Absenteeism

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

DRAFT KERTAS KERJA SUMBER MANUSIA : SEKSYEN 15(2) AKTA KERJA 1955

Abstrak
Setiap individu yang bekerja dengan sesebuah syarikat atau organisasi mahupon
individu persendirian, atau setiap majikan yang mengambil seseorang bekerja
adalah telah memasuki suatu kontrak secara tidak langsung sama ada mereka
menyedarinya atau tidak. Salahlaku berkaitan tidak hadir kerja selama lebih
daripada dua hari kerja berturut-turut tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
daripada majikannya, atau tanpa alasan yang boleh diterima dan tidak
memberitahu atau cuba untuk memberitahu majikan telah melanggar kontrak
perkhidmatan dan boleh ditamatkan perkhidmatan tanpa notis.

Pengenalan
Gejala ponteng menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Ponteng (absent without leave) kerja
bukanlah satu isu baru, malah dah terlalu lama. Kebanyakan pekerja yang
mengalami masalah disiplin ponteng kerja secara rawaknya mempunyai masalah
dari sudut peribadi, masalah kewangan dan masalah psikologi dengan kerja.

ABSENTEEISM = Ponteng Kerja


Section 15(2) of the Employment Act 1955 states:
Seksyen 15(2) Akta Kerja 1955 menyatakan bahawa:
An employee shall be deemed to have broken his contract of service with the
employer if he has been continuously absent from work for more than two
consecutive working days without prior leave from his employer, unless he has a
reasonable excuse for such absence and has informed or attempted to inform his
employer of such excuse prior to or at the earliest opportunity during such
absence.
Seseorang pekerja dianggap telah melanggar kontrak perkhidmatannya jika dia
tidak hadir kerja selama lebih daripada dua hari kerja berturut-turut tanpa terlebih
dahulu mendapat kebenaran daripada majikannya. Walau bagaimanapun, dia tidak
disifatkan memungkiri kontrak jika dia mempunyai alasan yang munasabah akan
ketidakhadirannya itu dan telah memberitahu atau cuba memberitahu majikannya
akan alasan tersebut sebelum atau pada kesempatan yang terawal.

#1 .An employee shall be deemed To Have Broken His Contract


Seseorang pekerja dianggap telah melanggar kontrak perkhidmatannya.
Makna : tidak secara automatik menyebabkan pekerja ditamatkan perkerjaan.
Perkataan dianggap telah melanggar kontrak(deemed To Have Broken His
Contract) menunjukkan bahawa majikan perlu menyiasat terlebih dahulu samada
pekerja telah tidak hadir mengikut keperluan seksyen ini (Rujuk 2 hingga 8 di atas)

#2 Continously Absent From Work


Ketidakhadiran hendaklah berterusan. Rujuk #3 dan #4 pula bagi maksud
berterusan.
#3 More Than Two Days
Ketidakhadiran perlu LEBIH dari 2 hari iaitu 3 atau lebih hari.

#4 Consecutives Working Days


Ia juga perlu berturut-turut. Misalnya jika tidak hadir pada hari Isnin, Selasa dan
Khamis tetapi hadir pada hari Rabu adalah tidak berturut-turut dan tidak mencapai
maksud di bawah Seksyen ini.
#5 Without Prior Leave
Ketidakhadiran berlaku tanpa pekerja memohon cuti dan dibenarkan oleh pihak
pengurusan.

#6 Reasonable Excuse
Jika #5 (Without prior leave) terjadi, perlu ditunjukkan pula ia terjadi secara sengaja
dan tanpa alasan yang munasabah. Untuk membuktikan dia tidak bersalah, pekerja
perlu berikan sebab munasabah untuk tidak hadir tanpa prior leave dan majikan
ada hak untuk menuntut pekerja memberikan bukti-bukti yang boleh
menyokongnya.
#7 Informed Or Attempted To Inform
Pekerja juga perlu buktikan bahawa dia telah hubungi atau cuba hubungi pihak
pengurusan akan ketidakhadiran, namun atas sebab tertentu mesej itu tidak dapat
diterima pengurusan dsb.
#8 Inform His Employer Of Such Excuse Prior To Or The Earliest Oppurtunity
Cubaan itu menghubungi majikan telah dibuat pekerja seawal mungkin yang
mampu dilakukan.

Siasatan Dan Tindakan


Majikan perlulah memanggil pekerja terlebih dahuliu dalam situasi begini dan
kemudiannya menyiasat secara terperinci berdasarkan peruntukan undang-undang
di atas.
Bukti-bukti dan saksi-saksi (jika ada) perlu dikemukakan sebelum keputusan dibuat.
Jika majikan berpuas hati bahawa syarat-syarat di bawah seksyen 15(2) telah
dipuaskan dan pekerja adalah bersalah, maka ia boleh mengambil tindakan disiplin
terhadap pekerja atau menamatkan sahaja kontrak pekerjaan pekerja atas alasan
pemecahan kontrak di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pekerjaan 1955.

You might also like