Takrif Sukan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sukan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah
yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan
ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat
sebagai aktiviti rekreasi.
Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan
manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.

Takrifan sukan
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan
televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah
tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.

Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran


(benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk
melindungi empayar Rom.

Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan
sebagainya.

Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk
aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan
beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan
akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur.
Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal
sesuatu sukan.
Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika
melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang
jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan
membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Semangat kesukanan
Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati
semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau
pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta.
Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan
kesedihan.
Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan
daripada persatuan sukan sepertiJawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan
mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti
rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal
BMX, meluncur dan sebagainya.

Profesionalisme dan peraturan sukan


Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah
membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di
mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih
menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah
orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian
masa lapang bagi hampir seluruh populasi dunia.

You might also like