Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

LOKASI
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud atau nama ringkasnya SMKTM
terletak di daerah Besut, Terengganu. SMKTM berada di tengah-tengah perjalanan
dari bandar Jerteh 8 km dan daru pekan Kuala Besut 10 km. SMKTM berada di tepi
jalan besar berhadapan masjid kampung Alor Lintang. Di utara SMKTM, Sekolah
Rendah Kebangsaan Tengku Mahmud, di selatan Sekolah Nasiruddin Shah dan di
timur, Sekolah Menengah Tengku Mahmud
II.
Ia terletak di atas tapak seluas 40.25 ekar.

SEJARAH PERKEMBANGAN SMTM


Sekolah Menengah Tengku Mahmud atau
ringkasnya SMTM telah diasaskan dalam
tahun 1954. Ia adalah hasil daripada desakan
penduduk-penduduk Besut yang inginkan
pendidikan Inggeris bagi anak-anak mereka.
Dalam tahun 1953, beberapa orang wakil
penduduk daerah Besut telah menemui
pegawai pentadbir Besut, Encik Abdul
Rahman bin Mat bagi membincangkan hasrat mereka untuk membina sebuah sekolah
Inggeris.
Satu kempen memungut derma untuk pembinaan sekolah dilancarkan. Salah seorang
daripada wakil, Allahyarham Dato' Bentara Luar, Encik Ismail bin Yusof (JP) berjaya
mendapatkan sebidang tanah di kampung Alor Lintang.
Encik Abdul Rahman pula berusaha untuk mendapatkan kebenaran dan peruntukan
dari pihak atasan. Segala usaha membuahkan hasil dan pada 9 Januari 1954 terasaslah
Sekolah Menengah Tengku Mahmud.
Seramai 40 orang murid dipilih untuk memasuki darjah satu. Cik Fatimah Ahmad,
seorang guru lepasan Maktab Perguruan Kirby, England dilantik menjadi guru besar

pertama. Beliau dibantu oleh seorang guru penolong, Cik Faridah Akmal bt. Abdul
Rani dan seorang tukang kebun.
Pada mulanya murid-murid SMTM menumpang di Sekolah Pertukangan Besut dan
hanya dalam bulan Ogos 1955 barulah siap sebuah bangunan kayu yang mengandungi
tiga buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat kecil.
Pada 14 Ogos 1954, upacara pembukaan rasmi Sekolah Menengah Tengku Mahmud
dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Sultan diiringi oleh Yang Dipertuan Muda, Tengku Mahmud. Turut hadir dalam
perasmian tersebut ialah Tuan Pegawai Pelajaran Negeri Terengganu, Mr. A. Halliday,
Pegawai Daerah Besut, M.I.M. Edye, pembesar-pembesar negeri dan juga ibu bapa.
Bersempena upacara ini, nama sekolah telah diubah dari 'Besut Government English
School kepada Sekolah Menengah Tengku Mahmud sempena nama peribadi Duli
Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda ketika itu.
Kelahiran Sekolah Menengah Tengku Mahmud bukan sahaja merupakan sekolah
Inggeris pertama tetapi juga sebagai anak tangga pertama ke arah pendidikan
peringkat menengah di daerah Besut.

SEJARAH PERKEMBANGAN
Perkembangan Fizikal (bangunan)
1954

Bangunan pertama siap. Bangunan kayu terdiri dari


tiga bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah
pejabat.

1957

Dua buah blok Sekolah Menengah siap dibina.


(BLOK A & BLOK B).

1960

Bangunan untuk Sekolah Menengah (BLOK E) dan


Asrama Putera siap dibina.

1961

Bangunan Makmal Sains siap dibina (BLOK H).

1963

Bangunan 2 tingakat untuk bilik darjah dan pejabat


siap dibina (BLOK G).

1967

Bangunan tambahan 2 tingkat siap dibina untuk


bilik Masakan dan jahitan dan beberapa buah kelas
(BLOK J).

1979

Bangunan 2 tingkat untuk Makmal Sains Tulin dan


Perpustakaan siap dibina (BLOK D).

1987

Surai siap dibina.

1989

Bangunan KBSM siap dibina (BLOK J)

1990

Dewan terbuka siap dibina.

1991

Bangunan baru 3 tingkat siap dibina (BLOK P)

1992

Pondok jaga siap dibina.

1993

Balai Serbaguna siap dibina. Balai ini merupakan


sumbangan Dato' Dr. Yusof bin Mohd Noor.

1994

Bangunan Dewan Fatimah siap dibina.

Mercu tanda Sambutan 40 tahun siap dibina


sempena sambutan 40 tahun SMKTM.

Perletakan batu asas masjid SMK Tengku Mahmud


disempurnakan oleh Tuan Guru Ustaz Haji Ismail
Haji Abdullah pada 9 Januari 1996.

1996

1997

Masjid baru SMK Tengku Mahmud siap


sepenuhnya. Acara naik masjid disempurnakan
oleh Ustaz Haji Abdul Rahman pada 19 Oktober
1997.

1999

Bangunan tambahan baru tingkatan satu dan dua


siap dibina memuatkan 3 kelas.

2000

Kantin baru SMKTM yang menelan belanja RM 80


ribu siap dibina dengan kantin yang lebih luas dan
selesa bagi menggantikan kantin lama yang amat
kecil dan lebih berbentuk tuck shop.

PERISTIWA BERSEJARAH 1954-1999


9 Jan 1954

Sekolah Tengku Mahmud dibuka.

14 Ogos 1954

Pembukaan rasmi Sekolah Tengku Mahmud oleh


DYMM Sultan Terengganu, Sutan Ismail Nasiruddin
Shah.

3 Ogos 1954

Perasmian bangunan kekal BLOK A dan BLOK B


oleh Raja Muda Terengganu, iaitu Tengku Mahmud.

1958

"FORM ONE" dimulakan dan ini telah mengubah


taraf sekolah daripada Sekolah Rendah Inggeris
kepada sebuah Sekolah Menengah Inggeris.

3 Mac 1959

Lawatan DYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Ampuan


Besar ke Sekolah Tengku Mahmud.

20 Julai 1960

Pembukaan rasmi bangunan tambahan (BLOK E)


dan Asrama Putera.

Sekolah menawarkan pencalonan pertama bagi

peperiksaan "LOWER CERTIFICATE OF


EDUCATION" (LCE)
14 Sept 1961

1962

1965

1972

Perasmian Makmal Sains pertama oleh DYMM


Tuanku Al-Sultan.

Pertukaran Guru Besar pertama Cik Fatimah


Ahmad.

Encik T.N. Varughese mengambil alih sebagai guru


besar kedua.

Form V dimulakan dan buat pertama kali Sekolah


menawarkan peperiksaan Oversea School
Certificate dan Federation of Malaya Certificate of
Education.

Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang


pertama diadakan. Penyampaian hadiah oleh Duli
Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda.

Pentadbiran sekolah dipecahkan kepada dua


bahagian.

Bahagian Menengah di bawah En. T.N. Varughese.

Bahagian ke-2 iaitu bahagian Sekolah Rendah di


bawah Mr. Lau Kuan Jin.

Murid-murid aliran Melayu yang menumpang mulai


1963 berpindah ke sekolah sendiri, Sekolah
Menengah Kebangsaan Besut yang kemudiannya
menjadi Sekolah Nasiruddin Shah.

En. T.N. Varughese bertukar ke Sekolah Menengah

Sultan Omar, Dungun dan tempat beliau diganti


oleh En. Yusof Ngah, Guru Besar ke 3.
25 April 1981

Perasmian bangunan tambahan Makmal Sains


Tulen dan Perpustakaan oleh DYMM Sultan
Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

1984

Pasukan Pancaragam Sekolah diwujudkan.

31 Dis 1985

Pengetua ke 4, Wan Ismail Wan Ahmad yang


bertugas mulai 1 Januari 1975 telah bertukar ke
Sekolah Menengah Kubang Kerian, Kota Baru
Kelantan.

Tingkatan 6 Aliran Sains dimulakan.

Koperasi SMTM ditubuhkan.

1987

Mesyuarat Agong Koperasi SMTM kali pertama.

1988

CAHAYA KEMAJUAN, MAJALAH SEKOLAH


diterbitkan semula setelah diberhentikan selama 9
tahun.

14-15 Mei 1994 -

Sambutan Ulang Tahun ke-40 SMKTM dan Seminar


Usahawan Remaja Sekolah-sekolah Terengganu
dengan dirasmikan oleh YB Menteri Perusahaan
Utama Malaysia, Dato' Dr. Mohd Yusof bin Mohd
Noor.

1995

SMKTM menjadi johan Pertandingan 3K


(Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan)
Peringkat Kebangsaan kategori Sekolah Dalam
Bandar.

Nur Sapinah Ngah, pelajar tingkatan 3SE2 mewakili


Malaysia ke Pertandingan Hoki Asia di Singapura.

Perletakan batu asas masjid SMKTM dilakukan oleh


Ustaz Haji Ismail HAji Abdullah.

Nurul Kamimah Kamaruddin dipilih sebagai Duta


Kecil Terengganu ke Amerika Syarikat.

Mohd Shamsul Zamri mewakili Terengganu ke


Jambori Asia Pasifik di Korea.

29 Julai1996

Pasukan Pengakap, Pandu Puteri dan Puteri Islam


SMKTM menyertai Perkhemahan Jambori Asia
Pasifik di Bukit Keluang yang berakhir pada 8
Ogos.

19 Okt. 1997

Naik masjid SMKTM disempurnakan oleh Ustaz Haji


Abdul Rahman Haji Ibrahim.

1998

Kali pertama SMKTM mendapat keputusan 100


peratus dalam peperiksaan STPM.

1999

Sekali lagi SMKTM mendapat keputusan 100


peratus dalam peperiksaan STPM dengan
pencapaian pelajar yang mendapat 5P dan 4P
sebanyak 80 peratus lebih.

9 Jan 1996

You might also like