Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEORI HENRI FAYOL: PRINSIP DAN ASAS FUNGSI PENGURUSAN

Henri Fayol (1841-1925) "Bapa Pemikiran Pengurusan".


Henri Fayol telah membezakan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan. Beliau juga telah mengenal pasti fungsifungsi pengurusan yang khusus dan telah mencadangkan empat belas prinsip pengurusan. Henri Fayol telah membezakan antara
kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan. Beliau juga telah mengenal pasti fungsi-fungsi pengurusan yang khusus dan
telah mencadangkan empat belas prinsip pengurusan.
FUNGSI PENGURUSAN
Dalam fungsi pengurusan, Fayoltelah memecahkan fungsi-fungsi pengurusan tersebut kepada lima elemen iaitu;
1. PERANCANGAN (PLANNING)
Perancangan meliputi aktiviti-aktiviti berhubung dengan ramalan tindakan yang akan diambil pada masa hadapan dan penentuan
arah haluan organisasi agar ia dapat berkembang dan mencapai matlamat-matlamatnya.
2. PENYUSUNAN (ORGANIZING)
Fungsi ini berhubung dengan pembentukan struktur autoriti, tanggung-jawab dan tugas-tugas
3. PENGARAHAN (DIRECTING/STAFFING)
Aktiviti berkaitan dengan pengarahan kakitangan bawahan, aspek komunikasi, perlakuan pengurusan, pemberian
ganjaran dan penghukuman.
4. PENYELARAN (COORDINATING)
Fungsi penyelarasan berkaitan aktiviti mengabungkan bahagian-bahagian untuk mewujudkan kerjasama bagi
mencapai matlamat organisasi.
5. PENGAWALAN (CONTROLING)
Pengawalan ke atas perjalanan aktiviti organisasi itu penting agar ia tidak terpesong atau lari daripada dasar dan perancangan
organisasi. Fungsi pengawalan ini juga meliputi penilaian pencapaian bahagian-bahagian dan organisasi keseluruhannya.
14 PRINSIP PENGURUSAN
1. Pembahagian kerja
Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja menjalankan tugas yang khusus dan dengan demikian
mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja.
2. Autoriti :
Fayol mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa untuk menarik seseorang supaya
menurut arahan itu.
3. Disiplin :
Asas disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta menghormati per-setujuan yang telah dibuat di antara
organisasi dan kakitangannya.
4. Satu perintah :
Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-arahan daripada seorang ketua sahaja. Ini dapat
mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan konflik di dalam penerimaan dan pemberian arahan.
5. Satu arahan :

Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan di dalam satu rancangan dan diurus oleh seorang
ketua sahaja.
6. Mengutamakan kepentingan organisasi :
Kepentingan organisasi hendaklah diutamakan daripada kepentingan peribadi atau individu. Objektif-objektif
organisasi adalah paling penting daripada objektif individu.
7. Pembayaran upah :
Pekerja mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerja-sama, sokongan dan ketaatan dapat diperolehi
daripada pekerja yang diberi bayaran sewajar dengan perkhidmatan mereka.
8. Pemusatan :
Walaupun pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi, kakitangan bawahan hendaklah juga diberi
kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas dengan efektif.
9. Rantai pemerintahan :
Rantai pemerintahan ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan
di dalam struktur organisasi. Rantai autoriti ini juga menunjukkan arah aliran komunikasi formal di dalam
organisasi.
10. Susunan :
Fayol menggunakan prinsip susunan material dan sumber manusia yang mana material dan manusia itu hendaklah
ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang tepat.
11. Keseimbangan :
Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan ketaatan mereka kepada
organisasi.
12. Kestabilan personel :
Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil. Pihak pengurusan atasan hendaklah
mengimplementasikan amalan yang menggalakkan penglibatan kakitangan kepada organisasi.
13. Inisiatif :
Kakitangan hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan mengim-plementasikan rancangan.
14. Kekitaan :
Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguh-an organisasi.

You might also like