Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


SEREMBAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
AMBILAN KHAS DISEMBER 2011

TAJUK TUGASAN
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
(TITAS)

NAMA PELAJAR

: THARSHINIPRIYA A/P MOHAN

NO K.P

: 860531-38-5510

KUMPULAN/UNIT

: PENGAJIAN TAMIL (PISMP-S1)

KOD KURSUS

: WAJ3101

NAMA PENSYARAH

: PN.TENGKU NOR HUSNA BINTI TENGKU JAMIL

TARIKH SERAHAN

: 20 OGOS 2013

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
Ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

Nama

: THARSHINIPRIYA A/P MOHAN

Tarikh

: 20 / 08/ 2013

Halaman Judul

TAJUK TUGASAN
Soalan 1
Secara berkumpulan: Peta minda i-think berdasarkan tajuk yang pilih dalam
proforma.
Soalan 2
Secara individu : Analisis tokoh pilihan
Soalan 3
Refleksi diri

NAMA JABATAN/UNIT

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral


Unit Bahasa Tamil

NAMA INSTITUSI

IPG Kampus Raja Melewar,Negeri Sembilan

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN JUDUL

ii

PENGHARGAAN

Iii

1.0 GRAFIK- INTERAKSI ANTARA TAMADUN


2.0 ANALISI TOKOH PILIHAN AL-BIRUNI
2.1 RIWAYAT HIDUP
2.2 AL-BIRUNI DAN MATEMATIK
2.3 AL-BIRUNI DAN TTEKNIK
2.4 AL- BIRUNI DAN ASTRONOMI
2.5 AL-BIRUNI DAN KIMIA
2.6 AL- BIRUNI DAN SEJARAH
2.7 AL-BIRUNI DABN GEOGRAFI
2.8 AL- BIRUNI DAN FARMASI
2.9 RUMUSAN PANDANGAN
3.0 REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGHARGAAN

Salam sejahtera Salam perpaduan dan salam satu Malaysia. Kami bersyukur
kepada Tuhan kerana saya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus pendek (KKP)
dalam mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) WAJ 3101 dengan
jayanya. Jutaan terima kasih kepada pensyarah Pn.Tengku Nor Husna Binti Tengku Jamil
bagi mata pelajaran ini, kerana tunjur ajar beliau dan garis panduan yang telah diberikan
kepada kami sepanjang tempoh kami menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar
beliau tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya. Beliau
memberikan tugasan ini kepada kami tepat pada masa. Beliau menjelaskan kehendak
tugasan ini kepada kami secara teliti dan mudah difahami. Beliau memberikan tunjuk
ajar kepada kami apabila

kami menghadapi masalah. Beliau

juga mengajar kami

dengan penuh kesabaran dan tetap menjelaskan kepada kami jika kami masih tidak
faham.

Tidak lupa juga kepada kawan- kawan yang telah memberi sumbangan berbentuk
idea kepada kami untuk menambahbaikan lagi kerja kursus ini. Segala pendapat dan
tunjuk ajar rakan- rakan sememangnya amat membantu kami

untuk menyiapkan

tugasan ini dengan begitu sempurna. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga
kepada kedua ibu bapa, abang dan kakak yang telah membantu dan mendorong dari
segi kewangan.Pertolongan mereka amat bermakna kepada kami. Akhirnya,
mengucapkan ribuan

kami

terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk

menjayakan kerja kursus ini. Terima kasih .

2.0 ANALISIS TOKOH PILIHAN

2.1 Riwayat Hidup


Abu Raihan, Muhammad bin Ahmad Al- Biruni dilahirkan pada hari Khamis, 5
Zulhijah, tahun 362 Hijrah atau bertepatan dengan 4 April 973 Masihi di sebuah
perkampungan dari ibu kota negeri Khawarizmiyyah.Sebuah negeri kecil yang sekarang
terletak dalam kawasan negara Uzbekistan, bekas jajahan Soviet Union di samping
sungai Amudariya, sisi selatan danau Aral, kira kira hampir dua ratus kilometer.
Kita perlu diketahui bahawa pemerintahan Republik Uzbekistan, jajahan Soviet
tetap memberi nama negeri ini Al- Biruni sebagai tanda mengenang jasa tokoh besar
bangsa Arab ini. Nama Al- Biruni diambil dari bahasa Persia yang digunakan bagi
penduduk Khawarizmi yang tinggal di luar daerah tersebut. Daerah Khawarizmi sendiri
pada masa kelahiran Al- Biruni menjadi salah satu negeri kecil yang tunduk pada
kekuasaan empayar Arab. Daerah kekuasaan empayar itu pada sisi timurnya terbentang
dari daerah yang sekarang dikenal sebagai Iran, Pakistan, Afghanistan dan beberapa
bahagian republik jajahan Soviet atau USSR. Empayar Arab pada masa tersebutsecara

lahiriahnya berada dibawah pengawasan Khalifah Banil Abbas. Lantas suku Turki mula
menampakkan taringnya sejak masa pemerintahan Khalifah Al- Mutashim. Mereka mula
menguasai posisi- posisi penting di pemerintahan. Sejak itulah mereka banyak
memberikan ancaman terhadap pengaruh para Khalifah Banil Abbas dan daerah
kekuasaan mereka, sampai Khalifah Al- Mutashim sendiri mengeluh dengan tindak
tanduk mereka pada masa masa akhir pemerintahannya dan menampakkan
kekecewaan yang mendalam atas sikapnya.
Setelah Khalifah Al- Mutawakkil dibunuh oleh puteranya sendiri, Al- Muntashir
dengah didukung oleh para pembantunya dari suku Turki dalam pemerintahan semakin
bertambah, sedangkan kekuatan Bani Abbasiyyah sendiri semakin meredup. Selain itu,
Bani Buwaihi juga mampu menguasai sejumlah besar daerah timur kekuasaan dinasti
Abbasiyyah termasuk diantaranya Baghdad, ibu kota Banil Abbas sendiri. Meskipun
demikian, Bani Buwaihi tidak menggulingkan pemerintahan Bani Abbas kerana beberapa
alasan politik. Mereka hanya menghilangkan hak kekuasaan kepada para khalifah. Sisi
kelemahan para khalifah mencapai puncaknya ketika sebahagian besar dari mereka
banyak yang dibunuh, diseksa, ataupun anggota keluarga mereka sendiri. Sebab adanya
kelemahan itulah maka wilayah kekuasaan mula berpecah menjadi negeri negeri kecil
yang mempunyai kedaulatan sendiri, seperti negeri Bani Shafariyyah, Bani Buwaihi,
Samaniyyah, Khawarizmi, Ghaznawi, Saljuk dan Hamadani. Al- Biruni mula menyenangi
ilmu dan belajar sejak beliau masih remaja. Kecintaan Al- Biruni terhadap ilmu sangat
membantunya dalam membaca pelbagai ilmu kerana dengan itu beliau dapat mengetahui
pelbagai bahasa. Paling tidak ada dua bahasa yang sangat dikuasainya iaitu Arab dan
Persia, selain bahasa daerah Khawarizmi sendiri. Kemudian, Al- Biruni belajar bahasa
Sansekerta, Ibarani, Suryani, dan Yunani.
Dalam penganalisisan saya, pada masa remaja, Al- Biruni sudah bekerja sebagai
pembantu salah seorang ahli tanaman. Beliau bertugas untuk mengumpulkan bunga dan
biji bijian. Pekerjaan ini membantunya semakin senang mengenali kemampuan diri
sendiri sehingga membuatnya lebih senang menambah ilmu pengetahuan dan wacana.
Oleh demikian, Al- Biruni mula mempelajari astronomi, benda benda langit dan segala
rahsianya yang masih tersembunyi.
Ketekunan Al- Biruni dalam mencari ilmu dan pengetahuan tidak mencegahnya
untuk berkecimpung dalam kegiatan politik ketika terjadi perseteruan panjang antara
penguasa Khawarizmi Syah Abu Abbas dan penentang kuatnya yang berusaha merebut
kekuasaanya, Mamun bin Muhammad. Al- Biruni ikut bergabung bersama kelompak
pendukung Abul Abbas sehingga tahun 385 Hijrah/ 995 Masihi, iaitu ketika Abul Abbas

terbunuh dan Ma mum bin Muhammad menggantikannya. Dengan begiti Al- Biruni
terpaksa pindah ke Jurjan yang terletak di sisi tenggara laut Qazwain, pada waktu itu
beliau berumur 23 tahun. Di daerah Jurjan, Al- Biruni masuk ke jajaran pemerintahan
Sultan Abu Hassa Qabus bin Wasymajir Syamsu Maali. Al Biruni tinggal bersama
sultan lebih kurang 15 tahun. Pada masa itulah Al- Biruni menulis karya besar
pertamanya, iaitu, buku Al- Aatsaarul Baaqiyah anil Quruun Al- Khaaliyah. Buku ini
memuat kajian tentang peninggalan sejarah, astronomi dan matematik. Kemudian pada
tahun 400 Hijrah/ 1010 Masihi, suasana politik di daerah Khawarizmi sangat mendukung
untuk kepulangan Al- Biruni. Kerana itu, beliau pun segera kembali ke negerinya setelah
menghilang lebih kurang selama 15 tahun. Penguasa Khawarizmi yang baru, Khawarizmi
Syah Abul Abbas Mamun bin Mamun menjemput dan memasukkan Al- Biruni dalam
barisan pejabatnya. Al- Biruni juga diberikan beberapa tuga politik kerana kepiaaiannya
dalam berpidato dan kepetahannya berhujah.
Pada masa 7 tahun itulah, kecemerlangan Al- Biruni dalam hal ilmu pengetahuan
dan politik mulai bersinar. Beliau memainkan peranan penting dalam dewan pendidikan di
ibu kota negeri Khawarizmi. Al- Biruni juga mampu meneruskan kajian ilmiah, khususnya
dalam bidang astronomi, disamping beliau tetap mengambil jawatan politik di jabatan
pemerintahan.Pada masa masa inilah, Al- Biruni bertemu dengan pemimpin para
syeikh Ibnu Sina di dewan pertemuan Sultan Khawarizmi, ketika Ibnu Sina berkunjung ke
tempat itu setelah melawat ke daerah Bukhara. Kemudian, pada tahun 351 Hijrah/962
Masihi, Albatkin mampu membangun asas awal dinasti Ghaznawiyyah di kota Ghaznah
yang terletak di sisi selatan Kabul, ibu kota Afganistan sekarang Albatkin sendiri adalah
seorang budak asal Turki yang dimiliki Bani Saman. Ketika beliau menjadi orang
kepercayaan mereka, Albatkin dibantu untuk menjawat jawatan tinggi di negerinya
sehinga mampu memerintah kota Ghaznah. Namun Albatkin meninggal setahun sudah
beliau berkuasa, lalu kekuasaanya diganti oleh puteranya sendiri dan beberapa pengikut
setianya. Adapun pengikut setia terakhir, Sabaktakin adalah budak Albatkin dan suami
dari puterinya. Beliau berkuasa sejak tahun 366 Hijrah/976 Masihi sehingga tahun 387
HHijrah/997 Masihi. Sepeninggalan Sabaktakin, puteranya yang bernama Ismail
mengantikannya dan mampu bertahan hanya dalam waktu 7 bulan saja kerana beliau
digulingkan oleh saudaranya sendiri, Mahmud yang duduk di posisinya dan memberikan
gelaran sultan untuk dirinya. Kekuasan Sultan Mahmud Al- Ghaznawi bertahan selama
33 tahun sampai baginda meninggal pada tahun 421 Hijrah/1030 Masihi. Masa masa
pemerintahan Sultam Mahmud dianggap sebagai masa keemasan dinasti Ghaznawiyyah
kerana baginda melakukan pelbagai peperangann penaklukan sehingga memerangi India
beberapa kali dan berhasil menghancurkan patung patung serta menyebarkan Islam di

beberapa daerah tersebut, Selanjutnya, pada tahun 407 Hijrah/1017 Masihi, Khawarizmi
Syah Mamun bin Mamun menikah dengan saudari Sultan Mahmud Al- Ghaznawi
sehingga Mamun pun diberi gelaran sebagai sultan. Namun beberapa komander
Khawarizmi memberontak dan berjaya membunuh Sultan Mamun, lalu mereka
mengangkat putera sultan di posisinya. Mendengar adanya pemberontakan, Mahmud AlGhaznawi segera menuju Khawarizmi lalu mendudukinya

dan menghukum para

pemberontak. Setelah itu, Sultan Mahmud mengangkat seorang wakil yang dipilih
olehnya , lalu menangkap sejumlah ulama setempat dan membawa mereka bersamanya
ke ibu kota Ghaznah. Abu Raihan A- Biruni adalah salah satu diantara ulama yang
ditangkap tersebut.
Selama di Ghaznah, Al- Biruni hidup sebagai tawanan tidak bebas dan hidup
sangat dibatasi sehingga Sultan Mahmud Al- Ghaznawi meninggal pada tahun 421
Hijrah/1030 Masihi. Meskipun demikian, Al- Biruni menyertai Sultan Mahmud dalam 13
pertempurannya, iaitu pertempuran ke-17 kalinya dalam menyerang India. Pada masa
masa perang ini, Al- Biruni masih menyempatkan diri untuk menulis beberapa buku. Di
antaranya adalah buku yang sangat penting dalam bidang astronomi yang

berjudul

Tahdiid

mampu

Nihaayatul

Amaakin

Li

Tahhiihi

Masaafaatil

Masaakin

yang

diselesaikannya pada tahun 416 Hijrah. Menjelang kematian Sultan Mahmud AlGhaznawi, baginda berpesan agar putera bongsunya Muhammad

menggantikan

posisinya sekaligus membuatkan putera sulungnya, Masud merasa tergugat kerana


beberapa telah mengadu domba di antara keduanya. Masud tidak mahu menerima
keputusan itu begitu sahaja, maka dengan bantuan beberapa orang pasukan berkuasa.
Setelah kekuasaanya aman, Masud melepaskan peraturan- peraturan yang mengikat AlBiruni yang telah dikuatkuasakan oleh mendiang ayahnya. Kemudian, Masud mengajak
dan memasukkan Al- Biruni ke dalam jajahan pemerintahannya. Dia juga mengajak ALBiruni ikut serta dalam pelbagai peperangan yang dilakukannya ke daerah india. Dalam
masa peperangan inilah, Al- Biruni banyak menyebarkan pengetahuaan dan ilmu
kebudayaan di daerah setempat, sebagaimana beliau juga belajar banyak ilmu tentang
India. Al- Biruni melakukan perbincangan dengan para ahli falsafah India dan
mempelajari adat istiadat serta kebudayaan penduduk setempat. Dengan begitu, beliau
dapat memahami kaedah mereka dalam mengkaji dan berfikir, di samping mempelajari
juga bahasa mereka dan membaca syair syairnya.
Al Biruni memaparkan tentang hal diatas dalam dua bukunya, Sejarah India
dan Buku Besar India atau dikenali juga dengan Judul Mengkaji Kesusasteraan
India yang Dapat Diterima atau Ditolak Oleh Akal. Ada fakta yang mengatakan

bahawa sebelum Al- Biruni telah menyiapkan buku karangannya yang diberi judul AlQaanuun Al- Masudi fil Hayahwan Nujuum, pengisbatan kepada Sultan Masud AlGhaznawi. Dikisahkan bahawa Sultan Masud memberi hadiah kepada Abu Raihan
seekor gajah yang penuh dengan potongan perak sebagai imbalan atas karya besarnya
itu, namun Al- Biruni menolak hadiah tersebut seraya berkata, Aku bekerja hanya demi
ilmu bukan untuk mendapatkan harta. Abu Raihan Al- Biruni memilih untuk tetap tinggal
di Ghaznah sampai akhir hayatnya. Beliau mengalami beberapa masa pemerintahan dari
raja raja dinasti Ghaznawiyyah, selain Mahmud, putera Sultan Masud iaitu Sultan
Maudud bin Masud yang diberi hadiah oleh Al- Biruni sebuah kitab yang berjudul AlJamaahir fii Marifatil Jawaahir. Sultan Maudud sendiri menaiki takhta setelah ayahnya
terbunuh pada tahun 432 Hijrah/1040 Masihi di tangan para pendukung bapa
saudaranya, Muhammad yang digulingkan oleh Masud. Sewaktu mendengar peristiwa
pembunuhan ayahnya, Maudud segera berangkat dengan pasukannya ke Ghaznah
ketika dia berada di Khurasan, lalu memerangi bapa saudaranya dan berjaya
mengalahkannya. Sebahagian besar putera dan para pendukung bapa saudaranya itu
berjaya dibunuh. Maka bapa saudaranya segera memberikan takhta kepimpinan kepada
Maudud.
Menurut kajian saya, Al- Biruni meninggal di Ghaznah pada tanggal 3 bulan
Rajab, tahun 440 Hijrah/ 13 Disember 1048 Masihi, menurut data yang paling tepat. Gaya
penulisan Al-Biruni memiliki ciri khas iaitu sangat sistematik dalam urutan pemikiran dan
kesinambunganya. Beliau juga banyak menggunakan istilah istilah ilmiah dengan tetap
mempertahankan sentuhan nilai sastera yang tidak dibuat buat kecuali jika diperlukan
sahaja. Al Biruni sangat memperhatikan isi pendahuluan dalam setiap bukunya, iaitu
beliau berusaha menggambarkan dasar dasar falsafah setiap buku dalam
pendahuluannya. Al- Biruni sangat menjaga keaslian akan kesaksian, penyelidikan dan
penelitian. Beliau menggangap bahawa kajian dan penelitian adalah dua dasardan
wasilah yang aman untuk mendapatkan pengetahuan( kesimpulan) serta menolak untuk
menerima begitu sahaja hipotesis hipotesis yang diambil dengan cara qiyas (analogi).
Al- Biruni sangat menekankan rujukan terhadap ilmu dan kebudayaan lain. Kerana itu,
beliau banyak belajar bahasa asing untuk mengkaji rujukan rujukan asli serta
memahaminya dengan baik ketika ingin menggunakan ataupun menukilkan darinya.
Hasil hasil karya yang diwariskan Al- Biruni jumlahnya mencapai 180 buku. Namun,
kebanyakkan dari hasil karya tersebut hilang, yang tinggal dan banyak tersebar
dipelbagai perpustakaan di dunia.Sebbahagian daripada bukunya adalah dalam bahasa
Arab.

Antara Judul judul Buku yang Dikarang oleh Al- Biruni :Al-Aatsaarul Baaqiyah anil Quruunil Khaaliyah
Taariikhul Hindi
Al-Hindul Kabiir atau Tahqiiq Maa Lil Hind Min Maquulah Maqbullah fil Aql aw
Mardzuulah.
Taqaalid Ilmul Hayah wa Maa Yahduts fii Basthatil Kurrah
Al-Qaanuunul Masudi fil hayah wan Nujuum.
Athwaalul Bilaad wa Uruudhuhaa
Al-Jamaahir fii Marifatil jawaahir.
At- Tafhim li Awaail Shinaaatit Tanjim.
Ifraadul Maqaal fii Amrizh Zhilaal.
Istikhraajil Awtaar fid Daairah bi Khawaashil Munhana fiihaa.
Ash-Shaidaliyyah fith Thibb
Terdapat beberapa buku yang membahaskan tentang matahari, bulan,meteor,
panjang dan lebar. Beberapa tulisan juga membahaskan tentang keistimewaan ilmu
neutralisasi (cabang ilmu kimia), geometri, fizik dan astronomi. Tulisan tulisan Al
Biruni mencukupi juga beberapa kajian dan penelitian dari berbagai ilmu pengetahuan
dan tema yang beraneka ragam.
2.2 Al- Biruni dan Matematik
Menurut kajian, Al- Biruni pernah menulis tentang ilmu matematik dengan
pelbagai macam cabangnya seperti geometri, aljabar dan trigonometri (ilmu ukur
segitiga). Sebagaimana beliau juga pernah menulis buku tentang astronomi, fizik, teknik,
sejarah, geografi, pernah menulis tentang keseimbangan.
2.3 Al-Biruni dan Teknik
Dalam bidang teknik pula, Al- Biruni membahaskan tentang rotasi sumbu dalam
lingkaran, di samping beliau memiliki beberapa teori dalam hal rotasi yang diberi nama
dengan Daaawaa. Selain itu, Al- Biruni menyebut nama nama sumbu utama dalam
sebuah lingkaran yangdiberi nama olehnya induk sumbu;, iaitu sumbu yang melintasi
garis tengah lingkaran dengan membentuk cekungan yang panjangnya yang sepertiga,
seperempat,seperlima, seperenam,seperlapan ataupun sepersepuluh dari luas lingkaran.
Selanjutnya, garis lintang itu berada berlawanan dari sudut pusat iaitu berada pada titik
120, 90, 72, 60, 45 ataupun 36. Kemudian, Al- Biruni berbicara juga tentang ukuran
sumbu dengan memaparkan beberapa contoh teknik sehingga dap[at di ketahui secara
jelas hasil dari sumbu itu. Selanjutnya, Al- Biruni mula menggantikan perbahasannya
dengan sudut kecil Kerana itulah para ilmuwan setelah Al- Biruni memberi nama terhadap
kajian- kajian di atas dengan hipotesis Al- Biruni.

2.4 Al- Biruni dan Astronomi


Hal yang mesti diketahui mengenai Al- Biruni ialah, ia sangat tertarik dengan ilmu
astronomi. Beliau banyak menghabiskan sisa umurnya untuk belajar dan mengkaji ilmu
tersebut. Al- Biruni memulakan kajiannya tentang astronomi pada masa remaja, ketika
selama 15 tahun kerana harus keluar dari kota kelahirannya. Setelah itu, beliau kembali
mengkaji ilmu astronomi sekembalinya dari pengembaraan yang panjang. Dikesempatan
lain, Al- Biruni membahaskan juga ilmu ilmu alam dan fizik tentang bayangan dan apa
yang tergambar di langit. Al- Biruni menolak pendapat Tsabit bin Qurrah dalam
membatasi garis garis yang digaris yang digambarkan oleh hujung bayangan.
Kemudian, Al- Biruni membuktikan bahawa cahaya yang masuk melalui lubang rumah
dalam bentuk kerucut bukanlah silinder dengan bukti matematik india cukup teliti.
Selanjutnya, Al- Biruni berbicara tentang pengembangan bahan logam kerana terkena
panas dan penyusutan kerana dingin, serta sebab sebab terjadinya perubahan yang
berbeza ketika bahan logam itu digunakan sebagai tiang atau bulatan. Semua itu berhasil
diketahui oleh Al- Biruni ketika beliau sedang sibuk meneliti astronomi tentang masa
panjangnya tahun. Sebagaimana diceritakan bahawa Khalifah Mamun, seorang khalifah
yang tertarik dengan astronomi, baginda telah menancapkan sebuah tiang yang terbuat
daripada besi pada siang hari. Lantas, tiang itu diukur kembali pada petang harinya.
Namun , tiba tiba khalifah mendapati bahawa tiang itu telah berubah menyusut kerana
dipengaruhi oleh dinginnya hawa malam. Perubahan yang terjadi pada tiang besi
semakin membuat khalifah sukar untuk mengetahui

masa panjang tahun yang

sebenarnya.
2.5 Al- Biruni dan Kimia
Pada kesempatan lain, Al- Biruni menulis juga tentang ilmu ukuran cecair yang
berjaya ditemukannya melalui hasil penelitian yang dilakukan. Beliau berjaya mengetahui
kadar air. Sebagaimana, beliau juga berhasil menemukan ukuran kualiti lapan belas
unsur

air

campuran,

dimana

pencampuran

tersebut

membuahkan

hasil

yang

menakjubkan, yang tidak jauh berbeza dengan penemuan moden. Al- Biruni juga
membahas sejumlah fenomena yang berkaitan dengan tekanandan kadar cecair, seperti
beliau menjelaskan sebab-sebab naiknya air soda dan mata air yang terdorong ke atas.
Begitujuga, terkumpulnya air sumur kerena rembesan dari air air di sekitarnya, di mana
kadar kualiti air sumur itu sama dengan air rembesan tersebut.
2.6 Al- Biruni dan Sejarah

Al- Biruni termasuk seorang sejarawan yang sangat teliti. Beliau pernah menulis
sejarah tentang India meskipun dari sudut pandang sebagai ahli matematik dan falsafah,
beliau selalu memiliki kaedah penulisan yang tersusun rapi, selalu menjelaskan apa yang
dilihat oleh mata kepalanya sendiri, didengar oleh telinganya, dirasa oleh jiwanya. Dalam
bukunya yang berjudul Tahqiiq Maa Lil Hind min Maquulah Maqbuulahfil Aqlau
Mardzuulah, Al- Biruni berbicara banyak tentang keyakinan bangsa India, hukum dan
bentuk bentuk peribadatan mereka berupa korban, teriakan dan hari raya. Tidak lupa
pula ia menyebutkan tentang makanan dan minuman yang halal dan haram menurut
mereka serta tingkatan kasta dalam masyarakat India.
Lewat bukunya di atas, Al- Biruni menyinggung tentang bentuk bentuk
penulisan, peninggalan mereka baik sastera ataupun ilmu pengetahuan. Kemudian,
dalam bahagian lain dari bukunya, Al- Biruni menyebut nama nama daerah geografi dan
ilmu astronomi menurut bangsa India. Diantaranya ada pelbagai tahun, bulan, hari dan
bentuk perbintangan. Sedangkan dalam buku yang lain, Al- Qaanuunul Masudi, Al- Biruni
berbicara tentang sejumlah tema sejarah yang penting, seperti sejarah para raja, nabi,
khalifah, iman, hari raya dan upacara keagamaan menurut pelbagai bangsa sejak masa
Nabi Adam a.s Buku ini ditulis dengan gaya yang menunjukkan betapa dalam
pengetahuan AL- Biruni terhadap beraneka agama. Selain itu, Al- Biruni berbicara juga
dalam kajian kajiannya tentang akar setiap kata ataupun padanan katanya, dimana hal
ini menunjukkan pula tingkat pengetahuan dan penguasaannya terhadap pelbagai jenis
bahasa asing.
2.7 Al Biruni dan Geografi
Begitu pula halnya dalam bidang geografi, Al Biruni memiliki sumbangan yang
cukup besar dari tulisan tulisan dan kajian yang dilakukannya. Beliau pernah berbicara
tentangan pembahagian dunia dengan menyentuh karakter penduduk pada setiap
daerahnya. Kemudian, Al- Biruni berbicara tentang laut dan samudera. Berkaitan dengan
hal inI juga, Al- Biruni menyebut bahawa Sepanyol dan Maroka dahulunya tersambung
dengan sebuah jambatan yang terbuat dari batu, yang dibangun oleh Heraklius, yang
digunakan untuk menyeberang iaitu berada di selat Jibaltar.
Al- Biruni pernah memaparkan beberapa bukti yang menunjukkan adanya
hubungan antara samudera, iaitu sebelum ditemukannya bahagian selatan benua Afrika.
Dalam kesempatan lain, Al- Biruni berbicara tentang manfaat dari ilmu geografi dalam
membuat batasan jarak antara pelbagai tempat yang berbeza, menentukan arah untuk
orang yang berpergian melalui jalan darat, penguasaan penuh akan karakter air dan

kedalaman laut bagi para nakhoda serta garis bujur dan lintang untuk setiap negeri. Lebih
khususnya lagi, penentuan arah kiblat, dimana memerlukan pengetahuan ilmiah yang
sangat terperinci. Dalam sebahagian tema karangannya, Al-Biruni berbicara pula tentang
perubahan geologi yang terjadi di dunia dalam kurun waktu tertentu sehingga
menyebabkan terjadinya perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat lain. Diantara
perubahan geologi yang disebutkan oleh Al- Biruni adalah penyusutan air laut di satu
daerah dan peluapan air di daerah lain. Peristiwa penyusuitan dan peluapan tersebut
meninggalkan bekas bekas yang menunjukkan atas kejadiannya.
Al- Biruni mengulas tentang peristiwa di atas, seperti kejadian itu, laut akan
berpindah ke daratan dan daratan berganti menjadi lautan dalam waktu tertentu.
Sedangkan sebelum adanya manusia di muka bumi ini, fenomena penyusutan dan
perluapan tersebut tidak dapat di ketahui. Adapun setelah adanya manusia, maka
peristiwa itu tidak dapat dihindari kerana berita akan cepat luput dari ingatan jika
masalahnya semakin besar. Apalagi masalah masalah alam yang kecil sahaja, dimana
hanya orang yang ahli saja yang dapat mengetahuinya. Al- Biruni selanjutnya berkata,
Dahulunya juga, tempat tinggal suku badwi adalah lautan lalu mengering. Bekas
bekasnya dapat dilihat sampai sekarang. Jika sumur dan kolam digali di daerah tersebut,
maka mudah untuk bertemu tempat tempat yang telah bercampur tanah dan pasir.
Terdapat pula di daerah badwi barang tembikar, kaca dan tulang yang tertanam di daerah
tersebut. Bahkan, barang barang itu akan memunculkan bebatuan yang jika pecah,
maka akan bercampur dengan kerang dan siput laut, biasa disebut kuning ikan.
Binatang binatang itu akan tetapp berada di dalam batutersebut ataupun jasadnyaakan
terurai kerana telah hilang isinya dan yang tinggal hanya kesan lekukan bentuk binatang
binatang tersebut yang beragam bentuk.
2.8 Al- Biruni dan Farmasi
Dalam bidang farmasi, Al- Biruni menyebut dalam bukunya yang berjudul Ash
Shaydaliyyah fith Thibb tentang komposisi ubat, nama namanya, perbezaan pendapat
orang orang terdahulu tentang ubat serta pendapat pendapat yang diutarakan setiap
doktor tentang ubat. Al- Biruni menyusun bukunya menurut karakter abjad, lalu beliau
menyebut lebih dari tiga ribu macam tumbuhan ubat ubatan dengan menyebutkan ciri
ciri setiap tumbuhan, nama nama penyakit yang akan dapat disembuhkan oleh ubat
tersebut, serta khasiat setiap tumbuhan dan tempat yang biasanya ia akan tumbuh.
Tidak lupa pula, Al- Biruni menyebut nama dalam bahasa Arab setiap tumbuhan atau
akar ubat itu dan padanan namanya dalam bahasa lainnya. Wacana pengetahuan besar
yang dimiliki Al- Biruni juga kemampuannya dalam menulis sejumlah besar buku, di

samping beragam tema dan bidang ilmu yang digelutinya. Hal itu membuat Al Biruni
dianggap oleh banyak para peneliti sebagai salah seorang pemikir genius sepanjang
sejarah umat manusia. Fenomena ini sendiri dapat mengangkat nama besar kebudayaan
bangsa Arab, meskinpun Al- biruni bukanlah seorang keturunan Arab. Namun, beliau
memiliki peradaban dan pemikiran Arab apatah lagi kerana sebahagian besar dari
karangannya ditulis dalam bahasa Arab. Di samping itu, ilmuwan dan pemikir besar ini
berhak menduduki posisi pertama di antara cendekiawan bangsa Arab.

2.9 RUMUSAN PANDANGAN


Dalam pembinaan tamadun malaysia, tokoh Al- Biruni banyak menyumbangkan
sumbangannya dalam setiap sektor yang mengutuhkan namanya. Tokoh Al- Biruni
sangat tertarik dengan ilmu astronomi. Beliau banyak menghabiskan sisa umurnya untuk
belajar dan mengkaji ilmu tersebut. Al- Biruni memulakan kajiannya tentang astronomi
pada masa remaja, ketika selama 15 tahun kerana harus keluar dari kota kelahirannya.
Setelah itu, beliau kembali mengkaji ilmu astronomi sekembalinya dari pengembaraan

yang panjang. Minat yang ditunjukkan oleh beliau pada ketika itu dalam astronomi itulah
mengundang kejayaan kepada wira kita. Contohnya dalam bidang astronomi ini,
sumbangan Al- Biruni menjadi dorongan kepada Dr.Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau
merupakan angkasawan pertama Malaysia yang menjejak kaki ke angkasa. Beliau
menaiki Roket Rusia Soyuz TMA pada 10 Oktober 2007. Beliau berjaya menetap 11 hari
di ISS atau pun yang dikenali sebagai International Space Station. Beliau turut berbakti
dalam bidang perubatan sebagai Doktor Bedah Ortopedik. Walaupun demikian, beliau
sanggup merempuh cabaran bagi menghasilkan suatu rekod yang tidak ternilai dalam
sejarah Malaysia dalam usia yang masih muda. Perlu ketahui juga rasa bangga Tun Dr.
Mahatihir pada ketika itu mengenai pencapaian Dr.Sheikh Muszaphar Shukor. Tun Dr.
Mahathir berkata Dengan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia Islam akan
berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian
dari sudut agama ketika berada di Orbit. Tanpa tokoh seperti Al- Biruni, kemungkinan
besar kita tidak mampu mencapai kejayaan seperti ini.
Seterusnya, perkembangan awal tamadun Malaysia dimulai dengan pembinaan
asas- asas keislaman yang berteraskan akidah, syariah dan ahklak, seterusnya barulah
dipenuhi keperluan dan tuntutan perkembangan sains dalam tamadun Malaysia. Ilmuwan
dan pemikir besar Al- Biruni ini, meninggalkan khazanah yang tidak ternilai kepada kita
dimana ubat ubatan tradisional daripada akar dan tumbuh tumbuhan. Di Malaysia kita
masih berpegang kepada rawatan tradisional yang lebih berkesan daripada rawatan
rawatan lain. Tiga ribu macam tumbuhan ubat ubatan dengan menyebutkan ciri ciri
setiap tumbuhan, nama nama penyakit yang akan dapat disembuhkan oleh ubat
tersebut, serta khasiat setiap tumbuhan dan tempat yang biasanya ia akan tumbuh telah
direkodkan oleh beliau. Sumbangan beliau ini, diaplikasikan dalam negara kita oleh pakar
pakar perubatan dalam memproses ubat ubatan yang bercorak tradisional. Mereka
turut lebih mengemari hasilan ini dalam mengubati penyakit. Pemerintahan Islam di
Malaysia memberi ruang kepada bukan muslim menyumbang dalam bidang kepakaran
mereka masing masing malah sumbangan mereka dihargai. Contohnya seperti Dr.
Ananda Krishnan yang merupakan pakar dalam bidang perubatan tradisional. Beliau kini
memegang jawatan yang tinggi dalam jabatan kesihatan untuk perubatan tradisional.
Penulisan sejarah tentang India banyak membantu penganut bangsa lain turut
mengetahui dan mempercayai Al- Biruni yang berbicara banyak tentang keyakinan
bangsa India, hukum dan bentuk bentuk peribadatan mereka berupa korban, teriakan
dan hari raya. Tidak lupa pula ia menyebutkan tentang makanan dan minuman yang halal
dan haram menurut mereka serta tingkatan kasta dalam masyarakat India. Penulisan

beliau relevansinya menjadi panduan kepada pengembara pengembara lain serta


penulis penulis lain bagi tujuan penerokaan serta sebagai jambatan untuk menjalinkan
perpaduan antara kaum. Memandangkan negara kita diduduki oleh pelbagai kaum dan
bangsa, kesanggupan dan penghormatan yang ditunjukkan oleh beliau dalam mengenali
dan menulis tentang india dan masyarakatnya dijadikan sebagai contoh yang terbaik. Ia
menunjukkan persefahaman antara kaum teruns menjulang tinggi.
Pandangan tokoh ini memang bersesuaian dengan pembinaan tamadun
Malaysia. Secara konklusinya, pengembaraan dan sumbangan Al- Biruni bukan saja
meninggalkan kesan terhadap dunia pengembaraan, bidang astronomi, bidang
matematik, bidang penulisan, bidang teknik, bidang kimia, bidang geografi dan bidang
farmasi tetapi juga dalam aspek rohaniah itu sendiri apabila individu menginterpretasikan
sumbangan itu dalam erti kata yang lain, iaitu kehidupan seharian. Dalam kehidupan,
manusia seharusnya memiliki segala kelengkapan seperti sebuah kapal yang sarat
dengan segala kelengkapan. Kehidupan manusia perlu ada sifat yang terpuji, akhlak
mulia, beilmu pengetahuan luas serta mempunyai sifat kepimpinan. Akhirnya, saya dapat
membuat kesimpulan bahawa peranan beliau memartabatkan lagi pembinaan tamadun
Malaysia dimana ilmu-ilmu agama dianggap sangat penting dalam membina jati diri umat
Islam.
Secara keseluhannya, minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta
meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga
ke negara India. Ilmu yang ditinggalkan oleh beliau kepada kita, mampu melahirkan umat
yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta
bersedia menangani cabaran semasa dunia global, menjurus Wawasan 2020.

3.0 REFLEKSI
Saya Tharshinipriya Mohan dari unit BT / PJ/ SJ ingin melahirkan rasa bersyukur
kerana berjaya menyiapkan tugasan diberikan bersama rakan sekumpulan untuk kursus
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) WAJ 3101, tentang latar belakang dan
sumbangan bagi

tokoh islam yang dipilih serta peta minda i-think bagi bab 3 iaitu

Interaksi Antara Tamadun dalam tempoh yang telah ditetapkan. Apabila melaksanakan

kerja kursus ini, saya harus mengaku bahawa saya telah belajar dan menerapkan banyak
pengetahuan atau boleh dikatakan sebagai ilmu apabila mencari bahan dan
mengelolahkannya dalam proses melaksanakan tugasan ini.
Sebelum memulakan tugasan ini, pensyarah saya telah memberikan penjelasan
yang cukup baik yang telah membolehkan saya memulakan pencarian bahan tugasan
dengan sistematik dan memenuhi kehendak tugasan. Pensyarah pembimbing saya iaitu
Pn.Tengku Nor Husna Binti Tengku Jamil telah membincangkan secara umum tentang
kandungan topik ini, saya lebih faham tentang apa yang perlu dicari untuk menjawab
soalan ini. Saya telah melayari internet dan juga meminta bantuan rakan setugas untuk
mencari bahan kerja kursus ini.
Istilah kerja kursus begitu sinonim sekali dengan kehidupan seseorang
pelajar.Saya sering kali mendengar keluhan rakan-rakan saya dengan timbunan kerja
kursus yang melambak . Kebanyakan pelajar akan keluh-kesah ketika berhadapan
dengan tsunami tugasan di IPG ini. Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal
dan perkara wajar yang harus dilalui oleh seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau
tiada kesusahan, apa gunanya nak berjaya kalau tak nak berkorban, dan apa maknanya
jika kita nak berjaya, pemikiran negatif selalu sangat bersarang di minda? Dalam setiap
agama sendiri ada menekankan bahawa kesenangan itu muncul setelah kesusahan.
Jadi, saya tak nak mencampakkan diri saya ke dalam pemikiran negatif dalam
melaksanakan tugasan ini.
Senario tugasan yang telah kami menerima adalah tugasan yang agak berbeza.
Situasi yang telah diberi juga situasi yang tidak disangka dan sukar untuk dibuat. Saya
mengambil 1 minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Soalansoalan tugasan ini nampak
sahaja mudah tetapi jawapan bagi soalansoalan tersebut agak sukar untuk diulas. Kami
mengambil masa yang panjang untuk menjawab soalan soalan tersebut. Kerja
kolabrasi amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Perbincangan antara
rakan sekumpulan, memberi manfaat yang baik untuk saya. Walaupun tugasan kumpulan
ini memudahkkan diri, tetapi agak mencabar kecerdasan emosi kami.
saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakanrakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang sejarah tamadun-tamadun
asia dan islam secara terperinci lagi. Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran
TITAS ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar asal usul serta perkembangan
tamadun agama saya sendiri. Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan

TITAS dalam sub tajuk sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam meneliti dan
membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini.
Sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai
pengalaman yang bermanfaat. Saya merujuk pelbagai buku berkaitan i-think dan tokoh
islam yang bernama Al- Biruni. Dalam buku- buku ini penyataan- penyataan agak sama
dan ada juga berbeza. Saya juga telah melayari internet untuk mengetahui informasi
tentang i-think serta maklumat mengenai tokoh dari segi latar belakang dan
sumbangannya.
Sebagai seorang yang bertindak kita harus jelas dan berani mengambil
keputusan. Mengikut kajian Bourno dalam court, beliau menyatakan caracara meneliti
sesuatu perkara atau masalah, berfikir dalam pelbagai cara, keburukkan dan kebaikkan
dan mengambil keputusan dalam sesuatu keadaan. Kami akui pandangan beliau dimana
kami menghadapai masalah dalam pemilihan i-think yang sesuai bagi memuatkan isi- isi
penting dalam sesuatu topik. Sebenarnya peta i- think mengabungkan proses
pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk
grafik. Kaedah pembelajaran ini amat bermakna dan berkesan ketika besama dengan
ahli kumpulan membuat strategi kognitif pembelajaran dan pengajaran melalui
pengaplikasikan peta konsep bagi tajuk Interaksi Antara Tamadun ( bab 3). Kaedah ini
juga meningkatkan kebolehan pemikiran kami ke tahap yang lebih baik berbanding
keadaan sebelum pembelajaran menggunakan strategi ini. Hal ini, mematangkan diri kita
dalam kerjaya perguruan malah dalam kehidupan praktikal kita.
Tokoh yang diberikan kepada saya untuk dibuat analisis telah banyak
menyedarkan saya sedar tentang erti kehidupan seperti pengorbanan, kesabaran,
kesungguhan, semangat tidak putus asa, keikhlasan, bersemangat tinggi,bijak mengurus
waktu yang cepat saja berlalu dan banyak lagi. Al- Biruni termasuk seorang sejarawan
yang sangat teliti. Beliau banyak menghabiskan sisa umurnya untuk belajar dan mengkaji
ilmu. Dalam pandangan saya, sumbangan tokoh islam ini memfokuskan kepada usaha
mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan,
pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal selaras dengan cabaran - cabaran
Wawasan 2020.
Daripada pemerhatian saya terhadap riwayat hidup Al- Biruni, beliau merupakan
seseorang yang berkeboleh tinggi dan mahir dalam semua perkara. Beliau sentiasa
berusaha mempertingkatkan mutu kehidupan dengan menerokai ilmu yang terbentang
luas di alam ini. Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan

dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara


India. Ilmu yang ditinggalkan oleh beliau kepada kita, mampu melahirkan umat yang
berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta
bersedia menangani cabaran semasa dunia global, menjurus Wawasan 2020. Normanorma ini sememangnya ditanam dan disuburkan dalam diri saya ketika melaksanakan
tugasan ini.
Bacaan bukubuku mengenai tokoh Al- Biruni pula, meningkatkan lagi minat saya
untuk mendalami lagi subjek ini. Tugasan ini juga mewujudkan hasrat dalam diri saya
untuk memulihkan kecerdasan emosi yang ada dalam diri saya. Huraian mesej dan
pengajaran yang terkandung dalam buku Al- Biruni : Zaman, kehidupan dan perananya
oleh Hakim Mohammed Said telah banyak memberi input mengenai peristiwa-peristiwa
yang telah berlaku dalam kehdupan Al- Biruni. Saya dapat mengetahui kisah sejak beliau
lahir dan pada masa remaja, beliau sudah bekerja sebagai pembantu salah seorang ahli
tanaman. Beliau bertugas untuk mengumpulkan bunga dan biji bijian. Pekerjaan ini
membantunya

semakin

senang

mengenali

kemampuan

diri

sendiri

sehingga

membuatnya lebih senang menambah ilmu pengetahuan dan wacana.


Saya amat tertarik dalam kisah bahawa Sultan Masud memberi hadiah kepada
Abu Raihan seekor gajah yang penuh dengan potongan perak sebagai imbalan atas
karya besarnya itu, namun Al- Biruni menolak hadiah tersebut seraya berkata, Aku
bekerja hanya demi ilmu bukan untuk mendapatkan harta. Pendirian Abu Raihan AlBiruni harus menjadi teladan kepada setiap insan agar tidak mementingkan diri dalam
apa jua keadaan pun.
Wacana pengetahuan besar yang dimiliki Al- Biruni juga kemampuannya dalam
menulis sejumlah besar buku, di samping beragam tema dan bidang ilmu yang
digelutinya. Hal itu membuat Al Biruni dianggap oleh banyak para peneliti sebagai salah
seorang pemikir genius sepanjang sejarah umat manusia. Fenomena ini sendiri dapat
mengangkat nama besar kebudayaan bangsa Arab, meskinpun Al- biruni bukanlah
seorang keturunan Arab. Namun, beliau memiliki peradaban dan pemikiran Arab apatah
lagi kerana sebahagian besar dari karangannya ditulis dalam bahasa Arab,
Secara keseluhannya, beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai
hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Beliau juga mencipta
kaedah

penggunaan

angka-angka

India

dan

kajiannya

mencari

ukuran

bumi

menggunakan kiraan matematik. Beliau menghasilkan satu daftar yang mengandungi


peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia. Tambahan pula, beliau mendirikan sebuah

pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan
pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajian Al- Biruni dalam bidang
sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat
diselesaikan sebelum ini. Dalam sepanjang hidupnya, Al-Biruni telah menghasilkan lebih
150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Ilmuwan dan
pemikir besar ini berhak menduduki posisi pertama di antara cendekiawan bangsa Arab.
Melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan
bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturahim antara kami semakin
rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakanrakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini.
Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran
pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan
bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara
saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan
baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu,
tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja
kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri
saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia ini telah memberikan banyak faedah kepada saya
dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi
semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan
yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.
Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada Pn.Tengku Nor Husna Binti
Tengku Jamil atas perkongsian ilmu, ajaran, bimbingan dan nasihat yang diberikan.
Terima kasih juga kepada Santhiya a/p Perisamy kerana sudi menjadi rakan kerjasama
saya dalam tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan sekelas yang
sentiasa menjadi sumber inspirasi saya, serta kepada semua pihak yang menjayakan
tugasan ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Saya harapkan
pengetahuan dan nilai nilai yang dapat dilihat dalam diri tokoh ini dapat saya praktikkan
sepanjang kehidupan saya sebagai seorang guru.

RUJUKAN
BUKU
1. Azam Hamzah (2006), Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia,
Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
2. Sulaiman Fayyad Al- Biruni: Ahli Geografi dan Astronomi
3. Sivachandralingam sundara rajan Ayadurai letchumanan (2009), Siri Sejarah
Fajar Bakti,Tamadun Dunia SELANGOR: Vivar Printing Sdn. Bhd.
4. Siri Sejarah Fajar Bakti, Tamadun Islam

Mahayudin Hj. Yahaya


INTERNET
1. http://www.islamgrid.gov.my/articles/tokohislam/Al-BIRUNI.php
2. http://www.islamgrid.gov.my/articles/tokohislam/Al-BIRUNI i.php
3. http://www.scribd.com/doc/5466741/AL-BIRUNI

LAMPIRAN

Angkasawan ANGKASA
Kewarganegaraan Malaysia
Status

Aktif

Lahir

27 Julai 1972 (41 tahun)


Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan lain

Doktor bedah ortopedik

Masa di angkasa 10 hari, 21 jam, 14 minit


Pemilihan

Program Angkasawan 2006

Misi

Soyuz TMA-11, Soyuz TMA-10

Lencana misi

PROF. DR. ANANTHAN KRISHNAN


B.Pharm (Hons)USM, Dip.IAM(UK), Grad.CIPS(UK), M.CIPS(UK),
MBA(KWU)USA, PhD(KWU)USA, PhD. (Nat. Med.)AMRI Canada, AM.D.AMRI Canada,
F.AMRI-WRU Canada, D.Med.Sc, (HU)Ontario, Canada

You might also like