Tiger

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Wildlife Conservation Centre to be made eco-tourism attraction

BY IVAN LOH

Meeting the tigers: Palanivel (squatting) taking a closer look at a tiger kept at the
National Wildlife Rescue Centre in Sungkai.
Meeting the tigers: Palanivel (squatting) taking a closer look at a tiger kept at the
National Wildlife Rescue Centre in Sungkai.

THERE are plans to upgrade the Wildlife Conservation Centre (SWCC) in Sungkai
into an eco-tourism centre, Natural Resources and Environment Minister Datuk
Seri G. Palanivel said.

He said the upgrading of the SWCC would cost about RM18mil, which would
include facilities for tourists and also for conservation purposes under the 11th
Malaysia Plan.

The components for the upgrade include more paddocks for animals, observation
platforms, aviary, amphitheatre, treehouse, high hide, forest trails and waste
water recycling system.

The SWCC was set up in the 1970s within a 2,468ha of forest reserve in Sungkai
for conservation and rehabilitation of wild animals.

It currently houses the gaur (seladang), sambar deers, peafowls and pheasants.

The animals at the SWCC need to be protected. We also need to protect other
endangered animals in the country from poachers, said Palanivel during his visit
to SWCC on Tuesday.

He had earlier visited the National Wildlife Rescue Centre (NWRC), where rescued
animals like tigers, sun bear and clouded leopards are kept. The NWRC is located
about 3km from the SWCC,

NWRC chief Ahmad Azhar Mohammed said the wildlife rescue centre was set up
last year, following a new ruling that requires such centres be separated from
zoos.

The Malacca Zoo was formerly used as a rescue centre. We were told we could
not implement that here, as per the new ruling.

The government then built the NWRC here in Sungkai, he said, adding that the
NWRC cost about RM5mil to construct.

A tiger approaching a pond for a drink at the National Wildlife Rescue Centre in
Sungkai, Perak. The Government plans to spend RM18mil to expand the centres
facilities to help promote eco-tourism in the state. Photo by IVAN LOH
Ahmad Azhar said about 20 tigers were first brought into the NWRC for
conservation and rehabilitation.

Five of the tigers were found to be hybrids, having been cross bred with other
species of tigers and sent to zoos for display, he said, adding that the age of the
tigers at the NWRC were between three and 18.

We now have 15 pure breed Malayan Tigers here, he said.

Ahmad Azhar said because the rescued animals at the NWRC have become used
to the presence of humans, they would not be released into the wild.

Most of these rescued animals are dependant on humans to provide them food,
so they could have issues adapting to the wild.

Only their offspring will be released after a certain age.

We will begin a new phase for the rewilding process for the young tigers, which
includes putting them with their mothers in a confined area to allow them to
familiarise themselves with the jungle surroundings, he said, adding that the
lifespan of a tiger was between 20 and 25.

They will be transferred to another location in Pahang where they need to hunt
for their own food, said Ahmad Azhar.

Berita Utara
August 12, 2014 18:49 PM
Peruntukan RM18 Juta Untuk Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai

SUNGKAI, 12 Ogos (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan
memohon peruntukan sebanyak RM18 juta daripada kerajaan Persekutuan dalam
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) untuk program pembangunan dan
kemudahan ekopelancongan di Pusat Konservasi Hidupan Liar di sini.

Menterinya Datuk Seri G Palanivel berkata pusat itu akan dibangunkan


berdasarkan pelan induk bertemakan konservasi hidupan liar yang terletak
bersebelahan dengan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan.

"Kita akan mengutamakan permohonan itu dalam RMK-11 berdasarkan peranan


penting pusat ini sebagai tempat penyelidikan hidupan liar," katanya kepada
pemberita selepas lawatan kerja ke pusat konservasi itu di sini, Selasa.

Beliau berkata peruntukan itu diperlukan bagi kerja-kerja naik taraf kemudahan
infrastruktur di samping menambahkan kurungan untuk menampung bilangan
hidupan liar hasil daripada pembiakan di pusat itu.

Antara komponen yang perlu diwujudkan ialah kurungan pameran hidupan liar,
pelantar pemerhati, ran, sistem kitar semula air dan sangkar burung, katanya.

Pusat konservasi berkenaan dengan keluasan 20 hektar terletak di Rizab Hidupan


Liar Sungkai ditubuhkan pada tahun 1970-an.

Ia ditadbir Jabatan Perhilitan untuk tujuan pembiakan hidupan liar yang


terancam, konservasi, pelepasan semula hidupan liar ke habitat asal dan
penggunaan secara lestari termasuk ekopelancongan.

Pusat berkenaan juga berperanan sebagai pusat penyelidikan, pemuliharaan,


menyelamat, perlindungan kepada harimau, seladang, Rusa Sambar, Burung
Merak Pongsu, Burung Kuang Raya dan Burung Kuang Cermin.

-- BERNAMA
PENANGAN HARIMAU MALAYA 'SCARFACE' - 5 MAUT & 1 CEDERA

Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (National Wildlife Rescue Centre


NWRC) berfungsi sebagai pusat menyelamat hidupan liar selaras dengan
kehendak Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008
[Akta 716] bagi menerajui aktiviti 3R (Rescue, Rehabilitation & Release) hidupan
liar.

Terletak di Rezab Hidupan Liar di Sungkai Perak, Pusat Menyelamat Hidupan Liar
Kebangsaan (NWRC), dibangunkan pada bulan Ogos 2013, berkeluasan sekitar 24
ekar dengan pemindahan Harimau Malaya dari Zoo Melaka.

Harimau Malaya 'Scarface' ini telah ditemui di Jeli, Kelantan dan kini telah berusia
16 tahun. Mempunyai rekod membaham manusia. Kembara Bersama Media NRE
dimaklumkan bahawa seramai 5 orang telah maut dan hanya seorang yang telah
terselamat tetapi cedera.

Pengurusan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai ini


diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN dan dibawah pengawasan oleh En. Azhar.
Kembara Bersama Media dimaklumkan bahawa pembangunan di Pusat
Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) merangkumi 3 Fasa.

Fasa 1 telah siap sepenuhnya. Dimana 5 blok kurungan Harimau Malaya telah
pun siap. Bagi Fasa ke- 2 yang meliputi Kuarters kakitangan (telah siap), pejabat
dan klinik masih lagi didalam pembinaan. Fasa ke- 3 adalah pembinaan bekalan
air terawat, pembinaan kurungan tambahan (bagi spesis beruang, harimau
kumbang, primat dan burung).Antara Hidupan Liar yang sedang direhabilitasi
termasuk 15 ekor Harimau Malaya (5 jantan, 10 betina), 2 ekor Harimau Dahan
dan 2 ekor Beruang Matahari. Walaupun begitu, terdapat juga hidupan liar yang
telah diselamatkan dan dilepaskan semula, diantaranya Tapir sebanyak 6 ekor,
Beruang sebanyak 4 ekor, Harimau Kumbang 1 ekor dan Ungka sebanyak 6 ekor.
Perancangan masa hadapan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC)
adalah menyediakan kemudahan khusus bagi spesis beruang, harimau kumbang,
primat dan burung yang diselamatkan. Tidak terkecuali untuk rewild Harimau
Malaya sebelum dilepaskan ke habitat asal serta meningkatkan kemahiran
kakitangan jabatan di dalam bidang menyelamat hidupan liar.

Grup Foto diantara Kembara Bersama Media NRE dan Petugas Jabatan Pusat
Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) Sungkai, Perak.

http://www.anakjantan.com/2014/12/penangan-harimau-malaya-scarface-5maut.html

TANJUNG MALIM 21 Ogos - Sekiranya gemar berkunjung ke taman safari, Pusat


Konservasi Hidupan Liar (PKHL) di Sungkai patut berada dalam senarai pilihan
anda.

PKHL berkeluasan 20 hektar telah ditubuhkan sekitar awal 1970-an untuk tujuan
pembiakan hidupan liar yang terancam.

Mementingkan aspek konservasi secara semula jadi, pusat berkenaan dibina


dalam kawasan rizab hidupan liar yang keseluruhannya seluas 2,468 hektar.

PKHL Sungkai diuruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (Perhilitan) negeri, justeru, sebanyak 19 staf termasuk seorang Pegawai
Hidupan Liar ditugaskan untuk menyelia kemudahan infrastruktur yang ada.

Namun, perkara paling menarik yang tidak patut dilepaskan sekiranya


berkunjung ke PKHL Sungkai adalah menyaksikan pelbagai spesies haiwan yang
dibiak secara teratur, bersih dan sistematik.

Antara spesies mamalia yang diternak ialah seladang dan rusa sambar.

Namun, terdapat juga tiga jenis burung iaitu merak pongsu, kuang raya dan
kuang cermin turut dipelihara di sini.

Pada asasnya, hidupan liar yang telah mampu berdikari akan dilepaskan ke
habitat asal supaya haiwan berkenaan dapat membesar secara semula jadi.

Sehingga kini, sebanyak lima ekor seladang, 10 ekor rusa sambar dan 22 ekor
burung telah dilepaskan ke hutan bagi memastikan kemandirian spesies masingmasing.

Namun begitu, usaha murni Perhilitan akan lebih diketahui serta dihargai oleh
orang ramai apabila kerajaan bercadang membangunkan kemudahan
ekopelancongan di situ.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel yang melakukan
lawatan ke PKHL Sungkai baru-baru ini berkata, pihaknya memohon peruntukan
sebanyak RM18 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan
perkara tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Menurut beliau, antara penambahbaikan kemudahan yang dicadangkan termasuk


pembinaan kandang pameran hidupan liar, pelantar pemerhati, tempat
pemeliharaan burung serta sebuah amphitheater.

Dalam perkembangan berkaitan, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa


terdapat sebuah lagi Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) yang
dikhususkan untuk memelihara spesies harimau berdekatan PKHL Sungkai.

NWRC Sungkai yang dibuka November tahun lalu mempunyai 20 kandang


harimau di atas tanah seluas 10 hektar.

Difahamkan, pembinaan kandang tersebut menepati Peraturan Pemuliharaan


Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012 (Akta 716), justeru, pusat ini merupakan
antara yang terkini dan terbaik di Malaysia.

Menurut Ketua NWRC Sungkai, Ahmad Azhar Mohammed, pembinaan pusat


berkenaan merupakan cetusan idea Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof.

"Kita bermula dengan menjaga 20 ekor harimau, namun, disebabkan lima


daripadanya terdiri daripada jenis hibrid, maka telah dipindahkan. Kita hanya
mahu memelihara harimau tempatan jenis Malayan Tiger," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Azhar berkata, lima ekor harimau jantan dan 10 ekor
harimau betina yang kini berada di bawah peliharaan NWRC Sungkai
kebanyakannya telah diselamatkan daripada pelbagai bentuk ancaman.

Beliau berkata, harimau-harimau berkenaan kini berusia dalam lingkungan tiga


hingga 18 tahun, selain dijaga rapi dari segi pemakanan dengan hanya diberi
makan tidak melebihi 10 peratus daripada berat badan.

"Untuk fasa kedua, anak-anak harimau ini nanti apabila sudah berusia dua tahun
setengah, kita akan kurangkan penglibatan manusia agar dapat diliarkan secara
semula jadi.

"Namun, secara puratanya, jangka hayat harimau adalah dalam lingkungan 20


hingga 25 tahun," katanya.

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Utara/20140822/wu_01/Konservasi-hidupanliar-di-Sungkai#ixzz3gPoWZFDM
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like