Contoh Surat Jemputan Seminar Sains

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SMA NAHDZAH

( SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN )


Batu 12, Bukit Besar 06800, Yan Kedah Darul Aman
Tel : 04 -7691055 Fax : 04 -7692341 Email : smanahdzah.ppdkmy@gmail.com

KEDAH AMAN MAKMUR * BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI


Ruj kami : 30/006/3/2 (03)
Tarikh

: 31 Julai 2016

Kepada:
Pengetua,
SMA Saadah Aldiniah Al Islamiah,
06910 Yan, Kedah.
Tuan,
JEMPUTAN PEGAWAI TUAN MENGADAKAN SEMINAR SAINS SPM UNTUK
PELAJAR TINGKATAN 5
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Sains SMA Nahdzah akan menganjurkan
Seminar Sains kepada pelajar tingkatan lima sekolah ini. Program ini dilaksanakan
untuk meningkatkan kemahiran pelajar khususnya dalam teknik menjawab soalan serta
memberi pendedahan kepada mereka tentang bentuk-bentuk soalan sains dalam
peperiksaan SPM.
3.
Oleh yang demikian pihak sekolah berhasrat menjemput pegawai dari sekolah
tuan iaitu Syahida Binti Omar bagi mengendalikan seminar kepada para pelajar
tingkatan lima sekolah ini. Butiran program adalah seperti ketetapan berikut :
Program
Tarikh
Masa
Tempat

: Seminar Sains SPM


: 5 Ogos 2016 (Jumaat)
: 02.30 Petang 5.00 Petang
: Dewan SMA Nahdzah

4.
Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberi laluan kepada pegawai
tersebut ke sekolah ini untuk menjayakan program yang telah dirancang. Segala
kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
Sekian.
MEMBINA KEUNGGULAN NAHDZAH
Saya yang menurut perintah,

.................................................................
(HJ. ADENAN BIN HJ.OTHMAN P.C.K)
Pengetua
SMA Nahdzah (SABK)

You might also like