Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKUS

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


36750 CHIKUS, PERAK

KERTAS
CADANGAN
KELAS ABAD KE
21

Pendahuluan

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan


kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang
disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti
digunakan secara meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki
beberapa aspek tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari
segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Di samping itu,
para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan
pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar.

Matlamat

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan


dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera
padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh
semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk
sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan
teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Objektif

1. Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.


2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui
amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
4. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang
dekat dengan murid melalui capaian internet.

Sasaran

1. Semua guru SK Chikus


2. Semua murid SK Chikus

3. Komunit setempat / ibu bapa dan penjaga


Pelaksanaan:
Pelaksanaan kelas abad ke 21 ini meliputi 3 aspek utama iaitu keceriaan kelas,
memperkasakan penggunaan peta pemikiran i-Think dan menaiktaraf kemudahan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah.

1. Keceriaan Kelas
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang
selesa,

kemas

dan

ceria

mampu

menyeronokkan

pengalaman

pembelajaran

murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti


susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran,
ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan
dan perabot serta kebersihan. Kelas abad ke 21 ini memberi penekanan khusus
terhadap kelas yang bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa
ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan PdP yang
berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang
pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think


i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar
ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) yang telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada tahun 2014. Fokus
di dalam program i-THINK adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui
penggunaan alat berfikir, seterusnya guru digalakkan menggunakan penyoalan
pelbagai aras (merujuk kepada Bloom's Revised Taxonomy) untuk membantu
merangsang pemikiran murid.

3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)


Perubahan dalam strategi pengajaran kepada teknologi maklumat dan komunikasi
akan meningkatkan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu. Terdapat banyak
maklumat yang berkaitan dengan sesuatu tajuk bahasa yang boleh dilayari dari
internet dan laman-laman web yang tersedia. Guru-guru boleh membantu muridmurid mengakses seberapa banyak maklumat yang boleh. Murid-murid ya ng agak
mahir tentunya dapat pula membantu rakan-rakan yang kurang mahir. Situasi begini
tentunya meringankan bebanan dan masa guru yang boleh dimanfaatkan untuk
perkara- perkara yang lebih penting. Penglibatan aktif murid sebenarnya dapat
mememudahkan mereka memahami dan mengingati fakta-fakta penting seterusnya
menguasai setiap kemahiran dengan cepat. Setiap kelas di SK Chikus telah
dilengkapi dengan sebuah TV. Walau bagaimanapun, saiz TV yang agak kecil
menyebabkan murid yang berada di belakang kelas tidak dapat melihat dengan jelas.
Sehubungan

dengan

itu,

penggunaan

projector

LCD mini

diharapkan

membantu mengatasi masalah ini.

Aggaran Perbelanjaan
1. Keceriaan Kelas
Bil

Perkara

Keceriaan kelas ( 6 kelas x RM100)

RM600

Langsir (6 kelas x RM100)

RM600

Jumlah

Perbelanjaan

RM1200

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think


Bil

Perkara

Perbelanjaan

Kit i-THINK (6 kelas x RM50)

RM300

Bekas peta i-THINK (6 kelas x RM40)

RM240

Papan iThink (6 kelas x RM20)

RM120

Carta i-THINK

RM300

Jumlah
RM920
3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Bil

Perkara

Mini LCD projector (6 kelas x RM350)

Perbelanjaan
RM2100

dapat

Kabel HDMI 5m (6 kelas x RM60)

RM360

Speaker (6 kelas x RM 80)

RM480

Jumlah
Jumlah keseluruhan

RM2940
: RM1200 + RM920 + RM2940

RM5060

Penutup

Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan
dapat dilaksanakan dengan jayanya secara individu sebaliknya pihak sekolah amat
mengharapkan kerjasama daripada agensi-agensi luar terutama dalam aspek kewangan dan
khidmat nasihat. Diharapkan jalinan antara pihak sekolah dengan agensi-agensi luar dapat
membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK Chikus ke arah mencapai Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT) dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah
dan komuniti setempat.

Surat memohon sumbangan


Bagi menyahut cabaran ini, pihak sekolah telah mengorak langkah ke hadapan untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran kelas abad ke-21. Pihak sekolah telah mencapai
status Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2014 dan telah diangkat sebagai salah

satu calon Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2015. Selain daripada itu, SK Chikus
juga telah dipilih sebagai sekolah penanda aras kelas abad ke 21 bagi daerah Hilir Perak.

You might also like