Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 1957-57

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ALAM 2


TAHUN 2014

Pendahuluan
Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 17 Ogos 2014 sehingga 24
September 2014 di peringkat sekolah. Sememangnya aktiviti sebegini dapat mewujudkan
perpaduan di kalangan warga sekolah. Ianya bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni
seperti saling bekerjasama, bertolak ansur dan sebagainya. Diharapkan semoga melalui
program ini, ianya memberi banyak input dan semangat kecintaan kepada negara, bangsa
dan agama amnya.
Tarikh dan Masa
Tarikh : 17 Ogos 2014 24 September 2014
Hari : Setiap hari semasa waktu persekolahan.
Tempat dan Penglibatan
Dataran Terbuka KEJAT SKSA2, Dewan Terbuka SKSA2
Semua murid murid tahun 1 hingga tahun 6 dan guru-guru.
Dif Yang Merasmikan (VIP)
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Alam
En. Mohammad Bin Jaafar
Jawatankuasa Induk & Jawatankuasa Program
Rujuk Lampiran Kertas Kerja
Laporan Aturcara & Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan
- Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014 pada 17 Ogos 2014
-Jualan Jalur Gemilang dan Bendera Bangsa Johor dalam kalangan murid-murid dan guruguru bagi menggalakkan mereka mengibarkan bendera.
-Membuat keceriaan dan pemasangan Jalur Gemilang serta bendera-bendera semua negeri
di Malaysia bagi mewujudkan semangat kemerdekaan terhadap warga sekolah.
- Pertandingan Sudut Patriotisme untuk setiap kelas. Kelas yang memenuhi kriteria Sudut
Patriotisme akan diberikan hadiah.
- Pertandingan Fesyen Merdeka yang mana telah disertai oleh murid-murid Pra Sekolah dan
Tahap 1
-Pertandingan Nyanyian Patriotik yang disertai oleh setiap Kelab dan Persatuan SK Seri
Alam 2.
-Pertandingan Mewarna untuk Tahap 1, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas bagi memberi
peluang kepada penglibatan semua murid-murid.
-Pertandingan Melukis Poster untuk Tahap 2 bagi memberi peluang kepada mereka untuk
melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti.

-Pertandingan Rekacipta Merdeka yang dilaksanakan oleh Panitia RBT bagi memberi
peluang kepada murid-murid mengetengahkan bakat dalam aspek inovasi dan rekacipta.
-Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2014 dilaksanakan pada 25 September
2015. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.

Laporan Kewangan
Secara keseluruhan anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut :

Penutup
Secara keseluruhan, hasil daripada sambutan ini ianya telah dapat :
-

Dapat mengenal pasti bakat-bakat baru yang berpotensi untuk dikembangkan


bakatnya secara tidak langsung dalam kegiatan ko-kurikulum.
Penerapan nilai-nilai murni dapat diterapkan seperti kerjasama, bantu-membantu,
bertolak ansur dan sebagainya dikalangan warga sekolah bagi menjayakan sesuatu
program.
Menjadi wadah untuk warga sekolah khasnya bertukar-tukar pendapat dan
seterusnya dapat merapatkan silaturrahim.
Dapat melahirkan masyarakat yang cintakan tanah air serta perpaduan yang kuat
dalam menjaga keamanan negara.

Disediakan oleh,

MOHD AMIRUL ASYRAF BIN MOHD


Penyelaras Program
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014
Bertarikh 30 September 2015

GAMBAR AKTIVITI AKTIVITI YANG DIJALANKAN

You might also like