Refleksi Persatuan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

7.

0 REFLEKSI
Pertama sekali, saya ingin memanjat rasa kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha
Esa kerana dengan limpah berkat-Nya, saya berjaya menyiapkan tugasan bagi
WAJ3112 Kokurikulum Persatuan ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah pembimbing saya, En Khairul Zamri Othman yang telah banyak
memberi bimbingan dan ilmu sepanjang pelaksanaan tugasan ini mahupun
kuliah-kuliah yang telah diberikan beliau. Jutaan terima kasih juga ingin saya
ungkapkan

kepada

seluruh

keluarga,

rakan-rakan

dan

pihak-pihak

yang

membantu dan sentiasa menyokong dalam pelaksanaan tugasan ini.


Secara keseluruhannya, tugasan kursus Kokurikulum Persatuan ini telah
banyak memberi ilmu pengetahuan kepada saya tentang penubuhan sesebuah
persatuan dan kepentingan bagi seorang guru untuk mengetahui tentang cara
mengurus persatuan tersebut. Pada pendapat saya, ilmu seumpama ini penting
bagi memberi kesediaan kepada bakal guru seperti saya untuk memimpin
sesebuah persatuan dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya, melalui kursus ini,
saya telah mengetahui perkara-perkara asas tentang

penubuhan persatuan,

penyediaan aktiviti tahunan, penyediaan kertas kerja perlaksanaan sesuatu


program seperti menyediakan aktiviti, surat notis mesyuarat dan peranan yang
perlu

dimainkan

sebagai

ahli

dalam

sesebuah

persatuan

tersebut.

Sesungguhnya, dengan memahami segala ilmu ini, saya mampu mewujudkan


sebuah sekolah yang mempunyai persatuan yang aktif dan sistematik.
Tugasan pertama yang saya lakukan ialah menubuhkan sebuah persatuan
di dalam sesebuah sekolah tersebut. Kemudian mengadakan beberapa aktiviti
yang berkaitan dengan persatuan tersebut. Melalui tugasan, kami diminta untuk
menubuhkan Persatuan/Kelab ICT. Malangnya, sekolah tempat saya menjalankan
praktikum tersebut iaitu Sk Sentosa Tawau, tidak mempunyai makmal komputer.
Disebabkan itu, saya mengalami masalah untuk menjalankan tugasan ini.
Namun begitu, setelah berbincang dengan pihak pensyarah, mereka bersetuju
dan membenarkan saya untuk memilh Persatuan Pendidikan Islam sebagai
persatuan bagi tugasan kursus saya ini. Saya telah menjalankan Program
Pemulihan jawi dan program ini melibatkan pelajar tahun 4 & 5 yang lemah
dalam jawi.

Selain daripada itu, tugasan ini membantu saya untuk meningkatkan lagi
kemahiran ICT melalui penyediaan bahan bantu mengajar

yang menarik dan

mampu mengetengahkan isi-isi utama yang diperlukan ketika proses pengajaran


dan pembelajaran. Dalam pada itu, kemahiran menganalisis dan membanding
beza antara

dua bahan yang berbeza membantu merangsang proses kognitif

saya.
Pengalaman-pengalaman

yang

saya

perolehi

sepanjang

melakukan

tugasan ini ebenarnya banyak membantu saya untuk berdepan dengan profesion
keguruan yang sebenar dan murid-murid di sekolah nanti. Ianya meningkatkan
kesedaran dalam diri saya bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang guru
lebih-lebih lagi seorang guru agama yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Ia
bukan sahaja memerlukan persediaan fizikal dan mental tetapi emosi, ilmu
pengetahuan dan sahsiah yang baik apabila bergelar seorang guru.
Saya

juga

mempelajari

nilai

kerjasama

Antara

kumpulan

dalam

menyediakan tugasan ini. Penerimaan pendapat dan saling bertukar pandangan


nyata memberikan impak yang positif dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga
mempelajari nilai bersabar dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
tugasan ini. Dalam menyelami erti kesabaran, saya melatih diri saya juga untuk
bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan ini walapun terdapat beberapa
kekangan yang saya alami kekangan masa khususnya. Tugasan ini memberikan
saya banyak input baru yang boleh saya gunakan apabila bergelar guru suatu
hari kelak. Insha Allah.

Disediakan oleh :
..
(MOHD HASIRUL AQWAM)

You might also like