Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kesan pembandaran terhadap alam sekitar

Kebiasaannya pembandaran di negara sedang membangun sering membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
Antaranya ialah :
1.Pencemaran Alam Sekitar.

2) Fenomena Cuaca
i) Hujan Asid

ii) Penipisan Lapisan Ozon

Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat
bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil pertanian, penyakit barah kulit dan katarak
mata kepada manusia.

iii) Pulau Haba


Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau
haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi
2 hingga 3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya.

iv)
Kesan Rumah Hijau
Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini
dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais
di kutub.

v) Banjir kilat
Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap.
Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat. Keadaan ini sering berlaku di Kuala
Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan
disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat!

3)

Kesesakan lalu lintas


Nilai hartanah meningkat

Kewujudan rumah setinggan

Masalah sosial

Pengangguran
jenayah
Kemusnahan hutan
i) Kepupusan flora
ii) Kepupusan fauna
iii) Kemusnahan habitat flora
iv) Kemusnahan habitat fauna
vi) Perubahan landskap

Langkah mengatasi kesan pembandaran

Antara langkah-langkahnya ialah :

~
menambah kawasan hijau untuk menyerdehanakan suhu

~ pasang alat penapis asap untuk merawat asap kilang.

~
kongsi kereta untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan
pengeluaran asap kenderaan.
~ merawat air supaya dapat digunakan semula untuk kegunaan bandaran dan industri.
~ membaiki sistem perparitan seperti membina SMART TUNNEL untuk laluan air ketika hujan lebat bagi

mengelakkan kejadian banjir kilat.


~ penggunaan petrol tanpa plumbum bertujuan mengurangkan masalah pencemaran udara.

~
pemasangan alat catalitic converter pada engin. Alat ini berfungsi
sebagai penapis asap ekzos.
~ Kuat kuasa undang-undang seperti denda dan saman bagi pengilang yang menyebabkan pencemaran udara
dan pencemaran air. Juga tindakan saman oleh pihak JPJ terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi
peraturan jalan raya seperti pengeluaran asap hitam yang mencemarkan udara.

~ Pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah melalui mata pelajaran Kajian Tempatan, Geografi dan Sains.
Juga melalui persatuan atau kelab seperti MNS dan WWF.

~
Kempen kesedaran alam sekitar yang dijalankan oleh pertubuhan
bukan kerajaan (NGO). Contohnya MNS dan WWF yang menjalankan kempen, seminar dan ceramah bagi
menyedarkan masyarakat pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.
~ Amalan kitar semula bahan buangan seperti kertas suratkhabar, kotak dan botol kaca.
~ Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan LRT.

~ Wujudkan bandar baru/bandar satelit bagi mengurangkan kesesakan penduduk di pusat bandar. Contohnya
Petaling Jaya dan Subang Jaya.
~ Pindah kilang ke pinggir bandar dan wujudkan zon penampang bertujuan mengurangkan pencemaran udara.

Kemudahan awam yang lengkap

perumahan kos rendah dan mampu milik

You might also like