Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 LATAR BELAKANG

Perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang untuk tujuan
mendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk faedah.
(Teng, Y.S., Lok, C.H., dan Abdullah Musi Abdul Rahim, 1999)
Syarikat ini adalah berbentuk perkongsian yang terdiri daripada sembilan orang
pekongsi. Sembilan daripada ahli perniagaan bukan sahaja merupakan pekongsi kepada
syarikat tetapi juga pekerja yang bertugas dalam bahagian pentadbiran, perkhidmatan dan
pemasaran. Syarat-syarat perkongsian yang dipersetujui oleh kami adalah tertakluk
kepada Akta Perkongsian 1967. Dalam aspek modal permulaan adalah berjumlah
RM180. Oleh kerana syarikat ini merupakan syarikat yang bermodal kecil maka setiap
pekongsi akan mengeluarkan wang simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan ini.
Nama Perniagaan
Alamat Perniagaan

: 2ndLife Enterprise
: Universiti Putra Malaysia
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor.

No Tel
Bentuk Syarikat
Kegiatan Utama
Tarikh Mulakan Perniagaan
Modal Permulaan

: 03-89472756
: Perkongsian
: Pembuatan Bekas Pensil
: 01hb September 2015
: RM180

SENARAI KAKITANGAN PENGURUSAN


NAMA
Pimy binti Carlin
Arthinee Mohan
Norfariza binti Mohd. Rosman
Nur Shazwin binti Zolkeffli
Brentha A/P R. Nantha Komaran
Adlin Adnan

JAWATAN
Pengurus
Timbalan Pengurus
Eksekutif Pentadbiran
Eksekutif Kewangan
Eksekutif Pemasaran I
Eksekutif Pemasaran II

BIL
1
1
1
1
1
1

Reena Asyikin binti Rosli


Jeya Vilvamalar M.
Siti Mardliyanah binti Asmawi

Eksekutif Kualiti & Produksi I


Eksekutif Kualiti & Prodksi II
Eksekutif Kualiti & Produksi II

1
1
1

MOTO
We Think, We Do, We Innovate

VISI
Visi syarikat ini adalah untuk menawarkan produk yang kompetitif bagi memenuhi
kehendak dan kepuasan pelanggan secara bertanggungjawab dengan mengambil kira
kepada kepentingan masyarakat dan alam sekitar

MISI
Bagi tujuan melaksanakan visi syarikat, 2ndLife Enterprise akan berusaha untuk
menghasilkan produk menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dengan mengambil kira
kehendak dan kepuasan bakal pelanggan. Di samping itu, produk yang akan ditawarkan
adalah pada harga mampu milik yang berpatutan dan pesanan berkaitan kepentingan
melestarikan alam sekitar akan cuba disampaikan melalui produk yang dikeluarkan oleh
syarikat.
LOGO
Logo ini tercipta hasil idea daripada ahli ahli perniagaan yang terdiri daripada sembilan
(9) orang. Pemilihan logo ini bedasarkan kepada tiga elemen utama iaitu bentuk, warna
dan kesesuaian dengan produk yang dikeluarkan. Logo ini menggambarkan pandangan
sisi produk kami yang terdiri daripada batang ais krim yang dijadikan sebagai bekas
pensil. Warna-warna yang pelbagai dan bentuk yang terdapat pada logo ini direka
bertujuan untuk menarik pandangan pembeli. Perkataan 2ndLife yang juga merupakan
nama perniagaan kami memberi maksud inovasi dan transformasi barangan terbuang
atau terpakai menjadi produk yang boleh dikomersialkan di pasaran. Moto perniagaan
iaitu We Think, We Do, We Innovate turut dipaparkan pada logo untuk menggambarkan
bagaimana kami sembilan orang ahli menterjemahkan idea-idea kami kepada penghasilan
produk yang berinovasi.

You might also like