Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SOALAN TAMBAH

1. Zainab mempunyai 6 batang pensil. Siti mempunyai 10 batang pensil lebih daripada
Zainab manakala Riz mempunyai 2 batang pensil lebih daripada Siti. Berapakah
jumlah keseluruhan pensil mereka?
2.

Ahmad mempunyai 30 000 ekor anak ayam. Chin mempunyai 50 ekor lebih
daripada Ahmad. Berapakah jumlah anak ayam mereka?

3. Bob berniaga burger di sekitar tanah jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Keuntungan hari
Isnin Bob berniaga ialah RM 15.80, hari Selasa sebanyak RM 30.20 dan pada hari
rabu sebanyak RM17.70. berapakah keuntungan Bob sepanjang 3 hari tersebut?
4. Zaher mempunyai 302 biji guli berwarna merah dan 666 biji guli berwarna hijau.
Mamu mempunyai 243 biji guli berwarna biru dan 406 biji guli berwarna jingga.
Chong pula mempunyai 505 biji guli berwarna merah, 876 biji guli berwarna hijau dan
901 biji guli berwarna jingga. Berapakah jumlah keseluruhan guli mereka bertiga?
5. Aminah mempunyai 3 buah kilang elektronik di Kuala Lumpur. Kedai Aminah yang
pertama menjana keuntungan sebanyak RM 150 000 sehari. Kedai kedua Aminah
menjana keuntungan sebanyak RM 20 000 lebih daripada kedai pertama manakala
kedai ketiga Aminah menjana keuntungan sebanyak RM 15 000 daripada kedai
kedua. Berapakah keuntungan Aminah dalam masa sehari?

SOALAN TOLAK
1. Muthu mempunyai 200 unit pemadam. Lingam pula mempunyai 50 uni kurang
daripada Muthu. Berapakah unit pemadam Lingam?
2. Nora ada 456 kuntum bunga mawar, Sarah mempunyai 5 kuntum kurang daripada
Nora manakala Nur mempunyai 10 kuntum kurang daripada Sarah. Berapakah
jumlah keseluruhan kuntuman bunga mawar mereka?

3. Mek Som mempunyai RM40 000 dalam simpanannya. Dia mendermakan sebanyak
RM15 000 kepada sebuah rumah anak yatim dan lagi RM2000 kepada ibu bapanya.
Berapakah baki duit Mek Som?

SOALAN DARAB
1. Abu mempunyai 6 buah raga yang berisi buah mangga. Setiap raga mempunyai 17
biji mangga. Berapakah jumlah keseluruhan buah mangga tersebut?
2. Ling En mempunyai sebuah rumah menjaga kucing. Dalam setiap kandang kucing
terdapat 14 ekor kucing di dalamnya. Berapakah jumlah kucing yang dijaga oleh Ling
En jika rumah tersebut mempunyai 21 kandang?

3. Ali mempunyai sebuah kedai perabot yang baru dibukanya di sekitar Pasir Puteh.
Dalam 3 hari pertama, Ali memperoleh keuntungan sebanyak RM 15 000 daripada
hasil jualan perabotnya. Pada hari ke-4, keuntungan Ali bertambah menjadi dua kali
ganda berbanding jualan pada 3 hari sebelumnya. Berapakah keuntungan yang
diperoleh Ali sepanjang 4 hari tersebut?

You might also like