Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Pentadbiran bandar Kangar

Pejabat pentadbiran Negeri Perlis yang dikenali sebagai


Pejabat Adun . Bangunan ini terletak berhampiran Gua
Cenderawasih.,

Mahkamah syariah Negeri Perlis, pihak yang


bertanggungjawab dalam mentadbir hukum syariah di
negeri Perlis

Bangunan balai polis trafik cawangan Kangar yang terletak


di tengah-tengah bangunan Kangar Bangunan ini salah
satu bangunan yang lama di dalam bandar kangar

Bangunan Persekutuan yang terletak berhampiran


roundabout.

Salah satu banggunan paling lama di Negeri Perlis Warisan


sejarah negeri Perlis

Salah satu bangunan bersejarah yang terdapat di


tengahtengah bandar Kangar iaitu Masjid Alwi.Seni binanya
sangat unik dan cantik.

Deretan kedai lama yang terdapat di tengahtengah bandar


kangar

Senibina rumah Perlis yang terdapat di Jalam Pengkalan


Asam yang menjadi salah satu pusat pelancongan.

Pasar raya terbesar di tengah-tengah bandar Kangar.


Menjadi tumpuan masyarakat untuk membeli belah
barangan berjenama.

Salah satu pusat sosial yang terdapat dalam pekan Kangar


iaitu Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Masjid putra yang menjadi tumpuan orang Islam untuk


menjalankan ibadah solat dan mendengar ceramah agama.

Stesen bas Mybas yang diwujudkan untuk tujuan


perhubungan rakyat perlis untuk bergerak dalam
negeri Perlis

Stesen
bas ekspres yang diwujudkan untuk tujuan
perhubungan rakyat perlis untuk keluar ke negerinegeri di luar Perlis

Antara hotel yang terdapat di Bandar kangar yang


menunjukkan pembangunan pesat yang terdapat di
bandar Kangar.

Pembanguna
n Bandar
Kangar

Pentadbiran
Bandar
Kangar

Bangunan
bersejarah/
pelancongan
Bandar Kangar

Ekonomi
Bandar
Kangar

BAND
ARBAND
AR
MENA
RIK DI
MALA
SEKOLAH MENENGAH
YSIA

KEBANGSAAN AGAMA ARAU

(BANDA 02600 ARAU PERLIS


R
KANGAR
)

NAMA : MUHD.SYAFIQ BIN ABDUL HALIM


TINGKATAN : 2 ABU BAKAR
NAMA GURU : HABIBULLAH BIN OSMAN
MATAPELAJARAN : GEOGRAFI

Masjid Alwi yang juga dikenali sebagai Masjid Kangar di kalangan masyarakat setempat.
Kangar merupakan ibu negeri Perlis, Malaysia. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai
48,898 orang (2004). Dia terletak di titik paling utara di Semenanjung Malaysia,
berhampiran dengan sempadan negara Thailand dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis.
Kawasan pusat bandar di Kangar ialah Mukim Sena, yang menerima nama jolokan sebagai
"Uptown Sena". Ahli parlimen Kangar adalah Y.B. Shaharuddin Ismail, dari parti UMNO.[1]
Bandar Kangar juga terletak di antara bandar Alor Setar dan Padang Besar, bandar
sempadan Malaysia dan Thailand. Hari-hari persekolahan dan pentadbiran kerajaan
Kangar, Perlis ialah mengikut negeri Pulau Pinang dan Perak iaitu setiap hari Isnin hingga
Jumaat bukan mengikut Kedah dan Johor yang beroperasi lain dan istimewa iaitu pada
setiap Ahad hingga Khamis. Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga terletak di bandar ini.
Kereta api ETS juga melalui kawasan Kangar dan Arau di utara Malaysia dan banyak
membantu masyarakat Kangar dan Arau. Perjalanan ke Alor Setar, Pulau Pinang dan
Padang Besar ataupun Haadyai dari Arau adalah mengambil masa lebih kurang 1 jam
melalui keretapi berkelajuan pantas dengan kelajuan 140-180km/j. Dengan 4 jam 30 minit
juga, keretapi laju ini mampu tiba di Kuala Lumpur, Selangor, dan Seremban iaitu bandar
dan negeri terakhir lintasan keretapi laju Malaysia ini.
Sejarah
Kangar merupakan pusat pentadbiran negeri Perlis dan berperanan sebagai pusat
perdagangan utama. Kangar terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong,
Seriab dan Utan Aji. Kangar merupakan kawasan yang paling padat dengan pembangunan
di Perlis.
Kangar di buka oleh Tok Peduka.Kewujudan Bandar Kangar semenjak 350 tahun dahulu
iaitu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat
pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah ke-14 iaitu Sultan Muhyiddin
Mansor Shah. Kangar suatu ketika dahulu merupakan sebuah pelabuhan darat

(Pangkalan) di mana perahu dan tongkang berlabuh. Ini adalah kerana terdapat sebatang
sungai yang mengalir melalui Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis.
Bertempat di pangkalan inilah para pedagang berjual-beli di bawah sebatang pohon tinggi
yang merendang di kawasan itu. Pohon yang menjadi teduhan dan saksi kepada
urusniaga inilah yang bernama Pohon Kangar. Setiap pedagang atau saudagar yang
berulang alik ke tempat tersebut menggelarkan kawasan tersebut sebagai Pelabuhan
Pohon Kangar bersempena nama pokok tersebut.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa andaian lain yang mengatakan bahawa asalusul nama Bandar Kangar ini diambil dari bunyi sejenis burung iaitu burung helang
kangor. Pada masa awal kewujudan Bandar Kangar, terdapat banyak burung helang
kangor berterbangan dikawasan ini.
Namun begitu, menjelang abad ke-20 fungsi Pelabuhan Pohon Kangar ini kian
berkurangan di mana corak pengangkutan dan lalu-lintas kian berubah. Pengangkutan air
telah berubah kepada pengangkutan darat di mana banyak jalan-jalan raya mula dibina.
Pengangkutan utama yang dahulunya merupakan perahu dan tongkang telah bertukar
kepada kereta dan lori.
Seterusnya pula, Pelabuhan Pohon Kangar ini berubah kepada pusat perniagaan dan
pentadbiran di negeri Perlis. Kini nama pangkalan telah luput dari sebutan penduduk dan
yang tinggal hanyalah nama Kangar atau Pekan Kangar sahaja.

PEMBANGUNAN
Kangar berubah wajah dari setahun ke setahun dengan pembangunan yang pesat dan
terbinanya bangunan-bangunan baru menggantikan bangunan-bangunan lama. Di
samping pembangunan yang pesat ini, bangunan-bangunan lama dan bersejarah turut
dipelihara sebagai mercu tanda Bandar Kangar. Bangunan lama yang menjadi mercu
tanda Bandar Kangar ialah Bangunan Jam Besar yang kini menjadi Bangunan Pejabat
Menteri Besar.
Selain itu, bangunan-bangunan lain seperti Balai Polis Trafik Kangar, Sekolah Menengah
Kebangsaan Derma, Masjid Alwi, Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar deretan
kedai di sepanjang Persiaran Jubli Emas dan Hokkien.
Bangunan-bangunan ini berdiri dengan megahnya di tengah-tengah Bandar Kangar yang
dikelilingi oleh bangunan-bangunan baru yang dibina seperti

Kayangan Square, Medan Kangar, dan Medan Kangar Ria. Sebelum Medan Kangar dibina,
tapak tersebut adalah merupakan tapak Sekolah Menengah (Cina) Kangar, berek polis,
stesen bas. Pejabat Majlis Perbandaran Kangar juga terletak di tengah-tengah Bandar
Kangar.
Nama-nama jalan yang terdapat di Kangar juga diberi sempena peristiwa bersejarah
seperti Jalan Penjara, Jalan Barrack, Jalan Home-Guard, dan Jalan Kelab Indera Kayangan.
Walaupun penjara yang terdapat telah pun dipindahkan, tetapi nama tersebut masih
dikekalkan.
Justeru itu, tidak hairanlah jika kita menemui beberapa buah kota di negeri Perlis ini dan
di antarannya ialah Kota Sena yang terdapat di Bandar Kangar. Hakikat sebenarnya,
Bandar Kangar turut menyimpan pelbagai khazanah warisan seni bina yang kian
dilupakan oleh sebab ketiadaan penyimpanan bahan-bahan artifak sejarah yang
sempurna di negeri ini pada suatu ketika dahulu.

___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________

You might also like