Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Penulisan Laporan Projek Internship IPG Semester 8

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP MAJLIS PERSARAAN

NAMA PELAJAR

: MOHD FAHMI IQWAN BIN MOHD ZUKI

PROGRAM

: PISMP ambilan Jan 2013

NAMA SEKOLAH

: SK COCHRANE

TEMPOH PELAKSANAAN

: 29 JULAI 2016

1.0 MATLAMAT

1.1 Memberikan penghormatan kepada Guru Penolong Kanan yang bersara


daripada berkhidmat.
1.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan

pentadbiran di

sekolah.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui
oleh pihak sekolah.
2.2 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti
dan integriti dalam melaksanakan tugas.
2.3 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
2.4 Menunjukkan inisiatif
ke arah meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

PERMULAAN
Pada mulannya, kami diberikan tugasan oleh Ketua Persatuan Guru
dan beliau meminta untuk merujuk guru yang mengendalikan skop tugasan
yang perlu dilaksanakan. Pada awalnya saya diminta untuk menyediakan
persembahan pada hari kejadian, tetapi apabila melihat kertas kerja yang
disediakan saya ditugaskan untuk berada dibawah AJK persiapan pentas.
Guru pembimbing saya iaitu Cik Nurul Hafizah dan Cik Nik merupakan ketua
bagi persiapan pentas dan tempat bagi majlis ini. Guru pembimbing telah
memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami menyertai aktiviti ini.

PELAKSANAAN
Setelah perbincangan diantara AJK persiapan tempat dan pentas ini
dijalankan, saya ditugaskan untuk membantu Encik Harun untuk membuat
laluan VIP. Oleh itu, pelaksanaan menyediakan laluan VIP ini disiapkan sehari
awal sebelum majlis ini berlangsung supaya kelancaran majlis dapat berjalan
dengan lancar.

Gambar :

REFLEKSI
Kekuatan projek
Sepanjang proses saya menyiapkan projek ini, terdapat beberapa kekuatan yang
menyumbang kepada kejayaan projek ini. Antaranya ialah sokongan guru-guru yang
mejadi rujukan utama saya dalam penyediaan dan perancangan. Selain itu,
sokongan pihak pentadbir daripada segi komitmen dan rakan guru pelatih juga telah
menjadi faktor utama dalam menjayakan projek ini. Selain itu juga, keputusan yang
tepat dan cepat juga merupakan kekuatan dalam melaksanakan projek ini dengan
lancar.
Kelemahan projek
Terdapat berberapa perkara yang menjadi kekangan sepanjang melaksanakan
projek ini, antaranya ialah kekangan daripada segi ruang dewan yang terhad. Ini
juga sedikit memberi kesan kepada perjalan majlis ini berlangsung, tetapi ia dapat
diatasi dengan mudah dan tenang.
Penambahbaikkan
Pihak sekolah harus membaiki kipas dihadapan pentas kerana kipas tersebut tidak
berfungsi dan ia akan menyebabkan tetamu ataupun VIP kurang selesa kerana
panas.

Disediakan oleh.

(MOHD FAHMI IQWAN BIN MOHD ZUKI)


GURU PELATIH IPG ILMU KHAS

DISAHKAN OLEH,

You might also like