Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BADAN PERUNDANGAN NEGERI

CIRI-CIRI DEWAN
UNDANGAN NEGERI
1. Setiap negeri mempunyai sebuah Dewan Undangan Negeri.
2. WP Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan tiada Dewan Undangan Negeri.
3. DUN menpunyai fungsi yang hamper samanya dengan parlimen tetapi hanya
menyentuh perkara dalam Senarai Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan.
4. Dewan Undangan Negeri mempunyai dua komponen, iaitu:
(a) Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar/Yang Dipertua Negeri
(b) Dewan Undangan Negeri
RAJA/SULTAN/YANG DI-PERTUAN BESAR ATAU YANG DIPERTUA
NEGERI
1.

Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri


merupakan komponen badan perundangan negeri tetapi tidak
mengambil bahagian dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

2.

Tugas-tugas Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua


Negeri dalam badan perundangan negeri merangkumi:
(a) merasmikan, dan memberikan titah diraja/ucapan ketika
pembukaan rasmi
penggal Dewan Undangan Negeri
(b) memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri dan tidak
boleh membiarkan
tempoh antara persidangan melebihi enam bulan
(c) menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri
KEISTIMEWAAN
DEWAN
UNDANGAN
NEGERI
(e) membubarkan
Dewan
Undangan Negeri

Apa-apa prosiding di Dewan Undangan Negeri tidak boleh


dipersoalkan
di mahkamah.
2. Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh didakwa atas apaapa yang
dikatakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.
3. Media massa tidak boleh didakwa kerana menyiarkan
persidangan Dewan Undangan Negeri.
4. Namun, ahli Dewan hanya berhak menyentuh perkara di bawah
Senarai Negeri dan Senarai Bersama Perlembagaan Malaysia
sahaja.
1.

KELAYAKAN MENJADI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI


Berumur 21 tahun atau lebih dan merupakan warganegara Malaysia.
Mewakili parti politik tertentu atau menjadi calon bebas.
Bermastautin di negeri berkenaan.
Sempurna akal.
Bukan seorang muis.
Tidak dikenakan hukuman penjara setahun (tidak boleh bertanding selama
lima tahun selepas keluar penjara).
7. Tidak dikenakan hukuman denda RM2 000 (tidak boleh bertanding selama
lima tahun selepas dikenakan hukuman denda).
8. Tidak memegang jawatan berpendapatan atau bergaji (namun boleh
menjalankan bisnes dan profesion sendiri).
9. Mesti menang dalam pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri (pada
masa yang sama boleh menjadi Ahli Dewan Rakyat jika menang dalam pilihan
raya Parlimen atau boleh menjadi Ahli Dewan Negara jika dilantik ke Dewan
Negara).
10. Mengangkat sumpah memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri.
11. Menghantar penyata akaun perbelanjaan kempen pilihan raya kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh 30 hari. Perbelanjaan kempen
seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh melebihi RM100 000.
12. Tidak memperoleh kewarganegaraan asing (tidak mempunyai hak mengundi
di negara asing).
13. Iika Ahli Dewan Undangan Negeri meletak jawatan, beliau dilarang
bertanding dalam kawasan Dewan Undangan Negerinya selama lima tahun.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

FUNGSI BADAN PERUNDANGAN NEGERI


Perjalanan Dewan Undangan Negen Selepas Pilihan Raya Negeri
1. Setelah tamat pilihan raya, Setiausaha Dewan Undangan Negen akan
menetapkan satu tarikh agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri hadir di
Dewan Undangan Negeri.
2 Kehadiran pertama ini adalah untuk melantik seorang Speaker Dewan dan
Timbalan Speaker Dewan.
3 Selepas itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri akan mengangkat sumpah.
4 Dalam tempoh 120 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan,
mesyuarat pertama Dewan Undangan Negeri untuk tempoh lima tahun yang
baru mesti diadakan.
5 Tempoh Iima tahun Dewan Undangan Negeri yang baru dikira mulai
mesyuarat pertama Dewan Undangan Negeri.
6 Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri akan merasmikan Dewan Undangah Negeri,
namun tidak libat dalam persidangan Dewan.
7 Ketua pembangkang akan dipilih selepas itu.
8 Dewan Undangan Negeri juga dikenali sebagai Dewan Sekamar /Dewan
Tunggal kerana setiap negeri hanya mempunyai satu Dewan Undangan Negeri
sahaja.

KEDUDUKAN SPEAKER
1. Boleh terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri atau bukan Ahli Dewan

Undangan Negeri.
2. Speaker tidak boleh terlibat secara aktif dalam perniagaan.
3. Bidang kuasanya adalah mengawal disiplin dan bertindak adil terhadap

prosiding dewan.
4. Bertindak sebagai jurucakap Dewan Undangan Negeri.

FUNGSI DEWAN UNDANGAN NEGERI


1. Sebagai forum membahaskan hal kerajaan dan rakyat negeri.
2. Membahaskan ucapan diraja, belanjawan negeri, dan rang undang-undang.
3. Meluluskan atau menolak sebarang rang undang-undang atau pindaan

undang-undang.

KEISTIMEWAAN KERAJAAN NEGERI DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH


DAN SARAWAK
1. Undang-undang tentang tanah dan Kerajaan Tempatan yang berasingan

di Sabah dan Sarawak.


2. Kerajaan Nergeri berkuasa mengenakan royalti dan cukai jualan

tambahan.
3. Kerajaan Negeri mempunyai rancangan pembangunan khas.
4. Kerajaan Negeri berkuasa dalam soal imigresen dan boleh menyekat

penduduk Semenanjung memasuki Sabah dan Sarawak.


5. Kerajaan Negeri berkuasa dalam pengeluaran lesen judi, imigresen, dan

pemberian kewarganegaraan kepada penduduk asing di situ.

HUBUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DENGAN PARLIMEN


1. Dewan Undangan Negeri menggubal Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
2. Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang yang disenaraikan

3.
4.
5.
6.
7.

8.
9.

dalam Senarai Persekutuan dalam Perlembagaan ( Dewan Undangan


Negeri mempunyai kuasa baki perundangan).
Kerajaan Persekutuan boleh terlibat dalam Senarai Negeri dan Senarai
Bersama jika diberi kuasa.
Undang-undang Persekutuan hendaklah dipatuhi oleh negeri-negeri.
Undang-undang negeri yang berlawanan dengan undang-undang
Persekutuan akan terbatal setakat mana yang bercanggah.
Dewan Undangan Negeri tidak boleh menghalang perjalanan kuasa
pemerintahan Persekutuan.
Parlimen berkuasa membuat undang-undang untuk negeri bagi maksud
triti, persamaan undang-undang negeri, atau jika diminta oleh Kerajaan
Negeri.
Kerajaan Pusat berhak melibatkan diri dalam urusan Kerajaan Negeri untuk
tujuan mengumpul statistik, penyiasatan, dan memberi khidmat nasihat.
Badan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
ditubuhkan untuk menyeragamkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan.

PROSEDUR PERUNDANGAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI


1. Undang-undang diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri (dikenal sebagai

Enakmen di Semenanjung dan dikenal sebagai Ordinan di Sabah dan


Sarawak).
2. Semua Rang Undang-undang terlebih dahulu diserahkan kepada
Setiausaha Dewan Undangan Negeri.
3. Setiausaha Dewan bertanggungjawab mencetak dan mengedarkan salinan
draf undang-undang.

You might also like