Tugasan Undang-Undang Pentadbiran Awam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PJJ-UUM

PENTADBIRAN

1.0

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

PENDAHULUAN
Perlembagaan Malaysia dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan yang

mengandungi 183 Perkara adalah merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia


merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan tahun 1957.
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang
telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu
rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil
pemerintah iaitu Ketua Menteri Persekutuan dan tiga menteri-menteri lain dan juga
Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.
Perlembagaan Persekutuan mengandungi pelbagai peruntukan mengenai susunan sosial, atau
adat-susila dan amalan ketatanegaraan untuk menjamin keharmonian, perpaduan,
kemakmuran, keselamatan serta kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.
Susunan ini merangkumi aneka cabang kehidupan termasuk mengenai Islam dan lain-lain
agama, kesamarataan, kebebasan dan kewarganegaraan, keselamatan negara, keistimewaan
bangsa Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah rakyat bukan Melayu.
Memandangkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan
menjadi tunggak kepada semua undang-undang, maka semua undang-undang yang digubal
tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Jika wujud percanggahan,
undang-undang tersebut dianggap terbatal setakat mana ia bercanggah. Perlembagaan
merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang
dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan
dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan juga merupakan suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan
cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa
1
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

yang dipunyai oleh pelbagai anggota sesebuah negara tersebut, hak-hak yang dipunyai oleh
orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang
diperintah.
Profesor Dicey di dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997 berpendapat bahawa undang-undang
perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip
undang-undang.

Sebagai

undang-undang

utama

di

sebuah

negara,

perlembagaan

mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan
Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga
mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama,
bahasa kebangsaan dan sebagainya.
Menurut Md. Bohari Ahmad pula, perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak
keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang
terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan
perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat
ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah
dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan
bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung
negara.
________________________
http// Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htmIbid 1

2.0

PENGENALAN

2.1

ISU PERTAMA:

Rodi menerima surat daripada Presiden Jawankuasa Tataertib Sekolah yang


menyatakan bahawa terdapat satu aduan telah dibuat terhadapnya iaitu mencabul
seorang pelajar perempuan. Berikutan itu, Jawatankuasa Tatatertib Jabatan Pelajar

2
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

menghantar surat bahawa kelakuannya telah melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai


Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Isu pendidikan sering kali menarik perhatian ramai apatah lagi apabila ia melibatkan
persoalan nilai, moral dan salah laku dalam kalangan warganya. Paparan isu dan masalah
tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali dilaporkan tidak kira melalui media
cetak atau media elektronik. Paparan isu cabul sering kali dijadikan isu yang hangat dan
menjadi topik perbincangan masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di seluruh
dunia secara khususnya. Pelbagai masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan
melibatkan beberapa kes tingkah laku negative yang dilakukan oleh guru seperti kes rasuah,
gangguan seksual, dera dan sebagainya. Kejadian gangguan seksual juga semakin berleluasa
dewasa ini. Gangguan seksual ini bukan sahaja berlaku di tempat kerja dan tempat awam
malah isu ini telah menular di sekolah di mana mangsanya ialah murid-murid. Gangguan
seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab
dalam melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. Malahan, sering kali kita dengar
berkenaan tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru berkenaan muda
atau tua. Hal ini secara tidak langsung, memberi gambaran bahawa sekolah bukan lagi
institusi selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan oleh guru sendiri. Berdasarkan kod
amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual seperti mencabul kehormatan ialah sebarang
tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan samada secara lisan,
visual, psikologi atau fizikal. Gangguan seksual boleh dikategorikan kepada dua bahagian
iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coevcian) dan gangguan seksual berbentuk
ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance).

3
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

Berdasarkan kes Rodi iaitu merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam


(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) iaitu menurut Peraturan 4A ada dijelaskan
bahawa seseorang penjawat awam tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang
lain. Dalam konteks profesion keguruan, seseorang guru tidak boleh melakukan apa jua
perlakuan yang diistilahkan sebagai gangguan seksual kepada pelajar, rakan sekerja atau
sesiapa sahaja samada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah serta dalam waktu kerja
atau luar waktu kerja. Gangguan seksual ini boleh dilakukan secara lisan dan bukan lisan.
Misalnya, kes di Ampang seorang ketua guru disiplin dituduh di Mahkamah Majistret
Ampang, atas 11 tuduhan mencabul pelajar perempuan berasingan di sebuah sekolah. Ismazi
@ Megat Ismazi Ismail, 48 berusia antara 15 dan 16 tahun dengan meletakkan tangan di atas
dada mangsa. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa
hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan selepas pelajar berkenaan membuat
laporan (Malaysia Kini, 4 Mac 2011).

Kod Amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan di tempat kerja menerangkan,
gangguan seksual adalah sebarang perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini penerima
atau mangsa. Gangguan seksual merangkumi bermacam-macam tingkah laku seksual yang
boleh dibahagiakn kepada lima jenis. Gangguan secara lisan merupakan yang mana pelaku
menggunakan kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan berbentuk ancaman atau
cadangan seksual. Gangguan seksual jenis bukan lisan ataupun gangguan seksual dalam
bentuk isyarat pula wujud apabila pelaku memandang atau mengerling yang membayangkan
niat. ,menjilat bibir, memegang sesuatu secare menggoda, membuat isyarat tangan,
menggunakan bahasa isyarat yang menunjukkan perlakuan seks atau tingkah laku mengurat
yang berterusan. Bagi gangguan seksual jenis visual, pelaku menunjukkan bahan lucah,
melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, menayangkan bahagian sulit badan
4
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

yang tidak sepatutnya didedahkan dan sebagainya. Selain itu, jika pelaku mengulangi
jemputan social yang telah ditolak, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau ingin
bercumbuan, ia digelar gangguan seksual psikologi. Manakala, gangguan seksual jenis fizikal
ialah di mana pelaku akan menggunakan cara sentuhan seperti memegang, menepuk,
mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium atau serangan seksual tanpa
kerelaan mangsa.

Gangguan seksual mencabul adalah satu isu tingkah laku yang negative yang
dilakukan oleh guru terhadap muridnya sehingga mangsa menjadi trauma dan takut untuk ke
sekolah. Keselamatan murid telah terancam kerana perbuatan guru tersebut sangat
keterlaluan. Strauss, S.(1993) mengatakan remaja yang menghadapi gangguan seksual di
sekolah akan mengalami kesan yang sama seperti yang dialami oleh mangsa rogol iaitu
marah, takut, tidak bertenaga, malu dan menyalahkan diri, hilang keyakinan diri, rasa
bersalah, keliru dan tertekan. Mangsa akan menghadapi simpton fizikal seperti pening kepala,
dan sakit perut.

Oleh itu, jelaslah isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru yang merupakan
seorang Penolong Kanan (Ko-Kurikulum) tersebut, menunjukkan guru tersebut telah
melanggar kod etika perguruan dengan membuat gangguan seksual ke atas muridnya.
Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkn mereka tidak
bertanggungjawab dalam melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. Hal ini,
memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat lagi jika hal ini
dilakukan sendiri oleh guru.

2.2

ISU KEDUA:
5

No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

Rodi dipindahkan ke sekolah lain. Sebulan kemudian, satu siasatan telah dibuat terhadap
Rodi berkaitan pertuduhan kesalahan yang sama dan beliau telah diberikan surat tunjuk sebab
oleh pihak Jawatankuasa Tatatertib Sekolah yang menyatakan Lembaga Tatatertib berniat
untuk

mengambil

tindakan

terhadapnya

di

mana

Rodi

boleh

dipecat

daripada

perkhidmatannya.

Berdasarkan keluhuran undang-undang yang berdasarkan pemakaian doktrin di


Malaysia iaitu nilai-nilai doktrin keluhuran undang-undang diperuntukkan di dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu Bahagian II dari Perkara 5 hingga 13. Berdasarkan
kes Rodi merujuk kepada Perkara 5 iaitu mengenai kebebasan diri @ nyawa. Tidak seorang
pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undangundang. Dalam kes ini Rodi perlu diberitahu dengan kadar segera sebab-sebab boleh
ditamatkan perkhidmatannya, hak untuk mendapat pembelaan dari mana-mana peguam
pilihan, hobeas corpus dengan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam jika beliau
ditangkap selepas kejadian tersebut. Misalnya, kes Assa Singh lawan Menteri Besar Johor
(1961)MLJ 30. Dalam kes ini, Assa telah ditangkap dan ditahan di bawah kuasa Restriated
Residence Enactment. Beliau mencabar penahannya di bawah Enakmen Tahanan Terhad
kerana tidak diberitahu sebab penahannya. Mahkamah Persekutuan dalam hal ini
memutuskan bahawa walaupun peruntukan seperti Perkara 5 tidak ada dalam enakmen,
Perkara 162(1) membolehkan Perkara 5 dibaca ke dalam Enakmen tersebut. Yang kedua,
Perkara 7 iaitu berkaitan perlindungan berulang. Hal ini kerana tiada siapapun boleh dihukum
terhadap sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan pada masa perbuatan itu dilakukan.
Misalnya, kes Fan Yew Teng lwn PP (1975)2 MLJ 235 didapati tidak sah kerana tidak
mengikut prosedur dan dia dibebaskan. Kemudian dia ditahan semula dan didakwa di bawah
tuduhan yang sama. Mahkamah memutuskan bahawa disebabkan perbicaraan pertama tidak
6
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

sah, maka ia tidak terpakai. Oleh itu, perbicaraan dan sabitan kedua tidak bertentangan
dengan Perkara 7.

Berdasarkan prinsip-prinsip perundangan pula iaitu berkenaan Peraturan Kelakuan


dan Tatatertib sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) guru mesti mengamalkan nilai dan
etika dalam perkhidmatan awam. Kawalan tatatertib ini merupakan satu alat pengurusan
untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta
tanggungjawab kea rah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan. Rodi didapati
bersalah dan beliau mengakui kesilapannya. Pengerusi Lembaga Tatatertib iaitu setelah
menimbangkan pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan
bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman
dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perbuatan Encik Rodi melakukan gangguan
seksual itu adalah melanggar peraturan 4 a(1)(a) dan 4A (1)(b), Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut:

4A(1) Seseorang pegawai awam tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang
lain, iaitu seseorang pegawai tidak boleh:(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan
seksual daripada orang itu
(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain,
dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan
seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

7
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

Perbuatan Rodi itu juga boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara
sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam. Malahan, hasil
daripada keputusan Lembaga Tatatertib iaitu Suruhanjaya Pelajaran (Pihak berkuasa
Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau pangkat) asas-asas
pertimbangan keputusan pegawai tersebut telah melanggar Kod Etika Profesion Perguruan.

3.0

PERBINCANGAN DAN ULASAN

Pada pandangan saya, punca utama menyebabkan guru tersebut melakukan tingkah
laku mencabul ialah kurang memahami etika keguruan. Guru yang memahami etika keguruan
tidak akan tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Guru
tersebut yang melakukan perkara demikian telah melanggar kod etika guru yang telah
digariskan. Hal ini menunjukkan bahawa guru tersebut tidak memahamk apa yang
terkandung dalam kod etika guru. Etika dan kod etika ini merupakan peraturan dan landasan
yang perlu dituruti oleh seseorang yang bergelar professional. Badan professional tertentu
mempunyai kod etika tertentu, termasuklah profesion perguruan. Setiap profesion akan
menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan
tersebut yang dinyatakan sebagai Kod Etika. Oleh itu, etika professional ialah nilai-nilai atau
tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut professional masingmasing. Berdasarkan kod etika profesion perguruan, guru sedia maklum tentang perkara yang
boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan.

Masalah rumah tangga juga merupakan punca berlakunya tingkah laku negatif di
kalangan guru. Guru yang mengalami masalah keluarga akan mengalami tekanan emosi yang
8
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

tidak stabil. Mereka tiada tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan kasih saying. Hal
ini menyebabkan, guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan
seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh
kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti (Abd Rahim, 2003).

Tekanan kerja yang dihadapi oleh guru juga menyebabkan guru mengalami stress
yang tinggi. Perubahan yang sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin banyak dan
harapan masyarakat terhadap guru. Oleh itu, guru berasa tertekan kerana tidak mampu
menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan. Menurut
Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika
ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas
dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja dan gagal berasa puas hati terhadap
kerja yang dilakukan. Hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi yang
positif dan seterusnya mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Encik
Rodi menganggap gangguan seksual yang dilakukan ini boleh mengurangkan tekanan kerja
yang dihadapi namun kesan dari perkara itu lebih teruk dari apa yang dijangkakan.
Pengurusan tekanan yang tidak sistematik menyebabkan Encik Rodi menggunakan murid
sebagai alat untuk melepaskan tekanan.

Selain itu, pengaruh media masaa juga antara punca yang menyebabkan tingkah laku
negatif yang dilakukan oleh guru tersebut. Perkembangan media massa seperti internet
membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Hal ini,
menyebabkan guru tersebut mengaplikasikan apa yang dilihat dan dipelajari ke atas murid
dengan membuat gangguan seksual.

9
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

Di samping itu, tiada kesedaran agama juga meruapakn puncaberlakunya kes


mencabul. Kesedaran agama yang kurang menyebabkan seseorang guru sanggup melakukan
perkara terkutuk itu demi kepuasan sendiri. Guru yang mempunyai kesedaran agama yang
kurang tidak menggunakan ilmu pengetahuan yang dipelajarinya

menyebabkannya tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Guru
tersebut juga tidak menjaga pergaulan dengan anak muridnya. Berdasarkan kepada
pengetahuan etika profesionalisme, guru tidak sepatutnya terlalu memanjakan pelajar
sehingga membabitkan emosi dan perasaan pelajar terganggu, terutama pelajar yang
berlainan jantina. Keadaan ini membuatkan ada pelajar yang memendam perasaan cinta
kepada guru mereka dan disebabkan perhubungan mesra ini ada guru lelaki yang mengambil
kesempatan terhadap pelajar perempuan seperti mencabul dan merogol pelajar. Jelaslah
menunjukkan perbuatan yang dilakuakn oleh guru tersebut bukan emncerminkan beliau
sebagai seorang muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Masalah ini
tidak mungkin berlaku sekirangya guru tersebut mempunyai kesedaran agama yang tinggi.

Pada pendapat saya terdapat beberapa kesan yang akan berlaku jika masalah ini tidak
dibendung dengan baik. Akibat daripada perbuatan tingkah laku negatif guru ini bukan sahaja
akan memberi impak buruk kepada dirinya namun kesannya akan dirasai oleh mangsa
gangguan seksual.

Kesan yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan ini ialah menyebabkan
hubungan guru dan murid menjadi semakin rengang. Murid akan merasa benci dan takut
untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru tersebut. Akibat daripada
situasi ini, murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu,
10
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

hubungan guru dan eakan sejawatnya juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi
mempercayai guru tersebut selepas sekali melakukan perkara yang tidak senonoh. Guru
tersebut akan mengalami tekanan emosi juga adalah kesan jangka pendek yang akan

dihadapi di mana guru tersebut mungkin mengalami konflik jiwa yang serius akibat dari
perbuatannya. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan
gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga.

Di samping itu, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin
akan mendapat kesan yang buruk kerana mereka akan dibenci dan dicemuh oleh masyarakat.
Hal ini menyebabkan keluarga guru tersebut akan hidup dalam suasana tidak tenteram.
Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah akan hilang
pekerjaan dan mata pencarian akibat daripada perbuatan mereka yang tidak senonoh itu. Guru
tersebut tidak akan diterima oleh masyarakat di mana masyarakat akan memandang serong
kepada mereka.

Selain itu, hubungan ibu bapa dan guru menjadi rengang di mana ibu bapa tidal lagi
mempercayai guru untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna. Masyarakat
juga akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan pentabir sekolah.
Hal ini akan menjejaskan imej sekolah tersebut di mata masyarakat. Kesan jangka panjang
yang menimpa ibu bapa dan masyarakat ialah mereka menyalahkan guru sehingga guru
tersebut dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. Selain itu, ibu bapa membawa isu
gangguan seksual ini kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan
bagi pihak anak mereka.

11
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

Terdapat beberapa kesan yang akan menimpa sekolah ialah reputasi sekolah atau
nama baik sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutama ibu bapa tidak lagi
menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap sebagai

institusi pendidikan yang memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid.


Manakala, kesan jangka panjang yang menimpa sekolah ialah sekolah dilabel sebagai tempat
yang tidak bermoral kerana membiarkan masalah gangguan seksual berleluasa secara tidak
terkawal.

Mangsa yang mengalami gangguan seksual akan lebih cenderung berdiam diri,
bersendirin, murung dan sebagainya. Hal ini, menyebabkan mangsa tidak lagi berminat untuk
belajar sehingga prestasi mangsa menurun. Pada masa yang sama, mangsa gangguan seksual
akan fobia dengan guru terutama guru lelaki. Kesan jangka panjang kepada pelajar tersebut
ialah pelajar tersebut mengalami tekanan emosi dan jiwa yang tinggi sehingga mangsa cuba
membuat perkara yang tidak diingini misalnya membunuh diri.

Ramai yang beranggapan bahawa gangguan seksual merupakan masalah kecil dan
remeh. Ianya tidak lerlu difikirkan dan tidak perlu diadakan langkah-langkah pencegahan
daripada sekarang. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa mencegah adalah lebih
baik daripada merawat. Pencegahan memerlukan suatu tindakan holistic dan menyeluruh
daripada semua pihak. Bagi mengatasi masalah gangguan seksual, pendidikan merupakan
kaedah yang terbaik dengan cara memberi kesedaran kepada guru tentang bahaya gangguan
seksual yang dilakukan oleh mereka terhadap murid-murid. Kerajaan boleh memperkenalkan
pendidikan seks kepada semua masyarakt bagi mendedahkan pelbagai isu dalam
menimbulkan kesedaran mengenai gangguan seksual seperti hak asasi wanita, pencabulan
12
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

dan sebagainya. Pendidikan seks bukan sahaja sesuai kepada murid, guru dan masyarakat
namun kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks bertujuan untuk
memberi maklumat yang sebenar tentang kesalahan seksual yang dilakukan kepada muridmurid.

Selain itu, semua perlu menghadiri kursus, ceramah atau bengkel yang dikendalikan
oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Hal ini
dapat meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab. Nilai
murni seperti kemanusiaan, kasih saying, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya
perlu diterapkan ke dalam diri semua guru dalam program-program ini. Nilai murni yang baik
dapat memelihara guru daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan
norma hidup yang perlu ditahankan.

Selain itu, kerajaan harus menyediakan khidmat kaunseling sebagai saluran untuk
penuntut yang menjadi mangsa gangguan seksual dan juga guru yang melakukan gangguan
seksual. Antaranya mewujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk
guru yang dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini bagi menangani isu
gangguan seksual. Di samping itu. Sekolah boleh melaksanakan program-program kaunseling
di sekolah dan menyediakan perkhidmatan pelajar yang mempunyai kaunselor yang
professional berkhidmat kepada pelajar-pelajar sekolah tetapi di luar bilik kelas mereka.
Khidmat dan kaunseling bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan
nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini. Bagi pihak pelajar,
perkhidmatan kaunseling yang diberikan harus dapat membantu pelajar memahami isu
gangguan seksual dan bagaimana untuk mengendalikan permasalahan gangguan seksual yang

13
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

berlaku ke atas diri mereka serta pengetahuan untuk melindungi diri daripada menjadi
mangsa gangguan seksual.

Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual di


kalangan pendidik perlu dibanteras dengan segera supaya kes ini dapat diatasi dengan secepat
mungkin. Hukuman, sebatan, dan penjara bagi mengelakkan masalah ini dari terus berleluasa.
Penguatkuasaan undang-undang ini juga menyebabkan guru tidak berani untuk melakukan
tingkah laku yang negative. Guru yang melanggar kod etika perguruan perlu dilucut
jawatannya supaya dapat memberi pengajaran kepada guru-guru lain untuk tidak melakukan
perkara yang tidak bermoral ini.
4.0

RUMUSAN
Berdasarkan perbincangan yang telah saya huraikan. Secara ringkasnya, guru perlu

mematuhi kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana telah menyediakan garis panduan bagaimana guru harus bertingkah
laku dalam profesion perguruan. Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang
akauntabiliti guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Di samping itu,
emosi seseorang guru perlu dikawal kerana jika tidak dikawal dengan baik, maka diri akan
merasa tertekan, kecenderungan untuk melakukan perkara yang tidak diingini berlaku.
Seorang guru tidak harus melanggar etika, melampui batas peraturan atau undang-undang
kerana ianya sesuatu yang perlu dihayati dan dibangunkan secara dalaman dan bukan sematamata takutkan tindakan tatatertib apabila melanggarnya. Seseorang individu yang menghayati
etika perkhidmatan tidak akan melanggarnya bukan kerana takut kepada tindakan yang akan
dikenakan, tetapi akan berasa amat bersalah dari segi profesion perkhidmatannya.

5.0

KESIMPULAN
14

No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

Profesion perguruan merupakan profesion paling utama dalam proses penyerapan


ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi, peranan guru
hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa
ke tahap yang lebih tinggi dengan menjalankan tugas berdasarkan kod etika perkhidmatan
dan melaksanakan tugas tersebut dengan penuh integriti. Tugas guru juga adalah satu tugasan
yang mencabar dan setiap daripada cabaran itu haruslah diatasi dengan sebaiknya. Guru
sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakt kerana peranan dalam
pembentukan masyarkat. Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan
menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Tidak diragukan lagi
bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif
dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden yang moden tidak dapat mengambil
perana guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan pematangan sahsiah
murid.

Oleh itu, Sembilan cabaran yang dikemukakan dalam Wawasan 2020, kebanyakan
mempunyai persamaan dari segi tindakan, orientasi dan matlamat dengan idea-idea yang
diutarakan dalam cabaran ketujuh iaitu mencapai matlamat wawasan Negara bagi
menghasilakn modal insan yang dihsratkan oleh Y.A.B Mantan Perdana Menteri Dato Seri
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Bagi mencapainya, negara memerlukan generasi guru
yang benar-benar berwibawa kerna keberkesanan peranan guru pada masa ini akan
mempengaruh I kualiti manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020 dan sekali
gus menentukan wajah acuan sendiri generasi Malaysia, Harapan negara guru haruslah
berusaha dengan cemerlang dalam mendidik anak-anak yang bakal menyumbang sejarah
tamadun bangsa pada masa akan datang. Merekalah anak-anak harapan yang akan
15
No. Matrik : 222988

PJJ-UUM
PENTADBIRAN

GLUL 3113 : UNDANG-UNDANG

mengukuhkan kedudukan bangsa dalam arena pertembungan kebudayaan dan pemikiran


dengan bangsa-bangsa lain.

16
No. Matrik : 222988

You might also like