Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Topik

Pengenalan
kepada Adat
Istiadat
Melayu

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mengenal pasti alam Melayu dan kawasan kepulauannya; dan

2.

Menghuraikan tentang adat di alam Melayu secara umum.

X PENGENALAN
Topik ini memperkenalkan ilmu adat dan budaya yang merupakan wadah dan
wahana kelangsungan kebudayaan dan ketamadunan Melayu sama ada secara
abstrak mahupun konkrit. Konsep adat diperkenal dan diterjemahkan dalam
kehidupan seharian melalui pelbagai upacara dalam kitaran kehidupan seharian.

1.1

PENGHURAIAN UMUM TENTANG


MELAYU DAN ALAM MELAYU

Alam Melayu dapat ditakrifkan sebagai kawasan yang mempunyai


penduduk berbahasa rumpun Melayu di seluruh Asia Tenggara.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

Kawasan kepulauan ini merangkumi negara berikut:


(a)

Indonesia;

(b)

Malaysia;

(c)

Filipina;

(d)

Selatan Thailand;

(e)

Kelompok di Kampuchea;

(f)

Kelompok di Vietnam; dan

(g)

Kelompok di Taiwan.

Wujudnya sistem sosiobudaya dalam sejarah itu merupakan kenyataan dan


bukti akan kehadiran manusia Melayu di dalam wilayah budaya. Wilayah ini
adalah wilayah budaya Melayu dan mendapat identiti Melayunya hasil daripada
perkembangan dan perjalanan tamadun dan sejarah.
Asal usul orang Melayu masih kabur. Bangsa Melayu dipercayai berasal
dari utara Asia Tengah yang menggunakan bahasa Austronesia.

Encyclopaedia Britannica mencatatkan bahawa bangsa Melayu adalah


kelompok yang berasal dari Yunan dan telah merantau antara tahun 2500
S.M. hingga 1500 S.M.

Mereka hidup bertaburan bermula dari Malagasi hingga ke pulau Hawaii di


Lautan Pasifik. Di sinilah membuktikan telah wujudnya bangsa Melayu yang
bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar iaitu:
(a)

Lautan Pasifik; dan

(b)

Lautan Hindi.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 S.M. iaitu pada Zaman Paleolitik,
telah didiami oleh orang Austronesia yang merupakan induk kepada golongan:
(a)

Negrito;

(b)

Sakai; dan

(c)

Semai.

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu


berdasarkan data arkeologi yang ditemui di Gua Cha, Kelantan.
Mengikut Isabella Bird (The Golden Chersonese), orang Melayu tinggal di
kampung dengan menumpukan kepada pekerjaan bertani dan menangkap
ikan.

Perkampungan dan tempat tinggal hanya di tepi hutan dan di tepi sungai.
Mereka sukakan kebebasan untuk bergerak. Rumah mereka dibina agak
berjauhan antara satu sama lain.

SEMAK KENDIRI 1.1


Terangkan asal usul Melayu secara ringkas.

1.2

PENGENALAN UMUM TENTANG ADAT

Perkataan adat berasal dari bahasa Arab yang bermakna kebiasaan.

Masyarakat dalam Alam Melayu telah menerima pengaruh Islam dan Arab sejak
zaman kerajaan Melayu Melaka. Secara tidak langsung, mereka telah menerima
erti adat dalam kehidupan seharian. Sama ada mereka menerima Islam
ataupun tidak, mereka telah mengamalkan konsep ini dengan erti yang hampir
sama sehingga membentuk kebudayaan sendiri.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

Mereka ini termasuklah orang:


(a)

Kristian;

(b)

Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan dan Kelabit di Sarawak;

(c)

Murut, Kadazan atau Dusun di Sabah;

(d)

Dayak di Kalimatan; dan

(e)

Beberapa suku bangsa yang ada di sekitar nusantara.

Didapati konsep adat menjadi asas kehidupan sehingga melahirkan kesatuan


asasi budaya serantau.
Adat merupakan satu bentuk tingkah laku dan cara manusia berfikir yang
telah wujud dan diamalkan sebegitu lama sehingga dianggap sebagai tradisi.
Norazit Selat (1993)

Termasuk dalam konsep ini ialah cara hidup sehari-hari dan pola budaya yang
jelas melalui kekerapannya.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1985) pula menjelaskan bahawa adat
sebenarnya adalah sebahagian daripada kebudayaan Melayu. Baginya, adat
sering dilihat dari sudut berikut:
(a)

Upacara atau keramaian;

(b)

Hiburan; atau

(c)

Perhubungan yang berlaku antara ahli masyarakat sahaja.

Dalam masyarakat di alam Melayu, konsep adat telah menjalin hubungan baik
sesama manusia dengan alam sekitar, termasuklah:
(a)

Tabii;

(b)

Alam sosial; dan

(c)

Alam ghaib.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

Perhubungan yang membentuk sikap, perbuatan dan acara. Ini bermakna,


adat memberi takrif sebagai asas ukuran buruk baik, peraturan hidup
seluruh masyarakat, mahupun tatacara perbuatan individu dan penubuhan
serta perjalanan satu-satu kelompok institusi.
Zainal Kling (1996)

Dari segi yang lain, adat ditakrifkan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun
musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu
difahami masyarakat berkenaan dengan adat.
Suatu perkataan yang agak sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun
dari segi bunyinya berbeza tetapi dari segi pengertiannya, ia saling
bergantungan dan saling memerlukan.

Adat bagi setiap kaum di Malaysia, pastinya dilihat sebagai sistem nilai yang
berbeza.
Nilai adat dikatakan mempunyai martabat. Martabat ini dikatakan berbeza
dari segi kedudukan masyarakat iaitu mempunyai hierarki status.

Contohnya, adat dalam masyarakat Minangkabau merupakan suatu tradisi lisan


yang tinggi sekali kedudukannya dalam kehidupan mereka. Adat dalam
masyarakat Minangkabau bukan setakat bersanding tetapi melibatkan juga cara
makan, cara pertabalan Luak dan cara hidup. Malah, mereka masih meletakkan
adat sebagai suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi
mereka sehingga ke hari ini.
Oleh itu, wujud beberapa istilah seperti:
(a)

Undang-undang adat;

(b)

Mahkamah adat; dan

(c)

Ketua adat.

Begitulah juga dengan kaum lain di Malaysia. Adat masih dianggap identiti
bangsa dan terus dipertahankan. Dengan itu ada ungkapan biar mati anak,
jangan mati adat.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan


pelbagai. Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang
bercampur dari pelbagai latar belakang.

Oleh kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, maka setiap bangsa atau
ras di dalamnya sistem sosial Malaysia pastinya berbeza antara satu sama lain
dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali, perbezaan dari segi adat dan
budaya.
Dalam masyarakat orang Melayu, ramai sarjana berpendapat, adat Melayu
merupakan adat Jawi iaitu adat yang bercampur.

Ini berdasarkan fahaman bahawa proses pembentukan Melayu itu sendiri yang
dikira cantuman daripada kelompok ras kecil yang beragama Islam, maka
wujudlah pembinaan adat Melayu.

Rajah 1.1: Empat pengaruh adat yang besar

Secara tidak langsung juga, kita dapat melihat empat bentuk pengaruh adat yang
besar (lihat Rajah 1.1) iaitu:
(a)

Adat Animisme
Adat yang dipengaruhi adat animisme terutamanya zaman pengaruh
orang Asli dan adat ini yang paling awal muncul.

TOPIK 1

(b)

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

Adat Hindu dan Buddha


Adat Melayu yang terawal dikatakan dipengaruhi oleh unsur Hindu dan
Buddha. Unsur yang dibawa oleh kedua-dua agama ini disadur dari kitab
lama iaitu:
(i)

Ramayana; dan

(ii)

Mahabrata.

Amalan adat ini pada masa itu diamalkan kerana agama Islam belum lagi
tersebar di alam Melayu. Walaupun amalan adat berubah selepas
kedatangan Islam tetapi amalan adat Hindu atau Buddha masih lagi
diamalkan sehingga sekarang. Contohnya, amalan persandingan serta
pertabalan pembesar dan adat istiadat istana Melayu masih lagi
mengambil kira adat dan unsur Hindu.
Pemujaan raja secara berlebih-lebihan suatu ketika dahulu juga
mencerminkan pengaruh Hindu dan Buddha. Perkataan raja itu sendiri
sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga majlis
pertabalan dan adat istiadat di istana Melayu, dapat dilihat unsur Hindu
dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu.
(c)

Adat Zaman Hindu atau Buddha dan Islam


Ketiga, peringkat ini ialah pengaruh unsur campuran Hindu atau Buddha
dan Islam. Pada zaman ini, Islam sudah memperluaskan pengaruhnya dan
majoriti orang Melayu sudah beragama Islam. Zaman ini dikatakan zaman
campuran adat Hindu atau Buddha dan Islam. Zaman ini, walaupun
masyarakat Melayu sudah memeluk agama Islam, namun mereka secara
selektif mengamalkan adat-adat yang dikatakan menyimpang dari ajaran
Islam.
Contohnya, pada suatu ketika dahulu, masyarakat Melayu mengamalkan
mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial.
Begitu juga dengan upacara berikut:
(i)

Puja kampung;

(ii)

Puja pantai; dan

(iii)

Puja semangat padi.

Upacara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam tetapi masih diamalkan.

(d)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

Adat yang Berteraskan Islam


Keempat iaitu pengaruh Islam. Pengaruh ini dianggap kuat sekali dalam
kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Islam, ini ada kaitan
dengan amalan agama Islam. Mengikut pendapat Syed Naquib al-Attas,
Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia
telah mendefinisikan Melayu sebagai masyarakat yang beragama Islam.
Adat Melayu yang bercirikan Islam bermula ketika seseorang bayi
dilahirkan, meningkat umur remaja, dewasa dan amalan ketika seseorang
meninggal dunia. Adat yang diamalkan sebenarnya merupakan apa yang
disebutkan perkara sunat dalam ajaran Islam. Antaranya adalah:
(i)

Adat bercukur;

(ii)

Melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi; dan

(iii)

Adat membelah mulut.

Masyarakat Cina di Malaysia juga mempunyai adat dan cara hidup yang
tersendiri. Secara teori, masyarakat Cina mempunyai adat tentang perkahwinan,
kematian, cara hidup dan sebagainya. Mereka juga mengamalkan adat yang
dinamakan Feng Shui yang mana pengaruhnya masih kuat dan menjadi
pegangan dalam kalangan masyarakat Cina.
Masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama
pangkal seseorang iaitu nama keluarga diambil daripada sebelah keluarga lelaki.
Mengikut Teo Kok Seong, nama pangkal seperti Teo atau Wang ialah nama
warisan keluarga sebelah ayah. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki
bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarga dan merupakan waris utama
pusaka keluarga.
Masyarakat India pula biasanya mengikut adat resam yang berteraskan agama
Hindu. Mereka mengamalkan adat berkunjung ke rumah sanak saudara serta
turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Dalam adat kunjungmengunjungi, mereka digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda
terima kasih.
Masyarakat India mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka
menegur dengan sebutan vanakam dan sentiasa bertanya khabar, kerja,
perniagaan atau sebagainya. Mereka digalakkan menggunakan tangan kanan
untuk menerima sesuatu buah tangan sebagai tanda kebaikan dan syukur.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

Dalam aspek perayaan, mereka menggunakan tarikh kalendar Hindu. Mereka


mengadakan bermacam-macam upacara sembahyang sebanyak tiga kali sehari
iaitu:
(a)

Pagi;

(b)

Tengah hari; dan

(c)

Petang.

Perayaan seperti Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal mempunyai kaitan


dengan adat dan kebudayaan (lihat Jadual 1.1).
Jadual 1.1: Deskripsi Perayaan bagi Kaum India
Perayaan

Deskripsi

Deepavali

Perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan.

Thaipusam

Perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan menggunakan


susu, madu dan bunga. Mereka membawa persembahan kepada Dewa
Subramaniam. Pada masa perayaan, mereka membawa kavadi yang
berisi buah-buahan, susu dan padi baru serta memuja semangat padi.

Thaiponggal

Perayaan menuai.

Secara keseluruhan, adat mempunyai fungsi dan juga berupa hukuman.


Fungsi ini mempunyai hubungan antara manusia sesama manusia, dengan
alam dan dengan alam metafizik atau simbolis.
Zainal Kling (1996)

Malah, adat juga mempunyai dimensi tabiat (semula jadi).

10 X

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

Rajah 1.2: Empat makna adat bagi masyarakat Minangkabau

Dalam masyarakat Minangkabau, contohnya, adat diberikan empat makna iaitu


(lihat Rajah 1.2):
(a)

Adat yang Sebenar Adat


Sebenarnya, kedatangan agama Islam ke alam Melayu, adat yang sebenar
adat merupakan peraturan untuk keperluan masyarakat. Adat yang
dipersetujui diterapkan daripada hukum alam (undang-undang), hukum
tabii atau hukum semula jadi seperti:
(i)

Adat api panas;

(ii)

Adat air adalah basah; dan

(iii)

Terkena hujan akan lapuk, terkena panas akan lekang.

Adat ini tidak boleh berubah kerana ia diambil dari tabii alam.
(b)

Adat yang Teradat


Ia merupakan adat sebenarnya adat. Peraturan adat ini diwujudkan hasil
dari kata sepakat anggota masyarakat sehingga ia menjadi undangundang. Adat yang teradat ini mempunyai kuasa untuk diikuti oleh ahli
masyarakat. Adat ini boleh berubah menurut keperluan semasa dan
dipersetujui bersama oleh anggotanya.

(c)

Adat yang Diadatkan


Ini ialah adat yang diterima oleh masyarakat sebagai kebiasaan hidup
sehari-hari. Adat ini tidak ditetapkan terlebih awal.

TOPIK 1

(d)

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

W 11

Adat Istiadat
Adat yang bersifat upacara seperti:
(i)

Pertabalan;

(ii)

Nikah kahwin; dan

(iii)

Berkhatan.

Adat sebegini rupa diamalkan oleh sesuatu institusi masyarakat.

AKTIVITI 1.1
Nyatakan tafsiran anda berkaitan dengan adat dalam masyarakat Melayu.

Alam Melayu ialah kawasan yang mempunyai penduduk berbahasa


rumpun Melayu di seluruh Asia Tenggara. Kawasan kepulauan ini
merangkumi negara berikut:

Indonesia;

Malaysia;

Filipina;

Selatan Thailand;

Kelompok di Kampuchea;

Kelompok di Vietnam; dan

Kelompok di Taiwan.

Adat yang memperkaitkan adat istiadat telah lama wujud di alam Melayu.
Pengaruh adat dari tamadun manusia telah bermula dari negara di Asia
Tenggara dan telah berjaya membina identiti adat tersendiri di alam Melayu.

Sekarang, adat telah diasimilasikan dengan ajaran agama Islam. Adat


istiadat yang dipengaruhi agama Hindu semakin diabaikan.

12 X

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA ADAT ISTIADAT MELAYU

Adat

Adat yang sebenar adat

Adat istiadat

Adat yang teradat

Adat Jawi

Alam Melayu

Adat yang diadatkan

Alwi bin Alhady. (1960). Adat resam dan adat istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Yusof Hasan. (1991). Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Norazit Selat. (1993). Asas-asas antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Norazit Selat. (1996). Kaedah penyelidikan adat istiadat dlm. Zainal Abidin
Borhan, Zainal Kling, Norazit Selat, & Mohd Ramli Raman. Adat Istiadat
Melayu Melaka. Universiti Malaya: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka dan Akademi Pengajian Melayu.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. (1985). Konsep Melayu: Adat, budaya dan
bahasa. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.
Zainal Kling. (1996). Adat dlm. Zainal Abidin Borhan, Zainal Kling, Norazit
Selat, & Mohd Ramli Raman. Adat Istiadat Melayu Melaka. Universiti
Malaya: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Kerajaan Negeri
Melaka dan Akademi Pengajian Melayu.

You might also like