Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN
Program Pemulihan Khas adalah satu program pendidikan yang disediakan untuk muridmurid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks
disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus,
di ruang yang khusus.
Program

Pendidikan

Pemulihan

Khas

mula

diberi

perhatian

oleh

pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Laporan Murad 1972 melaporkan bahawa terdapat
25% murid-murid sekolah rendah tercicir dan tidak menguasai kemahiran 3M iaitu
membaca, menulis, dan mengira. Oleh hal yang demikian, kursus dalam perkhidmatan telah
diperkenalkan kepada guru-guru yang berminat dalam bidang pendidikan pemulihan dan
dihantar untuk mengikuti pelbagai jenis kursus perguruan yang dianjurkan oleh kementerian
bermula tahun 2009.
Program Pendidikan Pemulihan Khas yang dikelolakan oleh guru-guru yang
menerima latihan khas dan mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam pendidikan
pemulihan khas manakala murid-murid yang ditempatkan dalam kelas khas ini adalah
murid-murid dari kelas biasa yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas biasa.
Murid yang akan ditempatkan di kelas khas ini perlu mengikuti prosedur tertentu setelah
dicalonkan sebelum berjaya diterima mengikuti pendidikan pemulihan khas. Sistem
withdrawal yang diamalkan menuntut guru-guru pendidikan pemulihan khas agar
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berjaya berasaskan model pengajaran
tertentu sehingga murid-murid pemulihan khas ini mampu menguasai kemahiran-kemahiran
yang gagal dikuasai semasa di kelas biasa.
Murid-murid yang terpilih ini akan hadir di kelas pemulihan khas pada waktu
tertentu untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran berkaitan pemulihan Bahasa Melayu
(membaca dan menulis) dan Matematik (mengira). Pada waktu mata pelajaran lain muridmurid ini akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.

2.0 PENULISAN ESEI AKADEMIK


Matlamat program pemulihan khas ialah memastikan semua murid menguasai kemahiran
asas 3M kecuali murid berkeperluan khas, manakala objektifnya ialah membantu muridmurid pemulihan menguasai kemahiran asas 3M, meneruskan pembelajaran mereka di
kelas biasa, membina keyakinan diri dan mendirikan sikap positif terhadap pembelajaran
selepas menerusi program pemulihan yang dilalui.
Peranan guru dalam melaksanakan program pemulihan amat berat, antaranya ialah
peranan penilaian iaitu melaksanakan proses pencalonan murid dengan menyediakan dan
menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah
penguasaan kemahiran asas 3M. masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara
khusus. Guru pemulihan juga bertanggungjawab ke atas kerja pelaksanaan ujian diagnostik
dan ujian pengamatan untuk mengenal pasti bidang kelemahan dan masalah khusus yang
dihadapi oleh murid, selain itu ujian pengamatan adalah untuk mengenal maklumat daripada
tindakbalas

pancaindera.

Selepas

mengelolakan

kerja-kerja

tersebut,

guru

perlu

menyediakan Rancangan Pengajaran Harian untuk murid-murid tertentu berdasarkan


analisa ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah dan bidang kelemahan setiap murid.
Selepas itu, guru juga perlu membuat penyelarasan dan penyeragaman ujian pelepasan
demi kebolehpercayaan pengumpulan data. Segala rekod dan maklumat perlu dilakukan
bagi memastikan proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menjadi
sebagai bahan rujukan untuk masa depan. Peranan guru juga termasuklah mengambil
tindakan susulan sama ada menghantar murid-murid yang melepasi ujian saringan kembali
semula ke kelas arus perdana atau memantau perkembangan pembelajaran murid atau
menempatkan murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas dan telah disahkan
oleh pengamal perubatan di Program Pendidikan Khas.
Selain daripada peranan-peranan yang disentuh, guru juga perlu menjalankan
penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik segala maklumat dan bahan
yang diperolehi dari semasa ke semasa. Peranan Preskriptif yang merancang, menyedia
dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah
pembelajaran yang tertentu juga merupakan tanggungjawab seorang guru pemulihan. Di
samping itu, guru memainkan peranan dalam usaha mengadakan bengkel atau demonstrasi
pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan. Manakala, peranan utama guru adalah
mengajar iaitu mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta
penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus
dapat dicapai.

Peranan seseorang guru juga termasuk kerja mengajar bersama-sama dengan guru
kelas secara bergabung sekiranya keadaan diperlukan. Selain daripada kerja mengajar,
guru pemulihan berperanan sebagai Khidmat Bantu, di mana guru pemulihan perlu
membantu guru-guru lain merancang dan mengubahsuai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran serta membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru
mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Masalah berhubung dengan ibu bapa dan waris semasa anak murid menghadapi masalah
pembelajaran dan tingkah laku juga dilakukan oleh guru pemulihan. Kadang-kala, guru
berperanan sebagai kaunselor untuk membimbing murid yang mengalami masalah emosi,
masalah pembelajaran dan sebagainya.
Kerja-kerja sampingan pula bagi seorang guru pemulihan termasukklah membuat
rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid, merunding cara mengajar dengan guru
kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa. Kemudian,
tugas berbincang dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian murid turut
dipertanggungjawabkan. Dalam bilik pemulihan pula, kerja-kerja mengemas kini sudut-sudut
pameran pembelajaran tetapi tugas utama hendaklah diberikan kepada pengajaran muridmurid tahap satu.
Sifat seseorang guru pemulihan yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil dan
saksama, kasih sayang dan sentiasa mengetahui kehendak dan keperluan murid,
memahami dan membimbing murid yang menghadapi masalah dalam semua aspek
termasuklah masalah keluarga, masalah emosi, masalah pembelajaran dan masalah
peribadi. Selain itu, bersikap prihatin untuk mengenal pasti murid-murid lemah yang
memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas. Seorang guru
yang professional perlu merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan
pemulihan dalam proses pengajaran. Sekiranya anak murid pemulihan mempunyai masalah
pengamatan, guru pemulihan mempunyai tanggungjawab untuk membawa murid untuk
berjumpa dan berbincang dengan guru kelas, ibu bapa, doktor, pegawai kebajikan atau
pihak lain berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata
murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti
program pemulihan khas dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian
kemahiran murid serta mengambil kira potensi dan kekurangan yang ada pada kanak-kanak
tersebut.
Penglibatan ibu bapa juga penting dalam pelaksanaan program pemulihan, ibu bapa
dalam pendidikan dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan dan membantu
mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007). Ia mampu memberikan kesan yang
3

positif terhadap keseimbangan perkembangan otak kanak-kanak dari aspek tingkah laku
dan afektif. Ada segelintir ibu bapa malu mempunyai anak yang ada kad OKU dan tidak
dapat menerima hakikat bahawa mereka terpaksa memikul beban seumur hayat mereka
dengan jenama OKU tersebut.
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab dan peranan mereka di rumah ialah memberi
bimbingan terhadap pelajaran anak mereka bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan yang
diajar di sekolah. Bimbingan itu perlu bersifat positif iaitu membuat ulangkaji dan mengingat
kembali isi pembelajaran dan bukan memberi tekanan atau stres serta latihan tambahan
yang berlebihan sehingga menakutkan anak mereka terhadap pembelajaran. Selain itu,
dorongan daripada ibu bapa merupakan suatu galakkan kepada murid untuk terus berusaha
dalam pelajaran kerana pencapaian dan usaha mereka dihargai.
Di samping memberi dorongan dalam pelajaran, ibu bapa harus mengambil berat
tentang masalah-masalah yang dihadapi di sekolah selain daripada masalah pembelajaran,
seperti masalah pergaulan antara rakan, masalah kesihatan, masalah tingkah laku dan
emosi serta masalah lain. Ibu bapa berperanan sebagai teladan dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi di rumah, sebagai contoh, semasa seorang bapa menghadapi
tekanan dalam kerjaya, bapa tidak sepatutnya memarahi ahli keluarga tanpa sebab,
generasi muda sekarang pandai membuat pemerhatian dan aksi atau teladan yang negatif
ini mungkin akan memberi gambaran dan tanggapan yang salah kepada mereka bahawa
perbuatan memarahi orang lain merupakan cara melepasi tekanan dan sebagainya. Ibu
bapa seharusnya membantu anak menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara yang
matang, bersifat kasih sayang dan bukan menuduh kesalahannya sebelum penyiasatan.
Perhubungan dan komunikasi dengan guru di sekolah juga merupakan suatu jenis
tanggungjawab bagi seseorang ibu bapa, iaitu ibu bapa perlu menghadiri hari terbuka yang
dianjurkan oleh pihak sekolah, biasanya satu atau dua kali dalam masa setahun untuk
mengetahui lebih teliti tentang kehidupan anak mereka di sekolah. Selain hari terbuka,
sekiranya ibu bapa berperasan bahawa anak mereka bermasalah dalam tingkah laku, ibu
bapa haruslah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan guru, selain daripada masalah
tingkah laku, isu terhadap kemajuan dan pencapaian akademik anak mereka turut menjadi
isu penting yang harus sentiasa dititikberatkan supaya kedua-dua pihak dapat bekerjasama
dalam usaha menangani masalah yang dihadapi oleh murid atau guru dari semasa ke
semasa.
Sebagai seorang ibu bapa, apabila anak melakukan kesalahan di sekolah, apa yang
perlu ibu bapa lakukan bukan sahaja mendenda tetapi perlu memahami pemikiran mereka
terlebih dahulu agar ibu bapa mengetahui punca tingkah laku yang negatif tersebut dan
4

memberi bimbingan yang sewajarnya supaya mereka tidak melakukan kesalahan yang
sama pada masa depan kemudian membantu mereka menyelesaikan masalah.
Murid sendiri juga memainkan peranan dan tanggungjawab dalam program
pemulihan, tanggungjawab dan peranan utama mereka ialah belajar bersungguh-sungguh,
bersikap positif terhadap pembelajaran dan tidak melanggar peraturan-peraturan sekolah.
Ini termasuklah tidak ponteng sekolah dan tidak ponteng kelas, pastikan kerja rumah yang
diberikan oleh guru disiapkan sebelum tarikh hantar. Tidak mengingkari pesanan guru,
contohnya apabila murid melanggar peraturan kelas, guru memberi dendaan yang
sewajarnya, murid menerima dendaan dengan hati yang ikhlas kemudian membuat refleksi
serta insaf atas kesilapan yang dilakukan supaya tidak mengulangi kesilapan yang
dilakukan.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid seharusnya memberi
kerjasama seperti tidak membuat gangguan sebaliknya memberi perhatian dan tumpuan
kepada pengajaran guru, sekiranya menghadapi masalah atau tidak memahami isi
pengajaran yang disampaikan, murid harus memberitahu guru dengan mengangkat tangan
sebelum bertanya kerana tindakan terus bertanya akan mengganggu pengajaran guru. Cara
mengemukakan soalan atau sebarang kekeliruan perlu bersikap sopan.
Guru pemulihan merupakan guru yang terlatih dalam bidang pemulihan dan mereka
juga mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Pendidikan, oleh itu murid
haruslah percaya kepada profesionalisme guru iaitu percaya bahawa guru pemulihan
berupaya untuk membantu murid pemulihan dalam mengatasi masalah pembelajaran.
Semasa menghadapi masalah sama ada masalah pembelajaran atau masalah peribadi
yang boleh menjejaskan pencapaian, murid harus yakin kepada kebolehan guru atas
bantuan yang dihulurkan. Apabila berlakunya sesuatu masalah, komunikasi antara murid
dan guru penting dalam usaha menangani masalah tertentu. Oleh sedemikian, murid
berperanan juga dalam berkomunikasi dengan guru tentang masalah yang dihadapi.
Isu dan permasalahan utama yang sentiasa merunsingkan guru pemulihan ialah
bagaimana caranya merancang suatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
demi kefahaman murid terhadap isi pelajaran di samping itu menceriakan proses
pembelajaran yang dapat menarik tumpuan murid pemulihan agar mereka tidak berasa
bosan dengan pengajaran guru. Matlamat ini bukan senang dicapai, kerana dalam program
pemulihan guru pemulihan menghadapi pelbagai rintangan dan kekangan daripada pelbagai
pihak, contohnya pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sentiasa menganjurkan kursus
untuk guru pemulihan, walaupun motifnya adalah demi menambah ilmu pengetahuan serta
berkongsi pengalaman di kalangan guru pemulihan tetapi hanya seorang guru pemulihan
5

sahaja dilantikkan di setiap sekolah, ini bermakna setiap kali guru menghadiri kursus, waktu
pembelajaran bagi kelas pemulihan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan dan kadangkadang digantikan oleh guru lain yang tidak berpengalaman dalam bidang ini. Kesan dan
implikasinya ialah menjejaskan pencapaian murid, kerana guru biasa tidak menggunakan
kaedah atau teknik pengajaran yang khusus dalam program pemulihan dan murid yang
lemah ini akan gagal menguasai ilmu yang disampaikan. Sekiranya guru pemulihan selalu
membatalkan waktu pembelajaran demi menghadiri kursus, kesan buruknya ialah
melambatkan proses pencapaian objektif iaitu murid akan lambat dipulih dan lambat
dihantar balik ke kelas arus perdana.
Selain itu, isu dan masalah yang dihadapi oleh guru pemulihan juga termasuklah
terpaksa mengisi, merekod dan menyusun maklumat-maklumat murid yang terlalu banyak
secara individu tanpa bantuan kerani kerana program pemulihan ini boleh lain dengan
program arus perdana, banyak kertas kerja perlu dilakukan bagi memenuhi kehendak dan
permintaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), kertas kerja ini termasuklah mengisi
pencapaian murid bagi tempoh-tempoh yang ditetapkan, merekod, menyusun dan membuat
fail peribadi murid dari semasa ke semasa, tambahan pula perlu menghantar maklumat dan
bahan yang diminta kepada pihak PPD dan biasanya masa yang diberikan adalah sangat
singkat sehingga guru pemulihan terpaksa menangguhkan kerja-kerja lain untuk memenuhi
permintaan pihak tertentu. Kesan buruk masalah ini ialah membebankan guru pemulihan
dan cabaran yang begitu berat ini akan menyebabkan para guru pelatih tidak berminat untuk
mencebur diri dalam program ini, implikasinya terhadap program pemulihan ialah
kekurangan guru pemulihan dalam usaha memenuhi permintaan guru pemulihan yang tinggi
di sekolah rendah.
Dalam proses melaksanakan program pemulihan pula, guru pemulihan juga
menghadapi masalah seperti bilangan murid terlalu ramai dalam satu kelas dan
infrakstruktur serta kemudahan yang disediakan oleh pihak pentadbir tidak dapat memenuhi
keperluan, sebagai contoh bahan bantu belajar yang dibekalkan oleh pihak tertentu tidak
cukup digunapakai oleh bilangan murid yang ramai, kesannya akan menjejaskan proses
pembelajaran dan pencapaian objektif bagi sesuatu pembelajaran. Tambahan pula, guru
akan berasa tertekan sekiranya bilangan murid terlalu ramai dalam satu kelas kerana
kebanyakan murid pemulihan adalah murid yang suka bermain, guru akan bermasalah
dalam mengawal kelas, implikasinya ialah murid mengganggu sesi pengajaran sehingga
proses pengajaran dan pembelajaran gagal mencapai matlamat dan objektif seperti yang
dijangkakan.
Sesetengah sekolah tidak menempatkan bilik pemulihan di tempat yang sesuai juga
merunsingkan guru pemulihan, sebagai contoh bilik pemulihan diletakkan di tempat yang
sangat jauh dari tandas dan biliknya kecil, tambahan pula tidak dapat membekalkan almari,
kerusi, meja, buku cerita, papan tulis, alat-alat ICT seperti projektor, papan putih dan
komputer untuk menjalankan program pemulihan, kesannya ialah guru pemulihan tidak
6

dapat menjalankan pdp dalam keadaan atau suasana yang kondusif serta tidak dapat
menggunakan kaedah pengajaran yang diminati oleh murid seperti bermain sambil belajar.
Implikasinya terhadap pdp ialah murid berasa bosan dan tidak berminat untuk belajar,
sehubungan itu melambatkan proses pemulihan. Tambahan pula, kekurangan kemudahan
bahan bacaan seperti buku cerita merupakan suatu kekangan kepada guru untuk
mempergayakan penulisan murid. Kesan sesuatu suasana pembelajaran yang tidak
kondusif akan mengganggu emosi pembelajaran murid iaitu sekiranya bilik tersebut tidak
memasang kipas dan lampu yang mencukupi akan mengganggu penglihatan murid dan
membawa ketidakselesaan kepada murid semasa belajar, tempat yang menjalankan aktiviti
permainan terlalu sempit akan mengancam keselamatan murid, dan sistem pengedaran
udara yang teruk akan menyebabkan murid kurang selesa khasnya bagi murid yang
berpenyakit asma.
Selain daripada masalah infrakstruktur dan kemudahan sekolah, pihak ibu bapa turut
membawa masalah kepada guru dan program pemulihan. murid-murid yang dikesan
menghadapi masalah hiperaktif, cerebral palsy dan lain-lain masalah yang dianggap
sebagai murid kurang upaya dalam pembelajaran atau dikenali sebagai OKU, ibu bapa
mereka tidak ingin menerima hakikat sebaliknya menafikan keputusan dalam pemeriksaan
yang dilakukan oleh pakar. Atas sikap dan pemikiran ibu bapa yang sempit dan degil, pada
akhirnya mereka menghantar anak ke kelas pemulihan, hal ini telah membebankan kerja
guru pemulihan, kerana tindakan ini bukan hanya membawa masalah kepada proses
pembelajaran bagi murid pemulihan, guru juga perlu mengurus masalah pengurusan diri
mereka. Ibu bapa yang tidak bekerjasama membawa kesan negatif kepada anak mereka,
iaitu membazirkan masa perubatan yang sepatutnya, implikasinya ialah masalah anak
mereka akan bertambah susah untuk diubati.
Masalah yang dihadapi oleh para murid pemulihan dan isu yang sering dibincangkan
ialah pencapaian kurang memuaskan dan tahap kognitif rendah, kesan yang dibawa
mungkin akan menjejaskan daya keyakinan diri abagi murid pemulihan untuk meneruskan
usaha mereka dalam pelajaran, implikasinya ialah murid pemulihan akan berputus asa
dalam pelajaran atau tidak ingin berusaha dalam pembelajaran. Hasil daripada temu bual,
murid-murid berasa kecewa dengan respon yang diberikan oleh ibu bapa dan guru, iaitu ibu
bapa menuduh bahawa kegagalan anak dalam pelajaran adalah disebabkan sikap anak
yang malas, tidak berusaha, suka bermain dan sebagainya, tetapi mereka mengabaikan
tanggungjawab sendiri terhadap anak dalam pelajaran. Kesannya ialah murid akan
membenci perbuatan ibu bapa yang asyik menuduh kesalahan mereka dan implikasinya
ialah sengaja melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh orang dewasa seperti bertindakan
kurang sopan, membuat kekecohan dalam bilik darjah dan lain-lain tingkah laku yang
melanggar peraturan sekolah sebagai tanda melawan dan memberontak kehendak ibu
bapa.

Selalunya ibu bapa sendiri melupakan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab


ke atas kelemahan anak dalam pelajaran serta tingkah laku yang negatif. Murid
mengadukan tindakan ibu bapa kurang kasih sayang terhadap mereka dan tidak mengambil
kisah tentang isi pembelajaran tetapi mementingkan keputusan peperiksaan, hal ini
menyebabkan murid berasa sedih kerana rasa bersendirian dan belajar adalah demi
maruah ibu bapa, contohnya ibu bapa akan berasa malu apabila keputusan peperiksaan
tidak setanding dengan keputusan yang didapati oleh anak jiran dan sebagainya. Kesan
perbuatan bandingan ini akan membebankan emosi murid kerana tidak dapat belajar dalam
keadaan yang lega, implikasinya terhadap murid ialah berasa letih apabila mereka
memaksa dirinya untuk memenangi rakan yang dipertandingkan itu. Lama-kelamaan, suatu
pemikiran yang negatif akan dibina dan ditumbuh pada diri mereka iaitu kemenangan adalah
lebih penting daripada mendapat ilmu pengetahuan.
Selain masalah yang berkaitan dengan faktor ibu bapa, murid juga menghadapi
masalah yang berkaitan dengan pengajaran guru, sesetengah guru yang berpengalaman
lama dalam bidang ini telah berputus asa terhadap kerjaya mereka yang sangat
membebankan akibatnya banyak guru pemulihan tidak menggunakan bahan BBM dan BBB
semasa pdp dijalankan, murid pemulihan berasa bosan dengan pdp yang kurang menarik
dan oleh kerana tidak mempunyai dorongan dan motif untuk belajar, kesannya akan
menyebabkan murid bersikap sambil lewa kerana guru telah menunjukkan teladan yang
negatif kepada anak murid, implikasinya ialah murid hilang hala tuju dalam pembelajaran
dan pemulangan ke aliran arus perdana tidak mungkin berlaku. Tambahan pula, sesetengah
guru yang memandang rendah terhadap murid pemulihan yang gagal mencapai matlamat
dan objektif pembelajaran dan pengajaran, murid-murid ini akan diberikan layanan yang
tidak adil daripada guru pemulihan, kesan hal ini akan menyebabkan murid berasa sendiri
bodoh, tidak bernilai dan tidak dihargai sehingga menghilang keyakinan diri dalam
pembelajaran.
Isu sistem sosial juga menjadi masalah dalam mempengaruhi tingkah laku murid,
sekiranya murid bergaul dengan murid yang bermasalah dalam tingkah laku, maka murid
tersebut akan terlibat juga dalam perbuatan yang negatif sehingga menjejaskan pelajaran.
Manakala, latar belakang sosio-ekonomi sesebuah keluarga turut menjadi isu yang dapat
mempengaruhi prestasi murid. Oleh kerana ibu bapa kurang berupaya dalam kewangan,
maka murid pemulihan yang lemah dalam pelajaran tidak diberi peluang untuk menghadiri
kelas tambahan yang berbayar di swasta dan tidak berupaya membeli buku rujukan dan
lain-lain yang boleh didapati seperti orang kaya, kesannya ialah pencapaian antara dua
golongan wujud jurang yang ketara. Masa semakin lama, jurang antara murid arus perdana
dengan murid pemulihan akan semakin besar kerana isi pelajaran semakin banyak dan
bertambah susah. Implikasinya ialah selagi masalah ini tidak dapat diselesai, maka semakin
mustahil murid pemulihan dapat mengikuti tahap pencapaian seperti murid biasa di aliran
arus perdana.
8

Terdapat sesetengah murid pemulihan yang menerima bimbingan kaunseling di


sekolah membuat aduan bahawa keluarganya sering diganggu oleh masalah pergaduhan
antara ibu bapa. Isu dan masalah ini boleh menjadi sebagai faktor kegagalan murid dalam
pelajaran kerana kesan kekecohan di rumah akan menyebabkan murid tidak dapat memberi
tumpuan dalam pelajaran, kadang-kala mereka berasa takut apabila berlakunya pergaduhan
antara ibu bapa, implikasinya ialah mengganggu emosi mereka semasa proses pdp
dijalankan, sehubungan dengan itu murid tersebut akan ketinggalan pelajaran dan akhirnya
tidak dapat dihantar balik ke aliran arus perdana.
Isu dan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa dalam pelaksanaan program
pemulihan ialah mereka kurang berpendidikan khasnya dalam program pemulihan yang
boleh dikatakan suatu bidang baru pada zaman sekarang dan ia mungkin tidak dikenali oleh
ibu bapa. Oleh yang demikian, ibu bapa yang teringin untuk membantu anak mereka dalam
pelajaran akan berasa kecewa terhadap ketidakupayaan diri dalam memberi bantuan,
bimbingan dan pengajaran kepada anak mereka. Kesan daripada kekecewaan ibu bapa
terhadap ketidakupayaan diri akan menghantar anak mereka ke pusat tuisyen tujuan untuk
meningkat prestasi dalam pelajaran, tetapi mereka tidak mengetahui dan memahami
bahawa masalah pembelajaran anak mereka adalah suatu masalah yang memerlukan
pendekatan yang khas daripada guru terlatih dalam bidang pemulihan dan kerja ini
bukannya dapat dilakukan oleh guru biasa. Implikasi terhadap tindakan ibu bapa ialah
membazirkan masa pembelajaran murid kerana mereka dihantar ke tempat yang kurang
sesuai sehingga mengelirukan murid dan menjejaskan proses pembelajaran di sekolah,
kerana teknik dan kaedah pengajaran kedua-dua guru yang berlainan bidang adalah
berbeza.
Tambahan pula, ibu bapa yang menghadapi masalah dalam kewangan tidak mampu
membeli bahan-bahan rujukan yang berguna untuk membantu anak mereka. Selain itu, ibu
bapa yang kurang kemampuan untuk membekalkan kemudahan komputer turut menjadi
masalah dalam pembelajaran di kalangan murid, kerana komputer memainkan peranan
penting dalam zaman e-pembelajaran ini, ia amat membantu murid untuk mencari bahanbahan tambahan dan rujukan serta berguna untuk menambah ilmu pengetahuan yang tidak
dapat didapati dalam buku teks seperti video. Contohnya, tajuk tentang cara binatang liar
seperti harimau mencari makanan, buku teks tidak akan menunjukkan prosesnya tetapi
murid dapat mengetahui lebih banyak melalui tontonan video, ia amat membantu murid
dalam mamahami sesuatu yang abstrak atau keterangan guru yang berbentuk lisan. Kesan
masalah kewangan akan melambatkan proses pembelajaran dan apabila menghadapi isi
pelajaran yang kurang faham, mereka tidak mempunyai suatu saluran untuk membantu
mereka. Implikasinya, murid akan ketinggalan pelajaran dan masalah akan bertambah rumit
apabila masa semakin lama kerana isi pelajaran bertanbah banyak dan bertambah susah.
Tambahan pula, murid akan berasa rendah diri kerana rakan sebayanya mempunyai
kemudahan dan kekuatan serta bantuan kemudahan komputer untuk menyelesaikan
9

masalah pembelajaran. Akibatnya, murid mungkin akan hilang keazaman dalam


pembelajaran.
Kemudian, ketiadaan masa untuk menemani anak membuat ulangkaji dalam
pelajaran juga merupakan salah satu masalah dan isu yang dihadapi dan perlu ditangani
oleh ibu bapa. Kesibukan kerja ibu bapa menjadi faktor ketiadaan masa untuk memberi
perhatian terhadap pelajaran anak mereka. Bagi sesetengah keluarga yang kurang upaya
dalam sosio-ekomoni amat memerlukan kedua-dua ibu bapa bekerja untuk bersama-sama
menanggung kos kehidupan sekeluarga, maka kesannya ialah anak yang ditinggalkan di
rumah selepas waktu persekolahan tanpa jagaan ibu bapa, dalam keadaan ini, murid
mempunyai kebebasan yang terlalu banyak untuk melakukan apa jua sahaja yang diingini
tanpa memikirkan kesan dan akibat. Implikasinya terhadap isu pelajaran ialah pengabaian
ibu bapa terhadap pelajaran anak akan menyebabkan anak mereka tidak mementingkan
pelajaran dan hilang motif dan keinginan untuk dipulih dan balik ke kelas biasa.
Bagi ibu bapa yang bersikap lemah lembut, masalah yang mereka hadapi ialah tidak
dapat mengawal tingkah laku dan pemikiran anak iaitu anak selalu mengingkari nasihat ibu
bapa dengan alasan tidak suka belajar. Hal ini kebanyakkan dipengaruhi oleh rakan-rakan di
sekelilinginya, di mana rakannya terdiri daripada golongan yang bermasalah keluarga atau
masalah pembelajaran atau rakan yang kurang kasih sayang daripada ibu bapa. Rakan
yang dapat memberi keseronokkan dalam kehidupan seperti bermain mudah mempengaruhi
pemikiran seseorang budak kerana belajar memang lebih susah berbanding dengan
bermain, oleh itu pengaruh itu cepat merebak. Kesan pengaruh rakan amat merunsingkan
ibu bapa dan sekiranya pengaruh ini tidak diputuskan, maka anak mereka bukan sahaja
bermasalah dalam pembelajaran malah ia juga akan membawa masalah tingkah laku
seperti ponteng sekolah dan sebagainya. Implikasinya ialah masa depan anak mereka akan
terjejas dan sekranya masalah ini berterusan, pada peringkat sekolah menengah akan
menjadi lebih teruk sehingga tidak dapat dipulih.
Antara cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah dan isu-isu dalam pelaksanaan
program pemulihan melibatkan pelbagai pihak, antaranya ialah Pihak Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan hendaklah menghasilkan pelbagai cara penilaian, pentaksiran
kendiri di mana lebih fleksibel dalam usaha mengurangkan beban dan tekanan serta kertas
kerja guru dalam program pemulihan. Selain itu, kursus yang dirancang untuk guru
pemulihan haruslah dielakan daripada waktu persekolahan atau melalui cara lain seperti
berkongsi maklumat melalui internet, maka guru boleh merancang masa sendiri untuk
menikmati kursus yang diberikan.

10

Bahagian Pendidikan Guru juga hendaklah memperkemaskan program latihan


mengajar yang menitikberatkan pengajaran melalui pengalaman di mana setiap guru pelatih
dilengkapi dengan proses hands on bukan hanya pengajaran berbentuk mekanis atau
sekadar meniru semasa mengajar di sekolah nanti.
Pusat Perkembangan Kurikulum hendaklah menajakan pelbagai jenis BBM
khususnya penyediaan dan pembaharuan penggunaan teknologi informasi (ICT) untuk
semua sekolah agar guru pemulihan lebih senang dalam proses pengajaran dan
memudahkan proses kefahaman murid. Selain itu, guru juga akan lebih bersedia dengan
reformasi pendidikan dengan membiasakan diri dalam penggunaan komputer untuk
menyesuaikan peranan guru sebagai fasilitator. BBM tersebut membantu mempercepatkan
daya komunikatif yang dapat merangsang murid untuk belajar dan guru untuk mengajar.
Untuk mengatasi masalah dalam perancangan aktiviti dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (pdp) supaya mencapai objektif pembelajaran dan pdp menjadi lebih menarik,
guru boleh membuat rujukan dari sumber laman web, terdapat banyak pengalaman
berkongsi dalam laman web, banyak ilmu pengetahuan dan aktiviti yang kreatif boleh
didapati untuk digubal dan menghasilkan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran seronok,
berkesan dan digemari oleh murid. Tetapi sebelum guru merancang teknik dan kaedah
pengajaran, guru perlu mengetahui kegemaran dan keminatan anak murid mereka agar pdp
dijalankan dengan berjaya.
Cara untuk mengatasi masalah bilangan murid yang terlalu ramai dalam satu kelas,
guru pemulihan boleh membuat permohonan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk
menghantar seorang penolong atau kerani khas untuk menyelesaikan masalah kertas kerja
dan kerja-kerja ringan seperti kerja cetakan, penyusunan fail dan sebagainya. Manakala
masalah kekurangan infrakstruktur dan kemudahan, pihak sekolah seharusnya membekal
benda-benda dan barangan asas dalam pembelajaran seperti kerusi meja, papan putih,
komputer dan projektor demi kelicinan proses pembelajaran dan pengajaran. Guru boleh
berbincang kesulitan dengan pihak sekolah atau membuat permohonan dengan pihak NGO.
Permuafakatan antara guru dan ibu bapa sangat penting dalam merancang proses
pembelajaran yang berterusan. Selain itu juga, ibu bapa perlu diberi kursus khas oleh pihak
badan bukan kerajaan atau pun pihak kerajaan bagi memantapkan lagi kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang boleh dilakukan di rumah. Hal ini kerana, pengetahuan yang diberi
ini akan memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka dengan metodologi yang
bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan anak-anak mereka.

11

Adalah digalakkan ibu bapa melibatkan diri dengan mana-mana badan bukan
kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan masalah anak, contohnya Persatuan Syndrome
Down, NASOM dan lain-lain lagi atau berjumpa dengan guru pemulihan dalam tempoh yang
ditetapkan untuk mengetahui cara mendidik dan membantu anak dalam pelajaran mereka.
Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa kepada perbincangan dengan guru serta ibu bapa
lain yang mempunyai masalah yang hampir sama dengan apa yang ditanggung oleh ibu
bapa iaitu berkisar dari masalah pembelajaran, masalah serta pemikiran anak. Hal ini akan
memberi rasa kelegaan dan mendapat idea baru dalam mendidik anak-anak mereka.
Dalam usaha menangani cabaran daripada ibu bapa yang tidak dapat menerima
hakikat bahawa anak mereka bermasalah dalam pembelajaran, pihak sekolah dan pihak
kebajikan boleh menganjurkan kursus-kursus tentang program pemulihan kepada ibu bapa
dan ahli-ahli masyarakat supaya lebih mengenali dan mengetahui tujuan pelaksanaan
program ini serta kelebihan daripada program ini untuk anak mereka. Tindakan ini dapat
menyelesaikan masalah salah faham daripada ibu bapa terhadap program pemulihan. Ibu
bapa juga perlu banyak berbincang dengan professional perubatan seperti doktor pakar
atau para profesional yang lain. Ibu bapa digalakkan berjumpa dengan doktor sekiranya
menerima nasihat daripada guru pemulihan tentang masalah pengamatan dan masalah lain
yang dikesan pada peringkat awal. Seterusnya berbincang dengan pihak perubatan atau
kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah anak anda capai. Maklumat yang
terperinci boleh membantu pihak doktor membuat analisa tentang masalah perkembangan
anak. Gunakan kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad dengan memberi maklumat
yang boleh membantu ibu bapa ke arah didikan atau terapi yang merangsang pertumbuhan
fizikal atau minda yang selari dengan kanak-kanak normal yang lain.
Antara masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan ialah pencapaian lemah punca
daripada tahap kognitif yang rendah berbanding dengan murid biasa. Untuk mengatasi
masalah ini, guru perlu mengenal pasti bidang keminatan, kegemaran dan kekuatan murid
seterusnya merancang teknik dan kaedah pdp yang berasaskan keminatan murid serta
memperbanyakkan penggunaan bahan BBM dan BBB yang bersifat konkrit atau maujud
demi mempercepatkan proses kefahaman, hal ini dapat mendorong dan menarik minat
murid dalam pembelajaran, sebaik sahaja murid berminat untuk belajar, mereka akan
membuat penerokaan diri untuk mendapat ilmu pengetahuan yang lebih luas. Secara
langsungnya, akibat pendedahan sumber tambahan yang diminati akan meningkatkan tahap
kognitif murid pemulihan.
Pada zaman sekarang, banyak ibu bapa mementingkan maruah, mereka inginkan
anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang tetapi pada masa yang sama ibu bapa
12

tidak memainkan peranan dan tanggungjawab terhadap pelajaran anak. Masalah ini dapat
diatasi dengan mudah iaitu ibu bapa memberi kasih sayang, dorongan, mengambil berat
perasaan dan memahami pemikiran anak serta memberi galakkan pada waktu mereka
menghadapi masalah sama ada masalah dalam pelajaran atau masalah pergaulan sosial
dengan rakan sebaya. Selain itu ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama
dengan anak-anak pemulihan khas ini. Mereka memerlukan lebih perhatian dan bimbingan
yang berterusan supaya meneruskan pelajaran. Ilmu agama itu sangat penting kepada
mereka kerana adalah tugas ibu bapa mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang soleh
dan memahami peratutan-peraturan dalam hidup. Dipercayai murid akan lebih berusaha
kerana cara terbaik untuk membalas budi pengorbanan ibu bapa ialah mendapat keputusan
yang lebih baik.
Isu dan masalah murid jemu dengan cara pengajaran guru dapat diatasi melalui
penggunaan pelbagai BBM dan BBB. Selain itu, strategi pengajaran haruslah berpandukan
murid dan bahan agar sesi pdp menjadi lebih menarik dan tidak membosankan murid. Hal
ini kerana pengajaran satu hala tidak dapat menghantar ilmu pengetahuan secara berkesan
kepada murid pemulihan, khasnya cara membaca buku yang tanpa penglibatan murid.
Tambahan pula, sebagai seorang guru pemulihan yang professional tidak seharusnya
memandang rendah sebaliknya memberi layanan yang adil terhadap anak murid, guru perlu
memegang prinsip program pemulihan dengan teguh sekali.
Untuk mengatasi masalah kemiskinan murid dan masalah kekurangan bahan rujukan
serta kemudahan pembelajaran, ibu bapa atau pihak sekolah boleh membuat permohonan
dengan pihak NGO atau pihak PIBG untuk mendapat bantuan dari segi kewangan, buku
rujukan, buku cerita serta alat-alat bantu belajar seperti komputer, kamus dan sebagainya
demi membangun dan meningkatkan daya minat pembelajaran di kalangan murid yang
kurang kemampuan.
Masalah keluarga seperti pergaduhan ibu bapa dapat diatasi melalui bimbingan dan
kaunseling. Guru pemulihan boleh mengambil inisiatif untuk berbincang dengan ibu bapa
dan membawa ibu bapa ke pusat kaunseling untuk menerima bimbingan daripada pakar
psikologi, apabila masalah keluarga diselesaikan, murid akan lebih tumpu perhatian dalam
pelajaran, kerana pergaduhan antara orang tersayang boleh menyebabkan gangguan emosi
dan kesan secara langsungnya boleh menjejaskan pelajaran.
Bagi ibu bapa yang kurang berpendidikan, mereka tidak mengetahui dan memahami
cara yang sesuai untuk membantu anak mereka dalam pembelajaran, maka guru pemulihan
bertanggungjawab untuk mengadakan sesi perbincangan yang tetap dengan ibu bapa

13

dalam usaha memberi cadangan tentang cara pengajaran di rumah serta peranan dan
tindakan sebagai ibu bapa kepada anak dalam masalah pembelajaran.
Masalah kesibukan ibu bapa dalam kerjaya merupakan alasan ketiadaan masa untuk
menemani anak. Sekiranya ibu bapa betul-betul susah meruangkan masa untuk anak
mereka, menghantar anak ke pusat tuisyen yang boleh dipercayai adalah cara yang boleh
dipertimbangkan bagi mengelakkan anak seorang ditinggalkan di rumah, kerana anak akan
bermasalah tingkah laku atau bermasalah pergaulan atas sebab jarang bercampur dengan
orang luar. Selain itu, murid yang terbiar kebanyakkannya mudah dipengaruhi oleh rakan.
Pengaruh boleh dari segi tingkah laku atau pemikiran dan akibatnya ialah masalah
bertambah rumit.
Kesimpulannya, tanggungjawab dan peranan guru pemulihan penting bagi
memastikan program pemulihan dilaksanakan dengan mencapai matlamat dan objektif
pembelajaran. Di samping itu, pihak-pihak lain yang terlibat dalam program pemulihan
seperti ibu bapa, murid, komuniti dan pihak sekolah turut bertanggungjawab dalam usaha
menjayakan program pemulihan.
Tidak dapat dinafikan bahawa guru pemulihan terpaksa memikul tugas dan peranan
yang

berat

berbanding

dengan

guru

biasa.

Dalam

memenuhi

amanah

yang

dipertanggungjawabkan banyak cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuh. Segala


rintangan yang berlaku akan menyebabkan kemajuan pengajaran dan pelaksanaan program
pemulihan yang dirancang terjejas. Sebagai suatu program yang amat penting komitmen
dan kesungguhan semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program ini.

14

3.0 KESIMPULAN
Tujuan program pemulihan ialah membantu goongan murid yang lemah dan bermasalah
dalam pembelajaran. Isu yang penting bagi menjayakan program pemulihan ini bergantung
kepada keberkesanan dan kelicinan guru menjalankan pdp di bilik darjah. Bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam program pemulihan dapat dijalankan dengan
lancar guru seharusnya menitikberatkan semua bahagian dalam suatu sesi pdp.
Suatu bahagian yang penting ialah mempelbagaikan aktiviti pengajaran dengan
mengaplikasikan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai. Ini adalah kerana pada tahap
satu kebolehan murid-murid pemulihan menguasai konsep kefahaman dalam subjek
Bahasa dan konsep pengekalan dalam subjek matematik tentang paduan, nombor, berat
dan padatan adalah lemah. Dengan adanya bantuan BBM, ia dapat membantu murid
menguasai dan memahami konsep, khasnya isi pelajaran yang lebih rumit seperti susunan
perkataan, bina ayat, menyusun angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta
kemampuan melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif. Penggunaan bahan bantu
mengajar akan meningkatkan lagi tahap penguasaan dan pemahaman murid berbanding
dengan cara mekanis. Namun begitu, murid perlu dibimbing agar tidak berlaku salah
konsep dalam tahap ini.
Selain itu, cara penyampaian proses pdp yang menarik daripada guru juga
memainkan peranan yang penting bagi memastikan proses pdp mencapai matlamat dan
objektif pembelajaran. Sebarang kepincangan yang berlaku dalam melaksanakan program
ini akan menyebabkan program pemulihan yang berbagai-bagai bentuk dan ragam akan
wujud. Sesungguhnya terdapat banyak faktor yang menjamin keberkesanan program yang
dirancang. Justeru itu, kebijaksanaan mereka yang mengendalikan dan memastikan
segalanya dilaksanakan seperti yang dipersetujui bersama amat penting.
Penyelidikan berharap agar hasil kajian dan cadangan-cadangan yang dikemukakan
dapat mendatangkan manfaat serta dapat membuka minda semua pihak untuk mencari
penyelesaian yang sesuai bagi memastikan usaha yang murni ini dapat mewujudkan
pendidikan yang berkualiti pada masa depan.

15

You might also like