Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

BAB 1

PENGENALAN KEPADA
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini, seharusnya dapat:
1.
Menjelaskan maksud penyelidikan dan penyelidikan saintifik .
2.
Memerangkan ciri-ciri penyelidikan yang dianggap saintifik.
3.
Membezakan jenis-jenis penyelidikan.
4.
Menghuraikan sumber-sumber pengetahuan penyelidikan.
5.
Menjelaskan ciri-ciri etika dalam menjalankan penyelidikan.
1.1

PENGENALAN

Berdepan dengan sesuatu masalah adalah merupakan fenomena lumrah


yang dihadapi oleh seseorang manusia, masyarakat mahupun organisasi.
Dalam konteks organisasi misalnya, masalah ini termasuklah masalah
ponteng kerja, komitmen terhadap kerja, kepuasan kerja dan lain-lain.
Dalam konteks masyarakat pula, masalah yang dihadapi melibatkan
masalah seperti penagihan dadah, gejala sosial, perumahan, pencemaran
dan lain-lain.
Permasalahan-permasalahan yang dihadapi ini memerlukan kepada
penyelesaian yang segera. Sehubungan ini, bagi membolehkan
penyelesaian segera dilakukan untuk menangani masalah yang dihadapi,
pihak-pihak yang berkenaan perlu memahami tentang sebab serta akibat
sesuatu fenomena yang menjadi masalah itu. Pengetahuan ini
membolehkan pihak-pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan
yang pastinya melibatkan ketidakpastian dan risiko. Bagi mengurangkan
risiko ini, keputusan yang dibuat berkaitan dengan sesuatu masalah
haruslah berdasarkan kepada bukti-bukti atau fakta yang konkrit dan
munasabah. Ini bererti, keputusan yang dibuat haruslah berlandaskan
kepada proses mengumpul, menganalisis dan mentafsir bukti. Proses ini
dikenali sebagai proses penyelidikan.
1.2

DEFINISI PENYELIDIKAN

Secara umumnya, penyelidikan adalah merupakan proses yang teratur


atau sistematik dalam mengumpulkan data untuk memperolehi hasil
1

sama ada dalam bentuk pengetahuan baru tentang sesuatu aspek,


fenomena atau masalah. Pengertian yang paling mudah berkenaan
dengan kaedah penyelidikan ialah ia merupakan cara untuk mengumpul
dan menganalisis data. Kaedah ini dibina untuk memperolehi
pengetahuan melalui prosedur yang sahih dan boleh dipercayai. Proses
pengumpulan data mungkin boleh dilakukan dengan menggunakan
kaedah pengukuran, temu bual atau analisis dokumen.
Kaedah penyelidikan ialah suatu proses yang sistematik dan mempunyai
tujuannya yang tersendiri. Prosedur-prosedur tertentu dilaksanakan
untuk menghasilkan data tentang sesuatu masalah yang dikaji.
1.3

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

Dalam membincangkan tentang penyelidikan, anda perlu memahami


jenis-jenis penyelidikan. Secara umumnya, penyelidikan boleh dipecahkan
kepada beberapa kategori iaitu penyelidikan asas, penyelidikan gunaan
dan penyelidikan penilaian.
1.3.1

Penyelidikan Asas

Penyelidikan asas merupakan penyelidikan yang menekankan pada


penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. Penyelidikan
yang dikategorikan kepada jenis ini lebih menumpukan kepada kajiankajian yang berkaitan dengan teori-teori dalam bidang tertentu. Misalnya,
teori yang berkaitan dengan kepuasan kerja, komitmen terhadap
organisasi dan budaya organisasi. Kajian-kajian mendalam berkaitan
dengan teori Dua-Faktor yang dikemukakan oleh Herzberg misalnya
merupakan contoh penyelidikan asas.
Tujuan utama seseorang pengkaji menjalankan penyelidikan asas adalah
untuk memperolehi bukti-bukti atau data empirikal yang boleh
digunakan untuk membentuk, mengembang dan menilai sesuatu teori.
Penyelidikan asas tidak bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah
praktis seperti masalah sosial dalam masyarakat dan sebagainya. Namun
begitu, tidak dapat dinafikan bahawa hasil yang diperolehi daripada
penyelidikan yang bertujuan untuk memperkukuhkan teori ini mampu
digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang
praktis.
Misalnya, hasil atau dapatan kajian menunjukkan bahawa kepuasan kerja
bagi seseorang pekerja mempunyai hubungan dengan peningkatan dalam
komunikasi yang membina (supportive communication) di dalam sesebuah
organisasi. Perkaitan antara kedua-dua aspek ini ada dibincangkan dalam
Teori Hubungan Manusia (Human Relations Theory). Melalui penyelidikan
2

asas yang menyokong kepada teori ini secara tidak langsung


pengurus atau pentadbir sesebuah organisasi yang bercadang
meningkatkan kepuasan kerja di kalangan kakitangan organisasi
meningkatkannya melalui amalan komunikasi yang sfektif di
organisasi mereka.
1.3.2

pihak
untuk
boleh
dalam

Penyelidikan Gunaan

Penyelidikan gunaan bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis


yang dihadapi oleh individu, masyarakat ataupun organisasi. Ini bererti,
penyelidikan gunaan dilakukan secara langsung terhadap masalah sebenar
yang dihadapi dan menekankan tentang cadangan penyelesaian yang
boleh dilakukan untuk menangani masalah berkenaan. Misalnya, masalah
yang berkaitan dengan ponteng kerja di dalam sesebuah organisasi atau
masalah yang berkaitan dengan penurunan dalam tahap produktiviti di
kalangan kakitangan sesebuah organisasi. Ini secara langsung akan
menjejaskan operasi organisasi berkenaan. Dengan itu, penyelidikan
perlu dilakukan untuk memahami faktor-faktor yang membawa kepada
tercetusnya masalah ponteng kerja dan penurunan tahap produktiviti
supaya suatu cadangan penyelesaian yang praktis dapat dilakukan.
1.3.3

Penyelidikan Penilaian

Penyelidikan ini memberi fokus kepada fasa-fasa pembangunan sesuatu


projek atau amalan-amalan tertentu oleh masyarakat atau organisasi.
Amalan berkenaan mungkin berbentuk program, produk, proses atau
menekankan tentang tempat. Kajian penilaian yang memberikan fokus
tentang kepentingan dan nilai bagi projek tertentu adalah selaras dengan
kos, implementasi dan penerimaan masyarakat. Kos yang terlibat
mungkin dalam bentuk bahan, masa dan ruang, kemahiran dan moral
kakitangan serta sokongan komuniti yang terlibat.
Penyelidikan yang berbentuk menilai sesuatu amalan atau projek adalah
merupakan bentuk yang paling teliti berbanding dengan kajian asas dan
kajian gunaan. Hal ini biasanya memerlukan kemahiran dalam beberapa
kaedah, disiplin, hubungan interpersonal dan komunikasi. Hasil kajian
yang berkaitan dengan penyelidikan penilaian ini biasanya ditafsirkan
kepada tempat, masalah atau projek itu sahaja (sitespecific interpretability).
Misalnya, sekiranya sesebuah organisasi memperkenalkan sesuatu inovasi
dan ingin mengetahui tentang keberkesanan dan penerimaan inovasi
berkenaan, maka kajian penilaian adalah merupakan jenis penilaian yang
wajar dilakukan.
Kajian penilaian boleh dipecahkan kepada dua jenis, iaitu kajian tindakan
(action research) dan analisis polisi (policy analysis).
3

i)

Kajian Tindakan

Kajian ini melibatkan fokus terhadap penyelesaian masalah tempatan


dalam tapak atau kawasan tempatan. Fenomena terkini ialah kajian
tindakan secara kolaboratif. Dalam kajian tindakan kolaboratif ini, kajian
yang dilakukan melibatkan berbagai-bagai agensi dan memfokuskan
kepada proses dan hasil perubahan stategi seperti program pembangunan
kakitangan oleh sesebuah organisasi.
ii)

Analisis polisi

Analisis polisi melibatkan penilaian terhadap polisi-polisi kerajaan untuk


membekalkan cadangan-cadangan yang praktikal kepada pembuatpembuat polisi. Analisis polisi menumpukan kepada polisi pada masa
sekarang dan yang telah lepas berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan,
polisi organisasi dan sebagainya. Ada tiga cara analisis polisi dilakukan,
iaitu dengan; (1) mengkaji pembentukan formula, terutamanya yang
berkaitan dengan isu-isu untuk dilaksanakan; (2) mengkaji implementasi
program yang dilaksanakan untuk mencapai sesuatu polisi; dan (3)
menentukan keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan polisi. Contoh
analisis polisi ialah analisis kos-faedah yang dilakukan oleh organisasi.
1.4

SUMBER-SUMBER PENGETAHUAN PENYELIDIKAN

Wujud berbagai-bagai sumber yang boleh anda gunakan bagi


memperolehi pengetahuan. Sumber-sumber ini boleh dibahagikan
kepada beberapa kategori, iaitu pengalaman, kepakaran, taakulan deduksi,
taakulan induksi dan pendekatan saintifik.
1.4.1

Pengalaman

Pengalaman anda sendiri boleh menjadi sumber penyelidikan.


Pengalaman adalah merupakan antara sumber terpenting dalam
menjalankan penyelidikan lantaran ia merupakan masalah seharian yang
dihadapi oleh seseorang. Misalnya, seseorang pengkaji yang kerap bergaul
dengan sekelompok remaja melepak. Disebabkan hal ini, timbul minat
beliau untuk mengkaji tentang faktor-faktor yang mendorong berlakunya
situasi demikian. Pengalaman merupakan sumber pengetahuan
penyelidikan yang tertua dan terulung. Sebelum sumber-sumber
pengetahuan lain ditemui, manusia membuat taakulan berdasarkan
kepada pengalaman mereka.
1.4.2

Kepakaran

Seringkali, sesuatu masalah itu diselesaikan dengan merujuk kepada


pakar. Wujud berbagai-bagai institusi berwibawa atau pakar yang boleh
4

dijadikan rujukan. Misalnya, jika seseorang pengkaji berminat untuk


mengkaji tentang masalah menagihan dadah, beliau boleh merujuk
kepada institusi-institusi yang berkaitan serta mendapatkan pandangan
daripada ahli-ahli akademik yang pakar dalam bidang berkaitan. Masalah
yang timbul daripada menggunakan sumber pengetahuan kepakaran
adalah tidak semua pihak yang dirujuk benar-benar mendalami sesuatu
masalah. Ada kalanya pihak-pihak yang dianggap pakar saling
bertentangan pendapat tentang sesuatu masalah yang sama.
1.4.3

Taakulan Deduksi

Taakulan deduksi merupakan satu proses memperolehi pengetahuan.


Proses taakulan deduksi bermula dengan penyataan yang umum tentang
sesuatu fenomena atau masalah. Ia kemudiannya diikuti pula dengan
penyataan-penyataan yang khusus tentang fenomena tersebut. Peraturan
yang digunakan untuk memperolehi pengetahuan dari pernyataan umum
kepada pernyataan khusus dikenali sebagai silogisme atau penggunaan
premis (andaian). Kaedah ini mempunyai kelemahan yang tersendiri
seperti ia perlu bermula dengan premis yang benar. Sekiranya premis
salah, kesimpulan atau hasil yang diperolehi juga salah.
1.4.4

Taakulan Induktif

Taakulan deduktif merujuk kepada kesimpulan tentang sesuatu populasi


atau masyarakat yang dikaji. Ia dilakukan dengan berasaskan kepada
cerapan yang dibuat ke atas fakta-fakta yang diperolehi daripada sampel
populasi tersebut. Misalnya, pengkaji berminat untuk mengkaji tentang
pola kepuasan kerja di kalangan kakitangan Jabatan Perkhidmatan
Awam. Adalah sukar untuk memperolehi maklumat daripada populasi
yang terdiri daripada semua kakitangan yang ada memandangkan kos
yang diperuntukan bagi kajian berkenaan adalah terhad di samping
kekangan masa untuk melakukan kajian. Sekumpulan sampel yang terdiri
daripada kakitangan kerajaan yang mewakili populasi kakitangan Jabatan
Perkhidmatan Awam boleh digunakan sebagai asas dalam membuat
inferens atau kesimpulan tentang keluasan kerja di kalangan kakitangan
sektor awam.
Kebaikan dalam menggunakan taakulan deduktif sebagai sumber
pengetahuan ialah penyelidikan boleh membuat inferens tentang
populasi dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi
daripada sampel. Dengan menggunakan sampel sebagai wakil kepada
populasi yang ingin dikaji, ia dapat menjimatkan kos, tempoh
penyelidikan dan tenaga. Namun begitu, kelemahan dalam menggunakan
teknik ini ialah kemungkinan sampel yang dipilih tidak rawak dan tidak
5

mewakili sepenuhnya ciri-ciri populasi yang dikaji. Dengan ini, hasil


kajian kemungkinan akan menjadi berat sebelah dan tidak mencerminkan
keadaan sebenar.
1.4.5

Pendekatan Saintifik

Pendekatan saintifik menggabungkan taakulan deduksi dan taakulan


induktif. Melalui pendekatan saintifik, pengkaji membuat hipotesis secara
induktif berdasarkan kepada cerapan.
SOALAN DALAM TEKS 1.1

1.
2.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyelidikan


asas dan penyelidikan gunaan?
Apakah sumber-sumber ilmu pengetahuan
penyelidikan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.5

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

Isu-isu berkaitan dengan etika adalah merupakan persoalan-persoalan


yang berkaitan dengan falsafah. Tidak wujud persetujuan yang umum di
kalangan ahli falsafah tentang jawapan kepada persoalan-persoalan yang
berkaitan dengan etika. Walau bagaimanapun, hak dan kewajipan
individu secara umumnya ditentukan oleh norma-norma masyarakat.
Norma masyarakat adalah merupakan kod tingkah laku yang diamalkan
oleh kumpulan dan ia mencadangkan tentang langkah-langkah yang
harus dilakukan oleh ahli-ahli kumpulan apabila berada dalam keadaankeadaan tertentu.
Dalam menjalankan penyelidikan, tiga situasi penyelidikan wujud, iaitu:
pengkaji, pengguna atau pembiaya, dan responden atau subjek. Interaksi
antara ketiga-tiga unsuryang terlibat ini menimbulkan beberapa persoalan
berkaitan dengan etika dalam menjalankan penyelidikan.
Apabila merancang untuk menjalankan sesuatu penyelidikan, satu
daripada aspek yang penting untuk diberikan perhatian adalah
kemungkinan kemusnahan atau kerosakan kepada subjek yang mungkin
dialami hasil daripada penyertaan mereka di dalam penyelidikan.
6

Misalnya, kemungkinan kemusnahan berlaku akibat dari ujian-ujian


tertentu yang akan dilakukan terhadap subjek di dalam penyelidikan yang
mengaplikasikan kaedah eksperimen.
Subjek juga mungkin boleh dicederakan di dalam penyelidkan yang
tidak melibatkan kaedah eksperimen. Misalnya, proses untuk meneroka
ciri-ciri yang sensitif seperti penderaan, mangsa rogol dan gangguan
seksual, mungkin menyebabkan subjek terpaksa memberikan fokus
terhadap pengalaman yang dilalui oleh responden yang membawa kepada
penderitaan mental yang harus dilalui oleh responden.
Lantaran kemungkinan-kemungkinan timbulnya masalah sebegini yang
harus dihadapi oleh responden, para penyelidik telah membina nilai-nilai
etika berkaitan dengan penggunaan manusia sebagai subjek kajian. Nilai
asasnya ialah subjek mestilah dilindungi daripada kecederaan dari segi
fizikal dan juga psikologikal. Malangnya, kadang kala kemungkinan
kecederaan ini sukar dikenal pasti terutamanya dalam hal-hal yang
melibatkan penggunaan ujian yang baru dan pengukuran yang baru.
Lantaran ini, banyak universiti mempunyai jawatankuasa penyelidikan
yang menyemak rancangan penyelidikan bagi mengenal pasti
kemungkinan kecederaan yang akan dialami oleh subjek.
Nilai yang kedua penting ialah kesedaran bahawa subjek mempunyai hak
persendirian. Misalnya, adalah menjadi hak ibu bapa untuk melindungi
pengkaji daripada menyoal anak-anak mereka tentang hubungan dengan
ibu bapa mereka tanpa pengetahuan ibu bapa mereka walaupun hasilnya
mungkin amat berguna kepada pendidikan, ahli-ahli sosiologi, psikologi,
dan lain-lain.
Subjek juga mempunyai hak untuk mengetahui bahawa segala data yang
dikumpulkan berkenaan dengan diri mereka sebagai individu akan
simpan sebagai rahsia. Walaupun subjek adalah bebas dan secara sedar
memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan, adalah menjadi
tanggungjawab pengkaji untuk tidak mendedahkannya kepada pihak lain
kecuali identiti subjek dirahsiakan atau dijadikan mustahil untuk dikenal
pasti dengan menggunakan statistik seperti purata skor kumpulan.
Kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa subjek mempunyai hak untuk
mengetahui matlamat penyelidikan sebelum mereka terlibat. Dengan
mengetahui matlamat sesuatu penyelidik yang dijalankan, mereka
mempunyai maklumat yang lebih banyak untuk mengambil keputusan
sama ada mereka perlu terlibat dalam penyelidikan berkenaan ataupun
tidak.

Satu daripada cara untuk menghebahkan perkara ini adalah melalui


persetujuan bertulis. Dalam persetujuan ini, pengkaji harus
memaklumkan kepada subjek tentang (a) tujuan umum penyelidikan, (b)
apa yang akan dilakukan kepada mereka semasa penyelidikan, (c) faedahfaedah yang kemungkinan diperolehi oleh mereka dan orang lain, (d)
potensi kecederaan yang mungkin dialami, dan (e) kenyataan bahawa
mereka boleh menarik diri pada bila-bila masa walaupun penyelidikan
sedang dijalankan tanpa dikenakan apa-apa penalti. Maklumat ini
seharusnya diberikan dalam bentuk bertulis dan subjek atau penjaga
mereka perlu menurunkan tandatangan.
Satu daripada cara yang utama perlu dilakukan adalah dengan
memberikan penerangan semula secara ringkas kepada subjek setelah
mereka terlibat di dalam penyelidikan tersebut. Penerangan semula perlu
mengandungi pengulangan terhadap matlamat kajian, prosedur yang
digunakan dan menawarkan untuk berkongsi hasil apabila ia diperolehi.
Ia juga harus termasuklah kepastian bahawa data akan dianggap sebagai
sulit. Subjek harus dibenarkan untuk bertanya apa sahaja aspek yang
berkaitan dengan penyelidikan.
SOALAN DALAM TEKS 1.2

1.
2.
3.

Haruskah subjek dimaklumkan bahawa mereka


boleh menarik diri pada bila-bila masa tanpa
dikenakan apa-apa penalti?
Apakah yang harus diliputi dalam penerangan
semula (debriefing).
Adakah maklumat dari subjek perlu disimpan
sebagai sulit walaupun subjek telah memberikan
maklumat berkenaan kepada pengkaji.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


1.6

KESIMPULAN

Keseluruhan bab ini telah menerangkan kepada anda tentang aspekaspek awal berkaitan dengan penyelidikan. Penyelidikan adalah
merupakan satu kaedah yang dilakukan untuk memperolehi data
berkaitan dengan sesuatu masalah. Sumber-sumber pengetahuan untuk
menjalankan penyelidikan terdiri daripada pengalaman, kepakaran dan
pemerhatian. Penyelidikan boleh dibahagikan kepada penyelidikan asas,
8

penyelidikan gunaan dan penyelidikan gunaan. Menjalankan penyelidikan


juga melibatkan etika-etika tertentu yang harus diketahui, fahami dan
ikuti oleh pengkaji.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.
2.
3.

Apakah yang anda faham tentang maksud penyelidik?


Jelaskan kepentingan setiap sumber pengetahuan penyelidik?
Apakah aspek-aspek etika yang terlibat dalam menjalankan
penyelidik?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


SDT 1.1
1.

Penyelidikan asas adalah penyelidikan yang dilakukan untuk


memahami teori dan penyelidikan gunaan adalah dimana hasil
penyelidikan dipraktikkan.

2.

Sumber-sumber pengetahuan penyelidikan adalah pengetahuan,


kepakaran, taakulan deduksi, taakulan induksi dan pendekatan
saintifik.
SDT 1.2

1.

Ya, subjek harus dimaklumkan bahawa mereka boleh menarik


diri tanpa dikenakan penalti.

2.

Perkara-perkara yang harus diliputi dalam penerangan semula


ialah tujuan, matlamat dan kerahsiaan kajian.

3.

Ya, maklumat berkenaan haruslah disimpan sebagai sulit.

You might also like