Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Khasiat Buah Kiwi

July 17, 2012 By kesihatan Leave a Comment

WALAUPUN kecil dari segi saiznya, buah kiwi mampu membekalkan cedokan harian yang
lazat dengan khasiat kesihatan yang luar biasa.
Pakar Nutrisi Pusat Perubatan Subang Jaya, Ho Wan Mi memberitahu, buah kiwi
mengandungi dua kali ganda lebih banyak kandungan vitamin C berbanding buah oren dan
lima kali ganda khasiat daripada epal.
Buah kiwi diakui mengandungi lebih banyak nutrien penting berbanding 27 jenis buahbuahan popular. Ia dibuktikan oleh kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Rutgers,
Amerika Syarikat sekali gus dinobatkan sebagai perangsang kesihatan terulung.
Kandungan vitamin C yang tinggi berupaya mempertingkat sistem daya tahan secara semula
jadi serta menyumbang kepada pembentukan kolagen selain fungsi normal tulang, rawan,
gusi, kulit dan salur darah.
Ia juga membantu dalam penyerapan zat besi dan kalsium untuk menjaga kesihatan gigi
serta gusi selain mampu mencegah simptom selesema, jelas Wan Mi ketika ditemui Kosmo!
sewaktu pelancaran musim buah kiwi Zespri di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang baru-baru
ini.
Kiwi Zespri sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pencinta kiwi memandangkan ia
antara jenama utama buah itu di peringkat antarabangsa.
Menurut satu kajian yang dipapar dalam The American Journal of Clinical Nutrition, ia
mengesahkan kandungan vitamin C dalam buah kiwi Zespri emas adalah lima kali ganda
biowujud daripada vitamin C dalam makanan kesihatan tambahan.
Malah, kedua-dua buah kiwi hijau dan emas mengandungi vitamin E dan folat yang boleh
membantu pembentukan sel darah merah serta mencegah anemia.

Tambah Wan Mi, buah kiwi merupakan sumber pemakanan serat yang bagus. Diet yang
mengandungi banyak serat dapat mengurangkan paras kolesterol yang tinggi dan
mengurangkan risiko serangan serta sakit jantung.
Berbekalkan sumber kandungan serat yang unggul, buah kiwi Zespri membantu
melancarkan perjalanan usus dan menyediakan persekitaran gastrousus yang sihat untuk
menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam perut, ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, kajian yang diterbitkan The Journal of Agriculture & Food Chemistry pada
tahun 2012 menunjukkan buah kiwi hijau mengandungi enzim protease (aktinidin) yang
boleh membantu pencernaan di dalam usus kecil.
Ia juga dapat mengurangkan rasa kembung selepas menikmati juadah yang kaya dengan
lemak dan daging.
Sumber: KOSMO!
Filed Under: Buah-buahan, Kiwi Tagged With: buah kiwi dan manfaatnya, buah kiwi ibu
mengandung, buah kiwi khasiat, buah kiwi untuk ibu hamil, buah-buahan tempatan, kebaikan
buah kiwi, kelebihan buah kiwi, khasiat buah kiwi

You might also like