Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Back

BLOK, HEAD & PROSES PEMBAKARAN


Page 1 of 10

Next

by Fizz Fixz on Tue 15 Mar - 5:56:02

Setelah Dibincangkan....ak menjadi ia 1 Thread Shaja....


BLOK ENJIN
Silinder enjin 2 lejang berbeza dengan enjin 4 lejang. Silinder blok 2 lejang merupakan nadi sebenar untuk kuasa.
Rekabentuknya berubah mengikut keperluan kuasa motosikal. Silinder 4 lejang sekadar penentu isipadu yang
dikehendaki. ( Luas Permukaan X Jarak Lejang = Isipadu @ CC )
Silinder mempunyai sejukkan udara dan sejukkan cecair. Rekabentuk sejukkan udara bersirip besar serta lebar di
sekeliling silinder. Udara mengalir melalui celah-celah sirip membawa keluar haba panas dari silinder. Suhu dalam
silinder menjadi rendah dan terkawal. Kos baikpulih silinder ini lebih murah tetapi kurang tahap ketahanan
disebabkan sistem penyejukkan yang kurang efektif dan tidak konsisten.
Silinder sejukkan cecair bergantung penuh terhadap radiator sebagai alat penyejuk cecair. Jangka hayat silinder ini
lebih panjang berbanding sejukkan udara. Sistem penyejukkannya lebih efektif dan memberikan prestasi paling
maksimum. Silinder sejukkan cecair mempunyai ruang- ruang rongga di sekeliling untuk membenarkan cecair
sejuk melaluinya dan dalam masa yang sama cecair yang sudah panas keluar menuju ke radiator untuk disejukkan
kembali.
Silinder enjin 2 lejang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi motorsikal. Terdapat 4 bahagian
utama dalam silinder:
Lubang kemasukan (Intake port)
Lubang penghantar (Transfer port)
Lubang penyeburan (Scavenge port)
Lubang ekzos (Exhaust port)
Lubang kemasukan
Enjin 2 lejang mengunakan injap reed untuk mengawal masuk bahan bakar dari karburator. Lubang kemasukan
akan menerima bahan bakar dahulu. Kemudian disimpan pada bahagian kotak engkol.
Lubang penghantar
Piston turun kebawah, bahan bakar di bahagian kotak engkol akan tertolak masuk ke lubang penghantar yang
terdapat di kedua-dua belah bahagian silinder. Kedua-dua lubang itu mempunyai saiz berbeza bagi mengubah
halaju kemasukan bahan bakar.
Lubang penyebur
Tekanan piston tadi menyebabkan kelajuan bahan bakar terus meningkat. Lubang penyebur di dinding silinder
mula terbuka, bahan bakar masuk dengan laju ke dalam ruang silinder dan memenuhinya sebelum piston naik
semula ke atas dan kembali menutup lubang penyebur itu.
Lubang ekzos
Piston naik ke atas dan bahan bakar dimampat .Nyalaan dan letupan menghasilkan kuasa tujahan. Piston ditolak
turun sehingga lubang ekzos terbuka. Asap dari pembakaran itu akan dikeluarkan melalui lubang ekzos dan proses
berikutnya bermula semula.
Kesemua lubang ini mempunyai peranan berbeza dan bergabung untuk dinamakan sebagai blok silinder enjin 2
lejang. Modifikasi ringkas atau penuh, kesemua lubang ini di ubah saiznya dan setiap bahagian akan
menghasilkan corak kuasa yang berbeza-beza. anda dinasihatkan berhati-hati untuk mengubahnya kerana jika
tersilap kemungkinan silinder itu tidak berguna lagi.

[See the image]


*******************************************************************************************************************
***********
Peta Silinder Blok Enjin 2 Lejang
Bagaimana rupa serta kedudukan silinder dalam keadaan hamparan atau dipanggil peta silinder blok. Tujuan kita
guna peta ini adalah untuk mendapatkan ukuran atau saiz yang tepat bagi setiap lubang yang terdapat pada
silinder blok. Corak kuasa motosikal dapat dikenal pasti sebelum modifikasi. Jika anda ingin mencuba
mendapatkan peta silinder, ikuti langkah ini dengan menyediakan dahulu kertas putih, pita pelekat dan juga
sebatang pensil sahaja:
1. Dapatkan silinder blok enjin 2 lejang yang anda ingin modifikasi,
2. Gulung kertas putih dan masukkan ke dalam silinder blok,
3. pastikan kertas melekat ke dinding silinder,
4. Tampal dengan pita pelekat supaya tidak bergerak,
5. Guris guna pensil pada setiap lubang yang di silinder blok,
6. Tandakan jarak antara bahagian atas dan bawah slinder blok tersebut,
7. Warna pensil akan membentuk perbezaan warna antara lubang dan dinding silinder,
8. Siap keluarkan kertas dan buka dalam bentuk hamparan,
9. Tekap pada kertas putih lain untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna.
10. Inilah peta silinder blok enjin 2 lejang.

[See the image]


[See the image]
Bagi menghasilkan corak kuasa yang kehendaki kita perlu tahu peranan sebenar setiap lubang tersebut. Hasil
daripada peta silinder yang kita buat tadi, kita akan dapati lubang penyembur dengan lubang ekzos adalah sebaris
tetapi saiznya berbeza sahaja.
Terdapat beberapa lagi lubang di dalam kategori lubang penyembur (scavenge port) selain dari lubang ekzos yang
dinamakan:
1. 2 lubang Penyembur Utama, (Main Port)
2. 2 lubang Penyembur Bantuan, (Auxiliary Port)
3. 1 lubang Penyembur Pelonjak. (Booster Port)

[See the image]


Lubang pelonjak bertentangan dengan lubang ekzos. Terdapat lubang utama dan bantuan di kiri kanan silinder
blok tersebut. Secara ringkasnya lubang-lubang ini berfungsi seperti:
2 lubang penyembur utama
- Salur menyembur bahan bakar secara melintang ke dalam silinder blok apabila permukaan kepala piston turun
kebawah melintasi lubang penyembur utama. Keadaan ini menyebabkan asap hasil dari pembakaran akan tertolak
keluar bermula dari permukaan atas piston.

2 Lubang penyembur bantuan


- Salur menyembur ke bahagian atas silinder blok pada sudut 45 darjah dari keadaan melintang. Semburan ke arah
bertentangan dengan lubang ekzos untuk memastikan semua asap keluar dari silinder blok.
1 Lubang penyembur pelonjak
- Salur ini memberikan lebih kekuatan untuk bahan bakar menolak asap yang terkumpul dibahagian atas kepala
silinder keluar ke lubang ekzos untuk memastikan kesemua asap hasil dari pembakaran keluar sepenuhnya.
Sistem 2,2,1 ini memberikan kuasa yang hebat untuk motorsikal anda. Masa bukaan setiap lubang penyembur
turut mempengaruhi corak kuasa motosikal anda. Anda boleh memilih untuk:
Lubang utama terbuka dahulu, diikuti dengan lubang bantuan dan pelonjak.
Lubang pelonjak dahulu dan diikuti lubang bantuan dan utama.
Atau memilih semua lubang terbuka serentak.
Hasilnya corak kuasa motosikal anda akan berbeza. Selain dari lubang penyembur dan lubang ekzos terdapat
lubang kemasukan yang terletak dibahagian bawah jika diambil kira lubang ekzos terletak dibahagian atas.
Berperanan membawa masuk bahan bakar untuk proses pembakaran.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

HEAD
Perkara terpenting kepala silinder adalah rekabentuk kawah pembakaran yang betul kerana mampu menghasilkan
pembakaran sempurna pada masa yang sama tidak mengalami kepanasan melampau. Faktor yang diambil kira
dalam merekabentuk kawah pembakaran ialah:
1. Isipadu kawah pembakaran,
2. Sudut "squish band",
3. Rupa bentuk kawah pembakaran,
4. Sudut percampuran antara kawah dan "squish band",
5. Lebar "squish band".

[See the image]


[See the image]
Rekabentuk kawah pembakaran dan "squish band" bertujuan untuk mengurangkan serta menghilangkan keadaan
dimana berlakunya proses pembakaran dua kali atau pembakaran pada masa yang tidak sepatutnya. Contohnya,
piston sudah mencapai tahap nyalaan tetapi pembakaran dalam ruang pembakaran telah berlaku sekali lagi.
Ini dinamakan "Detonation". Kesan dari "Detonation" dapat dilihat pada permukaan atas dan tepi sesebuah piston.
Piston boleh berlubang dan dinding piston mengalami kesan calar akibat dari pembakaran tidak sempurna.
"Detonation" antara penyebab utama kegagalan mendapatkan penyelarasan serta ketahanan motosikal pada tahap
paling optimum.
Faktor jarak dari permukaan atas piston semasa tahap piston teratas atau "Top Dead Center" dengan permukaan
bahagian dalam kepala silinder perlu dikira. Jika rekabentuk mempunyai 5 ciri diatas, belum tentu selamat tanpa
jarak yang tepat kerana "Detonation" masih boleh berlaku. Ukuran utama ialah jarak permukaan "squish band"
dengan permukaan atas piston di "top dead center".

2 perkara mempengaruhi jarak tersebut iaitu jenis petrol yang digunakan dan isipadu silinder blok motosikal.
Contohnya, jika isipadu silinder diantara 100cc hingga 125cc, jarak paling sesuai digunakan diantara 0.8mm
hingga 0.9mm untuk petrol tetapi jenis AVGas pula jarak sesuai digunakan 0.7mm hingga 0.8mm. Jika isipadu
silinder lebih besar, jarak antara permukaan ini turut berubah dan boleh mencapai diantara jarak 1.2mm sehingga
1.4mm.
Rekabentuk kawah pembakaran tidak sama bagi setiap kategori motosikal. Kenapa?, kerana berkait rapat dengan
jenis banjaran kuasa yang dikehendaki oleh pemilik atau pelumba. Motosikal perlumbaan litar memerlukan
banjaran kuasa enjin yang kuat dari tahap pertengahan sehingga ke tahap paling maksimun tetapi motorcross
atau enduro memerlukan kuasa pada tahap rendah ke tahap pertengahan. Motosikal yang mempunyai banjaran
kuasa kuat pada peringkat awal sehingga pertengahan senang ditunggang.
Perbezaan paling ketara boleh kita ukur pada kawah pembakaran adalah pada jumlah lebar "squish band", dimana
banjaran kuasa yang tinggi memiliki lebar "squish band" yang kurang dari jumlah luas kawah pembakaran atau
lubang bulat ditengah kawah. Begitulah sebaliknya, banjaran kuasa enjin yang kuat dipertengahan biasanya
memiliki ruang pembakaran yang lebih kecil atau sama, berbanding dengan jumlah lebar "squish band'. Ini bukan
bererti hanya melakukan ubahsuai pada ruang kepala silinder sudah mencukupi, tapi anda harus ingat selain lebar
"squish band", isipadu kawah pembakaran juga turut mempengaruhi prestasi keseluruhan motosikal.
Rekabentuk ruang pembakaran ini merupakan salah satu kombinasi dengan bahagian-bahagian lain seperti ekzos
dan juga blok silinder untuk mendapatkan penyelarasan serta kuasa yang paling optimun pada motosikal anda.

[See the image]


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Nisbah Mampatan Antara Kepala dan Blok Silinder
Kepala silinder mempunyai rekabentuk yang berbeza untuk mempengaruhi suhu serta pembakaran yang optimum.
Blok silinder memastikan aliran masuk bahan bakar pada kadar yang maksima mengikut corak aliran yang dipilih
untuk menghasilkan banjaran kuasa yang sesuai dengan strategi penunggang itu sendiri.
Konsep nisbah mampatan, mungkin kita tahu nisbah mampatan yang tinggi akan memberikan prestasi yang hebat.
Tetapi nisbah mampatan kita terlampau tinggi atau tidak sesuai, boleh menyebabkan kerosakan pada enjin
motosikal dan juga masalah detonation iaitu pra-pembakaran.
Bagi mencapai tahap nisbah mampatan yang tinggi, harus menggunakan petrol yang kaya dengan kandungan
oktana serta pengurusan elektronik enjin yang betul serta tepat.

[See the image]


Asas matematik, untuk mengira nisbah mampatan adalah:
1. Dapatkan kandungan silinder dengan mengukur dari kedudukan terbawah piston (BDC) sehingga kedudukan
tertinggi piston (TDC) dan namakannya sebagai Isipadu silinder.
2. Dapatkan jumlah kandungan kepala silinder, anda boleh mengukur mengunakan buret dan namakannya
sebagai Isipadu Kawah Pembakaran.
Hasilnya:
Nisbah Mampatan = Isipadu silinder / Isipadu Kawah Pembakaran.
Contohnya: Nisbah Mampatan = 135cc / 12 cc = 11.25 cc
Nisbah Mampatan = 11.25 : 1

Ini adalah asas pengiraan, jika tidak diambil kira tebal gasket. Pengiraan akan menjadi lebih teliti, mereka yang ada
kepentingan dalam sesuatu perlumbaan akan menitik beratkan faktor ini.
Setiap kali kita menukar piston yang saiznya lebih besar atau conrod yang lebih panjang serta pendek, nisbah
mampatan dan prestasi motosikal turut berubah sama. Bergantung kepada tahap pemahaman serta kemahiran
anda dalam mengubahsuai motosikal. Tetapi jika anda menukar piston saiz dan jenis yang sama, nisbah
mampatan yang ada sekarang tidak berubah kecuali permukaan serta kedudukan pin piston berlainan dari asal.
Jangan anda cuba mengubahsuai kepala silinder atau blok silinder sesuka hati, dapatkan dahulu maklumat
tentang nisbah mampatan yang dikehendaki, kemudian ukur serta sukat dengan teliti mengunakan formula
matematik yang anda telah pelajari di sekolah. Jika anda tidak mahu pening kepala berikan saja kepada mekanik
yang sudah berpengalaman melakukannya.

SUMBER
P/s: Disini ak cuma bagi info....kalo korang bertnya....ak akn jawab sekdar apa yang ak tahu....cuma kalo part2 yg
susah tue...maaf ak x dpt nak jawab..
Hope otai2 dapat membantu yer...
###sekadar Info Bersama###

by Fizz Fixz on Tue 15 Mar - 13:01:34

Untuk makluman semua...thread yg lepas akan d deleted oleh admin...


maka...yg rasmi nyer thread adalah yang ini...

by musesaddiq on Tue 15 Mar - 14:25:11

kalau dah piston size dah nek 0.50, modi kawah head tu brapa ?

by Dino on Tue 15 Mar - 19:57:10

panjang bebenor info ni...ambik mase nk bace...


jek rod ape kesannye?

by Fizz Fixz on Tue 15 Mar - 20:27:58

hehehehe tahu x per....


apa pun baca bg paham dl...hehe
ak pun dlm proses nak membaca +faham kan apa bnd yg info nie bg...
ak post sbb info dia sgt menarik...

by satria_zr on Sun 10 Apr - 14:56:55

penat lak baca..tp xpaham..tp pape pun kalo modi block..


lubang xzos kene jge..terover korek gear 6 drop..
die kene at least jarak lubang xzos belah bawah blok ke bawah dlm 28mm..
lebih gear 6 drop gile2..ni menentukan pressure kt head..2 je la yg aku tau2 gitu je a..haha
salah tlg tul kan..2 pasal a xpkai gasket head

by YapBKX3048 on Wed 15 Jun - 14:48:21

[See the image]

Nie ha aku share skit... pandai2 kowg la ye...

by Fizz Fixz on Sun 3 Jul - 14:18:50

musesaddiq wrote:

kalau dah piston size dah nek 0.50, modi kawah head tu brapa ?

kalo nak mody kawah se elok nyer...ikut saiz pston....utk buat kawah...
itu yg sebaik nyer..

by syamz3940 on Wed 6 Jul - 23:28:22

salam, otai2 smua..


ak nubis lg lam bab2 port blok nie..
blok ak pomen port lubang ekzos lebih ak rse..
sbb gear 6 drop gler2..
gear 5 leh trik smpai outmeter..
msuk jek gear nam trus drop p 150 jek..
nape erk..
kai sporket 15/38..
laen2 sume stndard..
cm ne nk setel mslh ak nie yek??
tlong2.. nubis..

by der z0uwl on Wed 20 Jul - 5:55:46

syamz3940 wrote:

salam, otai2 smua..


ak nubis lg lam bab2 port blok nie..
blok ak pomen port lubang ekzos lebih ak rse..
sbb gear 6 drop gler2..
gear 5 leh trik smpai outmeter..
msuk jek gear nam trus drop p 150 jek..
nape erk..
kai sporket 15/38..
laen2 sume stndard..
cm ne nk setel mslh ak nie yek??
tlong2.. nubis..

try trun mata spocket jd 15/36 ke

by Ultra-Z on Wed 20 Jul - 20:29:16

masuk gear 6 rxz la tgk cemane pergi..


kekekekeke...
tp kne oberhaul la jwbnye..

by kimie on Thu 25 Aug - 22:25:17

[See the image]


by Dino on Thu 25 Aug - 22:42:39

kimie wrote:

[See the image]

ni korek simple je...tp mgkin dasat prestasinye huhu

by kimie on Thu 25 Aug - 22:45:46

Dino wrote:

kimie wrote:

[See the image]

ni korek simple je...tp mgkin dasat prestasinye huhu

ne aku buat kt tangkak...


bdak sprintest...

by tupaijet_junior on Sat 27 Aug - 23:19:54

ape pndapat korg kalau polish sume lubang kat blok..?

Page 1 of 10

Next

You might also like