Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

5.

KAKISAN BESI

Tindak balas kakisan merupakan tindak balas redoks logam dengan beberapa bahan
dalam keadaan tertentu ditukarkan kepada sebatian yang tidak diingini. Sesuatu
logam itu akan terkakis melalui proses pengoksidaan apabila atom logam itu
melepaskan elektron. (rujuk rajah 2.1)
Pengaratan besi adalah proses elektrolisis yang berlaku apabila logam
terdedah

kepada

oksigen

dan

air.

Ferum

berkarat

apabila

kelembapan

permukaannya mengandungi kepekatan oksigen, O2 yang berbeza. Dalam keadaan


ini, elektron akan dipindah dari tempat kandungan O2 yang rendah kepada yang
tinggi. Apabila besi berkarat, ia bertindak balas dengan oksigen dan air untuk
membentuk ferum (III) oksida terhidrat, Fe2O3.xH2O, yang dipanggil karat. Besi
akan terkakis jika atom besi melepaskan elektronnya. Namun, besi hanya akan
terkakis jika oksigen dan air yang bertindak sebagai agen pengoksidaan bersentuhan
dengan besi.

Rajah 2.2: Proses pengaratan yang berlaku pada logam besi

Oleh kerana kepekatan oksigen terlarut di bahagian tengah titisan air adalah
lebih rendah daripada bahagian pinggirnya, maka atom besi di bahagian tengah
titisan air mengalami proses pengoksidaan. Berikut adalah tindak balas yang berlaku
di anod:
Fe (p)

Fe2+ (ak) + 2e

Elektron yang dibebaskan di anod akan mengalir ke bahagian lain dari besi itu yang
bertindak sebagai katod, di mana oksigen mengalami penurunan.
O2 (g) + 2H2O (c) + 4e-

4OH- (ak)

Ion ferum (II) yang terhasil akan bertindak balas dengan ion hidroksida untuk
membentuk mendakan ferum (II) hidroksida:
Fe2+ (ak) + 2OH- (ak)

Fe(OH)2 (p)

Ferum (II) hidroksida akan dioksidakan oleh oksigen di udara kepada ferum (III)
oksida terhidrat yang berwarna perang yang dipanggil karat besi, iaitu Fe2O3.xH2O.
pengoksidaan

4Fe(OH)2 (p) + 2H2O (c) + O2 (g)


Fe(OH)3 (p)

penguraian

4Fe(OH)3 (p)

Fe2O3.xH2O (p)

Persamaan tindak balas bagi tindak balas redoks adalah:


2Fe2+

+ 4e-

Anod :

2Fe (p)

Katod :

O2 (g) + 2H2O (c) + 4e-

4OH- (ak)

2Fe (p) + O2 (g) + 2H2O (c)

2Fe(OH)2 (p)

Persamaan Tindak Balas Keseluruhan bagi kakisan besi adalah:


4Fe (p) + 3O2 (g) + 2xH2O (c)

2 Fe2O3.xH2O (p)

Kadar kakisan besi meningkat apabila elektrolit yang kuat seperti garam dan asid
digunakan. Maka, kadar kakisan besi adalah tinggi di tepi laut atau kawasan
perindustrian. Bukan itu sahaja, kadar kakisan besi turut meningkat jika bersentuhan
dengan logam kurang elektropositif daripadanya. Proses ini digelar sebagai kakisan
elektrokimia.
3.0

JENIS-JENIS KAKISAN

Kakisan diklasifikasikan mengikut keadaan logam yang mengalami kakisan seperti:


a. Kakisan Tumpuan
Kakisan ini berlaku pada satu tempat atau lubang pada permukaan logam. Ini akan
menyebabkan logam menjadi lemah pada tempat tersebut. Bahagian kecil yang
lemah ini akan menjadi anodik, manakala bahagian yang besar akan menjadi
katodik.

Rajah 3.1: Keratan rentas bentuk kakisan tumpuan.

b. Kakisan Antara Bijian

Kakisan ini terjadi di sepanjang sempadan bijian yang sensitif kepada kakisan. Pada
amnya, ia berlaku disebabkan oleh potensi yang berbeza di antara atom pada satu
sempadan dengan sempadan yang bersebelahan dan akan mewujudkan sempadan
anod dan katod. Kakisan ini selalunya bermula pada permukaan logam dan akan
melarat cepat kedalam disebabkan oleh struktur dalaman yang tidak elok.

Rajah 3.2: Kakaisan antara bijian


c. Kakisan Celahan
Biasanya terjadi pada bahagian yang retak atau di celah pertemuan dua permukaan
yang terpasang. Kakisan ini boleh terjadi pada celahan permukaan logam yang sama
atau berbeza.

Rajah 3.3: Kakisan celahan

d. Kakisan Tegasan
Jenis kakisan ini melibatkan sejenis logam tetapi mempunyai kawasan-kawasan
tegasan yang berlainan di dalam barangan tersebut. Bahagian-bahagian barangan
yang tinggi nilai tegasannya adalah anodik dan bahagian lain adalah katodik. Apabila
barangan ini terdedah kepada bahan elektrolit maka bahagian yang tinggi
tegasannya akan terhakis yang disebabkan oleh perbezaan kawasan tegasan.
Kakisan jenis ini dapat dielakkan melalui reka bentuk baik yang boleh mengelakkan
daripada terdapatnya perbezaan kawasan tegasan yang ketara.

4.0

KESAN KAKISAN BESI

Pengurangan ketebalan logam akan mengalami kehilangan kekuatan mekanik dan


mengakibatkan kegagalan struktur atau kerosakan. Hal ini menyebabkan suatu objek
menjadi rapuh dan terhakis secara perlahan. Keadaan ini mengundang bahaya atau
kecederaan kepada orang yang akan terjadi akibat dari kerosakan seperti pada
struktur jambatan, kereta, bangunan dan sebagainya.
Kesan yang seterusnya ialah kehilangan ciri-ciri permukaan dari segi teknik
penting dalam satu komponen berlogam. Perkara Ini mungkin termasuk geseran dan
ciri-ciri 'bearing', kelancaran pengaliran cecair pada permukaan paip, kekonduksian
elektrik sentuhan, permukaan kepantulan atau pemindahan haba pada seluruh satu
permukaan. Di samping itu, kakisan besi akan merosakkan nilai estetika suatu objek
besi. Hal ini demikian kerana satu lapisan perang terhasil di permukaannya.
Permukaan objek turut mudah menjadi pudar, kasar serta kelihatan buruk.

5.0

PENCEGAHAN PENGARATAN BESI

Menurut Chau Kok Yew. (2012), logam besi dapat dicegah daripada karat melalui
cara-cara seperti pembentukan aloi pada permukaan besi. Besi digalakkan untuk
dialoikan dengan logam lain untuk membentuk aloi yang tahan kakisan. Antara
logam pengaloi yang sesuai digunakan ialah kromium, nikel dan manganat dan keluli
nirkarat. Selain itu, penggunaan lapisan perlindungan juga berkesan dalam
menghalang pengaratan besi. Kaedah ini menghalang logam bersentuhan dengan
kelembapan dan udara dengan menutup permukaan besi. Contoh lapisan yang
boleh digunakan ialah lapisan cat, lapisan minyak atau gris, lapisan oksida dan
lapisan larutan fosfat beralkali yang merupakan bahan antikarat.
Pemilihan bahan adalah peringkat yang paling awal dan mudah dalam
mencegah kakisan. Untuk tujuan ini, kedudukan bahan dalam siri elektrokimia perlu
diambil perhatian. Selain daripada kos yang rendah, faktor rintangan kepada kakisan
yang tinggi perlu diambil kira dalam memilih bahan. Cara pencegahan yang lain ialah
penggunaan logam atau elektrod korban. Teknik ini menggunakan prinsip di mana
besi logam yang lebih reaktif itu akan dioksidakan jika ia bersentuhan dengan besi.
Contohnya, proses penggalvanian menyalut permukaan besi dengan suatu lapisan
nipis zink. Penggalvainian melindungi besi daripada berkarat biarpun selepas
permukaan salutan dipecahkan.

.0

RUJUKAN

Chau Kok Yew. (2012). Ekspres Kimia. Johor Bahru: Pelangi ePublishing Sdn Bhd,
Corrosion And Non-Ferrous Metal. Diakses pada 16 Feb 2016, daripada
http://materialfauziah.weebly.com/uploads/5/2/5/4/52547625/topic_5_corrossi
on.pdf.
Fareed Shaqueer, Corrosion World. Diakses pada 16 Feb 2016, daripada
http://corrosionist-metallurgist.blogspot.my/2010/11/apa-itu-kakisanwhatscorrosion.html
Ogune, A.N. & Bradley, J.D. (1994). Ionic conduction and electrical neutrality in
operating electrochemical cells.Journal of Chemical Education 71(1): 29-34.
Tan, Y.T., Loh, W.L. & Tan, O.T. (2007). Success Chemistry. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

You might also like