Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ISTILAH-ISTILAH PENTING DALAM QIRAT:

Tashil bermaksud memudahkan, iaitu membunyikan suatu bunyi


antara bunyian huruf hamzah dan alif.

Taghliz Iaitu menebalkan bunyi huruf lam yang berbaris fathah


sama ada bersabdu atau tidak, ketika huruf lam terletak di tengah
atau di hujung, dengan syarat apabila didahului dengan huruf ,
,atau yang berbaris fathah atau sukun seperti .
Maka huruf lam pada kalimah kalimah yang disebutkan tadi
dibaca dengan tebal seperti bunyi antara baris fathah dan
dhommah.

Ibdal Iaitu pertukaran huruf dengan huruf.


Tawassut Iaitu bacaan huruf hamzah yang diiringi oleh huruf
mad, maka kadar panjangnya ialah dua alif iaitu empat harakat.

Qasr Iaitu bacaan huruf hamzah yang diiringi oleh huruf mad,
maka kadar panjang bacaannya ialah satu alif atau dua harakat.
Naqal Iaitu membariskan setiap huruf yang mati yang terletak di
akhir kalimah dengan baris huruf hamzah yang terletak
selepasnya sama ada berbaris fathah, kasrah atau dhommah, dan
menghazafkan huruf hamzah itu selepas dipindahkan barisnya
kepada huruf yang sebelumnya.

Saktah Iaitu menghentikan bacaan sekejap tanpa bernafas dan


menyambung bacaan dengan nafas yang sama.

Mad Iaitu memanjangkan bacaan sesuatu kalimah. Jika dalam


kalimah itu terdapat salah satu huruf mad yang tiga (alif, waw,
ya), maka kadar panjang bacaannya ialah tiga alif atau enam
harakat.

Isymam Iaitu memuncungkan dua bibir ke hadapan sejurus


selepas mematikan huruf sebagai isyarat baris dhommah

Imalah

Bermaksud condong, iaitu mencondongkan atau


mengerengkan bacaan alif sebagai huruf mad sehingga berbunyi
baris fathah dan berbaris kasrah.

Raum/ ikhtilas Iaitu melemahkan suara dengan harakat huruf


yang dibentuk denganya dalam keadaan sambung ketika waqaf
sehingga hilang kebanyakkan suaranya (harakat).

You might also like