Journal Reflektif

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Minggu 1 (11 julai 2016- 15 julai 2016)

Jurnal Reflektif 1
Persekitaran bilik sains yang tidak ceria dan kodusif
Masalah :
Pada minggu pertama saya mendapati bahawa persekitaran bilik sains di SJK
(T) Tasek Permai tidak ceria dan kondusif. Saya dapat melawat bilik sains dan
mendapati bilik tersebut dalam keadaan yang debu dan alat-alat sains tidak
tersusun.
Analisis masalah :
Masalah ini mungkin disebabkan oleh kerana kegunaan bilik sains yang
kurang dalam kalangan guru bagi mata pelajaran sains. Guru-guru sains
kurang menggunakan bilik sains mungkin disebabkan oleh kekurangan
alat/bahan sains yang diperlukan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan :
Saya mencadangkan bahawa bilik sains perlu dipulihkan bagi menambahkan
keceriaan. Cadangan saya dalam mewujudkan persekitaran yang ceria dan
kondusif dalam bilik sains adalah menceriakan papan kenyataan dengan
maklumat-maklumat sains. Bukan itu sahaja, saya juga merancang untuk
membuat lukisan mural di dinding sekitar bilik sains.
Tempoh penyelesaian :
Saya akan menyelesaikan masalah ini dalam sebulan.
Tindakan Susulan :
Saya akan bincang dengan guru besar, guru panitia sains, guru pembimbing
dan rakan saya untuk mengatasi masalah ini. Saya boleh menambahbaikan
keceriaan bilik sains sa dengan nasihat mereka, Saya berharap perancangan
yang rapi dan sistematik akan membantu dalam menguruskan masalah ini.
Kesimpulan :
Masalah persikataran bilik sains yang tidak ceria dan kondusif dapat
diselesaikan dengan mengambil langkah-langkah yang telah dinyatakan.
Kerjaya guru merupakan kerjaya yang dipenuhi dengan cabaran. Sebagai
seorang guru, kita perlulah bersedia untuk menghadapi cabaran dan perlu
berfikiran kritikal dan analitikal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Disemak
Guru Pembimbing
.
(Nama :
)
Tarikh :

Disemak
Pensyarah Pembimbing
.
(Nama :
)
Tarikh :

You might also like