Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1.

0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Organisasi
Malaysian Airport Holding Berhad atau di kenali sebagai MAHB merupakan organisasi yang
mengurus lapangan terbang yang terdapat di Malaysia dan Malaysian Airport Sdn. Bhd,
cawangan Sandakan merupakan anak syarikat terhadap MAHB. Malaysian Airport Sdn. Bhd,
cawangan Sandakan yang lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Sandakan merupakan
lapangan terbang yang beroperasi di Sandakan, Sabah dan merupakan lapangan terbang
domestik.
Lapangan Terbang Sandakan ini terletak jauh 13 km dari bandar Sandakan dan menyediakan
perkhidmatan kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia serta Firefly.
Organisasi ini juga mempunyai kapasiti 1.5 juta penumpang tahunan dan hanya menyediakan
perkhidmatan untuk penerbangan domestik. Di samping itu, organisasi ini juga merupakan
laluan utama pelancongan kepada pelancong yang ingin melihat spesies terancam iaitu penyu
pada musim kemuncak pada bulan Julai dan September serta Orang Utan yang terletak di
kawasan Perlindungan Orang Utan Sepilok.
Organisasi ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan tetapi
sentiasa memastikan lapangan terbang dalam keadaan baik, bersih dan selamat, menyediakan
keperluan syarikat- syarikat penerbangan dan organisasi yang menyewa di lapangan terbang
Sandakan yang menyediakan perkhidmatan seperti restoran, kafe, kerusi urut dan lain-lain.
MASB cawangan Sandakan diketuai oleh seorang pengurus dan beberapa ketua unit yang
mengurus lapangan terbang untuk terus beroperasi dengan selamat dan juga melengkapi
keperluan

penumpang-penumpang

yang

menggunakan

perkhidmatan

syarikat-syarikat

penerbangan yang berada di organisasi ini.


Organisasi seperti Lapangan Terbang Sandakan (MASB) ini mungkin berbeza dan unik daripada
organisasi biasa yang lain tetapi aspek aspek seperti kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan
dan sebagainya adalah merupakan perkara yang penting dan wajib ada dalam sesebuah
organisasi untuk sentiasa terus beroperasi dengan baik dan terus maju.

1.2 Aspek Utama Kajian


Aspek utama kajian ini adalah komunikasi. Komunikasi mempunyai peranan penting didalam
kehidupan kita. dan menjadi perantaraan yang digunakan didalam kehidupan kita sebagai
manusia bagi mencapai objektiif yang tersendiri. Hal ini dapat di lihat dari awal tamadun lagi
manusia telah berkomunikasi dengan pelbagai cara seperti dalam bentuk lisan iaitu melalui
tulisan dan lakaran pada dinding-dinding gua.
Melalui proses komunikasi ini manusia dapat berkongsi cerita, perasaan, maklumat dan
sebagainya. Selain itu, ianya juga berlaku berterusan dan seolah-olah tiada permulaan dan
pengakhirannya., Pada era moden ini juga komunikasi tetap berterusan namun pertambahan dari
segi cara dan proses berlaku. Hal ini kerana, komunikasi era moden ini lebih cenderung kepada
perkembangan teknologi maklumat yang merupakan satu proses komunikasi yang telah banyak
membantu kehidupan manusia seharian serta lebih banyak memberikan cabaran yang tidak dapat
di duga dan boleh mewujudkan konflik antara manusia mahupun di dalam sesebuah organisasi.
Kajian ini memilih aspek komunikasi sebagai aspek kajian kerana komunikasi merupakan aspek
yang memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Tambahan itu, sesebuah organisasi
tidak akan terus berdiri dengan teguhnya tanpa ada komunikasi yang baik antara ketua dengan
pekerja dan pekerja dengan pekerja. Komunikasi yang baik juga dapat melahirkan kerjasama,
kepimpinan, budaya kerja yang baik dan juga dapat mengelak daripada berlakunya konflik dalam
sesebuah organisasi.
Kajian aspek komunikasi yang dilakukan dalam organisasi yang telah dipilih adalah untuk
melihat bagaimana komunikasi berlaku dalam MASB cawangan Sandakan ini. Selain itu, kajian
ini juga untuk mengkaji masalah-masalah komunikasi dalam organisasi, bagaimana seorang
ketua berkomunikasi dengan pekerja-pekerjanya serta bagaimana pekerja-pekerja berkomunikasi
sesama sendiri yang merupakan peranan penting dalam memastikan tugasan organisasi dapat
dilaksanakan untuk terus mencapai misi dan visi organisasi.

1.3 Kaedah/ Metodologi


Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti proses komunikasi yang berlaku dalam
Lapangan Terbang Sandakan dan masalah-masalah utama komunikasi di organisasi..Pihak yang
terlibat adalah di pengurus Lapangan Terbang Sandakan, ketua-ketua unit, syarikat-syarikat
penerbangan dan para pekerja di dalam organisasi tersebut. Kajian juga mengkaji faktor-faktor
yang menjadi penghalang kepada komunikasi di organisai dalam kalangan pekerja. Melalui
kajian ini, diharapkan objektif kajian ini dapat dicapai.
Kajian ini juga diharap akan menjadi satu bahan rujukan untuk melihat keadaan sebenar proses
komunikasi yang berlaku di MASB cawangan Sandakan. Oleh itu, bagi mencapai objektifobjektif kajian ini, metodologi yang diambil adalah seperti berikut.
i)

Pengumpulan Data

Maklumat-maklumat yang diperlukan diperoleh melalui kaedah-kaedah yang dilaksanakan.


Maklumat yang dikumpul daripada kajian boleh dibahagikan kepada beberapa kategori
antaranya ialah melalui data utama. Pegumpulan data utama ini hanyalah bertumpu kepada
kajian yang dijalankan berdasarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan komunikasi di
Lapangan Terbang Sandakan. Data-data yang dikumpulkan dapat dibahagikan kepada beberapa
katogori berikut:
-

Soal Selidik
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai organisasi yang
melibatkan aspek komunikasi. Borang soal selidik diedarkan kepada pihakpihak yang terlibat dalam kajian ini untuk memastikan data yang diperoleh
dapat membantu dalam kajian ini.

Data Sekunder
Data sekunder adalah merupakan data yang diperolehi melalui kajian literatur
yang terdiri daripada kajian dalam jurnal buku, majalah dan bahan-bahan
rujukan lain. Bahan-bahan yang digunakan untuk kajian ini terdiri daripada
bahan bercetak seperti buku, majalah, kertas seminar, keratan akhbar, jurnal
dan lain-lain lagi. Selain itu, kajian ini juga menggunakan memanfaatkan
teknologi dengan menggunaan bahan elektronik.Bahan-bahan ini perlu bagi

mengukuhkan lagi asas kaedah yang dijalankan dalam kajian ini. Selain
daripada itu, bahan rujukan lain yang boleh digunakan adalah seperti kertaskertas seminar, kursus dan lain-lain bentuk penerbitan yang dirasakan
bersesuaian dengan skop kajian.
ii)

Analisa Data

Data yang diperolehi dan diterima daripada responden melalui kajian borang soal selidik telah
dikaji, disusunkan dan dianalisis menggunakan kaedah yang sesuai. Kaedah yang digunakan
adalah kaedah purata indeks dan purata mata dan lain-lain kaedah yang sesuai dengan objektif
dan skop kajian. Jadual dan gambar rajah akan digunakan bagi mengambarkan dan
mentafsirkan data-data ini.
Data yang diperolehi akan dianalisis bagi melihat sejauh mana proses komunikasi
berlaku, masalah-masalah komunikasi dan faktor-faktor yang dikenalpasti melalui kajian
praktikal mempengaruhi komunikasi di Lapangan Terbang Sandakan atau MASB cawangan
Sandakan.
-

Purata Indeks

Purata indeks dikira berdasarkan kepada formula berikut (Al-Hammad et al, 1996).

Dimana ai = konstant yang melambangkan pemberat bagi


i ; xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden,
bagi i = 0,1,2,3,4.
Bagi mengenalpasti tahap kepuasan responden terhadap komunikasi dalam
organisais tersebut kaedah purata indeks digunapakai:

a) Kategori sekil yang digunakan untuk tahap kepuasan terhadap bentuk komunikasi
dalam proseskomunikasi yang berlaku adalah:
1
=
Sangat Memuaskan
2
=
Memuaskan
3
=
Kurang Memuaskan
4
=
Tidak Memuaskan
5
=
Sangat Tidak Memuaskan
b)

Kategori sekil yang digunakan untuk faktor-faktor masalah komunikasi berlaku


adalah:
1

Sangat Setuju

Setuju

Sederhana setuju

Kurang setuju

Tidak setuju

2.0 PERBINCANGAN UTAMA


2.1 Pengenalan
Komunikasi adalah merupakan faktor yang penting dalam meningkatkan produktiviti
dalam sesebuah organisasi seperti Lapangan Terbang Sandakan.Proses komunikasi ini
berkait rapat dengan pengurusan sesebuah organisasi. Hal ini dapat dilihat melalui sistem

komunikasi dapat mempengaruhi pengurusan organisasi tersebut dan juga dapat


mempengaruhi adakah organisasi dapat mencapai misi dan visi mereka.
Di MASB cawangan Sandakan, pihak pengurusan dan kakitangan hendaklah memahami
dengan jelas terhadap proses komunikasi termasuk definasi, konsep dan fungsinya .
Maklumat yang disampaikan itu perlu dterima dan dapat difahami oleh semua pekerja
dalam organisasi dan pekerja perlu menerima arahan dan segala maklumat yang mereka
perlukan dengan jelas untuk menjalankan kerja mereka.
Pengurus hendaklah mestilah berkebolehan untuk menyampaikan maklumat dengan jelas
dan mudah difaham dan hendaklah berkongsikan matlamat dan arah tujuan organisasi
dengan kakitangan.
Oleh itu amatlah penting kajian tentang proses komunikasi di organisasi untuk
mengetahui aliran serta konsep komunikasi yang biasa berlaku supaya dapat
mengenalpasti halangan dan kegagalannya yang kadangkala mengakibatkan masalah
komunikasi berlaku.
2.2 Definisi Komunikasi
Komunikasi merupakan satu proses pemindahan maklumat dari pengirim
kepada penerima dengan harapan supaya maklumat itu dapat difahami olih penerima
tersebut. Komunikasi juga boleh dianggap sebagai sistem dan proses yang digunakan
untuk berhubung dan cara menyampaikan informasi (BBC English Dictionary, 1993).
Komunikasi adalah satu peranan yang digunakan bagi mengawal dan cara
kordinasi dalam satu kumpulan aktiviti atau ahli-ahli kumpulan sosial sebagai satu alat
penghubung. Setiap individu dalam kumpulan akan berkomunikasi bagi mencapai satu
kuputusan dan mencetuskan idea kepada penyelesaian sesuatu masalah. Hal ini adalah
berdasarkan Horikawa et al (1996),
Di samping itu, menurut Plunkett et al (1986) komunikasi ialah satu proses
tranformasi maklumat dan persefahaman diantara individu kepada individu yang lain
ataupun daripada satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Matlamat utama

komunikasi adalah untuk mencapai satu set maklumat yang cuba disampaikan dan
diterima. Oleh itu, kesefahaman yang perlu dicapai oleh penyampai dan penerima
maklumat merupakan perkara yang paling penting dalam proses komunikasi dan juga
merupakan faktor utama kejayaan sekiranya proses komunikasi berlaku. Joremi (1977)
menyatakan bahawa komunikasi adalah pertukaran fikiran, pandangan atau informasi
melalui percakapan, penulisan ataupun simbol.
Drs. A.W Widjajo (1986) turut menyatakan komunikasi merupakan satu
penyampaian maklumat dari seseorang kepada orang lain. Komunikasi dapat
menghasilkan persefahaman diantara pengirim dan penerima maklumat. ), Komunikasi
merupakan satu proses pemindahan maklumat dari satu pihak kepada pihak yang lain.
Pemindahan maklumat itu sama ada melalui bahasa, simbol atau bentuk-bentuk
penyampaian lain yang dapat sama-sama difahami oleh kedua-dua pihak berkenaan. Hal
ini adalah menurut Abdul Rashid et al (1999).
Kesimpulan kepada definisi komunikasi adalah satu proses penyampian
maklumat dari seseorang ke seseorang atau dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain
dengan pelbagai medium dengan harapan perkara yang ingin disampaikan dapat diterima
oleh penampai mahupun penerima.

2.3 Proses Komunikasi


Proses komunikasi berlaku berasaskan tiga kompenan utama iaitu sumber, media
dan destinasi. Sumber adalah tempat yang akan menjana maklumat dan meletakkannya pada
media yang akan membawa maklumat kepada komponen yang ketiga iaitu destinasi. Sumber
adalah penjana maklumat dan media merupakan cara atau bahan perantaraan yang digunakan
diantara kedua-dua pihak yang terlibat untuk membolehkan maklumat atau mesej itu sampai
ke destinasinya.
MAKLUMAT

SUMBER

DESTINASI
MEDIA

Rajah 1: Asas Komunikasi Shannon dan Weaver.


Proses komunikasi boleh mengambarkan dalam bentuk model ( Jaafar Muhamad,
1992). Dalam setiap proses komunikasi, sekurang-kurangnya terdapt tiga elemen penting
berlaku, iaitu sumber (Penghantaraan), maklumat-maklumat ( mesej) dan penerimaan.
Selain itu, terdapat juga beberapa unsur penting lain yang menunjukkan bagaimana
berlakunya proses komunikasi. Hal ini dapat di lihat melalui gambar rajah 2 dan 3.

PENGHANTAR

MESEJ

PENERIMA

Rajah 2: Model Komunikasi Mudah Sumber: Jaafar Muhamad, 1992.

Rajah 3: Model Komunikasi Umum Sumber : Jaafar Muhamad, 1992.

i)

Sumber

Dalam aspek komunikasi, sumber ialah orang atau sesuatu objek seperti buku,
laporan, radio dan lain-lain. Keberkesanan proses komunikasi bergantung sekiranya
dari sumber yang berkesan.
Kebanyakan pengkajian dilakukan keatas kebolehpercayaan atau kebenaran sesuatu
sumber. Keputusan yang didapati menunjukan kebenaran sumber yang tinggi akan
mempengaruhi kelakuan penerima jika dibandingkan dengan sumber-sumber yang
kurang kebenarannya. Ini bererti bahawa

dengan sumber yang rendah akan

mempengaruhi keberkesanan komunikasi dan menyebabkan penerimaan terhadap


maklumat yang disampaikan menurun.
ii)

Enkod
Enkod merupakan satu persembahan untuk menyampaikan maklumat yang baik oleh
sumber. Contohnya, pengirim menulis atau menyuarakan maklumat dengan
menggunakan bahasa yang boleh diterima kepada penerima. Keberkesanan proses

iii)

enkod ini akan menambahkan pengetahuan penerima maklumat.


Maklumat
Proses enkod menghiasi maklumat sama ada dalam bentuk lisan atau bukan lisan.
Maklumat atau mesej berbentuk banyak digunakan dalam organisasi. Mesej bukan
lisan mengambil bentuk, antaranya air muka, penggerakan badan, nada suara,
hubungan mata, sentuhan dan isyarat. Mesej lisan boleh menghasilkan kebersanan

iv)

dengan sokongan terhadap mesej bukan lisan.


Saluran
Saluran merupakan medium untuk menyebarkan maklumat kepada penerima, iaitu
sama ada secara penglihatan, pendengaran, penulisan dan sebagainya.Pemilihan
saluran adalah penting dalam penyampaian maklumat agar ketidakfahaman antara

v)

pengirim dengan penerima tidak akan berlaku.


Dekod
Dekod adalah proses penerimaan dan menukarkan maklumat kepada bentuk yang lebih
difahami. Maklumat yang ditukarkan hendaklah mempunyai maksud yang sama
dengan maklumat yang disampaikan dan bergantung kepada individu. Lebih banyak
persamaan dengan makulmat asal maka besar kemungkinan maklumat itu akan

vi)

diterima.
Penerima

Penerima ialah individu atau kumpulan yang hendak menerima atau disampaikan

vii)

sesuatu maklumat atau mesej.


.
Maklum Balas
Hal ini merujuk kepada tidakan yang dilakukan oleh penerima setelah menerima
maklumat yang disampaikan.Maklum balas ini boleh ditunjukan dalam tiga bentuk,

viii)

iaitu persetujuan, tidak setuju dan sikap tidak peduli.


Gangguan
Gangguan dalam proses komunikasi boleh berlaku kepada mana-mana peringkat
dalam proses tersebut. Gangguan ini akan menyebabkan pemahaman penerima
berkurang.

Jika

Maklumat

disebarkan

melalui

saluran,

gangguan

berlaku

menyebabkan penerima susah memahami makna yang disampaikan.

2.4 Masalah-masalah Komunikasi


i)

Maklumat atau mesej yang banyak dalam masa yang sama.


Apabila terlalu banyak maklumat yang cuba disampaikan dalam masa yang sama,
maka mungkin wujudlah masalah pemahaman dan kekeliruan. Fyrer menyatakan
maklumat yang diterima dan difahami oleh individu lain amat terbatas terutama
apabila sesuatu maklumat itu merupakan perkara yang baru kepada penerima.
Menurut Robbins (1984), pihak pengurusan menerima banyak maklumat dari atas
dan bawah organisasi. Oleh jika tiada satu sistem efektif yang dapat menyusun
kesemua maklumat yang diterima, maka peratusan maklumat untuk hilang adalah
tinggi.

ii)

Cara Komunikasi
Tidak semua komunikasi yang ingin disampaikan boleh melalui komunikasi lisan.
Kadangkala ada media komunikasi yang lebih baik daripada komunikasi lisan seperti
dengan menggunakan surat dan sebagainya. Pemilihan kaedah komunikasi perlulah
tepat dengan situasi dan juga jenis maklumat yang ingin di sampaikan

iii)

Perbezaan Status

Biasanya, apabila seseorang baru memulakan kerja, akan berlaku masalah


komunikasi dengan rakan sekerja lain yang telah lama berkerja. Hal Ini kerana,
wujudnya perbezaan status antara pekerja yang baru berkerja dengan yang telah lama
bekerja. Perkara yang sama juga boleh berlaku apabila pekerja bawahan merasa sukar
untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan disebabkan status yang berbeza
(Fyrer,1997).
iv)

Tekanan Masa
Menurut Robbin (1984), pihak pengurusan sentiasa bekerja dibawah tekanan masa.
Setiap keputusan perlu dibuat dalam jangka masa tertentu. Faktor tekanan masa ini
boleh menyebabkan komunikasi itu gagal disebabkan oleh kekurangan maklumat
yang disampaikan kepada pekerja bawahan. Ini akan menyebabkan pekerja tidak
memahami maklumat yang cuba disampaikan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, faktor
tekanan masa juga boleh menyumbangkan kepada faktor-faktor kegagalan
komunikasi.

2.5 Aliran Komunikasi dalam Struktur Organisasi


Secara umumnya, aliran komunikasi mengikut Rizt (1994) terdiri darpada dua jenis iaitu:-

1)

Aliran komunikasi dari atas ke bawah

2)

Aliaran komunikasi dari bawah ke atas.

Aliran komunikasi dari bawah ke atas adalah penting bagi mendapatkan sesuatu maklum balas.
Maklum balas ini biasanya dianggap penting oleh pihak pengurusan dengan sesebuah organisasi.
Biasanya, maklum balas yang diterima akan digunakan dalam menulis laporan kemajuan tentang
sesuatu perkara dan juga bagi mendapatkan komen dari orang bawahan bagi pihak pengurusan
membuat suatu cadangan yang lebih baik lagi. Namun biasanya, pihak pengurusan mempunyai

masalah dalam mendapatkan maklum balas dari orang bawahannya jika suasana dalam sesebuah
organisasi itu tidak baik dan menyenangkan.
Oleh itu, pengurusan yang efektif akan memastikan hubungan dengan golongan bawahan akan
berjalan dengan baik tanpa berlaku sebarang halangan yang menyekat komunikasi antara
mereka. Aliran komunikasi dari bawah ke atas juga

digunakan

oleh pengurusan bagi

mendapatkan mengawal kelewatan ataupun sebarang masalah yang mungkin berlaku. Maklumat
yang disampaikan dari bawah akan digunakan oleh pengurusan sebagai mengukur sebarang
masalah yang mungkin berlaku ( Indramansyah, 1999)

Aliran komunikasi dari atas kebawah pula boleh dikatakan sebagai komunikasi yang berlaku dari
pihak pengurusan turun ke bawah organisasi (Robbins , 1984). Jenis komunikasi yang sering
digunakan dalam aliran ini ialah seperti arahan, pengumuman, koordinasi kerja dan penilaian
terhadap pekerja bawahan. Komunikasi dari atas kebawah tidak semestinya melalui lisan.
Bahkan, penggunaan media komunikasi lain seperti surat juga selalu digunakan dalam aliran
komunikasi. ( Robbins, 1984).

Pendekatan aliran komunikasi yang sama turut ditulis oleh Indramansyah (1999). Beliau telah
membezakan aliran komunikasi dari bawah ke atas, komunikasi dari bawah ke atas
i)

Komunikasi ke atas
Komunikasi ke tas adalah komunikasi dari pihak bawahan atau pekerja kepada pihak
atasan iaitu pengurusan organisasi. Tujuan aliran komunikasi dari bawah ke atas
adalah untuk memperolehi informasi, maklumat tentang aktiviti dan perlaksanaan
tugas pekerja bawahan. Bentuk-bentuk maklumat yang disampaikan oleh pekerja
kepada pihak pengurusan boleh dikategorikan sebagai laporan. Laporan yang
disampaikan akan memberi input kepada pengurusan tentang situasi yang berlaku di
peringkat bawahan.

Menurut Ahmad Atory Hussain (1985), komunikasi keatas merupakan aliran


maklumat dari surbodinat kepada superior. Pengaliran mesej keatas terdapat dalam
beberapa bentuk:
1) Laporan oleh sub-ordinat tentang prestasi dan masalah yang dihadapinya.
2) Mendapatkan penjelasan tentang amalan dan polisi organisasi.
3) Kadangkala sub-ordinat cuba mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang
maklamat organisasi.
Ahmad Atory Hussain (1985) menyatakan lagi. Masalah komunikasi ke atas timbul
apabila terdapat golongan atasan yang tidak gemar mendengar apa yang hendak
disampaikan oleh subordinat. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk memberi
arahan sahaja tanpa mendapat pandangan orang bawahan. Jadi, ini akan mewujudkan
komunikasi sahala sahaja.

Rajah 4: Komunikasi Ke Atas: Indramansyah (1999)


ii)

Komunikasi ke bawah
Komunikasi kebawah mengalir dari pihak atasan ataupun pemimpin kepada golongan
bawahan. Biasanya, maklumat yang disampaikan melalui aliran ini akan mengalir
dari golongan pengurusan di peringkat tinggi dan kemudian mengalir kepada
pengurusan yang paling rendah dan seterusnya sampai kepada golongan bawahan
ataupun pekerja.
Setiap individu yang berada diperingkat pengurusan tertinggi harus berupaya untuk
berkomunikasi dengan cara yang paling berkesan supaya maklamat yang disampaikan
dapat diterima oleh golongan pekerja samada secara langsung ataupun tidak
langsung, dengan ini, idea yang disampaikan oleh pihak pengurusan akan dapat

dilaksanakan oleh golongan pekerja selaras dengan objektif yang cuba disampaikan.
Komunikasi secara atas ke bawah ini dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk iaitu:-

Rajah 5: Komunikasi Ke Bawah: Indramansyah (1999)

a) Panduan Kerja
Panduan kerja yang diberikan kepada pekerja oleh pihak pengurus akan memudahkan kerja-kerja
yang dilaksanakan mengikut maklamat pengurusan. Keberkesanan komunikasi dalam
memberikan panduan kerja kepada golongan pekerja haruslah mudah difahami oleh pekerja itu
sendiri.
b) Perintah
Perintah merupakan arahan daripada pihak pengurusan kepada pihak pekerja tentang apa yang
harus dilakukan oleh mereka. Arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan boleh bersifat
larangan ataupun perintah melakukan perkara.

2.6 Hasil Kajian


2.6.1 Kajian terhadap bentuk dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam organisasi.
Hasil daripada soal selidik yang dijalankan di MASB cawangan Sandakan atau lebih dikenali
sebagai Lapangan Terbang Sandakan menunjukkan peratus dalam bentuk lisan adalah paling
tinggi berbanding bentuk lain iaitu bertulis dan bukan lisan sebagai bentuk komunikasi yang di

pilih dan biasa digunakan dalam organisasi tersebut. Bentuk lisan adalah sebanyak 50 %,
bertulis 35 % dan bukan lisan sebanyak 15 %.
Bentuk lisan terdiri daripada mesyuarat, perbincangan dan telefon. Hal ini menunjukkan
komunikasi dalam organisasi ini ke arah lisan yang memerlukan bercakap sesame sendiri dengan
tujuan untuk menyampaikan maklumat atau mesej berkenaan organisasi. Di samping itu, bentuk
bertulis terdiri daripada kaedah memo, surat dan nota. Manakala, bukan lisan melalui kaedah
pergerakan dan isyarat.

Keputusan Responden: Bentuk Komunikasi

2.6.2 Masalah-masalah yang berlaku dalam proses komunikasi.


Masalah-masalah komunikasi yang berlaku dalam proses komunikasi adalah faktor utama yang
menyebabkan kegagalan dalam komunikasi antara satu pihak dengan pihak yang lain. Dalam
kajian ini, pekerja memilih masalah-masalah yang menyebabkan mereka setuju bahawa masalah
yang dipilih adalah faktor kegagalan dalam proses komunikasi dalam organisasi mereka dan
menyebabkan kesukaran untuk melaksanakan aktiviti atau tugasan organisasi.

Borang soal selidik masalah-masalah proses komunikasi.

Hasil kajian menunjukkan masalah utama yang menjadi faktor utama dalam gangguan atau
kegagalan dalam proses komunikasi ialah maklumat atau mesej yang banyak dalam masa yang
sama adalah sebanyak 30% menjadi pilihan kepada responden dan sebutan perkataan yang
kurang jelas yang mengakibatkan penerima tidak faham dan menerima mesej tersebut mendapat
sebanyak 23%
Seterusnya, daripada analisis kajian ini, Tekanan masa terhadap tugas yang menyebabkan
pemahaman kepada komunikasi sukar di fahami sebanyak 16%, Cara pemilihan kaedah
komunikasi yang kurang sesuai dengan masa dan keadaan sebanyak 13 %, Jarak penyampai
maklumat dengan penerima agak jauh menyebabkan kegagalan proses komunikasi sebanyak 10
% dan Masalah status sebanyak 8%.

Hal ini menunjukkan pilihan para responden yang terlibat dalam kajian ini telah sepakat memilih
masalah Maklumat atau mesej yang banyak dalam masa yang sama adalah merupakan faktor
utama yang menyebabkan kegagalan dalam proses komunikasi berlaku dalam organisasi mereka
iaitu Lapangan Terbang Sandakan.

Keputusan Responden yang Bersetuju Berdasarkan borang soal selidik.

3.0 Rumusan
i)
Rumusan kajian proses komunikasi dalam organisasi pilihan.
Kajian mengenai proses komunikasi adalah antara objektif utama dalam kajian ini dan
kajian ini telah mendapati bahawa proses komunikasi yang berlaku dalam organisasi ini
di antara pengurus dan pekerja mahupun pekerja dengan pekerja adalah melalui bentuk
lisan. Kaedah yang selalu digunakan oleh organisasi dalam bentuk lisan ini adalah
mesyuarat, perbincangan dan telefon.Bentuk lisan ini menjadi pilihan kepada organisasi
ini kerana pengirim dapat menghantar maklumat atau mesej dengan mudah. Hal ini
kerana, pengirim dapat menerima maklum balas dengan cepat daripada penerima mesej
dan dapat memberi kelebihan kepada pengirim dan penerima untuk berbincang
sehinggalah mereka dapat kata sepakat.

Walaupun bentuk lisan ini mempunyai kelebihan iaitu mendapat maklum balas yang
cepat namun terdapat banyak gangguan- gangguan yang boleh menganggu proses
komunikasi di antara pengirim dan penerima mesej atau maklumat. Antara gangguan
proses komunikasi ialah saluran telefon yang kurang jelas mungkin disebabkan suasana
yang bising atau cuaca hujan. Hal ini menyebabkan penerima sukar untuk memahami
dan menerima maklumat dengan jelas. Selain itu, emosi ketika melakukan perbincangan
dan mesyuarat juga merupakan salah satu gangguan proses komuikasi. Apabila emosi
tidak terkawal, pengirim dan penerima maklumat mungkin tidak dapat berbincang dan
tidak dapat mencapai kata sepakat disebabkan komunikasi yang tidak baik.
ii)

Rumusan kajian masalah-masalah proses komunikasi.


Masalah-masalah proses komunikasi dalam organisasi ini merupakan faktor yang
menyumbang kepada kegagalan proses komunikasi yang boleh menganggu aktivitiaktiviti dalam organisasi ini. Antara masalah tersebut ialah:
- Maklumat atau mesej yang banyak dalam masa yang sama
- Cara pemilihan kaedah komunikasi yang kurang sesuai dengan masa dan
-

keadaan .
Masalah status: perhubungan pekerja baru dengan pekerja lama menggagalkan

proses komunikasi.
Sebutan perkataan yang kurang jelas yang mengakibatkan penerima tidak

faham dan menerima mesej tersebut.


Penggunaan bahasa yang berlainan diantara penyampai dan penerima menjadi

salah satu sebab menggagalkan proses komunikasi


Jarak penyampai maklumat dengan penerima agak jauh menyebabkan
kegagalan proses komunikasi.

Oleh itu, melalui hasil kajian dapat disimpulkan bawa pekerja-pekerja ini masih
mempunyai masalah dalam proses komunikasi walaupun mereka berpuas hati dengan
bentuk dan kaedah komunikasi yang digunakan oleh pihak pengurus. Hal ini hendaklah
dibendung walaupun peratus untuk setiap masalah tidak tinggi namun mungkin boleh
mengganggu pada masa hadapan.

3.1 Cadangan

Komunikasi yang berkesan diperlukan dan menjadi tanggong jawab semua pihak yang terlibat
didalam sesuatu organisasi terutamanya pihak pengurus untuk terus berkomunikasi dengan para
pekerja. Keberkesanan ini dapat dinilai daripada hasil atau pencapaian oleh organisasi kerana
komunikasi yang baik dalam kalangan pekerja dan melancarkan tugasan dan aktiviti untuk
mencapai misi dan visi organisasi.
Untuk mengatasi masalah-masalah yang mengganggu proses komunikasi ialah:
-

Pengirim dan penerima hendaklah memahami terlebih dahulu bahawa proses


komunikasi adalah tanggungjawab bersama dan setiap maklumat dan mesej

hendaklah dijelaskan dengan lebih jelas agar proses komunikasi berkesan.


Penerima hendaklah memahami situasi pengirim dalam usaha untuk
menyampaikan maklumat seperti gangguan cuaca dan tidak cuba menyalahkan

sepenuhnya pihak pengirim.


Pengirim hendaklah memastikan maklumat yang ingin disampaikan kepada

penerima adalah dalam bentuk mudah faham.


Pengirim juga hendaklah mengkaji dan memahami penerima sebelum
menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa yang sama.

Dengan ini, kajian ini berharap dapat membantu anak syarikat kepada MAHB iaitu Lapangan
Terbang Sandakan untuk terus berusaha memastikan komunikasi dalam kalangan pekerja terus
dapat dilaksanakan dengan baik dan membantu organisasi ini mencapai misi dan visi mereka.

Rujukan
(n.d.). Retrieved from MALAYSIA AIRPORTS: http://www.malaysiaairports.com.my/?
m=experience
Careers. (n.d.). Retrieved from MALAYSIA AIRPORTS:
http://www.malaysiaairports.com.my/?m=careers

G, C. P. (1991). Communicating For Managerial Efffectiveness. SAGE Publication.


Harold Koontz, Heinz Weihrich. (1991). Pengurusan. Dewan Bahasa & Pustaka.
Hussain, A. A. (1985). Prinsip Pengurusan Di Sektor Awam dan Swasta. Utusan
Publication & Distributor Sdn Bhd.
Indaramansyah. (1999). Komunikasi Dan Delegasi Dalam Mengurus Projek
Bangunan.
J, R. G. (1994). Total Construction Project Managament.
Malaysia Airports. (n.d.). Retrieved from WIKIPEDIA:
https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Airports
Micheal Hattersbeg & Linda Mcjanet . (1997). Communication Management.
Muhamad, J. (1992). Asas Pengurusan. Siri Pengurusan Fajar Bakti.
Plunkett Wareen R, Attner Raymond F. (1986). Introduction To Management: Second
Edition. Kent Publishing Company.
Sandakan Airport. (n.d.). Retrieved from MALAYSIA AIRPORTS:
http://www.malaysiaairports.com.my/?m=business&c=business_about&id=6
Sandakan Airport. (n.d.). Retrieved from WIKIPEDIA:
https://en.wikipedia.org/wiki/Sandakan_Airport
Widjajo, D. A. (1986). Komunikasi: Komunikasi Dan Hubungan Masyarakat. Bina
Askara.

You might also like