Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA SELANGOR

KM1, JALAN RAWANG,


45000 KUALA SELANGOR.

KAJIAN TINDAKAN
TAJUK :

Budaya Awal Pagi Membentuk Kemenjadian


Murid SMK Kuala Selangor

DISEDIAKAN OLEH :
1. PN ZALEHA BINTI MASRAN
2. PN SAYAH BINTI YUSOP
KAJIAN TINDAKAN
Tajuk : Budaya Awal Pagi Membentuk Kemenjadian Murid SMK Kuala Selangor
1.0

REFLEKSI.
1. MurId hadir lewat ke sekolah
2. Murid yang datang awal tiada pengisian
- wujudkan geng

- bising
- vandilisma
3. Murid datang awal hanya berbual bual dan menimbulkan masalah disiplin.
2.0

Isu keperhatian atau fokus kajian


2.1 Fokus kajian pembudayaan datang pagi ke sekolah akan
membentuk kemenjadian murid.
2.2 Menyediakan aktivit yang melibatkan murid dan memberikan lorong untuk
mengembangkan bakat semulajadi murid.
2.3 Melatih murid membina keyakinan dan menjadi fasilitator kepada murid yang
lain.

3.0

Objektif kajian
3.1 Objektif Am
Selepas kajian ini murid murid akan membentuk budaya hadir awal ke
sekolah.
3.2

Objektif Khusus
1. Murid akan menjadi insan yang menghargai masa.
2. Murid tahu menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
3. Murid dapat mengembangkan bakat.
4. Murid akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.

4.0

Kumpulan Sasaran
838 orang murid SMK Kuala Selangor

5.0

Pelaksanaan kajian
5.1

Tinjauan Kajian
Pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah kelihatan terasing daripada
kehidupan dunia sebenar. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pentadbir
sekolah di Malaysia tidak berusaha memupuk kreativiti murid manakala guru pula
melumpuhkan kreativiti murid dalam bilik darjah (Mohamad Mohsin & Nasruddin,
2008). Sehubungan dengan itu, satu platform perlu disediakan untuk membolehkan
pembelajaran.

5.2

Analisis tinjauan masalah


Tinjauan mendapati kehadiran murid adalah seperti berikut
i.
ii.
iii.
iv.

5.3

10% hadir kesekolah sebelum jam 7.00 pagi


50% hadir kesekolah sebelum jam 7.15 pagi
30% hadir kesekolah sebelum jam 7.30 pagi
10% hadir ke sekolah selepas jam 7.30 pagi

Tindakan yang dijalankan


Hari
Isnin

Selasa

Aktiviti di tapak perhimpunan


(7.15 7.30 pagi)
Perhimpunan rasmi / Pelancaran Minggu Panitia /
Perhimpunan Kokurikulum/Penyampaian hadiah
(7.15 8.10)
i. Mengambail kehadiran
ii. Pengucapan awam

iii. Jasamu dikenang


iv. Aktiviti panitia
Rabu

i. Program NILAM Segar Minda


ii. English Day
iii. Tampan bergaya
iv. Scientist Mind
v. Mengambil kehdiran

Khamis

i. Program Cergas
ii. Bersama Komuniti
iii. Mengapa Saya di Sini?
v.Mengambil kehadiran

Jumaat

i. Bacaan Yassin
ii. Takzirah
iii.Mengambil kehdiran
iv. Solat Hajat

Jadual 1: Aktiviti di dewan dan tapak perhimpunan yang mewujudkan Budaya


Awal Pagi)
5.4

Pelaksanaan tindakan
Jadual pelaksanaan di 5.3 akan diperincikan dengan tugasan mengikut
kumpulan dan tingkatan. Guru mentor akan membentu mante membuat
persembahan dan tugasan yang diberi.
Mentor Nilam akan memastikan kumpulan yang akan membuat persembahan,
manakala mentor kelab sukan akan memastikan 10 orang yang akan menjadi
demonstrator untuk senaman program cergas.
Soal selidek akan diedarkan setiap sebulan sekali bagi setiap program untuk
melihat keberkesanan pelaksanaan program.

5.5

Refleksi kajian
Setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk
menyemaisubur dan menghidupkan jiwa dan minda anak-anak didik diSMK
Kuala Selangor bukan sahaja dibentuk untuk beracuankan kejayaan akademik
semata-mata. Sebaliknya, gabungan sahsiah mulia dan peradaban tinggi,
yang disebati dengan kemampuan berinteraksi dalam persekitaran global
adalah antara kunci ke arah kemenjadian murid.
Budaya Awal Pagi yang diamalkan di SMK Kuala Selangor bertujuan
membangunkan setiap murid dengan kemahiran baharu yang diperlukan
untuk merebut peluang pada peringkat
global. Setiap pagi terdapat sekurang-kurangnya 10 orang murid yang akan
berada di hadapan untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
mengikut hari. Ini bermaksud, secara minimumnya, bilangan murid yang
berpeluang berada di atas pentas tapak perhimpunan adalah seramai 2000
orang setiap tahun.
Setiap murid berpeluang menyertai secara aktif dalam perhimpunan pagi
sekurang-kurangnya dua kali setahun. Sekiranya amalan ini diteruskan, murid-

murid akan berasa selesa berkomunikasi dalam khalayak ramai dan kerja
berpasukan.
Kebolehan kerja berpasukan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan akan
membolehkan murid mudah berasimilasi dalam masyarakat. Pembelajaran
merupakan satu perubahan yang berterusan (Conklin, 2009). Oleh itu,
6.0

CADANGAN SETERUSNYA
Sekolah perlu memainkan peranan yang proaktif dalam merangka
persekitaran pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak
murid. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam mewujudkan Budaya Awal Pagi
Smk Kuala Selanogr diharapkan dapat terus bertransformasi agar sejajar
dengan peredaran masa dan sifat keindividuan yang ada pada anak-anak
didik di SMK Kuala Selangor.
Aktiviti pagi juga merupakan satu cara menyediakan minda ke arah pdp yang
di dalam bilik darjah. Sekiranya aktiviti ni tidak mencukupi waktu jadi aktiviti
ini akan di sambung semasa rehat.
Dengan cara ini murid murid akan menjadi lebih berani dan dapat bersosial
dengan lebih baik selepas alam sekolah.
Gambar gambar semasa aktiviti

Murid melihat rakan membuat persemahan

Murid mengambil bahagian


dalam Public speaking

Mentor membantu

You might also like