Kategori PBT

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KATEGORI PBT

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
1. Majlis/Dewan Bandaraya
2. Majlis Perbandaran
3. Majlis Daerah
Perbezaan ketiga-tiga kategori adalah berdasarkan ciri-ciri masing-masing iaitu :
Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaik-taraf kepada bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Di antara
kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk tidak kurang 500,000 orang dan hasil tahunan PBT hendaklah melebihi
RM100 juta.
Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil
yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan
melebihi RM20 juta.
Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada
150,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 20 juta.
Matriks Perbandingan Kategori PBT:
Kriteria
Keterangan

Penduduk

Pendapatan

Majlis Bandaraya

bandar utama atau pusat


pentadbiran sesebuah negeri
ataupun daerah

melebihi 500,000 orang

melebihi 150,000 orang

sumber kewangan yang mapan


(fiscally sustainable)
hasil tahunan tidak kurang dari
RM100 juta
mampu mengimbangkan
perbelanjaan

sumber kewangan yang mapan


(sustainable)
hasil tahunan tidak kurang dari
RM20 juta
menyediakan perkhidmatan yang
selesa

menyediakan perkhidmatan pada


tahap yang tinggi

kawasan pusat pentadbiran


sesebuah negeri

Perkhidmatan

Majlis Perbandaran

menyediakan ruang dan peluang


kepada para peniaga
menggalakkan pertumbuhan

Majlis Daerah

kawasan selain
bandar utama

kurang 150,000
orang

hasil tahunan
kurang daripada
RM20 juta

lebih tertumpu
kepada
kemudahan

aktiviti pelaburan, perniagaan


dan komersial

Pembangunan

Kemudahan
Lain

Kategori PBT:
(a) Majlis Bandaraya

menekankan kepada
pembangunan mapan (sustainable
development)
memberi tumpuan kepada usaha
untuk menangani isu-isu
perbandaran seperti setinggan,
operasi kilang haram,
keselamatan, perumahan untuk
golongan berpendapatan rendah
dan pemeliharaan alam sekitar
Indikator bandar mapan seperti
yang ditekankan dalam Sistem
Malaysia Urban Indicator Network
(MURNInet)
mempunyai pusat perindustrian,
institusi kewangan
pusat institusi pendidikan yang
lengkap
pusat kepada aktiviti kebudayaan,
acara sukan dan riadah
kemudahan infrastruktur yang
lengkap, utiliti awam termasuklah
taman-taman awam yang mesra
pengguna terutamanya kepada
Orang Kurang Upaya (OKU)
pengiktirafan tertentu sama ada di
peringkat kebangsaan ataupun
antarabangsa

infrastruktur dan
utiliti awam

perancangan bandar yang


mapan (sustainable) yang
berupaya menyediakan
persekitaran yang selamat dan
selesa untuk didiami.
Indikator bandar mapan seperti
yang ditekankan dalam Sistem
Malaysia Urban Indicator
Network (MURNInet)

menggalakkan penduduk
setempat untuk membangunkan
komuniti masing-masing melalui
tadbir urus bandar yang cekap
seperti pelaksanaan Program
Local Agenda 21 (LA 21)

PBT itu harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri;


mempunyai penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang;
mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan (fiscally sustainable) dengan hasil tahunan tidak kurang dari RM100 juta
serta mampu mengimbangkan perbelanjaan;
4. berupaya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pada tahap yang tinggi termasuklah aktiviti kutipan hasil, kelulusan pemajuan
pembangunan, penguatkuasaan dan lain-lain fungsi PBT serta mempunyai struktur organisasi yang mantap serta kakitangan yang
berkebolehan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan;
5. pembangunan bandar yang menekankan kepada pembangunan mapan (sustainable development) serta memberi tumpuan kepada usaha
untuk menangani isu-isu perbandaran seperti setinggan, operasi kilang haram, keselamatan, perumahan untuk golongan berpendapatan
rendah dan pemeliharaan alam sekitar. Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator Network
(MURNInet) juga akan diambil kira;
6. pembentukan imej bandar ataupun identiti yang bersesuaian dengan fungsi bandar dan budaya nasional yang melambangkan sejarah
dan warisan. Kawasan-kawasan dan bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah, budaya dan senibina yang unik serta perlu
dipelihara;
7. mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan bagi menarik kemasukan
pelabur. Ini termasuklah kemudahan-kemudahan perhotelan bagi menggalakkan kegiatan pelancongan dan urusan perniagaan. Tumpuan
diberikan kepada kepesatan sektor perkhidmatan serta pembangunan aktiviti ekonomi bandar yang bernilai tambah dan berorientasikan
pengetahuan;
8. pusat institusi pendidikan yang lengkap dengan universiti, kolej, maktab, muzium dan perpustakaan awam;
9. pusat kepada aktiviti kebudayaan, acara-acara sukan dan riadah serta konvensyen di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
10. mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap, utiliti awam yang mencukupi termasuklah taman-taman awam yang mesra pengguna
terutamanya kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Ini termasuklah kemudahan-kemudahan pengangkutan awam, sistem pengurusan
lalulintas dan rangkaian jalan raya yang cekap serta perkhidmatan ICT; dan
11. mendapat pengiktirafan tertentu sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa dalam bidang-bidang tertentu sejajar dengan
taraf sebagai sebuah bandar raya.
(b) Majlis Perbandaran
1. merupakan bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri ataupun daerah;
2. penduduknya tidak kurang daripada 150,000 orang;
3. mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan (sustainable) dengan hasil tahunan tidak kurang dari RM20 juta dan
berupaya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pada tahap yang wajar dan selesa sesuai dengan tahap kualiti hidup sebuah
perbandaran;
4. mempunyai kegiatan perindustrian, perniagaan, pelancongan dan perumahan utama sedia ada ataupun dalam perancangan yang dikenal
pasti berpotensi memberi sumbangan kepada pertambahan pegangan yang boleh dikenakan cukai serta penjanaan peluang-peluang
pekerjaan dalam pelbagai sektor;
1.
2.
3.

keupayaan menyediakan ruang dan peluang kepada para peniaga di samping menggalakkan pertumbuhan aktiviti pelaburan, perniagaan
dan komersial;
6. mempunyai kemudahan infrastruktur yang memuaskan serta dihubungkan dengan sistem lebuhraya yang cekap. Mempunyai konsep
perancangan bandar yang mapan (sustainable) yang berupaya menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk didiami.
Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet) juga akan diambil kira; dan
7. mempunyai program yang boleh menggalakkan penduduk setempat untuk membangunkan komuniti masing-masing melalui tadbir urus
bandar yang cekap seperti pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA 21) ataupun penglibatan jawatankuasa penduduk.
(c) Majlis Daerah
1. lain-lain kawasan selain bandar-bandar utama;
2. penduduknya kurang daripada 150,000 orang;
3. jumlah hasil tahunan kurang daripada RM20 juta; dan
4. keperluan penduduk lebih tertumpu kepada kemudahan infrastruktur dan utiliti awam berbanding dengan perkhidmatan-perkhidmatan
perbandaran.
5.

Pertimbangan Khas
Pertimbangan khas boleh diberikan atas kepentingan tertentu, umpamanya bagi tujuan menarik pelaburan dan pelancongan. Permohonan
mestilah mendapat sokongan daripada agensi berkaitan.
Sungguhpun demikian, sekiranya sesebuah PBT itu tidak berjaya mencatatkan jumlah hasil tahunan minima yang ditetapkan, pertimbangan masih
boleh diberikan sekiranya PBT tersebut mempunyai keupayaan dan kemampuan menjana pendapatan tambahan dari pelbagai sumber lain yang
diperakui sehingga mampu mencapai jumlah minimum sebagaimana ditetapkan bagi tujuan naik taraf sama ada ke Majlis Bandaraya atau Majlis
Perbandaran. Bagi ibu negeri yang belum lagi mendapat taraf bandaraya, maka ia wajar diberi pertimbangan khas dan kerajaan negeri boleh
membantu khususnya dari segi hasil sekiranya perlu.

You might also like