tidak Henti Kejayaan Menanti

Kamu seorang daripada athlet yang terpilih mewakili daerah dalam kejohanan olahraga. Ceritakan
pengalaman kamu semasa menghadapi kejohanan olahraga peringkat daerah itu.
Tuliskan cerita dan pengalaman kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA
)
)
)
)
)

Info
Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

loceng mengejutkan lena bangun, berjoging memantapkan fizikal dan stamina


perlu berlatih lebih kerap persiapan kejohanan olahraga dorongan oleh ibu bapa
berlatih setiap petang latihan teknik, cara berlari ingin merealisasikan harapan
masa dinantikan tiba bersemangat mengejar impian mulakan larian dengan baik
tembakan dilepaskan memulakan larian dengan baik tiba di garisan penamat
) Penutup merenung kad di genggaman perasaan gembira berjaya menjuarai pertandingan

IMPIAN MENJADI KENYATAAN


Bunyi jam loceng mengejutkan lena saya pada subuh itu. Saya segera bangun kerana ingin berjoging
di padang bola bersebelahan rumah saya. Saya perlu memantapkan fizikal dan stamina saya untuk
menghadapi temasya kejohanan sukan olahraga peringkat daerah.
Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi, untuk persiapan menjelangnya hari
kejohanan olahraga peringkat daerah yang semakin hampir. Di samping itu, ibu bapa saya senantiasa
memberi dorongan, perangsang dan semangat kepada saya.
Pada setiap petang, Cikgu Faizal akan melatih saya teknik dan cara berlari yang betul. Saya
menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh tanpa berasa jemu. Tambahan pula, saya terlalu ingin
merealisasikan harapan ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan.
Dalam pada itu, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Saya sungguh bersemangat dan yakin
dengan persediaan mengejar impian yang telah saya lakukan. Namun demikian, saya perlu berhati-hati
supaya dapat memulakan larian dengan baik.
Acara dimulakan, sedas tembakan dilepaskan ke udara. Saya memulakan larian dengan penuh
semangat. Justeru, saya berjaya menamatkan larian 100 meter dengan baik. Saya menggenggam kad
yang diberi oleh hakim penamat.
Selepas itu, saya merenung kad putih di genggaman. Perasaan saya berbaur antara gembira
dan terharu. Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

1 stamina - daya tahan / keupayaan seseorang


2 temasya - peristiwa yang kelihatan / tontonan
3 dorongan - hajat / kasad yang bersungguh-sungguh

4 teknik - kaedah mencipta sesuatu


5 impian - hasrat atau cita-cita
6 berbaur - bercampur / beraduk

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

UNIT 3

33

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

KEMASYARAKATAN

KARANGAN JENIS CERITA (6)

Rujukan Buku Teks: Tahun 5

Bahagian 2: Kerjasama Asas Kesejahteraan Hidup

Kamu dan kawan-kawan kamu terlibat bagi menjayakan aktiviti gotong-royong di tempat tinggal kamu.
Ceritakan pengalaman yang kamu telah lalui semasa menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA
)
)
)
)
)

Info
Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

menyertai aktiviti gotong-royong sempena Hari Pekerja diketuai, ketua kampung


berkumpul di balai raya membawa peralatan menjayakan aktiviti gotong-royong
diagihkan, kumpulan kecil kawasan yang dibersihkan guna alatan yang sesuai
kaum ibu sibuk memasak menyediakan pelbagai juadah bekerja, bersatu hati
pembersihan selesai berkumpul semula di balai raya terjalin suasana muhibah
) Penutup aktiviti kemasyarakatan penerapan nilai murni memperkasa semangat kejiranan

KERJASAMA PUPUK SEMANGAT MUHIBAH


Hari ini, kami akan bergotong-royong. Aktiviti kemasyarakatan ini adalah bersempena cuti Hari Pekerja.
Ketua kampunglah yang menjadi penggerak utama aktiviti gotong-royong ini.
Tepat pada pukul lapan pagi, saya dan kawan-kawan saya sudah berkumpul di luar balai raya.
Kami membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes. Peralatan ini akan digunakan untuk menjayakan
aktiviti gotong-royong satu kampung.
Kami diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang akan dibersihkan
termasuklah taman permainan, surau dan balai raya. Pembentukan kumpulan kecil ini bertujuan untuk
memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan bersesuaian dengan peralatan yang disediakan.
Pada masa yang sama, kaum ibu dan kaum wanita sibuk menyediakan juadah jamuan ringan di
perkarangan balai raya. Pelbagai jenis makanan disediakan. Mereka bersatu hati memasak makanan
beramai-ramai untuk dihidangkan kepada para peserta gotong-royong.
Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah selesai. Para petugas telah berkumpul
semula di balai raya untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih tetapi semangat
kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara semua peserta yang terlibat bagi
menjayakan gotong-royong tersebut.
Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang mampu menjalin
ikatan silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni sejagat juga dapat
dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan dalam kalangan penduduk bertambah perkasa.

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

1 penggerak - galakan untuk mencapai sesuatu


2 pongkes - bakul rotan yang berbentuk leper
3 juadah
- bekal / hidangan berupa makanan

4 muhibah - erat persahabatan / kemesraan


5 sejagat - nilai yang bersifat kemanusian
6 perkasa - unggul / hebat / kuat / terkenal

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 7

34

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

MENYAMBUNGKAN CERITA

TEMA: MASYARAKAT

FORMAT UMUM

Tajuk 7: Taman Permainan Tempat Pertemuan

Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ...
Mulakan karangan kamu dengan Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...

KERANGKA IDEA
) Info

taman permainan di tempat saya bersih dan cantik pengguna bertanggungjawab

)
)
)
)

selalu berkunjung ke taman permainan lokasinya sesuai sibuk pada hari minggu
pelbagai alat permainan contoh alat permainan ada kalanya, main bola sepak
peluang berkenalan kawan berbilang kaum menjalin perhubungan, perpaduan
senja, suasana beransur sepi melangkah pulang ke rumah pasti berkunjung lagi

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

tempat perjumpaan tidak rasmi aktiviti sukan, riadah menjana semangat kejiranan

Taman Permainan Tempat Pertemuan


Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini
bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap orang ramai yang menggunakan alat
permainan dengan bertanggungjawab dan berdisiplin.

Idea
Contoh
Impak

Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Oleh sebab,
taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini menjadi
tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu.

Idea
Contoh
Impak

Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur,
jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Ada kalanya
saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran.

Idea
Contoh
Impak

Semasa bermain di taman ini, saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di
samping itu, rakan-rakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang bangsa.
Sehubungan dengan itu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra.

Idea
Contoh
Impak

Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan ini beransur sepi. Saya dan
rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada kesempatan, kami akan
mengunjungi taman permainan ini lagi.

Idea
Contoh
Impak

Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduk
setempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini mampu sedikit
sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

34

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 8

35

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

MENYAMBUNGKAN CERITA

TEMA: KELUARGA

FORMAT UMUM

Tajuk 8: Perasaan Berpindah ke Rumah Baharu

Aku sukar hendak melelapkan mata pada malam itu. Perasaan ...
Mulakan karangan kamu dengan. Perasaan ...

KERANGKA IDEA
) Info

perasaan suka dan sedih berbaur di dalam hati payah untuk menerima hakikat

)
)
)
)

memandang sekeliling bilik hari terakhir tidur di sini berpindah ke rumah lain
kawan-kawan menolong memuatkan barangan ke lori menaiki lori ke rumah baru
sampai di rumah baru menyusun barang/perabot cuba untuk menyesuaikan diri
rehat, makan tengah hari membeli makanan di gerai penat, makan dengan selera

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

tiga bulan telah berlalu masih teringat rumah lama terkenang akan kawan-kawan

Perasaan Berpindah ke Rumah Baharu


Pada malam itu, emosiku tidak menentu. Perasaan suka dan sedih berbaur di hatiku. Jiwaku
dibayangi oleh khayalan yang bukan-bukan, aku amat payah untuk menerima hakikat yang
sebenar.

Idea
Contoh
Impak

Aku memandang sekeliling bilikku. Hari ini merupakan kali terakhir aku tidur di bilik ini.
Selepas ini, aku akan berpindah ke rumah lain. Inilah hakikat yang amat sulit untuk kujadikan
sesuatu yang realiti.

Idea
Contoh
Impak

Awal-awal pagi lagi, Irwan, Farid, Hafizi, dan Safari datang untuk menolong. Aku dan
keluargaku serta kawan-kawanku bertungkus-lumus memuatkan peralatan rumah ke dalam
lori. Seterusnya, aku menaiki lori menuju ke rumah baharu.

Idea
Contoh
Impak

Sesampai sahaja di rumah baharu, aku dan ayah memunggah barangan dari dalam
lori. Di samping itu, keluargaku yang lain menyusun barangan dan perabot di tempat yang
sesuai. Hatiku mula bersedia untuk menerima fantasi semalam.

Idea
Contoh
Impak

Selepas bertungkus-lumus membersihkan rumah, kami pun makan tengah hari


bersama-sama. Ayah membeli makanan dari sebuah gerai yang berhampiran. Kami begitu
berselera menikmati hidangan pada tengah hari itu.

Idea
Contoh
Impak

Kini sudah tiga bulan aku dan keluarga tinggal di rumah baharu. Namun, hatiku masih
terkenang akan rumah lama. Hal ini demikian kerana aku masih teringat akan kawan-kawanku
yang baik budi.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

35

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 9

36

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

MENYAMBUNGKAN CERITA

TEMA: SEKOLAH

FORMAT UMUM

Tajuk 9: Doa Buat Cikgu Tersayang

Berita yang saya terima sungguh mengejutkan. Saya tidak percaya kata-kata kawan saya itu. Mungkin
ini hanya satu gurauan kawan-kawan kepada saya. Saya inginkan ...
Mulakan karangan kamu dengan. Saya inginkan ...

KERANGKA IDEA
) Info

inginkan kepastian berita bertanya kepada guru besar telah menemui guru besar

)
)
)
)

betul berita yang didengar akan meninggalkan sekolah sambung belajar di UPSI
berasa sedih seorang guru yang berdedikasi sanggup berkorban untuk muridnya
mengadakan jamuan perpisahan semua rakan bersetuju membahagikan tugasan
segalanya berjalan lancar yang diraikan terkejut slogan Selamat Maju Jaya

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

ucapan penghargaan air mata bergenang sukar untuk menerima kenyataan

Doa Buat Cikgu Tersayang


Saya inginkan kepastian tentang berita tersebut. Orang yang boleh saya tanyakan tentang
berita ini ialah guru besar saya. Saya terus berjumpa guru besar untuk mengesahkan berita
yang saya dengar sebentar tadi.

Idea
Contoh
Impak

Benar, berita yang kamu dengar itu, Cikgu Azman akan meninggalkan sekolah ini.
Minggu ini merupakan minggu terakhir beliau berada di sekolah kita. Minggu hadapan, beliau
akan melaporkan diri di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, kata guru besar.

Idea
Contoh
Impak

Saya begitu sedih menerima berita itu. Cikgu Azman ialah seorang guru yang rajin,
berdedikasi dan banyak berkorban untuk kami. Walaupun beliau sibuk dengan tugasan
sebagai Guru Cemerlang namun, sempat juga beliau mengadakan kelas bimbingan UPSR
pada waktu malam kepada kami.

Idea
Contoh
Impak

Selaku ketua kelas, saya mengusulkan untuk mengadakan jamuan perpisahan buat
Cikgu Azman. Semua rakan saya bersetuju dengan cadangan saya itu. Kami membahagibahagikan tugasan untuk menjayakan jamuan tersebut.

Idea
Contoh
Impak

Pada hari yang ditetapkan, segalanya berjalan lancar. Alangkah terkejutnya Cikgu
Azman kerana kelas bertukar menjadi bilik jamuan. Selamat Maju Jaya, slogan ini dan
gambar Cikgu Azman menghiasi skrin komputer di bilik jamuan.

Idea
Contoh
Impak

Cikgu Azman menyampaikan ucapan penghargaannya. Air mata bergenang di kelopak


matanya tetapi lebi banyak berlinangan di pipi kami. Kami tidak sanggup berpisah dengan
beliau tetapi apakan daya kami, ini sudah ditakdirkan.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

36

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 10

37

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

MENGAKHIRI CERITA

TEMA: MASYARAKAT

FORMAT UMUM

Tajuk 10: Prihatin Menghulurkan Bantuan

... Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya.
Akhiri karangan kamu dengan Itulah nasihat mereka kepada saya.

KERANGKA IDEA
) Info

rehat di kantin bersama kawan sibuk, murid berpusu-pusu membeli makanan

)
)
)
)

sedang makan, nampak murid menangis berhenti makan menghampiri murid itu
sedia membantunya nasi yang dibelinya terjatuh tiada wang lagi untuk berbelanja
mempunyai wang lebih membelikan nasi lemak lain pujuk, berhenti menangis
memberi nasihat berhati-hati semasa membeli makanan ucap terima kasih

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

menolong orang pesanan ibu bapa dan guru itulah nasihat mereka kepada saya

Prihatin Menghulurkan Bantuan


Pada waktu rehat, saya bersama rakan-rakan saya pergi ke kantin untuk membeli makanan
dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk
membeli makanan.

Idea
Contoh
Impak

Ketika saya dan rakan-rakan saya sedang makan, saya ternampak seorang murid
lelaki menangis teresak-esak. Saya terus berhenti makan. Saya menghampiri murid tersebut
untuk mendapatkan kepastian.

Idea
Contoh
Impak

Saya menyatakan hasrat untuk membantunya. Murid tersebut memberitahu saya


bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, dia tidak mempunyai
wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu.

Idea
Contoh
Impak

Kebetulan saya mempunyai wang pada hari itu, saya meminta seorang rakan saya
membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Saya memujuknya supaya bersabar dan
berhenti menangis.

Idea
Contoh
Impak

Sebelum beredar dari tempat itu, saya sempat menasihati murid tersebut. Saya
mengingatkannya supaya berhati-hati semasa membeli makanan. Dia mengucapkan terima
kasih kepada saya atas pertolongan yang telah diberikan.

Idea
Contoh
Impak

Sebagai seorang murid yang lebih tua, saya berkewajipan menolongnya. Saya masih
ingat pesan ibu bapa dan guru-guru saya. Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam
kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

37

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 11
TEMA: MASYARAKAT

38

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

MENGAKHIRI CERITA

FORMAT UMUM

Tajuk 11: Sambutan 31 Ogos Penuh Gilang-gemilang

... marilah kita sama-sama mengekalkan dan meningkatkan keamanan serta kemajuan di bumi
bertuah ini. Cintailah bumi berdaulat ini.
Akhiri karangan kamu dengan Cintailah bumi berdaulat ini.
KERANGKA IDEA
) Info

31 Ogos setiap tahun rayakan Hari Kebangsaan cuti umum, kakitangan kerajaan

)
)
)
)

perayaan disambut lahirkan rasa kecintaan kepada negara semangat patriotisme


pelbagai acara diadakan perbarisan, perarakan raksasa pasukan tentera, polis
perarakan kenderaan berhias hiasan kreatif mewakili badan-badan berkanun
malam, pertunjukan kebudayaan gegaran artis terkenal pertunjukan bunga api

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

sambutan Hari Kemerdekaan amat perlu diraikan semai rasa cinta akan negara

Sambutan 31 Ogos Penuh Gilang-gemilang


Pada 31 Ogos tiap-tiap tahun, rakyat Malaysia akan meraikan sambutan Hari Kebangsaan.
Sambutan Hari Kebangsaan ini akan diraikan oleh seluruh lapisan masyarakat di negara.
Kerajaan juga telah memberikan cuti umum kepada semua kakitangan kerajaan.

Idea
Contoh
Impak

Perayaan yang disambut bertujuan untuk melahirkan rasa kecintaan kepada negara.
Apabila semangat patriotisme ini sudah terbentuk dalam setiap rakyat Malaysia akan lahirlah
rakyat yang setia, bertoleransi dan sayang akan negara sendiri.

Idea
Contoh
Impak

Pelbagai acara diadakan pada hari tersebut. Acara dimulakan dengan perarakan
raksasa oleh pegawai kerajaan dan pegawai sektor swasta. Mereka terdiri daripada pasukan
tentera dan polis, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta serta pasukan pancaragam.
Perarakan berwarna-warni itu menjadi daya tarikan rakyat Malaysia dan pelancong asing.

Idea
Contoh
Impak

Tepuk sorak penghargaan bergema apabila kumpulan kenderaan berhias melalui


pentas utama. Kenderaan berhias ini pula biasanya mewakili badan-badan berkanun seperti
Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Hicom Sendirian Berhad dan lain-lain lagi.

Idea
Contoh
Impak

Pada sebelah malamnya pula, pertunjukan kebudayaan diadakan di Dataran Merdeka.


Puluhan artis mengegarkan sambutan tersebut melalui lagu-lagu patriotik yang didendangkan.
Pertunjukan bunga api merupakan acara puncak sambutan pada malam tersebut.

Idea
Contoh
Impak

Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun penting dan perlu diadakan.
Sebagai rakyat yang lahir dan dibesarkan di Malaysia, marilah kita sama-sama mengekalkan
dan meningkatkan keamanan serta kemajuan di bumi tercinta ini.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

38

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 12

39

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

FAKTA

TEMA: SEKOLAH

FORMAT UMUM

Tajuk 12: Faedah Bergiat Dalam Sukan

Setiap tahun semua sekolah dimestikan mengadakan temasya kejohanan sukan olahraga.
Terangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai aktiviti tersebut.

KERANGKA IDEA
) Info

pesta sukan tahunan hari sukan diadakan aktiviti kegemaran murid-murid

)
)
)
)

bersukan, badan sihat mengeluarkan peluh memperoleh ketenangan


menambah kenalan penglibatan dalam sukan memupuk perpaduan kaum
menaikkan nama sekolah apabila menang pertandingan usaha berterusan
memanfaatkan masa tidak bebas bergaul terhindar daripada gejala negatif

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

aktiviti yang berfaedah mempelbagaikan aktiviti positif merebut peluang

Faedah Bergiat Dalam Sukan


Saban tahun sekolah kita akan menganjurkan temasya sukan olahraga. Pesta sukan biasanya
diadakan pada hari Sabtu atau hari Ahad untuk memberi peluang ibu bapa hadir. Aktiviti
tersebut memang ditunggu-tunggu oleh setiap murid.

Idea
Contoh
Impak

Menerusi penyertaan dalam acara sukan, badan kita akan sihat. Hal ini demikian
kerana apabila kita berlari badan kita akan berpeluh. Kesannya kita akan memperoleh
ketenangan dan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran.

Idea
Contoh
Impak

Melalui aktiviti sukan, kita boleh menambahkan rakan atau kenalan. Sebagai contoh,
penglibatan oleh pelbagai kaum dalam acara sukan yang dipertandingkan. Aktiviti ini secara
tidak langsung dapat memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Idea
Contoh
Impak

Penyertaan dalam acara sukan dapat menaikkan nama baik sekolah. Hal ini demikian
apabila kita terpilih mewakili sekolah dan menjadi juara, nama sekolah kita akan harum.
Justeru, apabila kita sudah dewasa, kita berusaha untuk mengharumkan nama negara pula.

Idea
Contoh
Impak

Penyertaan dalam acara sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa lapang kita.
Jika tidak bersukan, mungkin kita akan bercampur gaul dengan budak-budak nakal yang
boleh menyebabkan kita menjadi kacang hantu. Bersukan juga dapat membentuk jiwa yang
tenang dan pergaulan yang mesra.

Idea
Contoh
Impak

Sesungguhnya sukan merupakan aktiviti yang berfaedah yang perlu disertai oleh
setiap murid. Dalam usaha menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, kita
janganlah sekadar menjadi ulat buku. Oleh itu, kita jangan lepaskan peluang untuk menyertai
aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

39

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 13

40

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

FAKTA

TEMA: SEKOLAH

FORMAT UMUM

Tajuk 13: Cara-cara Menghargai Jasa Guru

Pengorbanan guru terlalu besar. Sebagai anak murid yang baik, kita perlu membalas jasa yang guru
kita curahkan. Terangkan usaha-usaha untuk membalas jasa guru.
KERANGKA IDEA
) Info

masa dihabiskan di sekolah dididik oleh guru jasa guru patut dikenang

)
)
)
)

belajar bersungguh-sungguh menyiapkan kerja sekolah memperoleh kejayaan


penghargaan pada Hari Guru memberi hadiah sebagai tanda ingat kepada guru
menjadi insan berguna senyum, memberi salam guru berasa sangat gembira
jasa guru sepanjang hayat melahirkan jurutera, doktor hasil asuhan guru

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

pengorbanan para guru sewajarnya diingati berusaha sehingga berjaya

Cara-cara Menghargai Jasa Guru


Kira-kira lima jam tiga puluh minit, kita menghabiskan masa di sekolah. Dalam tempoh itu, kita
dijaga, diberi pendidikan, dibentuk menjadi manusia berguna oleh guru. Guru laksana ibu dan
ayah kita di sekolah, sudah sewajarnya jasa guru patut kita balas.

Idea
Contoh
Impak

Salah satu cara untuk membalas jasa guru ialah dengan belajar bersungguh-sungguh.
Sebagai contoh, latihan yang diberi oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh masa
yang ditetapkan. Guru kita akan berasa besar hati apabila anak muridnya berjaya kerana apa
yang diajarnya dimanfaatkan oleh anak didiknya.

Idea
Contoh
Impak

Pada Hari Guru pula, berilah hadiah kepada guru yang mengajar kita. Sebagai contoh
memberi pen, bunga, kad ataupun ucapan penghargaan. Perbuatan yang kita lakukan
membuatkan guru terasa dirinya dihargai dan terharu kerana apa yang dilakukan selama ini
rupa-rupanya menjadi ingatan kepada anak muridnya.

Idea
Contoh
Impak

Cara membalas jasa guru juga boleh ditunjukkan dengan menjadi manusia yang
berkeperibadian mulia. Apabila bertemu guru, lemparkanlah senyuman dan berilah salam.
Jika sikap berhemah ini kita amalkan, sudah tentu guru berasa gembira.

Idea
Contoh
Impak

Kita perlu mengenang jasa mereka sepanjang hayat kita. Kejayaan seorang pepimpin
mentadbir negara dan kejayaan seorang doktor melakukan pembedahan adalah hasil
kegigihan seorang guru menyuntik ilmunya. Kejayaan anak didiknya itulah yang memberi
semangat kepada seorang guru untuk terus mengasuh dan mendidik.

Idea
Contoh
Impak

Sesungguhnya pengorbanan guru diibaratkan sebagai lilin yang menerang orang lain
dengan membakar dirinya sendiri. Justeru, wajarlah kita menghargai jasa dan pergorbanan
para guru. Cikgu, jasamu segar dalam ingatanku.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

40

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 14

41

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

FAKTA

TEMA: SEKOLAH

FORMAT UMUM

Tajuk 14: Pusat Sumber Gedung Ilmu

Setiap sekolah di negara kita mempunyai pusat sumbernya sendiri. Tulis suatu karangan yang bertajuk
Pusat Sumber Gedung Ilmu.

KERANGKA IDEA
) Info

pusat sumber sekolah sumber pelbagai ilmu membantu proses pembelajaran

)
)
)
)

simpanan pelbagai rujukan meminjam buku selesa, mengulang kaji pelajaran


ada ruang perbincangan bimbingan berkomunikasi perkongsian pintar ilmu
perkhidmatan audio visual dimanfaatkan dalam P&P menarik minat murid-murid
tempat rujukan para guru koleksi ABM disimpan dapat mempelbagaikan P&P

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

sebuah gedung ilmu ejen pencetus minda cemerlang jadikan sahabat setia kita

Pusat Sumber Gedung Ilmu


Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Di pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan
bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah. Peranan pusat sumber amat besar dalam
membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Idea
Contoh
Impak

Pelbagai maklumat boleh diperoleh di pusat sumber. Murid-murid juga boleh


meminjam buku-buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih
selesa di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.

Idea
Contoh
Impak

Pusat sumber ada menyediakan ruang untuk sesi perbincangan. Semasa


perbincangan juga murid-murid dibimbing berkomunikasi secara lisan. Perbincangan adalah
satu daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan.

Idea
Contoh
Impak

Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat
bantu ini boleh dimanfaatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang
canggih dapat membantu dan menimbulkan menarik minat murid-murid untuk meneroka ilmu.

Idea
Contoh
Impak

Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat rujukan bagi
mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat bantu mengajar seperti carta, kad
imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber. Bahan-bahan bantu mengajar ini dapat
mempelbagai proses pengajaran dan pembelajaran.

Idea
Contoh
Impak

Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan khazanah ilmu yang
perlu didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang.
Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia kita.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

41

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 15

42

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

FAKTA

TEMA: MASYARAKAT

FORMAT UMUM

Tajuk 15: Faedah-faedah Berkebun

Masa lapang seseorang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah
berkebun. Tuliskan faedah-faedah berkebun.

KERANGKA IDEA
) Info

aktiviti masa lapang mengusahakan kebun kebun sayur-sayuran, kebun bunga

)
)
)
)

mendatangkan banyak faedah menyihatkan badan berpeluh, menjamin kesihatan


terhindar daripada gejala sosial melepak, berpeleseran masa diurus dengan baik
menambah pengetahuan, pengalaman kerja-kerja petanian kaedah/cara moden
menambah ekonomi hasil dijual/dipasarkan menampung perbelanjaan seharian

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

mendatangkan banyak faedah mengisi masa lapang menyihatkan jasmani, rohani

Faedah-faedah Berkebun
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktivitinya ialah berkebun.
Berkebun boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah berkebun sayursayuran atau berkebun bunga.

Idea
Contoh
Impak

Berkebun boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Berkebun juga boleh
menyihatkan badan. Semasa menjalankan aktiviti berkebun, badan kita akan berpeluh dan ini
baik untuk kesihatan.

Idea
Contoh
Impak

Di samping itu, berkebun juga dapat menghindarkan kita daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah. Kita terhindar daripada aktiviti melepak, berpeleseran, dan aktiviti yang
kurang sihat. Masa senggang kita dapat diurus dengan aktiviti yang dapat memberi manfaat.

Idea
Contoh
Impak

Pengetahuan dan pengalaman kita akan bertambah dengan berkebun. Perkara ini
boleh diperoleh melalui kerja-kerja membuat batas, menabur baja, dan menanam anak benih.
Kita dapat mengetahui kaedah pertanian moden masa kini.

Idea
Contoh
Impak

Selain itu, berkebun juga boleh menambah ekonomi kita. Apabila tanaman kita
mengeluarkan hasil yang banyak, kita boleh menjualnya. Hasil jualan boleh digunakan untuk
menampung perbelanjaan harian atau disimpan sebahagiannya.

Idea
Contoh
Impak

Sebagai kesimpulannya, berkebun mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Oleh


itu, jadikanlah aktiviti berkebun sebagai salah daripada cara mengisi masa lapang. Berkebun
juga dapat menjana kesihatan jasmani dan rohani seseorang.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

42

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 16

43

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

FAKTA

TEMA: SEKOLAH

FORMAT UMUM

Tajuk 16: Jauh Perjalanan Luas Pandangan

Sekolah kamu sering mengadakan program lawatan sambil belajar. Nyatakan kebaikan yang dapat
diperoleh apabila seseorang murid menyertai program tersebut.

KERANGKA IDEA
) Info

aktiviti yang menyeronokkan memperoleh pengetahuan memperluas pengalaman

)
)
)
)

melawat ke Melaka melihat kesan sejarah mengetahui tentang sejarah tertentu


melawat Bandar Hilir, Melaka melawat kota A Farmosa kubu tentera Portugis
melawat Perigi Hang Tuah legenda tersendiri boleh mengubati aneka penyakit
seronok, merasa masakan luar ikan bakar Umbai melancung, menjamu selera

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

kebaikan mengikuti lawatan menimbulkan kesedaran daya tarikan pelancong

Jauh Perjalanan Luas Pandangan


Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati.
Semasa aktiviti lawatan ini, kita memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata
pepatah, banyak berjalan luas pengalaman.

Idea
Contoh
Impak

Jika kita berpeluang melawat ke negeri Melaka. Kita akan dapat melihat kesan-kesan
peninggalan sejarah oleh penjajah di kota tersebut. Pengalaman yang kita lalui boleh
membuka minda kita tentang sejarah tempat tersebut.

Idea
Contoh
Impak

Semasa berada di sekitar Bandar Hilir, Melaka, kita berpeluang untuk melawat kota A
Farmosa. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis. Kota ini pernah dijadikan kubu
pertahanan tentera Portugis ketika itu.

Idea
Contoh
Impak

Aktiviti lawatan tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung melawat Perigi Hang Tuah.
Perigi ini mempunyai legendanya tersendiri. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk
tempatan, air perigi ini dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Idea
Contoh
Impak

Keseronokkan menyertai lawatan lebih dirasai apabila berpeluang menikmati


keenakan masakan di sesuatu tempat. Contohnya, menikmati keenakan ikan bakar di Umbai.
Para pelancong dari dalam dan luar negara juga turut menikmati keindahan malam di tepi
pantai Melaka sambil menjamu selera.

Idea
Contoh
Impak

Kesimpulannya, banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat diperoleh semasa


mengikuti program lawatan sambil belajar. Lawatan ke Melaka contohnya, dapat memberi
kesedaran bertapa pentingnya memulihara kesan-kesan peninggalan sejarah. Semua
peninggalan sejarah ini menjadi daya tarikan kepada pelancong.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

43

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 17

44

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

PERBINCANGAN

TEMA: MASYARAKAT

FORMAT UMUM

Tajuk 17: Bersukan Menyihatkan Badan

Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur,
tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang.

KERANGKA IDEA
) Info

kegiatan penting seharian bersenam, badan sihat badan lemah, berpenyakit

)
)
)
)

beraneka jenis sukan olahraga, renang, bola sepak anggota tubuh cergas, kuat
zaman saiber, pelbagai kemudahan malas bersukan mudarat, badan lemah
bersukan, sifat mulia sifat sabar, kerjasama harmoni, eratkan perpaduan kaum
terhindar, gejala sosial mencuri, melepak, ketagih dadah merosakkan diri remaja

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

bersukan sebagai aktiviti harian memperoleh keharmonian hidup sihat, cerdas

Bersukan Menyihatkan Badan


Bersukan merupakan salah satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang
sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan
mudah dihinggapi penyakit.

Idea
Contoh
Impak

Bersukan ada beraneka jenis. Antara kegiatan sukan ialah olahraga, renang, bola
sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi
cergas dan kuat dengan bersukan.

Idea
Contoh
Impak

Pada zaman saiber yang semakin canggih ini, banyak kemudahan telah tersedia.
Kemudahan ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Sikap ini akan memudaratkan
diri kita. Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit.

Idea
Contoh
Impak

Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti
sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan semangat toleransi. Malah, dengan bersukan dapat
mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita.

Idea
Contoh
Impak

Bersukan dapat membentuk sikap mulia seseorang insan. Bersukan juga dapat
menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak diingini seperti mencuri,
melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita
terutamanya muda-mudi.

Idea
Contoh
Impak

Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita.
Dengan bersukan, kita akan memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan yang
sihat lahirlah otak yang cerdas.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

44

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 18

45

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

PERBINCANGAN

TEMA: SEKOLAH

FORMAT UMUM

Tajuk 18: Cara-cara Untuk Meraih Kecemerlangan Akademik

Semua murid inginkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik. Bincangkan cara-cara
untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.
kira lelaki mahupun perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang.
KERANGKA IDEA
) Info

impiankan kecemerlangan pencapaian 5A dalam UPSR usaha, kesungguhan

)
)
)
)

tekun ketika belajar memberi perhatian, catat nota mudah menguasai pelajaran
banyak ulang kaji di rumah, baca nota pelajaran bantu mendalamkan ingatan
mengikuti kelas bimbingan anjuran sekolah,pusat tuisyen menguasai pelajaran
banyak membuat latihan diperoleh daripada buku, internet pendedahan soalan

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

berusaha memperoleh kejayaan usaha tangga kejayaan ibu bapa, guru gembira
Cara-cara Untuk Meraih Kecemerlangan Akademik

Tiap-tiap orang murid mempunyai impian untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.
Pencapaian 5A dalam UPSR merupakan neraca kecemerlangan seseorang murid.
Kecemerlangan bukan datang mengolek tetapi perlu usaha dan kesungguhan.

Idea
Contoh
Impak

Tekun ketika belajar adalah kunci untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Kita
mesti memberi perhatian semasa guru mengajar dan mencatat nota penting. Jika kita
memberi tumpuan, mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut.

Idea
Contoh
Impak

Selain itu, kita perlu banyak mengulang kaji pelajaran. Ketika berada di rumah, kita
perlu membaca nota pelajaran yang guru beri. Latih tubi yang kita lakukan akan membantu
mendalamkan ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran.

Idea
Contoh
Impak

Mengikuti kelas bimbingan merupakan satu cara untuk mengatasi kelemahan kita
dalam pelajaran. Kita boleh mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
atau yang disediakan oleh pusat tuisyen. Impaknya, pemahaman terhadap sesuatu topik yang
guru ajarkan mudah untuk dikuasai.

Idea
Contoh
Impak

Di samping itu, kita juga perlu lebih banyak membuat latihan bagi memperkasa
penguasaan terhadap sesuatu pelajaran. Latihan tersebut boleh kita peroleh daripada bukubuku yang ada di pasaran atau melalui penerokaan di internet. Latihan sebegini akan
mendedahkan kita kepada item yang seakan-akan dengan soalan peperiksaan.

Idea
Contoh
Impak

Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang.


Umpama kata pepatah Usaha Tangga Kejayaan. Ibu bapa dan guru-guru pasti akan berasa
gembira dengan kejayaan tersebut.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

45

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 19
TEMA: MASYARAKAT

46

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

PERBINCANGAN

FORMAT UMUM

Tajuk 19: Kebaikan dan Keburukan Permainan Video

Pusat permainan video yang banyak terdapat hari ini ada kebaikan dan keburukan kepada para
remaja. Nyatakan pendapat dan pandangan kamu tentang perkara tersebut.
perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang.

KERANGKA IDEA
) Info

permainan video, digemari remaja baik buruknya merehatkan minda, melekakan

)
)
)
)

bermain video, merugikan masa leka dan mengasyikkan banyak masa terbuang
mendorong ponteng sekolah berpakaian biasa penglibatan, sukar dikesan polis
banyak wang habis sanggup menipu ibu bapa wang digunakan, bermain video
pergaulan lebih bebas melepak, merokok, berpeleseran berlakunya gejala sosial

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

perminan video ada baik buruknya pintar membuat keputusan jangan keterlaluan

Kebaikan dan Keburukan Permainan Video


Permainan video sangat digemari oleh para remaja hari ini. Namun begitu, permainan ini ada
baik dan ada buruknya kepada perkembangan minda seseorang. Permainan ini dapat
merehatkan minda dan sekaligus boleh melekakan kita.

Idea
Contoh
Impak

Aktiviti bermain video yang keterlaluan akan merugikan masa. Hal ini demikian kerana
kegiatan ini menjadikan remaja itu terlalu asyik dan terlalu leka. Secara tidak langsung,
banyak masa yang dihabiskan untuk bermain video.

Idea
Contoh
Impak

Keasyikan ini akan mendorong para remaja untuk ponteng sekolah. Mereka
berpakaian biasa ketika mengunjungi tempat-tempat ini. Oleh sebab itu, perbuatan mereka
sukar dikesan oleh pihak poilis atau oleh pihak yang berwajib.

Idea
Contoh
Impak

Selain itu, banyak wang akan dihabiskan untuk tujuan tersebut. Malahan, ada remaja
yang sanggup menipu ibu bapa untuk mendapatkan wang belanja yang lebih. Namun
demikian, wang tersebut digunakan untuk bermain video.

Idea
Contoh
Impak

Di samping itu, kegiatan ini mendorong kepada pergaulan yang tidak terkawal dalam
kalangan remaja. Mereka lebih gemar melepak, merokok, dan berpeleseran. Akibatnya, gejala
sosial yang tidak sihat dan tidak bermoral ini sukar dibendung.

Idea
Contoh
Impak

Berdasarkan faktor-faktor di atas, jelas dan terbukti bahawa permainan video banyak
mendatangkan keburukan kepada para remaja. Remaja masa kini harus pintar dalam
membuat keputusan. Boleh bermain permainan video tetapi jangan keterlaluan.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

46

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 20
TEMA: MASYARAKAT

47

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

PERBINCANGAN

FORMAT UMUM

Tajuk 20: Kesan Buruk Makanan Ringan Kepada Kesihatan

Semua jenis makanan ringan dilarang dijual di semua kantin sekolah. Namun, kanak-kanak dapat
membelinya di kedai-kedai. Bincangkan kesan buruk makanan ringan kepada kesihatan.

KERANGKA IDEA
) Info

makanan yang disukai kanak-kanak contoh makanan ringan senang didapati

)
)
)
)

pengiklanan harus dikurangkan pengaruh iklan fakta yang diiklankan tidak tepat
mengandungi pewarna, perasa kimia berbahaya boleh merosakkan sistem saraf
kebersihan tidak terjamin tidak mengikut peraturan berlaku keracunan makanan
pengaruh, cara pembungkusan tawaran hadiah permainan jualan laris di pasaran

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

penegahan membeli makanan ringan kesan negatif perlu disedarkan keburukan

Kesan Buruk Makan Ringan Kepada Kesihatan


Makanan ringan merupakan makanan yang amat disukai oleh kanak-kanak. Makanan ringan
seperti keropok udang, kerepik kentang, gula-gula dijual dengan harga yang murah. Makanan
ringan ini pula mudah didapati di mana-mana sahaja.

Idea
Contoh
Impak

Pengiklanan produk makanan ringan di akhbar dan di televisyen seharusnya


dikurangkan. Iklan-iklan ini akan mempengaruhi kanak-kanak untuk membeli makanan ringan
tersebut. Hal ini demikian kerana iklan yang disebarkan telah memperdaya kanak-kanak
dengan fakta yang tidak tepat.

Idea
Contoh
Impak

Selain itu, makanan ringan juga mempunyai pewarna dan perasa tiruan yang
berlebihan. Bahan pewarna dan perasa tiruan ini pula mengandungi bahan kimia yang
berbahaya. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan sistem saraf seseorang.

Idea
Contoh
Impak

Dari segi kesihatan, penyediaan makanan ringan tidak terjamin kebersihannya.


Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. Oleh sebab itu, ada sahaja
kes-kes keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan ringan.

Idea
Contoh
Impak

Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana cara
pembungkusannya yang menarik. Tambahan pula, pembeliannya menawarkan hadiah
permainan yang digila-gilakan oleh kanak-kanak. Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan
makanan ringan laris di pasaran.

Idea
Contoh
Impak

Kesimpulannya, kita perlu menegah kanak-kanak daripada memakan makanan ringan.


Makanan ringan juga kurang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Kesedaran ini perlu disuntik
bagi menjelaskan tentang keburukan memakan makan ringan.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

47

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

MODUL TACEM BAHASA MALAYSIA PENULISAN

LATIHAN 21

48

TARGET CEMERLANG KERTAS 012 BAHAGIAN B

PERBINCANGAN

TEMA: SEKOLAH

FORMAT UMUM

Tajuk 21: Menelaah Pelajaran Kunci Kejayaan

Menelaah pelajaran menjamin kejayaan seseorang murid dalam bidang akademik. Bincangkan tentang
kebenaran pendapat di atas.

KERANGKA IDEA
) Info

definasi pembelajaran perlu kesungguhan, ketekunan mencatat nota, merujuk

)
)
)
)

menelaah, latih tubi berterusan menyegarkan semula ilmu mudah memahami


pencairan, keciciran ilmu menalaah lebih kerap racak hampir waktu peperiksaan
kayu ukur pemahaman bertanya kepada guru dapat memperkukuh pengetahuan
faktor emosi murid ketenangan mempengaruhi minda mudah ilmu bertapak

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

) Penutup

menelaah kunci kejayaan sediakan jadual belajar impian membuahkan hasil

Menelaah Pelajaran Kunci Kejayaan


Definasi pembelajaran bukan sekadar proses guru mengajar dan murid belajar sahaja. Muridmurid perlulah ada kesungguhan dan ketekunan menelaah pelajaran mereka. Menelaah
pelajaran pula merangkumi mencacat nota dan membuat rujukan.

Idea
Contoh
Impak

Menelaah pelajaran perlukan latih tubi yang berterusan. Latih tubi ini pula akan
membangkitkan kesegaran semula sesuatu topik yang kita pelajari. Apabila berlaku
pembugaran ilmu, amat mudah untuk kita memahami apa-apa yang kita baca.

Idea
Contoh
Impak

Faktor masa juga antara penyebab berlakuknya pencairan dan keciciran ilmu. Bagi
mengatasi masalah pencairan dan keciciran ilmu, menelaah perlu dilakukan lebih kerap.
Semakin hampir hari peperikaan, semakin rancak proses menelaah diamalkan.

Idea
Contoh
Impak

Menelaah pelajaran juga menjadi kayu ukur penentu kefahaman kita terhadap sesuatu
topik pelajaran. Jika kita kurang faham, kita mesti bertanya kepada guru kita. Impaknya, kita
akan memperkukuh pengetahuan kita terhadap topik tersebut.

Idea
Contoh
Impak

Namun, faktor emosi perlu diambil kira ketika menelaah pelajaran. Ketenangan jiwa
dan persekitaran yang sesuai akan mempengaruhi minda kita. Minda yang tenang akan
memudahkan ilmu bertapak di ruang pemikiran kita.

Idea
Contoh
Impak

Kesimpulannya, kita dapat rumuskan bahawa menelaah adalah kunci kejayaan dalam
pelajaran. Oleh itu, moleklah kita menyediakan jadual belajar sendiri di rumah bagi menelaah
pelajaran mengikut keutamaan. Di samping itu, disiplin diri juga amat penting untuk
merealisasikan agar impian membuahkan hasil yang diidam-idamkan.

Idea
Contoh
Impak

LESTARI KOSA KATA

Kemahiran Merujuki Kamus

48

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN B KERTAS 012/1


DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

You might also like