Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Pengenalan
Edward M. Anthony merumuskan bahawa strategi pengajaran dan
pembelajaran berhubung rapat dengan pengekatan , kaedah dan teknik mengajar.
Ia merujuk kepada perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan
serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan
sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Strategi ialah
langkah yang diambil untuk melaksanakan pengajaran, misalnya strategi yang baik
dilaksanakan dalam set induksi mampu menarik minat murid terhadap tajuk uang
diajar. Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu.
Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru
yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka
pendak. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu
objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Lawatan merupakan satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak
sekolah . dan pelajar-pelajar akan pergi ke tempat bahan-bahan pengajaran yang
dapat diperhatikan serta dikaji secara langsung. Kaedah Lawatan adalah satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan kepada
murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari
yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik
darjah. Di samping itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan
perasaan tanggungjawab. Nilai moral yang diterapkan lebih berkesan melalui
kaedah ini. Lawatan biasanya dibuat ke tempat-tempat seperti kilang-kilang,
muzium, perpustakaan atau pertubuhan-pertubuhan lain yang ada kaitan dengan
topik pelajaran. Ia termasuk tempat-tempat seperti anak sungai, kolam dan hutan
bagi mengumpul bahan-bahan untuk kajian.
Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum
lawatan dan kerja-kerja susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu
diterangkan kepada pelajar-pelajar. Di samping itu, soal selidik yang mengandungi
soalan-soalan tentang aspek-aspek penting tempat lawatan boleh diberikan

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

kepada murid-murid. Dengan cara ini, pelajar-pelajar dibantu memberikan


perhatian kepada bahagian-bahagian penting yang harus diperhatikan dangan
lebih teliti semasa membuat lawatan itu. Dengan adanya objektif-objektif yang jelas
serta perancangan yang teliti, pelajar-pelajar pasti akan memperolehi pengetahuan
baru serta memperkayakan pengalaman mereka. Oleh tu, lawatan seperti ini
dikenali sebagai lawatan sambil belajar.
Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu
sebelum, semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai objektif
yang perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat yang
sesuai dengan nilai moral yang hendak di tekankan.kemudian guru menyediakan
panduan mengenai perkara yang perlu di beri perhatian. Penerangkan perkaraperkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan kepada murid. Kemudian
guru mendapatkan kebenaran ibu bapa murid.
Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah
sentiasa memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan,
guru bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilainilai yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan apa
yang dilihat.
Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada
murid.ia juga merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran juga lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria.
Kaedah lawatan dapat digunakan adalam pendidikan islam dan moral.
Bagi pendidikan islam, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron
Highland iaitu melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan
nikmat pemberian Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian dan
boleh mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain itu
mereka boleh melawat pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri supaya
bersyukur dan berusaha ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya dapat berjaya,
murid-murid juga boleh berjaya.

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Manakala pendidikan moral, murid boleh dibawa melawat pusat


pembuangan sampah. Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu,
adakah mereka sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan itu,
maka mereka harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.
Tujuan-tujuan Lawatan
Menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman
sebenar tentang keadaan di kilang,ladang atau pelabuhan dan
sebagainya.
Membolehkan pelajar-pelajar untuk memerhati, menyelidik dan merekod.
Meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar untuk memerhati, menyelidik dan
merekod.
Meningkatkan daya ingatan pelajar-pelajar tentang apa yang didengar,
dibaca dan dilihat akan diingati dengan lebih lama lagi.
Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna kepada pelajarpelajar.
Menyediakan peluang untuk melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam
pembelajaran dan pengajaran.
Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Meningkatkan lagi perhubungan di antara pihak sekolah dengan
masyarakat di luar.
Mendedahkan kepada pelajar tentang kedudukan alam sekitar.
Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi dengan pegawai
pegawai di luar sekolah dan dengan itu memperoleh ilmu pengetahuan
daripada mereka.

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Memberi kesempatan kepada murid-murid membandingkan perkaraperkara yang dipelajari dalam bilik darjah dengan situasi yang benar.

Ciri-ciri Penting

1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana


pengalaman secara langsung.

2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini


membawa kesan kepada pembelajaran.

3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati


perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.

4. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar


bilik darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah.

5. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan


kerana perbincangan
mengumpul maklumat.

bermakna

bermakna

berlaku

dalam

proses

6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi


sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkaraperkara yang diajar

Prinsip-prinsip lawatan
Tempat lawatan hendaklah memberi falsafah kepada pelajar-pelajar.
Tujuannya ialah meningkatkan lagi kefahaman satu-satu konsep.
Tempat lawatan adalah selaras dengan topik pelajaran.

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Kebenaran daripada pengetua, polis, ibu bapa dan pengurus tempat


lawatan hendaklah diperoleh terlebih dahulu.
Rancangan yang teliti hendaklah dibuat.

Beritahu pelajar-pelajar tentang perkara-perkara penting yang harus


diperhatikan.
Satu soal selidik yang mudah boleh disediakan untuk aspek penting yang
perlu diberi tumpuan.
Pebincangan dan aktiviti susulan hendaklah diadakan selepas lawatan
dibuat.

Langkah-langkah Pelaksanaan Lawatan


Sebelum Lawatan
Pilih tempat yang selaras dengan topik pelajaran.
Sediakan panduan tentang perkara-perkara yang seharusnya diberi
perhatian.
Beritahu perkara-perkara yang perlu dibuat catatan.
Dapatkan kebenaran ibu bapa peajar-pelajar yang menyertai rombongan.
Dapatkan kebenaran daripada pengurus kilang atau tempat yang hendak
dilawati.
Kebenaran polis dan pengetua sekolah perlu juga diperolehi.
Dapatkan kenderaan yang diperlukan.
Sediakan soal selidik atau senarai semak yang perlu digunakan.

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Beritahu pelajar-pelajar tentang latar belakang tempat yang akan dilawati.


Guru

hendaklah

berbincang

dengan

pelajar-pelajar

dan

terangkan

bagaimana lawatan itu akan membawa faedah kepada mereka.


Guru memberitahu tarikh, tempat lawatan serta bayaran yang dikenakan.

Guru

mengaturkan

langkah-langkah

keselamatan

seperti

peraturan-

peraturan yang perlu dipatuhi ketika di tempat lawatan.


Semasa Lawatan
Beri penerangan kepada pelajar-pelajar jika perlu.
Bahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil jika perlu.
Pastikan setiap orang pelajar melibatkan diri secara aktif.
Perhatian yang teliti hendaklah dilakukan agar penerangan pegawai di
tempat lawatan.
Kawalan ke atas pelajar-pelajar hendaklah dilakukan agar kemalangan
dapat dielakkan.
Guru menggalakkan pelajar agar mengemukakan soalan-soalan yang
releven.
Guru membantu pelajar mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu
perkara jika perlu.

Selepas Lawatan
Guru mengadakan perbincangan bersama pelajar-pelajar berhubung
perkara-perkara yang dicatatkan.

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Guru menjawab segala soalan pelajar atau apa sahaja kesulitan yang
mereka hadapi semasa lawatan.
Guru membantu pelajar membuat laporan tentang lawatan itu.
Guru membimbing pelajar menyediakan rumusan tentang lawatan.
Pelajar mempamerkan bahan yang dikumpulkan ketika membuat lawatan.
Guru memberikan aktiviti susulan kepada pelajar-pelajar.

Kebaikan-kebaikan Lawatan
Lawatan memberikan pelajar-pelajar tentang alam sekitar akan bertambah.
Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai
deria.
Kaedah lawatan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran.
Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah.
Lawatan memperkukuhkan ingatan pelajar terhadap pekara atau topik yang
diajar oleh guru.
Lawatan menyediakan peluang bagi pelajar mengaitkan perkara yang
dipelajari di bilik darjah dengan keadaan yang sebenar di luar bilik darjah.
Lawatan meningkatkan kemahiran pelajar memerhati,menganalisis dan
membuat laporan.
Lawatan dapat menimbulkan minat serta perasaan ingin tahun pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan-kelemahan Lawatan
Tanggungjawab membawa pelajar-peljar ke tempat lawatan amat berat.
Masalah disiplin mudah timbul.

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Prosedur-prosedur pentadbiran adalah kompleks.


Sekiranya persediaan kurang baik,lawatan tidak mungkin mencapai objektifobjektif pelajaran.Dengan itu,masa serta tenaga terbuang.
Kalaulah tempat lawatan yang dipilih kurang sesuai, maka lawatan itu tidak
membawa faedah sepenuhnya.Lawatan seperti ini hanya dapat
menghiburkan pelajar-pelajar sahaja.
Kebenarandaripada kilang atau tempat lawatan yang berkenaan tidak
mudah diperoleh kerana ianya boleh menjejaskan aktiviti pengeluaran.

Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan


pembelajaran semata-mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran
melalui aktiviti di luar kelas. Ia boleh mendorong murid menimbah sesuatu
pengalaman baru dan merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar teori
sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan muridmurid.
Bagi subjek Pendidikan Moral penekanan diberikan dalam membentuk satu
system perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan
patut dilakukan. Sebolehnya guru cuba mengelakkan daripada murid kita menjadi
insan yang tidak bermoral. Moral juga bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin
yang memberitahu apakah system moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.
Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang
kepada murid-murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang
mereka lihat dan pelajari. Lawatan ke pusat jagaan warga emas membolehkan murid-

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

murid memahami perasaan orang tua serta dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
belas kasihan terhadap orang tua di dalam jiwa setiap murid. Moral itu sendiri
bermaksud sebagai cara atau pelbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan
pelbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku berdasarkan persoalan
betul atau salah, benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam
sesuatu keadaan.
Guru juga perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
sekiranya berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Ini adalah bertujuan
untuk melancarkan perjalanan semasa mengadakan lawatan dan bukan untuk

menyulitkan urusan. Prosedur ini melibatkan sebelum, semasa dan selepas lawatan
dijalankan. Sebelum lawatan, guru perlu membuat mesyuarat, pembentukan AJK,
menyediakan kertas kerja, membuat surat kebenaran ke tempat lawatan, kebenaran
PPD, kebenaran JPN dan kebenaran ibu bapa. Semasa lawatan pula, guru perlu
memastikan keselamatan murid, dokumen-dokumen penting seperti ibu bapa serta
permit bas. Selepas lawatan pula, guru perlu meyediakan laporan yang lengkap
sebagai bukti.
Di peringkat sekolah, program ini dianjurkan oleh panitia Pendidikan Moral
dengan sasaran untuk memberi kesedaran kepada murid-murid untuk menghormati
dan menghargai warga emas yang ada dalam komuniti keluarga seperti datuk dan
nenek, dalam komuniti sekolah seperti tukang kebun dan pengawal keselamatan dan
dalam komuniti masyarakat stempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat
diaplikasikan menerusi sikap prihatin dan kasih sayang kepada golongan yang
semakin dipinggirkan dalam kehidupan hari ini. Penerapan ilmu tidak sahaja diajarkan
di dalam bilik darjah atau persekitaran sekolah, malah diaplikasikan dalam situasi luar
bilik darjah iaitu melalui aktiviti lawatan.

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL

1.0 DEFINISI
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada muridmurid dan pengalaman baru kepada mereka mengenai kehidupan sebenar dan
mengetahui latar belakang warga emas.

2.0 RASIONAL
2.1

Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh


warga emas semasa di pusat jagaan.

2.2

Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga


emas dengan lebih dekat lagi.

3.0 OBJEKTIF

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

4.0

3.1

Memberi peluang kpada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi
corak kehidupan sebenar sebagai warga emas.

3.2

Penerapan nilai-nilai murni seperti belas kasihan dan hormat kepada


orang tua di dalam jiwa murid.

3.3

Membentuk sikap menghargai dan menyayangi golongan warga


emas.

3.4

Membina sahsiah terpuji melalui aktiviti pembelajaran di luar bilik


darjah.

3.5

Mencapai hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) teras


kedua melalui kedua melalui cara membangunkan modal insan
dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan, memupuk murid-murid memiliki ketrampilandan
disiplin.

SASARAN
Murid Tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6

5.0 BILANGAN PESERTA / GURU


Seramai 34 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibu
bapa / penjaga. Seramai
4 orang
guru akan mengawasi murid sepanjang
Carta
Organisasi
program ini berjalan.

SJK ( C ) Choong Hwa, Kodiang


6.0 CADANGAN
PROGRAM
Penasihat
Tarikh : 15 Mac 2014
Pengerusi
Masa : 8:30 pagi 6:00 petang

: En. Lim Ah Tang


: Cik Chiang Sia Fei

Naib Pengerusi
: Pn.
Khor Bak khim
Tempat Lawatan
: Pusat Jagaan Warga
Emas,
Than Hisang Temple
Setiausaha
: Pn. Yeoh Yan Ling

7.0

Bendahari

: Pn. Cheah Beng See

AJK

: Pn. Lim Choon Ean

JAWATANKUASA INDUK

Pn. Khoo Phaik Hwa

En. Tan Sieow Pin

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

8.0

(i)

JAWATANKUASA

JK Makanan dan Minuman


Pn. Khoo Phaik Hwa

(ii)

JK Hadiah dan Cenderamata , Kuiz


Pn. Lim Choon Ean

(iii)

JK Jurukamera dan Dokumentasi


En. Tan Sieow Pin

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

9.0

SENARAI TUGAS

BIL

JAWATANKUASA

PENGERUSI

TUGASAN KERJA
Membentuk jawatankuasa
Mempengerusikan mesyuarat
Merujuk kepada penasihat

NAIB PENGERUSI

Membantu pengerusi menjalankan


tugas-tugas.

SETIAUSAHA

Menjalankan tugas-tugas
kesetiausahaan
Mengurus surat menyurat dan
borang

BENDAHARI

Mengutip, menyelaras dan


menyediakan penyata kewangan
berkaitan program
Memastikan segala perbelanjaan
berjalan dengan lancar seperti yang
sepatutnya

MAKANAN DAN MINUMAN

Merancang dan menentukan menu


makanan
Merancang jadual makan dan minum
Memastikan urusan semasa makan
dan minum berjalan dengan lancar

HADIAH DAN
CENDERAMATA

KUIZ

Menyediakan hadiah dan


cenderamata untuk penceramah
Menyediakan beberapa soalan kuiz

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

kepada murid setlepas lawatan


dijalankan.
8

JURUKAMERA DAN
DOKUMENTASI

Mencatat segala aktiviti yang


berjalan
Mengambil gambar
Menyediakan laporan dan
dokumentasikan
Berhubung dengan setiausaha untuk
mendapatkan bahan-bahan untuk
didokumentasikan

10.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN

SUMBER PENDAPATAN

Jumlah (RM)

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Sumbangan daripada PIBG


Kutipan derma daripada guru-guru
Peruntukan panitia Pendidikan Moral
JUMLAH

Bil

Perkara

1.0

Pengankutan

2.0

Makanan tengahari

3.0

RM 400.00
RM 200.00
RM 200.00
RM 800.00

Kuantiti

1 buah bas

Harga Seunit

Jumlah

(RM)

(RM)

300.00

300.00

Murid

34 orang

3.00

102.00

Guru

4 orang

3.00

12.00

Warga emas

80 orang

3.00

240.00

120.00

146.00

Bantuan kepada warga emas


-

Duit, pampers, beras,


milo dan lain-lain

Jumlah Keseluruhan

11.0 TENTATIF PROGRAM

800.00

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Masa

Aktiviti
pagi

Catatan

7:30 a.m.

- Makan sarapan
disediakan.

yang

telah

8:30 a.m.

- Bertolak dari SJK C CHOONG HWA

menuju ke Pusat Jagaan Warga Emas.


9:30 a.m.

- Dijangka tiba di Pusat Jagan Warga


Emas.
- Berjumpa dengan Pengurus Pusat
Jagaan
Warga
Emas
dan
mengambiltahu
tentang
sejarah
penubuhan, matlamat dan maklumat
tentang Pusat Jagaan Warga Emas.
- Lawatan/tinjauan sekitar Pusat Jagaan
Warga Emas.

10:30 a.m. - Aktiviti hiburan:


Menyanyi lagu asli
Menari
Lakonan
Boria
12:30 p.m. - Makan tengah hari dan berehat.
- Memberi nasi kepada warga emas

12.0

2:30 p.m.

- Berinteraksi dan berbual-bual dengan


warga emas
Sesi ramah mesra

4:00 p.m.

- Majlis Penutup
- Penyerahan sumbangan
- Sesi fotografi

5:00 p.m.

- Bertolak balik ke SJKC CHOONG HWA

6.00 p.m.

- Tamat

PENUTUP

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Adalah sangat diharapkan lawatan tersebut akan medapat sokongan dan


kerjasama daripada semua pihak iaitu murid, ibu bapa dan guru-guru agar lawatan ini
dapat berjalan dengan lancar. Semoga lawatan ini sedikit sebanyak akan dapat
memberi impak yang positif kepada murid-murid amnya dalam melahirkan insan yang
memiliki sifat kasih sayang serta prihatin kepada insan lain yang memerlukan. Ini
penting bagi mewujudkan insan yang cemerlang sahsiahnyaselaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari
sudut intelek, jasmani, emosi dan rohani. Selain itu, lawatan seumpama diharapkan
dapat meningkatkan tahap kesedaran kepada warga guru serta ibu bapa untuk
membudayakan amalan menderma, sama ada dalam bentuk kewangan, barangan atau
apa sahaja demi meringankan beban dan tanggungan warga emas selain memberikan
kegembiraan kepada mereka. Pihak sekolah juga dapat mewujudkan jaringan erat
dengan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yag dianjurkan
Disediakan oleh:

( YEOH YAN LING )


Setiausaha
SJK C CHOONG HWA, KODIANG
0600 KODIANG, KEDAH
TEL: 04-7717758
Ruj. Kami
Ruj. Tuan
Tarikh

: SJKCCH / PGK/02/03
:
: 05.02.2014

Kepada :
Semua guru yang terlibat dalam Program 2014 melawat ke Pusat Jagaan Warga
Emas, Than Hisang Temple
Tuan / Puan,

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

MESYUARAT PROGRAM LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA


Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Dengan hormatnya tuan/puan adalah diwajibkan hadir ke mesyuarat di atas
seperti ketetapan yang berikut;
2.1
2.2
2.3

Tarikh
Tempat
Masa

:
:
:

14 Februari 2014 (Ahad)


Pusat Sumber Sekolah
1.30 petang

3.

Agenda Mesyuarat
:
3.1
Ucapan Alu-aluan Pengerusi
3.2
Pembentangan cadangan lawatan.
3.3
Hal-hal lain.

4.

Kehadiran tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menurut perintah,


__________________________
(Pn Yeoh Yan Ling)
Setiausaha Program Lawatan
SJK C CHOONG HWA

MINIT MESYUARAT
PROGRAM MELAWAT KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS,
THAN HISANG TEMPLE TAHUN 2014
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA CHOONG HWA

Tarikh

: 2 Februari 2014

Masa

: 1.30 tengah hari

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

Tempat

: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran

1.
Kata aluan pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan aluan kepada semua guru yang
hadir dalam minit mesyuarat ini oleh guru besar SJKC Choong Hwa.
Tindakan: Makluman
2.
Pembentangan kertas cadangan lawatan.
Cik Ooi Chai Hop selaku Setiausaha Program Melawat ke Bethel Hill Old Folks Home,
Kuala Nerang, memberi penerangan terperinci berkaitan aktiviti yang lawatan. Butiran
maklumat adalah seperti berikut:
TARIKH

15 Mac 2014

HARI

SABTU.

TEMPAT

PUSAT JAGAAN WARGA EMAS,


THAN HISANG TEMPLE

Senarai Ahli Jawatankuasa Induk & Kerja Kursus Program yang telah dilantik secara
rasminya seperti berikut :
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat

: En. Lim Ah Tang

Pengerusi

: Cik Chiang Sia Fei

Naib Pengerusi

: Pn. Khor Bak khim

Setiausaha

: Pn. Yeoh Yan Ling

Bendahari

: Pn. Cheah Beng See

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

AJK

: Pn. Lim Choon Ean


:

Pn. Khoo Phaik Hwa

En. Tan Sieow Pin

JK Makanan dan Minuman


Pn. Khoo Phaik Hwa

(ii)

JK Hadiah dan Cenderamata , Kuiz


Pn. Lim Choon Ean

(iii)

JK Jurukamera dan Dokumentasi


En. Tan Sieow Pin

Kepada semua ahli jawatankuasa kerja diarahkan untuk melakukan tugasmasingmasing dengan efektif agar Program lawatan ini berjalan dengan jayanya dan sebarang
pertukaran serta pengubahsuaian tarikh, masa dan tempat di atas sebab-sebab tertentu
akan dimaklumkan kemudian.
Tindakan: Makluman
3.Hal-hal lain
Tiada .
Disediakan oleh,
__________________________
(Pn. Yeoh Yan Ling)
Setiausaha Program

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

SJK C Choong Hwa

Disahkan oleh,

................................................
En. Lim Ah Tang
(Guru Besar SJKC Choong Hwa)
SELAKU PENAUNG PROGRAM

http://www.scribd.com/doc/210695967/Kertas-Kerja-Warga-Emas-1

SENARAI NAMA MURID


BIL

NAMA MURID

1.

Afiqah Sakinah

2.

Foo Zhi Yin

3.

Lim Ching Yue

TAHUN

4
4
4

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

4.

Low Jia Yu

5.

Ng Siew Mei

6.

Nur Alysa

7.

Nur Husna Najihah

8.

Ooi Wan Ting

9.

Chuah Wen Zhe

10.

Lim Wei Kang

11.

Muhammad Firas Aniq

12.

Ng Yi Sheng

13.

Tan Ann Shen

14.

Ang Xin Yi

15.

Lai Young Chi

BIL

NAMA MURID

16.

Ng Siew Ling

17.

Ooi Xin En

18.

Viva A/P Vinai

19.

Cheah Zhi Xuan

20.

Chew Jun Yee

21.

Pra Chak A/L Seng

22.

Foo Zhi Lin

23.

Leo Jia Yi

24.

Ooi Xin Rhu

25.

Wong Qian Ru

26.

Tan Ke

4
4
4
4
4
4
4
4
4
4
5
5
TAHUN

5
5
5
5
5
5
6
6
6
6
6

PPG BC2

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


YEOH YAN LING

830902025374

27.

Chew Jun Wei

28.

Chew Zuey Xing

29.

Lai Jia Qing

30.

Lim Soon Hong Steven

31.

Looi Jian An

BIL

NAMA MURID

32.

Pirakwud A/L Song

33.

Poh Zun Hom

34.

Remond Goh Gim Lung

SENARAI NAMA GURU


Bil

Nama Guru

1.
2.
3.
4.

Yeoh Yan Ling


Khoo Phaik Hwa
Lim Chun Ean
Tan Sieow Pin

6
6
6
6
6

TAHUN

6
6
6

You might also like