Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SULIT

Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D.
Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan
yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.
Soalan 1 hingga Soalan 18
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.

1. Encik Nathan ialah Guru Besar kami yang baru. Sebelum ini ......................
bertugas di
sebuah sekolah di Pulau Pinang.
A

dia

baginda

ia

beliau

2. Mariana menangis dengan kuat __________ menghentak-hentakkan kakinya ke


lantai.
A
B

sambil
tetapi

C kecuali
D lalu

3. Walaupun Yusri dan Yusra adalah kembar, _________ ,mempunyai tingkah laku dan
kegemarannya yang jauh berbeza.
A.

dia

B.

mereka

C.

beliau

2015 Hak Cipta MGPS

SULIT
D.

kamu

4. Pada waktu petang, Asmah selalu menolong ibunya menyapu __________ yang
gugur di halaman rumahnya.
A

pokok-pokok

kayu-kayan

daun-daun

rumput-rampai

5. ___________ akan cuba menangkap pencuri itu, sembah Pak Belalang kepada
raja.
A

patik

hamba

beta

aku

6. Polis menjumpai dua __________ pistol yang disembunyikan di dalam se__________


pokok serai di belakang rumah penjahat itu.
A.
B.

das ... buah


laras ... batang

C.

pucuk ... cekak

D.

pucuk ... rumpun

2015 Hak Cipta MGPS

SULIT
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Datin Fauziah membeli sebidang _______________ di Jalan Tuanku Abdul Rahman


untuk menghias rumahnya sempena hari raya.
A.
B.

permaidani
tikar mengkuang

C.

langsir

D.

cadar

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah

8. ___________ akan berpindah ke sekolah baharu pada bulan hadapan kerana


mengikut suaminya.
A

Cikgu Mahmud

Cikgu Marlina

Doktor Azimah

Inspektor Rahimah

9. Nenek sedang menjahit atap, __________ datuk sedang membelah kayu api ketika
2015 Hak Cipta MGPS

SULIT
kami sampai di rumah mereka.
A

walaupun

malahan

manakala

tetapi

10. Orang itu sudah berumur, tetapi perangainya masih ...............................


A

kemalu-maluan

kehairan-hairanan

kegila-gilaan

kebudak-budakan

11. Dia ............................... setelah menamatkan larian sejauh 400 meter itu.
A

tersedak-sedak

tercungap-cungap

terpinga-pinga

bersorak-sorak

12. Harga dua ........................... petai dan se ..........................rambutan ini ialah


lima
ringgit.
A

ikat biji

buah................. Ionggok

keping ............. cekak

papan ikat

13. ______________ ialah seorang ahli sukan negara yang banyak mengharumkan
nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
2015 Hak Cipta MGPS

SULIT

Dato Siti Nurhaliza .

Datuk Nicol Ann David.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Datuk Fadzilah Kamsah

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. ______________ kah jumlah setem luar negara yang kamu ada, Kamal? Tanya
Azril.
A

Apa

Ada

Siapa

Berapa

15. _____________ kah kamu tidak menghadiri aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu
lepas, Aida?.
A

Mengapa

Siapa

Bagaimana

Mana

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

2015 Hak Cipta MGPS

SULIT

16. Puan Zaleha gembira kerana baru melahirkan seorang bayi yang _____________.

segak

cantik

comel

kacak

17. Suasana di ibu kota kelihatan sungguh ______________ kerana ramai penghuni
kota
pulang ke kampung sempena hari raya.
A

seram

lengang

kabur

diam

18. Keputusan pertandingan bercerita sempena Minggu Bahasa Melayu ___________


diumumkan sebentar lagi.
A

pernah

sedang

masih

akan

19. Cikgu Misha memberitahu _____________ perjumpaan ahli-ahli Persatuan Sains


dan
2015 Hak Cipta MGPS

SULIT
Matematik akan diadakan pada hari Sabtu.
A

yang

untuk

kalau

bahawa

20. Kita patut___________ jasa para perajurit yang sanggup berkorban demi
___________
negara tercinta.
A

menghargai .. mempertahankan

hargai mempertahan

dihargai . dipertahankan

penghargaan .. ketahanan

21. Kamarul berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang.


Perkataan seerti bagi gerun ialah
A

bimbang

mabuk

takut

penat

22. Ikan-ikan di tasik itu boleh dilihat kerana airnya sangat jernih.
Perkataan berlawan bagi jernih ialah
A

kotor

keruh

cetek

jarang

2015 Hak Cipta MGPS

SULIT
23. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan di Malaysia.
A

Di manakah temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan?

Benarkah temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan di Malaysia?

Bilakah temasya Sukan Komanwel akan diadakan di Malaysia?

Negara manakah yang akan menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel
1998?

24. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Apakah tajuk syarahan yang disampaikan oleh peserta akhir itu?
A

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja amat membimbangkan.

Peserta akhir itu berada di atas pentas untuk menyampaikan syarahan.

Peserta akhir itu diberi tajuk Penyalahgunaan Dadah.

Tajuk syarahan yang disampaikan oleh peserta akhir itu ialah

Penyalahgunaan
Dadah.
Soalan 25 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25. Siapkan latihan Matematik ini sebelum pukul 10.00 pagi, kata Puan Haslina
kepada murid-muridnya.
A.
B.

Puan Haslina diminta oleh murid-muridnya menyiapkan latihan Matematik


sebelum pukul 10.00 pagi.
Puan Haslina meminta murid-muridnya menyiapkan latihan Matematik

C.

sebelum
pukul 10.00 pagi.
Puan Haslina dan murid-muridnya diminta menyiapkan latihan Matematik

sebelum pukul 10.00 pagi.


D. Puan Haslina berharap murid-muridnya dapat menyiapkan latihan Matematik
sebelum pukul 10.00 pagi.
26. Puan Siti menyuruh Alina menghidangkan makanan di atas meja.
2015 Hak Cipta MGPS

SULIT

A Alina, sudahkan kamu menghidangkan makanan di atas meja? tanya Puan


Siti.
B Alina, ibu suruh hidangkan makanan di atas meja, kata Puan Siti.
C Alina, hidangkan makanan di atas meja kata Puan Siti
D Alina, adakah makanan sudah terhidang di atas meja? tanya Puan Siti.
Soalan 27 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
27.

I Ibu membeli tiga pucuk pisang untuk digoreng.


II Kambing suka makan pucuk kayu muda.
III Para pendaki gunung itu akan cuba mendaki hingga ke pucuk Gunung
Kinabalu.
IV Polis telah merampas beberapa pucuk pistol daripada kumpulan kongsi
gelap itu.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I dan III sahaja
D III dan IV sahaja

28.

I Saya baru sekali pergi ke Pulau Langkawi.


II Pemandangan di kawasan penanaman teh di Cameron Highlands indah

2015 Hak Cipta MGPS

SULIT
sekali.
III Jangan kamu sekali memandang rendah terhadap keupayaan lawan kamu
itu.
IV Saya tidak menyangka sama sekali akan memenangi peraduan mengarang
itu.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
Soalan 29 30
Pilih ayat-ayat yang betul
29.

A Lawatan ke Kuala Lumpur akan diadakan pada minggu lepas.


B Dia ialah guru besar di Sekolah Kebangsaan Kota Damansara.
C Nasi himpit adalah antara makanan kesukaan ayah saya.
D Jemput tutup suis lampu di kelas itu sebelum kamu keluar.

30

I Jamil paling tertinggi sekali di kelasnya.


II Pelbagai kuih-muih dijual di warung Pak Ali.
III Kamal masih menyiapkan kerjanya walaupun hari sudah lewat malam.
IV Bagaimanakah cara membuat kuih lapis ini?.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D II dan III sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
2015 Hak Cipta MGPS

10

SULIT

Matahari terlindung cuaca redup,


Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.
Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.
Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.
Hati gembira apabila bertemu,
Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.

31. Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?


A Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
B Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.
C Ilmu akan dibawa hingga ke mati.
D Ilmu itu dapat menghidupkan pelita.
32. Perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan
A rahsia

2015 Hak Cipta MGPS

11

SULIT
B seksa
C sukar
D mudah.

33

Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh


A membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.
B menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.
C menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.
D menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.

34 Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali


A

kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.

kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu.

membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.

35

Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi.

Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah


A Pantun Ilmu
B

Mari Berpuisi

Faedah Ilmu

D llmu Dalam Pantun

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
2015 Hak Cipta MGPS

12

SULIT

Bermula sebagai ramuan ubatan herba, teh cina berkembang menjadi


minuman harian. Teh ini diimport dari negara China dan Taiwan kerana baka yang
terbaik dihasilkan di kedua-dua buah negara tersebut. Oleh sebab itulah, harga teh
cina agak mahal.
Mengimbau kembali sejarah penemuan teh cina, 5 000 tahun dahulu seorang
lelaki di negara China, iaitu Luyue mencari herba di kawasan pergunungan. Ketika
mencari daun-daun kayu untuk dijadikan ubat, Luyue tertarik oleh sejenis daun
yang
begitu asing baginya. Luyue membawa daun tersebut pulang ke rumahnya untuk
diproses. Selepas daun itu direnehkan, Luyue mendapati bahawa daun tersebut
dapat dijadikan penawar kepada pesakit yang terkena racun.
Proses membuat teh cina pula dilakukan pada musim bunga atau musim
luruh.
Pucuk teh yang segar dipilih dan dipetik sebelum dikeringkan di bawah sinar
matahari. Ada juga teh cina yang dikeringkan lebih daripada sepuluh tahun.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, semakin lama teh dikeringkan, semakin
cantik warnanya. Baunya pula lebih wangi. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika
harganya agak mahal. Teh ini dikenal sebagai phu err.
Hari ini terdapat beberapa jenis teh cina yang dikomersilkan. Antaranya ialah
teh hijau, teh hitam, teh merah, dan teh bunga atau teh putih. Teh-teh ini
mempunyai
keistimewaan yang tersendiri dengan rasa yang berbeza-beza.
Teh cina ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina kerana
dikatakan
banyak mempunyai khasiat, malah rasanya enak dan tidak pahit. Khasiat inilah
yang
menyebabkan masyarakat Cina juga percaya bahawa minuman ini dapat membawa
tuah dan kesejahteraan kepada para penggemarnya. Atas kepercayaan inilah, teh
cina dimartabatkan sebagai minuman rasmi dalam upacara perkahwinan
masyarakat Cina. Teh itu dihidangkan oleh pasangan pengantin tersebut kepada ibu
2015 Hak Cipta MGPS

13

SULIT
bapa pengantin dan ahli keluarga yang lain sebagai tanda menghormati orang yang
lebih tua.
Kini, teh cina bukan saja menjadi minuman tradisi kaum Cina bahkan
digemari
oleh pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia juga.
36. Mengapakah harga teh cina lebih mahal daripada teh-teh yang lain?
A kerana teh ini diimport dari negara China dan Taiwan.
B kerana rasanya lebih enak dan tidak pahit.
C kerana proses membuatnya dilakukan pada musim bunga atau musim luruh.
D kerana teh ini banyak mempunyai khasiat.

37. Luyue dalam petikan ini mungkin sekali seorang


A pengembara.
B peniaga.
C petani.
D tabib

38. Apakah keistimewaan teh cina yang dikeringkan dalam jangka masa yang lama?
A

khasiatnya akan bertambah banyak

rasanya akan berubah menjadi lebih pahit

C warnanya cantik dan baunya lebih wangi


D dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit

2015 Hak Cipta MGPS

14

SULIT
39. Kata dimartabatkan dalam petikan ini bermaksud...
A dimuliakan peranannya.
B

ditambahkan tugasnya.

C dikagumi kelebihannya.
D disukai ramai

40. Semua penyataan yang berikut benar tentang teh cina, kecuali...
A teh ini menjadi minuman tradisi masyarakat Cina.
B hanya sejenis teh cina yang dikomersilkan.
C teh cina digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.
D teh yang dikeringkan selama sepuluh tahun dikenal sebagai phu err.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

...

( Marlina bt Idris )

( Norzlina bt Mohd Khair )

Guru Bahasa Melayu Tahun 5

Ketua Panitia Bahasa Melayu

SK(P) Methodist, Kuantan

SK(P) Methodist, Kuantan

2015 Hak Cipta MGPS

15

You might also like