Kebaikan Dan Keburukan Internet

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Internet merupakan sistem komunikasi yang

menyampaikan maklumat dari seluruh dunia. Sistem ini


boleh diperoleh melalui computer yang disambungkan
menerusi talian telefon. Kini, masyarakat berlumba-lumba
belajar untuk menggunakan internet.
Melaui internet, kita boleh menerima maklumat
dengan cepat. Apa sahaja yang berlaku di luar Negara,
dengan menekan klik, kita akan mengetahui berita
tersebut. Kesannya minda kita sentiasa terbuka, tidak
seperti katak di bawah tempurung.
Sebagai murid yang dahagakan ilmu pengetahuan,
kita boleh mendalami sesuatu perkara menerusi internet,
kita memang boleh merujuk buku, tetapi makan masa dan
mungkin buku tiada di tangan kita. Internet dapat
memberikan maklumat dengan cepat dan jelas.
Sebenarnya bagi murid yang sudah letih menelaah
pelajaran, boleh mencari maklumat hiburan menerusi
internet. Kita boleh mendengar muzik dan menonton
cerita terkini. Setelah diri terhibur, boleh meneruskan
semula mengulangkaji pelajaran.
Namun begitu, internet juga membawa keburukan
seperti membuang masa. Sesetengah daripada kita
sanggup menghabiskan masa berjam-jam di depan skrin
komputer. Keseronokan melayari internet sehingga lupa
latihan yang guru suruh.
Bagi mereka yang bersikap negatif, akan melayari
cerita berunsur lucah. Mereka seakan-akan lupa, gambar
yang mendedahkan aurat haram ditonton dan
bertentangan dengan budaya ktia. Jika tidak diawasi,
akan berlaku gejala negatif.

Kesimpulannya, internet amat berfaedah kepada kita.


Namun, jika kita bersikap pekak badak, dan tidak
mendengar kata nasihat orang dewasa , kita juga yang
akan ditimpa kerugian. Kita akan rugi wang dan masa.

You might also like