Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Pra panas ialah proses pemanasan logam asas, sama ada dilakukan secara
keseluruhan atau hanya kawasan sekitar sambungan dengan menggunakan suhu
tertentu yang diingini. Proses pemanasan ini perlu dilaksanakan sebelum kerja
kimpalan dilakukan. Pemanasan boleh diteruskan dalam proses kimpalan, tetapi
biasanya haba daripada kimpalan adalah tidak mencukupi untuk mengekalkan suhu
yang dikehendaki tanpa bantuan sumber haba luaran. Antara tujuan dalam
melakukan proses pra panas ini ialah :
i.

untuk melambatkan kadar penyejukan pada sambungan kimpal dan logam


asas dan menghasilkan struktur logam yang lebih lebih mulur dan lebih tahan

ii.

terhadap kepada keretakan.


kadar penyejukan yang lebih perlahan akan menyebabkan untuk hidrogen

iii.

yang terdapat dalam logam mengurangkan potensi untuk retak.


menghilangkan kelembapan pada logam asas yang mungkin menyebabkan

iv.

kecacatan.
melambatkan kadar penyejukkan pada zon terkesan haba (haz) bagi

v.
vi.

mengurangkan perubahan sifat mekanikal logam.


menghasilkan kadar peleburan logam sekata semasa mengimpal.
memastikan kadar pengembangan dan pengecutan yang

sekata,

mengurangkan kadar regangan antara logam semasa mengimpal.

Selain itu juga bagi memanaskan plat sebelum proses kimpalan dilaksanakan
ialah seperti berikut :

Gambar
1:
Kaedah
Dalam
Proses

Prapanas

Ketebalan bahan, saiz hasil kimpal (weldment ) dan peralatan pra panas
yang boleh didapati perlu dipertimbangkan apabila memilih satu kaedah untuk
melakukan pra panas. Sebagai contoh, pemasangan pengeluaran bersaiz kecil
boleh dipra panaskan di dalam relau. Manakala, struktur komponen yang besar
sering memerlukan beberapa sumpitan api pra panas, pemanas jalur elektrik, atau
induksi atau pemanas induksi atau pancaran. Satu tahap ketepatan yang tinggi
umumnya tidak diperlukan untuk pra panas keluli karbon.. Walaupun ia adalah
penting bahawa kerja perlu diprapanas kepada suhu minimum, ia adalah diterima
jika suhu itu melebihi kira-kira 40c atau 100F. Walaubagaimanapun, bagi keluli yang
disepuh lindap dan dibaja, prapanas yang berlebihan boleh memudaratkan zon
terkesan haba. Maka keluli tersebut memerlukan suhu maksimum dan minimum
dalam proses prapanas.
Seterusnya terdapat beberapa logam yang perlu dibuat proses pra panas
sebelum proses mengimpal boleh dilakukan. ianya adalah untuk menghindarkan
daripada berlakunya kekaratan logam. di antara jenis-jenis logam yang memerlukan
proses pra panas ini ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Besi tuangan
Keluli berkarbon tinggi
Keluli berkarbon sederhana
Keluli spring
Keluli tahan karat
Aluminium aloi
Magnesium aloi
Keluli mata alat

Gambar 2 : Tahap Ketebalan Plat Dan Suhu Yang Digunakan

1.2

Latar Belakang Masalah

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, di dalam proses kimpalan adalah sangat


penting melaksanakan proses pra panas. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan
dari kecacatan berlaku semasa proses kimpalan di lakukan. Antara faktor yang boleh
menyebabkan berlakunya kecacatan adalah disebabkan tidak melaksanakan proses
pra panas sebelum proses kimpalan dilakukan. kecacatan yang boleh terhasil
adalah seperti retak, keliangan, rangkuman, lakuran tidak cukup, dan makan bawah.
Selain daripada itu, masalah kecacatan ini juga boleh terjadi disebabkan pra
panas yang tidak menggunakan suhu yang sesuai dengan kadaran yang betul bagi

suatu plat yang digunakan. Ia juga akan memberi kesan kepada hasil kimpalan yang
dilakukan. Pra panas yang sedia ada menggunakan gas sebagai alat pemanas dan
memerlukan mereka yang pakar dalam mengendalikan proses pra panas ini. Dapat
dikatakan pra panas ini adalah permulaan yang perlu di lakukan dengan betul dan
tepat agar proses kimpalan dapat dijalankan dengan baik dan mengurangkan
kecacatan pada plat yang dikimpal.

1.3

Pernyataan Masalah

Terdapat beberapa masalah yang dikenal pasti sebelum projek portable pre-heating
welding ini dilaksanakan. Antaranya ialah :
1.3.1 Kesukaran untuk mengetahui tahap kepanasan plat yang melalui proses
pra panas.
1.3.2 Dilakukan secara manual bagi proses pra panas plat.
1.3.3 Tiada alat khas yang dapat digunakan terus dalam proses pra panas.
1.3.4 Plat akan menjadi cepat sejuk kerana kepanasan pada plat tidak dapat
dikekalkan.

1.4

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan sebuah alat yang dapat
membantu proses pra panas berjalan dengan lancar dan memudahkan pengguna.
Alat ini akan menggunakan arus terus sebagai bekalan dan arus yang mengalir pada
bahan pemanas untuk memanaskan plat seperti yang dikehendaki. Ia akan
memudahkan pengguna kerana saiznya yang kecil dan kemampuannya dalam
mengendalikan proses pra panas ini sebelum proses kimpalan dijalankan.

1.5

Objektif Kajian

Antara objektif yang ingin dicapai didalam kajian ini ialah:


1.5.1
1.5.2
1.5.3
1.5.4

Memudahkan proses pra panas kimpalan.


Menjimatkan masa bagi proses pra panas kimpalan.
Plat kimpal dapat dipanaskan mengikut suhu yang dikehendaki.
Proses pra panas kimpalan yang dilakukan lebih selamat.

1.6

Skop Kajian

Fokus utama didalam kajian ini adalah menfokuskan mereka yang terlibat didalam
bidang kimpalan. Mereka perlu menjalani proses pra panas pada plat yang akan
digunakan sebelum memulakan proses kimpalan yang seterusnya. Selain itu ia juga
memfokuskan pada pelajar yang baru mempelajari bidang kimpalan kerana dengan
alat portable pre heating ini ia akan membantu memudahkan proses permulaan
kimpalan dan juga lebih selamat.

1.7

Kepentingan Kajian

Antara kepentingan yang diperolehi daripada kajian yang dihasilkan ini ialah
pengguna dapat melaksanakan proses pra panas dengan mudah dan cepat. selain
itu, ia juga dapat menjimatkan masa pengguna kerana pengguna hanya perlu
meletakkan plat di atas pemanas dan menunggu plat mencapai suhu yang
dikehendaki. Seterusnya, ianya lebih selamat kerana menggunakan bekalan secara
terus yang berperanan mengalirkan arus untuk memanaskan besi pemanas.

1.8

Terminologi
i. Pre Heating
o proses pemanasan bahan yang ingin digunakan dalam kimpalan
untuk mengelakkan kecacatan berlaku selepas proses kimpalan
ii.

selesai dilakukan.
Plat
o bahan yang perlu dipanaskan dan mempunyai saiz serta suhu
kepanasan yang berbeza bagi setiap plat yang akan digunakan.

1.9

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, protable pre heating ini adalah suatu projek yang dihasilkan
untuk membantu dan memudahkan kerja kimpalan. Selain itu ianya untuk membantu
mengelakkan berlaku kecacatan pada hasil kimpalan yang dihasilkan kerana dapat
menggunakan suhu yang bersesuaian dengan plat yang sepatutnya.

You might also like