Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR

KAWASAN: PUSAT PEMULIHARAAN GAJAH di PAHANG

NAMA CIKGU: EN. NIK SUHAIMI BIN NIK JAAFAR

KUMPULAN: 6

NAMA AHLI KUMPULAN: RAJAPRAKASH A/L RAGUNATHAN

SAIFUZAMIR BIN MUSA

SONIA INDRA A/P RAVENDARA

TERIVEENA A/P RAMACHANDRAN

TEVATHAREESSYNI A/P MANIE

THAMARAI KANNI A/P RENGASAMY


Bil Perkara
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif kajian
3.0 Kaedah kajian
4.0 Kawasan kajian
5.0 Hasil:
5.1 Jenis aktiviti
5.2 Sumbangan
5.3 Kesan
5.4 Cadangan
6.0 Penutup
7.0 Rujukan
8.0 Lampiran
Penghargaan

Selamat sejahtera dan salam tulus kepada semua orang kami dari kumpulan enam
mewakili kelas 6AA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kapada cikgu geografi
kita EN. NIK SUHAIMI BIN NIK JAAFAR beliau memberi panduan supaya kami
dapat menyelesaikan Projek Kajian Geografi ini dengan sempurna. Beliau telah
memberi banyak maklumat dan panduan untuk kumpulan kami untuk menyiapkan
projek ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada ibu bapa kami yang
membelikan bahan-bahan untuk menyiapkan projek ini dengan sempurna. Mereka
sanggup membelanjakan wang untuk kami membeli bahan supaya dapat
menyelesaikan projek ini. Akhirnya kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan sekelas yang sanggup berkongsi maklumat dengan kumpulan
kami. Sebagai penutup tirai kata, sekali lagi kami merakamkan penghargaan kepada
semua pihak yang telah menyumbangkan idea, tenaga untuk menyiapkan projek
geografi kami dengan sempurna.
1.0 Pengenalan

Pusat Konversasi Gajah Kuala Gandah dibiayai oleh Jabatan Perhilitan


Semenanjung Malaysia. Pelbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk
mempertingkatkan kemudahan sedia ada untuk penyelidikan dan pembangunan
atau untuk pelawat ke pusat ini. Jabatan Perhilitan telah menubuhkan Tabung
Amanah Gajah bagi membolehkan sumbangan ditabung.

Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah
jinak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga
mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai
tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh spesis gajah di Malaysia. Selain
itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik
pemindahan semula dan konservasi gajah.

Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah yang dibawah masuk daripada
Thailand dan Mianmar. Gajah-gajah ini dilatih untuk memindahkan gajah-gajah liar
dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat
ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk
memastikan kelangsungan hidup anak gajah tersebut.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Pusat Pemuliharaan Gajah


di Pahang.
2) Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi
penduduk setempat.
3) Mengenal pasti kesan aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal
tempatan.
4) Mencadangkan langkah-langkah mencegah masalah kegiatan ekonomi
pelancongan terhadap alam sekitar fizikal.

3.0 KAEDAH KAJIAN

1) Buku-buku rujukan, keratan akhbar.


 Ensiklopedia berkaitan dengan pemuliharaan gajah.
2) Melalui pemerhatian.
 Menangkap gambar untuk diletakkan di bahagian laporan.
3) Menemu bual dan soal selidik.
4) Laman web
 http://www.nre.gov.my/BM/ekopelanconganNRE/Pages/KualaGandah.
aspx
 http://www.malaysiasite.nl/gandaheng.htm
 http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=kgelephant
 http://www.wildlife.gov.my/bhg_kualagandah.html
4.0 KAWASAN KAJIAN

Kami dari kumpulan 6,mewakili kelas 6AA telah melakukan kajian lapangan
geografi di Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Pahang. Kami bertolak dari
sekolah pada pukul 8 pagi dan sampai ke Pusat Pemuliharaan Gajah pukul 10.30
pagi. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam 30 minit.

Kami telah menjalankan kajian di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan


Taman Negara (Perhilitan). Jabatan ini terletak di Kuala gandah, Lanchang. Jabatan
Perhilitan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Law Hieng Ding, PNBS,
KMN,PBS,PBI iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 5hb Mei 2001.
Jabatan tersebut juga menjalankan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan.

Di kawasan sekitar Lanchang juga terdapat aktiviti ternakan iaitu Projek


Ternakan Kerbau secara komersial. Projek ini diusahakan secara besar-besaran
iaitu seluas 200 hektar. Projek ini dijalankan oleh Syarikat Perniagaan Maju Ternak
Kerbau Sdn. Bhd.
5.0 HASIL KAJIAN

5.1 JENIS-JENIS AKTIVITI

Penduduk di sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah melakukan pelbagai jenis


aktiviti pelancongan. Kebanyakan pelancong melawat ke Pusat Pemuliharaan Gajah
di Pahang ini merupakan pelancong dari negara luar. Negara-negara luar itu
termasuk Amerika Syarikat, Afrika, Singapura dan sebagainya. Antara pelancongan
yang terdapat di Pusat ini ialah Pelancongan Kesihatan, Pelancongan Pendidikan
dan Pelancongan Pertanian. Pusat Pemuliharaan Gajah ini sering dibanjiri oleh
pelancong asing pada setiap hari untuk melihat gajah sambil memberi sumbangan.

Sehubungan dengan itu, penduduk juga menjalankan pelbagai aktiviti


perniagaan di sekitar kawasan tersebut seperti gerai makanan, kedai pakaian, kedai
runcit, membuat serta menjual kraftangan dan sebagainya. Ini dapat meningkatkan
pendapatan mahupun keuntungan mereka dengan menjualkan pelbagai barangan
kepada para pelancong. Oleh itu, para pelancong boleh membeli bermacam-macam
jenis cendera hati sebagai kenangan di tempat tersebut.Selain itu, aktiviti
pembalakan juga dilakukan untuk membuka petempatan yang lebih banyak untuk
kemudahan dan keselesaan para pelancong Projek pembinaan yang dilakukan oleh
penduduk tempatan adalah untuk memajukan kawasan setempat.

Di samping itu, penduduk tempatan juga menjalankan pertanian seperti


menanam pokok tebu, pisang, kelapa sawit sebagai makanan sampingan mereka
dan juga sebagai makanan untuk gajah. Jenis pertanian yang dijalankan ialah sistem
pertanian pindah. Sistem ini merupakan sistem pertanian sara diri yang
berkonsepkan pemindahan tapak pertanian mengikut kawasan yang mereka duduki.
Sistem pertanian pindah ini turut berkait rapat dengan aktiviti mengutip hasil-hasil
hutan dan buruan. Aktiviti ini berasaskan kaedah dan peralatan tradisional seperti
kapak, cangkul, kuku kambing untuk menugal, sabit dan banyak lagi.
5.2 SUMBANGAN

Sumbangan pelbagai jenis aktiviti kepada alam sekitar manusia ialah dapat
memberi peluang pekerjaan dan menyerap guna tenaga buruh di luar bandar.
Dengan adanya pekerjaan dalam sektor pertanian, perikanan dan perhutanan
pendapatan per kapita penduduk desa dapat ditambah dan seterusnya
mengurangkan kadar kemiskinan di desa. Contohnya industri kraftangan yang telah
beroperasi luas di Kuala Gandah, Pahang. Melalui industri kraf tangan yang
dijalankan pendapatan per kapita penduduk dapat ditingkatkan.

Selain itu, perkembangan dalam sektor perhutanan penting untuk


pembangunan sektor pelancongan. Contohnya melalui ekopelancongan seperti
menikmati keindahan hutan lipur, dan kepelbagaian flora dan fauna misalnya
kawasan yang terdapat di Kuala Gandah. Antara spesis yang terdapat di Kuala
Gandah ialah tapir, cicak terbang lima jalur, kupu-kupu, ular kapar sumetera, kulat,
halia hutan dan sebagainya. Hal ini pasti dapat menarik hati pelancong terutamanya
pelancong dari luar negara untuk mengunjungi kawasan itu.

Selain itu, kegiatan pertanian seperti perikanan dan perhutanan dapat


menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini demikian kerana melalui kegiatan
ini pendapatan sesebuah negara misalnya pendapatan negara Pahang akan
meningkat kerana hasil eksport menyumbangkan kepada kemasukan mata wang
asing.

Sumbangan kepada alam sekitar ialah dapat menghalang hakisan. Liputan


tumbuh- tumbuhan penting dalam melindungi tanih daripada hakisan percikan atau
hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan melalui
cengkaman akar dan proses cegatan silara.

Selain itu, sumber hutan juga dapat mengekalkan perubahan iklim mikro.
Hutan berfungsi sebagai mengurangkan kadar kelajuan angin. Contohnya di
kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa tenang dan nyaman berikutan
daripada kaedah dirian pokok dan kanopi yang tebal di kawasan hutan hujan tropika.
5.3 KESAN- KESAN

Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,pencemaran udara


berlaku berpunca daripada pembebasan habuk dan debu dari kawasan lombong
khususnya lombong kuari, pembinaan rumah dan pecah batu. Di kawasan ini,
perlombongan membebaskan banyak partikel- partikel terampai dalam udara. Antara
partikel terampai yang mencemari kawasan ini adalah seperti debu dan habuk batu.
Apabila kepekatan partikel terampai dalam udara menjadi tinggi maka fenomena
pencemaran udara akan bertukar menjadi jerebu di Kuala Gandah. Peningkatan
pencemaran udara akibat pembebasan bahan-bahan pencemar udara seperti
karbon monoksida dan beberapa jenis hidrokarbon.Bahan- bahan pencemar udara
ini pula bertindak sebagai nukleus kondensasi yang menyerap wap- wap air lalu
menurunkan hujan asid. Ini akan menyebabkan gajah- gajah di Pusat Konservasi
Gajah Kebangsaan Kuala Gandah menjadi tidak sihat.

Selain itu,keadaan cerun curam di perjalanan ke Pusat Konservasi Gajah


Kebangsaan Kuala Gandah akan menyebabkan kejadian tanah runtuh dan hakisan
di lereng- lereng bukit akibat proses pemotongan, penarahan dan penebukan bukit
untuk membina lebuh raya, terowong, jambatan dan sebagainya. Pemotongan kaki
bukit Kuala Gandah dalam keadaan cerun curam akan mengganggu kestabilan
cerun. Cerun bukit yang tidak stabil ini cenderung untuk tergelongsor atau runtuh ke
bawah terutama ketika berlakunya hujan lebat. Oleh sebab itu, kaki cerun bukit ke
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah perlu dibina dalam beberapa
struktur penahan seperti groin dan gabion, benteng, konkrit cerun, menanam rumput
dan sebagainya untuk meningkatkan kestabilan cerun yang telah dipotong.
Tambahan pula, penyahutanan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala
Gandah memberikan kesan kepada habitat haiwan iaitu kemusnahan ekosistem
hutan melibatkan kepelbagaian ekologi. Pelbagai spesis flora dan fauna diancam
akibat kehilangan sumber-sumber makanan. Kerosakan ekosistem seperti
kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang
kelak mengganggu keseimbangan ekologi setempat.
5.4 CADANGAN

Terdapat pelbagai maslah kegiatan ekonomi pelancongan terhadap alam


sekitar fizikal. Oleh itu, langkah-langkah untuk mencegah masalah ini perlu diambil
iaitu melalui langkah perundangan, pengurusan dan pendidikan. Langkah-
langkahnya ialah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang. Misalnya
penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara yang melarang mencari, mengambil, dan
mendedahkan kepada sebarang proses pengilangan atau memindahkan sebarang
hasil atau mineral. Selain itu, akta ini juga melarang memasuki hutan.

Tambahan pula, pihak yang berkuasa perlu menjatuhkan hukuman kepada


semua individu yang melanggar peraturan berhubung alam sekitar dengan
mengenakan denda,hukuman penjara, atau kedua-duanya sekali. Apabila undang-
undang ini diperketatkan sudah pasti masalah terhadap alam sekitar dapat dikawal
dan dibendung. Sumber-sumber semula jadi setempat yang dikenal pasti berpotensi
perlu dibangunkan secara optimum sebagai sumber pelancongan di Kuala Gandah.

Pada masa yang sama, konsep dan produk pelancongan baru seperti
agropelancongan, akuapelancongan, arkeopelancongan dan ekopelancongan
mestilah dikembangluaskan. Pihak berkuasa perlu sentiasa melakukan pemantauan
dan rondaan di sekitar pusat ini supaya kegiatan ekonomi pelancongan yang
menyebabkan masalah terhadap alam sekitar fizikal dapat dikenal pasti
melaksanakan undang-undang yang berhubung alam sekitar fizikal.

Melalui pelaksanaan kempen kesedaran seperti langkah menjaga kebersihan


kawasan pelancongan, menguruskan sisa pelancongan teratur, memulihara kualiti
alam sekitar di sekeliling kawasan kajian dan lain-lain lagi agar kawasan Kuala
Gandah ini sentiasa ceria, menarik dan indah supaya terus dikunjungi oleh para
pelancong.
6.0 PENUTUP

Terdapat pelbagai jenis aktiviti pelancongan di sekitar kawasan kajian kami


iaitu, Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah. Antaranya ialah
pertanian, penternakan, pembalakkan dan pembinaan. Aktiviti-aktiviti ini telah
banyak memberi sumbangan dari segi kegiatan ekonomi pelancongan terhadap
sosioekonomi penduduk tempatan. Antara sumbangannya ialah meningkatkan
pendapatan negara, menyediakan peluang pekerjaan, menggalakkan rantaian
ekonomi, membangunkan kawasan luar bandar dan perkembangan teknologi.

Namun begitu, aktiviti pelancongan di Kuala Gandah ini telah memberi impak
terhadap alam sekitar fizikal tempatan. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu
untuk mencegah dan membendung masalah yang timbul akibat daripada kegiatan
ekonomi terhadap alam sekitar fizikal. Langkah-langkah untuk membendung
masalah ini perlu diambil segera supaya tidak mengakibatkan impak yang lebih teruk
terhadap alam sekitar.
7.0 RUJUKAN

1) Buku Geografi Alam Sekitar Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah,
2009.
2) http://www.cikgunikmie.blogspot.com
3) http://www.wildlife.gov.my/bhg kualagandah.html
4) http://www.tourism.gov.my/my/my/destinations/item.asp?item=kgelephant
5) http://www.malaysiasite.nl/gandahaheng.htm
6) http://www.nre.gov.my/BM/ekopelanconganNRE/Pages/KualaGandah.aspx
8.0 Lampiran

PUSAT PEMULIHARAAN INSTITUT BIODIVERSITI


GAJAH

SEJARAH PUSAT PERHILITAN PEMULIHARAAN GAJAH

AKTIVITI MENUNGANG GAJAH AKTIVITI MANDIKAN GAJAH

You might also like