Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Fakta Kes

Berikut, dipaparkan beberapa Fakta Kes Belasah, Buli dan Bunuh yang pernah mengisi muka depan akhbar-akhbar tempatan dan menjadi tajuk-tajuk utama siaran
berita di kaca TV.
Kes 1 : (Nak Tunjuk Hero)
Pada 7 Julai 2004, polis telah menahan 15 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik
Pendang, Kedah dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana
disyaki merusuh dan membelasah dengan teruk Mohd. Isa Nayan, seorang pelajar
sekolah sama. Mangsa dipercayai mengalami lebam di bahagian belakang, dada,
dan pinggang, serta sukar untuk berjalan dan menerima rawatan di Hospital Alor
Setar.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa dibelasah di dalam sebuah bilik
di asrama sekolah berkenaan selepas berlaku perselisihan faham dengan
sekumpulan 15 orang pelajar terbabit. Selepas kejadian itu kumpulan 15 orang
pelajar terbabit mengugut mangsa agar tidak melaporkan kejadian itu kepada guru
atau warden, asrama.
Siasatan awal kes ini mendapat bahawa kumpulan 15 orang pelajar terbabit cuba
menjadi dominan atau 'nak tunjuk hero' di sekolah yang baru dibuka dengan jumlah
pelajar yang sedikit iaitu seramai 300 orang.
Tindakan awal yang telah diambil terhadap kumpulan pelajar terbabit. Selain
disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana disyaki merusuh dan
membelasah, mereka juga telah digantung sekolah selama 14 hari.
Kes 2 : (Gara-Gara Sebuah Cerek)
Muhammad Farid Ibrahim, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama (SMA)
Dato' Klana Petra Maamor, Ampangan Seremban Negeri Sembilan, dibelasah hingga
mati di antara pukul 10.30 pagi dan 4.15 petang, pada 28 Mac 2004 di Dorm
Osman, Tingkat 2, Asrama Putera sekolah berkenaan oleh 8 orang rakan
seasramanya akibat mangsa tidak meminjamkan cereknya kepada tertuduh.
Kelapan-lapan tertuduh sudahpun dihadapkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Seremban Negeri Sembilan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan
dan dibaca bersama dengan Seksyen 149 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan
mereka boleh dihukum mati.
Kes 3: (Mati Akibat Teman Wanita)

Pada 7 Julai 2004, seorang mahasiswa undang-undang, Darren Kang Tien Hua
dibelasah hingga mati oleh sekumpulan 11 orang lelaki yang sebahagiannya terdiri
daripada pelajar.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, mangsa pergi ke sebuah restoran bersama-sama
teman wanitanya. Mangsa menegur sekumpulan 11 orang lelaki yang asyik
memerhatikan teman wanitanya. Teguran mahasiswa berkenaan mencetuskan
pergaduhan sehingga menyebabkan dia dibelasah dengan teruk hingga mati.
Ekoran kejadian itu, ke 11 lelaki terbabit termasuk beberapa orang pelajar telah
ditahan reman selama 14 hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan
disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseskaan iaitu membunuh. Seksyen itu
memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

You might also like