Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Perbandaran Tamadun Rom

Tamadun Rom bermula daripada kampung-kampung kecil yang wujud di kawasan


selatan Sungai Tiber di Itali. Penduduk yang mendiami kawasan tersebut ialah orang-orang
Aryan atau dikenali sebagai orang Latin. Perkampungan mereka telah berkembang menjadi
bandar besar dan seterusnya menjadi sebuah empayar. Di bahagian selatan Itali dan Pulau Sicily
didiami oleh orang-orang Yunani. Mereka mendirikan bandar-bandar dan mengamalkan
kebudayaan Yunani. Rom merupakan sebuah bandar terbesar di Itali. Bandar ini terletak di
sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber. Rom berkembang dan menjadi bandar penting yang
akhirnya meliputi tujuh buah bukit di sekitarnya. Apabila Rom jatuh ke tangan orang-orang
Etruscan pada abad ke-6 SM, Rom telah muncul sebagai sebuah bandar yang besar dan sebuah
tembok dibina mengelilingi ketujuh-tujuh bukit tersebut. Banyak bangunan dibina oleh orangorang Etruscan. Sebuah pelabuhan juga dibina di tebing Sungai Tiber untuk urusan
perdagangan

Perbandaran Tamadun Yunani


Tamadun Yunani yang terawal bermula di Pulau Crete yang terletak di Laut
Aegean.Kewujudan bandar-bandar dalam tamadun ini didorong oleh perubahan
corak kehidupan iaitu dari kehidupan nomad kepada kehidupan yang tetap
(terikat kerana pertanian).Mereka telah menubuhkan suku kaum masingmasing. Suku-suku itu pula telah menetap di satu-satu kawasan yang
kemudiannya telah membentuk kampung. Kampung-kampung ini kemudiannya
telah berkembang menjadi bandar/ kota. Luas tiap-tiap kota adalah antara 80
hingga 800 km persegi dengan purata penduduk seramai 5000 orang. Setiap
kota membawa kehidupan sendiri ( tiada perpaduan antara satu kota dengan
kota yang lain). Ini berpunca dari keadaan geografi yang berbukit bukau, sistem
kepercayaan yang berbeza dan keinginan tiap-tiap kota untuk memiliki
kekayaan dan perdagangan masing-masing. Setiap kota mempunyai tentera
dan undang-undang masing-masing. Ibu kota Crete ialah Knossus, merupakan
kota yang pertama di Eropah. Penduduknya berjumlah 80000 orang. Satu ciri
utama kota knossus ialah istananya yang dikelilingi oleh tempat tinggal
golongan aristokrat. Golongan miskin tinggal di kawasan industri. Kota Knossus
mempunyai jalan-jalan yang tersusun dan sistem pengairan yang lengkap. Tiaptiap
kota
dibahagikan
kepada
3
bahagian
iaitu:
i. Acropolis : merupakan sebuah kawasan yang mempunyai tembok-tembok
pertahanan. Kuil yang dipanggil Parthenon dibina dipusatnya untuk memuja
Dewi
Athena.
ii. Kawasan di bawah Acropolis merupakan kawasan kediaman dan pasar-pasar.
iii. Kawasan di luar kawasan tempat kediaman

Organisasi Sosial Tamadun Rom


Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas iaitu:
1. Golongan Patrisian : golongan bangsawan yang merupakan pemilik tanah
yang kaya, memonopoli jawatan Konsul dan keahlian Senat.
2. Golongan Plebeian : rakyat jelata yang terdiri daripada petani kecil
( masyarakat Rom terbesar), artisan dan peniaga. Mereka dipaksa membayar
cukai yang tinggi serta berkhidmat dalam angkatan tentera Rom. Dari segi
politik, pada tahap awal mereka hanya dibenarkan menjadi ahli Perhimpunan
Centuriate. Hinggatahun 445SM mereka dilarang berkahwin dengan golongan
Patrician.
3. Golongan hamba :kebanyakan golongan ini terdiri dari orang tawanan. Mereka
bekerja diladang, kilang atau pembantu rumah golongan atasan.
Kaum wanita Rom mempunyai status yang lebih baik daripada wanita Athens.
Mereka membantu mengasuh anak-anak dan memberi nasihat dalam soal
peribadi. Wanita kelas atasan Rom menerima pendidikan tinggi dan boleh
memperoleh harta

Organisasi Sosial Tamadun Yunani


Masyarakat Sparta terdiri daripada 3 golongan iaitu Golongan Peer (yang terdiri
daripada golongan pemerintah dan pemilik tanah), Golongan Perioeci ( orang
bebas yang menjalankan kegiatan perdagangan dan perusahaan) dan Golongan
Helot ( petani dan hamba abdi yang mengerjakan tanah golongan Peer).
Golongan Peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering
menghadapi pemberontakan dari golongan Helot. Hanya bayi golongan Peer
yang sihat sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun
dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap
lelaki harus berkorban untuk negaranya. Anak perempuan diberilatihan
gimnastik dan ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat
untuk negara dengan menjadi isteri yang setia. Di Athens, masyrakatnya
dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan bangsawan dan golongan orang
biasa ( terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara). Golongan
bangsawan memiliki kawasan tanah terbaik dan menguasai bidang politik.
Golongan petani yang gagal membayar hutang golongan bangsawan telah
menjadi hamba kepada golongan bangsawan. Masyarakat Athens lebih
mementingkan kebebasan dan hak indiviidu.

Organisasi Sosial Tamadun Barat / Eropah


Keruntuhan Empayar Rom pada sekitar abad ke-5 M telah memulakan zaman
pertengahan Eropah( selama 1000 tahun). Peringkat awal zaman pertengahan
itu dianggap sebagai zaman gelap kerana Eropah melalui satu peringkat yang
kurang maju perpecahan politik, kemersotan ekonomi dan kongkongan agama
Kristian terhadap masyarakatnya). Masyarakat Eropah masa itu terbahagi
kepada 2 golongan iaitu pemimpin ( terdiri daripada raja dan bangsawan/ vassal)

dan yang dipimpin ( rakyat biasa / serf ) Raja berada pada kedudukan tertinggi,
diikuti lapisan kedua iaitu golongan bangsawan/vassal dan ahli agama. Golongan
rakyat biasa itu terdiri daripada petani dan rakyat biasa. Mereka bukanlah hamba
tetapi mereka tidak bebas sepenuhnya. Mereka bekerja untuk tuan mereka iaitu
golongan pada lapisan kedua tadi. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan
mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat
lain. Kedudukan mereka adalah di antara hamba dengan orang bebas. Sistem
begini dipanggil sistem feudal. Apabila zaman pertengahan itu berakhir, zaman
moden Eropahpun bermula pada sekitar tahun 1500M. Organisasi sosial Eropah
turut berubah dengan kemerosotan sistem feudal. Peningkatan pertanian
dagangan, perkembangan bandar dan sektor perusahaan telah memberi peluang
kepada golongan serf ini bebas dari belenggu tuan tanahnya. Ada di antara
mereka yang melarikan diri ke bandar untuk menjadi buruh upahan

Negara Kota Tamadun Rom


Rom telah didatangi orang-orang Etruscan yang agresif ( di utara Itali). Di
sebelah pinggir laut yang subur tinggal penduduk yang agak primitif. Pada abad
ke-8 datang pula orang Greek yang lebih mencintai kedamaian ( mengusahakan
tanah). Di sebelah selatan kawasan orang Etruscan iaitu di dataran Sungai Tiber
tinggal orang Latin ( satu dari puak Itali). Mereka membentuk komuniti yang
berasingan. Walau bagaimanapun, mereka telah bersatu ketika
mempertahankan diri dari serangan orang Etruscan. Penyatuan inilah yang
menjadi asas pembentukan bandar Rom kira-kira padatahun 753SM. Bertahuntahun lepas itu Rom berkembang menjadi ibu kota dunia Barat. Rom terletak di
tengah-tengah jalan selatan ke utara dan ditebing Sungai Tiber.Kuala sungai itu
menjadi pelabuhan yang terbaik di pantai barat. Dengan itu, ia menjadi kunci
masuk ke Itali. Rom adalah gabungan kampung-kampung yang terletak di atas
bukit-bukit kecil . Dari atas bukit-bukit itu mereka boleh nampak angkatan
Etruscan yang bengis, lengkap dengan senjata yang pada bila-bila masa sahaja
akan menyerang mereka. Penduduk Rom ini pada hakikatnya adalah bersifat
tentera dan semua institusi mereka mencerminkan kelakuan mereka yang suka
berperang, sementara bakat mereka ditunjukkan dengan sepenuhnya dalam
usaha-usaha ketenteraan.
Pada mulanya Rom diperintah oleh seorang raja yang juga menjadi padri besar,
jeneral dan penggubal undang-undang. Baginda menentukan peraturanperaturan dalam perhubungan mereka dengan dewa-dewa, orang asing dan
antara satu sama lain. Penduduk di bawah pemerintahannya tidak dianggap
setarafdengan baginda. Antara penduduknya terdapat golongan bangsawan
(Patrician) dan yang lain-lain dipanggil Plebeian.. Golongan Plebeian ini bekerja
untuk mereka dan berharap akan mendapat perlindungan daripada mereka.
Golongan Patrician inilah yang menjadi ahli Senat ( badan penasihat yang
mengandungi orang lelaki yang tua dan berpengalaman). Senate ini berhak ke
atas pelantikan raja baru. Apa yang jelas tentang Rom ini ialah Rom hampir
sepanjang masanya berperang dan rajanya membuktikan diri mereka sebagai
pemimpin yang sesuai. Orang Rom telah menunjukkan bahawa mereka
merupakan pahlawan-pahlawan yang hebat walaupuntidak pernah mampu
menentang orang Etruscan.Pada awal abad ke-6 Rom jatuh ke tangan raja-raja

bangsa Etruscan yang terkenal dengan pemerintahan yang zalim itu. Orangorang Rom menggelar mereka sebagai Tarquin Sombong. Walau bagaimanapun
mereka telah berjasa dalam membuat tembok melingkungi semua komuniti dan
dianggap sebagai pengasas bandar itu. Mereka mengadakan sistem saliran dan
mencantikkan bandar itu dengan membina rumah-rumah berhala. Mereka
menyusun semula angkatan tentera, membesarkannya dan membahagikan
warganegara mengikut kekayaan mereka. Mereka hanya sempat memerintah
Rom tidak sampai 100 tahun kerana orang-orang Rom telah bangkit menentang
dan menghalau mereka.Tragedi ini dianggap sebagai satu revolusi Pengusiran
Raja-Raja. Pemerintahan Etruscan yang zalim itu telah menghantui perasaan
orang-orang Rom untuk tidak menerima pemerintahan beraja. Selepas itu orang
Rom telah menubuhkan pemerintahan berbentuk republik

Negara Kota Tamadun Yunani


Dalam tamadun Yunani, Negara Kotanya dikenali sebagai Polis (dari bahasa
Greek) yang merupakan sebuah pusat berkubu dan menjadi ibu kota bagi Yunani.
Ia merupakan sebuah pusat yang sangat dihormati. Ia menjadi pusat komuniti
Acropolis pula merupakan kota berkubu di bahagian tengah. Sebenarnya yang
dimaksudkan bahagian tengah itu ialah bahagian hulu sesebuah bandar dan
yang termasyhur sekali ialah bandar Athens.Sebelum sesebuah negara kota itu
muncul, asalnya bermula daripada kampung-kampung yang bersebaran. Lama
kelamaan penduduk setiap lembah atau dataran bergabung menjadi satu
komuniti politik dan bersam-sama menyembah dewa-dewa, berjual beli, menjaga
pertahanan dan menjalankan pemerintahan. Pusat komuniti itu biasanya terletak
di satu kawasan berbatu yang tinggi di tengah-tengah dataran dan dari situ
dapat dilihat seluruh kawasan sekitar. Kebanyakan lembah-lembah Greek
berbentuk piring terbalik. Pusat komuniti inilah kota berkubu dan ibu kota (polis).
Luas tiap-tiap kota ialah antara 80 hingga 800 km persegi dengan purata
penduduk seramai 5000 orang.
Negara-negara kota di Yunani ini kecil-kecil dan berbeza dari jirannya yang
terdapat di sebalik banjaran gunung. Warganegara sesebuah negara kota tinggal
begitu dekat dengan pusat pemerintahan dan sebab itulah mereka terlibat dalam
pemerintahan. Dalam usaha/percubaan memerintah sendiri, mereka telah
memecat raja-raja dan pembesar-pembesarnya satu demi satu. Orang Greek
amat menyayangi negara kota mereka. Dalam peperangan yang sering berlaku
antara negara-negara kota, warganegaranya rela mati berjuang bagi
mempertahankan kota mereka itu. Malah sepanjang hidup mereka dari mula
lahir hingga ke akhir hayat, jiwa raga mereka tercurah kepada negara kota
mereka. Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ini ialah
Athens, Sparta,Thebes, Corinth, Olympia dan Argos. Athens merupakan salah
sebuah negara kota dalam tamadun Yunani yang paling terkenal. Sehingga
pertengahan abad ke-8 SM, Athens seperti negara kota lain di Yunani
menjalankan pemerintahan secara monarki (beraja). Kira-kira pada tahun 750SM
raja Athens telah digulingkan kerana rakyat inginkan suara yang lebih dalam
pentadbiran dan juga kerana penindasan yang telah dilakukan oleh raja.
Pemerintahan telah diambilalih oleh sekumpulan bangsawan yang digelar
eupatrid. Mereka telah melakukan aktiviti perlanunan dan merampas tanah
untuk menambahkan kekayaan mereka. Golongan ini telah mengambilalih kuasa

politik dengan menguasai Majlis dan tentera. Mereka memerintah Athens


menerusi Majlis Bangsawan (Council of Nobles). Zaman ini dikenali sebagai
Zaman Kebangsawanan/Aristokrasi. Pegawai awam utama ialah Ketua Majistret
yang dipilih setiap tahun dari golongan bangsawan. Petani tertindas dalam
pemerintahan ini dan menjadi hamba abdi bila hutang tidak terbayar. Pada tahun
594SM golongan bangsawan telah memilih Solon sebagai ketua majistret dan
memberikannya kuasa mutlak untuk membuat perubahan. Perlantikan itu dibuat
kerana rasa bimbang jika seseorang ketua yang berkebolehan tidak dilantik,
mereka mungkin akan digulingkan oleh seseorang yang zalim. Solon telah
menubuhkan Majlis Empat Ratus (Council of Four Hundred) yang terdiri daripada
golongan bangsawan dan pemilik harta yang kaya.Majlis ini kemudian bertukar
menjadi Majlis Lima Ratus. Beliau telah menubuhkan semula Perhimpunan Agung
( berfungsi sebagai badan perundangan). Solon juga menubuhkan sebuah
Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa untuk menimbangkan rayuan
terhadap keputusan majistret. Tahap kegemilangan sistem demokrasi di Athens
dicapai di bawah pimpinan Pericles (495-429SM). Pericles telah menubuhkan
sebuah Lembaga yang bertindak sebagai badan eksekutif tertinggi. Ahlinya
terdiri daripada 10 orang jeneral yang dilantik oleh Perhimpunan Agung untuk
satu tahun. Pericles juga membuat perubahan terhadap kuasa membuat
keputusan dan menjatuhkan hukuman iaitu tidak lagi oleh majistret tetapi oleh
sekumpulan juri. Sparta adalah negara kota yang terkuat di Yunani. Kerajaan ini
berbentuk militeri. Rakyatnya terdiri daripada kaum Dorian yang berhijrah dari
utara. Tenteranya terdiri daripada tentera darat dan laut. Kanak-kanak Sparta
akan menjalani latihan ketenteraan bila berusia 7 tahun dan memasuki tentera
bila berumur 20 tahun dan terpaksa tinggal di berek tentera sehingga berumur
30 tahun. Melalui sistem ini, kanak-kanak yang lemah dibunuh sebaik sahaja
dilahirkan. Kerajaan Sparta diketuai oleh 2 raja ( dari keluarga Agiadac dan
Eurypontidac) dan 5 orang Ephor. Ephor dilantik oleh Majlis Perhimpunan. Rakyat
dari kelas homoioi yang berketurunan Dorian merupakan golongan pemimpin di
Sparta

Pembentukan Empayar Tamadun Rom


Rom mula meluaskan empayarnya apabila ia memerlukan lebih banyak tanah
dan makanan akibat pertambahan penduduk. Pada peringkat permulaannya Rom
berjaya menakluki negeri-negeri jirannya dan memperbesarkan empayarnya.
Menjelang tahun 270 SM seluruh Semenanjung Itali kecuali Lembah Po telah
ditakluki Rom dan akhirnya orang-orang Rom berjaya menyatukan seluruh Itali.
Orang-orang Rom ingin menguasai kawasan-kawasan sekitar Itali untuk
meluaskan perdagangan dan menambahkan kemewahan. Untuk itu, Rom
terpaksa berhadapan dengan orang Greek (dari Itali Selatan, Sicily (tanah
jajahan Greek) dan orang cvarthage (di seberang laut) yang lebih
berpengalaman dalam peperangan dan bertamadun. Rom berjaya mengalahkan
orang-orang Greek setelah menentangnya selama kira-kira 8 tahun. Beberapa
buah bandar Greek ditawan. Dengan itu Rom berkuasa di seluruh kawasan Itali
yang terletak di Selatan Sungai Po dan beberapa kawasan yang terletak jauh
darinya. Saingan Rom yang paling hebat ialah dari orang Carthage (kerajaan
Carthage terletak di Afrika Utara) yang juga mempunyai motif dalam
perdagangan. Akibatnya, tercetuslah perang Punic di antara Rom dengan

Carthage). Ada 3 Perang Punic:


Perang Punic 1 (264-41 SM)
Perang yang berlaku selama 23 tahun ini berpunca kerana hendak merebut
Pulau Sicily.Rom ingin mengusir keluar orang Carthage dari Pulau Sicily. Rom
mendapat sokongan kota-kota Greek. Kemenangan Rom dalam pertempuran di
laut menyebabkan Rom terus mara mendarat di Afrika tetapi dapat ditewaskan
oleh Carthage.Rom membina semula angkatan lautnya dan menyerang Carthage
di Afrika. Kekalahan Carthage menyebabkan Carthage terpaksa keluar dari Sicily
dan membayar ganti rugi .Rom seterusnya merampas Sardinia dan Corsica
Perang Punic II atau Perang Hannibal (218 - 201 SM).
Tentera Carthage di bawah Hannibal ( tentera Hannibal terdiri daripada
penunggang kuda Barber, pengembara Greek, askar upahan dari Bahagian Timur
Mediterranean dan pahlawan-pahlawan bengis dari puak Sepanyolk yang
terlatih. Kesemuanya dianggarkan seramai 26,000 orang) telah menyerang Itali
melalui Banjaran Alps dan telah berjaya menawan beberapa buah bandar. Pada
tahun 202 SM pula tentera Itali telah bertempur dengan tentera Hannibal dan
Carthage dikalahkan. Carthage mengaku kesetiaannya kepada Rom.
Perang Punic III ( 149-146SM)
Tentera Rom menyerang Carthage dan memusnahkan bandar ini. Tawanan
Carthage dijual sebagai hamba abdi.Akhirnya, kawasan Afrika Utara menjadi
taklukan Rom.
Tentera Rom juga telah menyerang Yunani dan mengalahkan tentera Makedonia
yang menguasai Yunani itu. Penaklukan Greek oleh Rom (tidak lama selepas
kekalahan Hannibal) bolehlah dianggap sebagai pembebasan kota-kota Greek
daripada raja-raja pengganti yang telah memecahbelahkan Empayar Iskandar.
Pada tahun 146 SM Makedonia menjadi wilayah Rom. Seterusnya Rom
menyerang dan menakluki Syria( Syria diperintah oleh Antiochus III) dan Mesir
(168 SM). Rom telah dapat menguasai hampir semua kawasan di sekitar
Mediterranean. Tujuan perluasan kuasa Rom itu bukanlah untuk meluaskan
pentadbirannya tetapi kerana Romsering terancam oleh pemerintah-pemerintah
daerah-daerah tersebut. Proses perluasan empayar Rom sebenarnya bermula
pada abad ke-6 iaitu selepas mereka berjaya menggulingkan kuasa Etruscan.
Proses penaklukan ini mengambil masa hampir 200 tahun. Orang-orang Rom
banyak mempelajari taktik peperangan, urusan pentadbiran dan keselamatan
daripada kawasan yang ditaklukinya.
Perluasan Empayar Rom secara besar-besaran dilakukan oleh Julius Caeser pada
kurun ketiga dan kedua SM). Ketika itu Rom muncul sebagai kuasa besar di
Mediterranean. Empayarnya meliputi Syria, Makedonia, Yunani, Mesir, Timur
Tengah, Gaul ( Perancis dan Belgium) dan Britain. Beliau juga merupakan
pentadbir yang agung, negarawan yang pintar di samping terkenal sebagai
seorang ketua tentera yang handal. Kata-katanya yang masyhur iaitu veni, vidi
dan vici (yang bererti aku datang, aku lihat, aku takluk) dibuat dalam
kempennya di Asia Kecil. Beliau memperkenalkan beberapa pemodenan dalam
bidang ekonomi, sosial dan politik dalam Empayar Rom. Antara lain, beliau telah
memecat gabenor yang rasuah, memberi hak kewarganegaraaan kepada
penduduk wilayah Rom, membahagikan tanah kepada penduduk miskin,
merancang sistem perairan, menyelesaikan masalah kewangan, mengalakkan

imigrasi ke tanah jajahan baru di seberang laut bagi mengurangkan kesesakan di


bandar dan mengatur sistem cukai yang lebih baik. Bagi mewujudkan sistem
politik yang stabil, beliau memperkenalkan pemerintahan secara individu
( negara diperintah oleh seorang pemerintah sahaja dan bukan oleh beberapa
orang gabenor). Sebab itulah beliau digelar diktator. Beliau mati dibunuh oleh
sekumpulan orang yang tidak puas hati dengan tindakannya/dasarnya. Usahausaha Julius Caesar diteruskan oleh cucu saudaranya, Augustus ( era Pax
Romana atau Keamanan Rom). Beliau memakai gelaran Maharaja. Kuasanya
sebagai seorang Maharaja ialah mengawal penuh seluruh empayarnya. Beliau
telah berjaya mewujudkan sebuah empayar (beliau memulakan zaman empayar
di Rom tahun 31 SM menggantikan zaman Republik) yang stabil yang belum
pernah wujud sebelum ini. Zamannya menyaksikan peerkembangan yang pesat
dalam perdagangan, kebudayaan Graeco-Roman, perkembangan kejuruteraan,
bidang perundangan dan seni bina. Empayar Rom merosot pada tahun 476.
Maharajanya yang terakhir ialah Romulus Augustus yang digulingkan oleh ketua
suku Vandal ( salah satu suku gasar Jerman)

Apakah maksud empayar?


Empayar dapat ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan( pemerintah) yang tertinggi
dan berdaulat yang menguasai daerah yang luas atau beberapa buah daerah
dengan diketuai oleh seorang maharaja.

Republik Tamadun Rom


Konsep republik di Rom bermaksud sebuah kerajaan yang rakyatnya memilih
wakil untuk melulus dan melaksanakan undang-undang. Sebelum tahun 509 SM,
Rom diperintah oleh raja-raja Etruscan yang zalim dan tidak
berperikemanusiaan. Justeru itu orang Rom telah memberontak dan mewujudkan
sebuah kerajaan bercorak republik. Kerajaan republik Rom terdiri daripada
Konsul, Dewan Senat dan dewan Perhimpunan/Centuriate. Dalam republik Rom,
dua orang konsul dilantik untuk memerintah negara. Perlantikan dua orang
konsul ini bertujuan menjamin kedaulatan dann kebajikan rakyat dan
mengelakkan salah seorang daripada konsul ini mempunyai pengaruh yang lebih
kuat. Mereka merupakan ketua eksukutif negara dan dilantik untuk tempoh
setahun. Konsul ini pula dibantu oleh satu majlis yang dikenali sebagai senat
yang dianggotai oleh golongan bangsawan yang dilantik oleh konsul dan semua
bekas konsul. Tugas utamanya ialah menasihat konsul dan menguruskan hal
ehwal luar negeri. . Dewan Senat pula dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang
dianggotai oleh semua rakyat Rom. Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa yang
terhad. Dalam Dewan Perhimpunan ini , rakyat Rom berkumpul dan mendengar
laporan tentang perkara yang telah dibincangkan dalam Dewan Senat. Fungsi
Dewan Perhimpunan hanya meluluskan atau mengesahkan undang-undang yang
diputuskan oleh Dewan Senat. Dalam republik Rom, wujud juga diktator. Semasa
perang atau krisis, diktatorlah yang menjalankan tugas konsul. Tempoh
perlantikannya tidak melebihi 6 bulan. Menurut Undang-undang Rom ( Papan
Dua Belas), semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Seseorang itu
dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan. Pemerintahan bercorak republik
tidak mempunyai raja dan pada masa yang sama juga boleh mengamalkan

prinsip demokrasi. Hari ini, negara-negara yang mengamalkan kerajaan bercorak


republik ini ialah Perancis dan India yang diketuai oleh seorang presiden yang
dipilih oleh rakyat. Beberapa konsep politik yang digunakan sehingga hari ini
seperti senat, veto, diktator dan censor adalah warisan daripada Rom.

Republik Tamadun Yunani


Tamadun Yunani
Yunani mengamalkan sistem pemerintahan monarki sehingga tahun 750 SM.
Menjelang tahun 750 SM raja digulingkan dan Athens diperintah menerusi Majlis
Bangsawan. Pegawai utama ialah Ketua Majistret yang dipilih setiap tahun
daripada golongan bangsawan. Solon (Ketua Majistret) menubuhkan Majlis
Empat Ratus, Perhimpunan Agung dan Mahkamah Agung. Semua warganegara
lelaki yang berumur 18 tahun ke atas merupakan ahli Perhimpunan Agung yang
berfungsi sebagai badan perundangan. Kuasa menjatuhkan hukuman berada di
tangan sekumpulan warganegara iaitu juri. Pemerintahan Yunani adalah
berdasarkan sistem demokrasi.

Pentadbiran Tamadun Graeco-roman


Bagi negara Graeco-Roman (gabungan Rom, Etruscan dan Yunani) , sebelum
menjadi sebuah republik iaitu ketika diperintah oleh raja , sistem pentadbirannya
adalah berpusat yang dikatakan begitu berkesan , berlanjutan hingga berpuluhpuluh keturunan dan bangsa dengan bahasa-bahasa yang berlainan. Kerajaan
Rom telah mengasaskan undang-undang yang dikenali sebagai Kod Undangundang Rom yang diasaskan pada zaman Justinian. Rakyat disatukan di bawah
undang-undang ini dan tidak terdapat diskriminasi tindakan undang-undang
terhadap pesalah. Apabila negara ini mula membentuk empayar, kawasannya
menjadi sangat luas iaitu sehingga merangkumi sebahagian besar kawasan laut
Mediterranean. Oleh itu setiap daerah di bawah Rom diletakkan gabenor untuk
mentadbir wilayah tersebut. Pada zaman pemerintahanAugustus, beliau telah
memperkemaskan pentadbiran sebaik sahaja menjadi pemerintah dengan
mewujudkan lebih banyak jabatan. Augustus menggantikan gabenor-gabenor
wilayah yang tidak menjalankan tugas dengan baik dengan pegawai-pegawai
yang dilantik oleh maharaja dan bertanggungjawab terus kepada gabenor.
Sesungguhnya Augustus mewujudkan satu sistem birokrasi yang cekap di
merata Eropah. Bukan semua wilayah Rom diletakkan secara langsung di bawah
pentadbiran Augustus dan agen-agennya. Wilayah yang tidak memerlukan
perhatiannya di biarkan di bawah pentadbiran pegawai-pegawai rasmi negeri.
Pentadbiran augustus boleh dibahagikan kepada 3 bentuk pentadbiran iaitu
peranan maharaja, pentadbiran di peringkat wilayah dan pentadbiran munisipal.
Pentadbiran wilayah terletak di bawah gabenor. Mereka berkhidmat sebagai
prokonsul dan dibantu oleh beberapa orang pegawai bawahan. Perlantikan
direstui oleh senat. Namun begitu, kuasa mutlak masih tetap di tangan
Augustus. Di bawah pentadbiran wilayah ini, wang yang diterima dari pusat
diagihkan kepada tentera (legion), pasukan tentera tambahan wilayah dan
pencen juga diberikan kepada tentera bersara. Wang ini berpunca daripada
perbendaharaan khas yang ditadbir oleh Augustus dan sebahagiannya pula
daripada hartanya sendiri dan cukai awam. Satu lagi sumbangan penting

augustus ialah tindakannya selalu menghantar tentera untuk membina jalan dan
jambatan. Dia juga menempatkan sebuah angkatan kecil untuk mengawal
perairan daripada ancaman lanun. Di negeri-negeri tertentu yang dijajah, kuasa
pentadbiran tempatan dikekalkan. Di Asia Kecil umpamanya, mengekalkan
sistem negara penampan dan kerajaan-kerajaan naungan tidak menimbulkan
masalah. Dasar-dasar Augustus menyebabkan dia mula disembah bagaikan
tuhan di merata empayarnya. Di semua wilayah termasuk Greek, Asia Kecil,
Syria dan kawasan-kawasan lain didirikan patung yang menyerupai Augustus
bersama-sama dengan tuhan-tuhan lain. Kedudukan Augustus disamakan
dengan tuhan-tuhan tradisi Rom. Bagi pentadbiran munisipal pula, dua unit
pentadbiran tempatan yang penting iaitu civitas dan villa diwujudkan. Civitas
adalah sebuah pusat pentadbiran bandar yang menikmati kebebesan kerajaan
sendiri, manakala villa pula adalah estet golongan bangsawan. Kebanyakan
pentadbir kerajaan adalah daripada golongan bangsawan villa

Pentadbiran Tamadun Barat / Eropah


Di Barat ( Eropah), zaman pertengahan ( yang bermula pada kurun kelima Masihi
iaitu selepas keruntuhan empayar Rom) yang berlangsung selama kira-kira 1,000
tahun menampakkan satu zaman gelap. Pada ketika itu Eropah mengalami
perpecahan politik. Raja dan golongan bangsawan adalah golongan pemimpin.
Setiap golongan bangsawan mempunyai wilayah sendiri dan berkuasa ke atas
rakyat biasa yang tinggal di wilayahnya itu. Sekitar tahun 1500 M, zaman
pertengahan berakhir dan zaman Eropah Moden mengambil tempat. Pada masa
ini muncul beberapa orang raja yang dikenali sebagai golongan Monarki Baru.
Bagi mewujudkan unit politik yang utuh, pemerintah harus mengawal golongan
pentadbir, bangsawan, tentera. Menjelang pertengahan kurun ke-15, kerajaan
bentuk baru mula wujud di Eropah Barat. Raja sesebuah negara bangsa
memantapkan kedudukannya melalui golongan pentadbir (yang dilantik dan
diberi gaji), tentera tetap (tentera upahan) dan sistem cukai yang berkesan
Tamadun Yunani
Dalam tamadun Yunani, Negara Kotanya dikenali sebagai Polis (dari bahasa
Greek) yang merupakan sebuah pusat berkubu dan menjadi ibu kota bagi Yunani.
Ia merupakan sebuah pusat yang sangat dihormati. Ia menjadi pusat komuniti
Acropolis pula merupakan kota berkubu di bahagian tengah. Sebenarnya yang
dimaksudkan bahagian tengah itu ialah bahagian hulu sesebuah bandar dan
yang termasyhur sekali ialah bandar Athens.Sebelum sesebuah negara kota itu
muncul, asalnya bermula daripada kampung-kampung yang bersebaran. Lama
kelamaan penduduk setiap lembah atau dataran bergabung menjadi satu
komuniti politik dan bersam-sama menyembah dewa-dewa, berjual beli, menjaga
pertahanan dan menjalankan pemerintahan. Pusat komuniti itu biasanya terletak
di satu kawasan berbatu yang tinggi di tengah-tengah dataran dan dari situ
dapat dilihat seluruh kawasan sekitar. Kebanyakan lembah-lembah Greek
berbentuk piring terbalik. Pusat komuniti inilah kota berkubu dan ibu kota (polis).
Luas tiap-tiap kota ialah antara 80 hingga 800 km persegi dengan purata
penduduk seramai 5000 orang.
Negara-negara kota di Yunani ini kecil-kecil dan berbeza dari jirannya yang
terdapat di sebalik banjaran gunung. Warganegara sesebuah negara kota tinggal
begitu dekat dengan pusat pemerintahan dan sebab itulah mereka terlibat dalam

pemerintahan. Dalam usaha/percubaan memerintah sendiri, mereka telah


memecat raja-raja dan pembesar-pembesarnya satu demi satu. Orang Greek
amat menyayangi negara kota mereka. Dalam peperangan yang sering berlaku
antara negara-negara kota, warganegaranya rela mati berjuang bagi
mempertahankan kota mereka itu. Malah sepanjang hidup mereka dari mula
lahir hingga ke akhir hayat, jiwa raga mereka tercurah kepada negara kota
mereka. Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ini ialah
Athens, Sparta,Thebes, Corinth, Olympia dan Argos. Athens merupakan salah
sebuah negara kota dalam tamadun Yunani yang paling terkenal. Sehingga
pertengahan abad ke-8 SM, Athens seperti negara kota lain di Yunani
menjalankan pemerintahan secara monarki (beraja). Kira-kira pada tahun 750SM
raja Athens telah digulingkan kerana rakyat inginkan suara yang lebih dalam
pentadbiran dan juga kerana penindasan yang telah dilakukan oleh raja.
Pemerintahan telah diambilalih oleh sekumpulan bangsawan yang digelar
eupatrid. Mereka telah melakukan aktiviti perlanunan dan merampas tanah
untuk menambahkan kekayaan mereka. Golongan ini telah mengambilalih kuasa
politik dengan menguasai Majlis dan tentera. Mereka memerintah Athens
menerusi Majlis Bangsawan (Council of Nobles). Zaman ini dikenali sebagai
Zaman Kebangsawanan/Aristokrasi. Pegawai awam utama ialah Ketua Majistret
yang dipilih setiap tahun dari golongan bangsawan. Petani tertindas dalam
pemerintahan ini dan menjadi hamba abdi bila hutang tidak terbayar. Pada tahun
594SM golongan bangsawan telah memilih Solon sebagai ketua majistret dan
memberikannya kuasa mutlak untuk membuat perubahan. Perlantikan itu dibuat
kerana rasa bimbang jika seseorang ketua yang berkebolehan tidak dilantik,
mereka mungkin akan digulingkan oleh seseorang yang zalim. Solon telah
menubuhkan Majlis Empat Ratus (Council of Four Hundred) yang terdiri daripada
golongan bangsawan dan pemilik harta yang kaya.Majlis ini kemudian bertukar
menjadi Majlis Lima Ratus. Beliau telah menubuhkan semula Perhimpunan Agung
( berfungsi sebagai badan perundangan). Solon juga menubuhkan sebuah
Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa untuk menimbangkan rayuan
terhadap keputusan majistret. Tahap kegemilangan sistem demokrasi di Athens
dicapai di bawah pimpinan Pericles (495-429SM). Pericles telah menubuhkan
sebuah Lembaga yang bertindak sebagai badan eksekutif tertinggi. Ahlinya
terdiri daripada 10 orang jeneral yang dilantik oleh Perhimpunan Agung untuk
satu tahun. Pericles juga membuat perubahan terhadap kuasa membuat
keputusan dan menjatuhkan hukuman iaitu tidak lagi oleh majistret tetapi oleh
sekumpulan juri. Sparta adalah negara kota yang terkuat di Yunani. Kerajaan ini
berbentuk militeri. Rakyatnya terdiri daripada kaum Dorian yang berhijrah dari
utara. Tenteranya terdiri daripada tentera darat dan laut. Kanak-kanak Sparta
akan menjalani latihan ketenteraan bila berusia 7 tahun dan memasuki tentera
bila berumur 20 tahun dan terpaksa tinggal di berek tentera sehingga berumur
30 tahun. Melalui sistem ini, kanak-kanak yang lemah dibunuh sebaik sahaja
dilahirkan. Kerajaan Sparta diketuai oleh 2 raja ( dari keluarga Agiadac dan
Eurypontidac) dan 5 orang Ephor. Ephor dilantik oleh Majlis Perhimpunan. Rakyat
dari kelas homoioi yang berketurunan Dorian merupakan golongan pemimpin di
Sparta
Tamadun Rom
Rom telah didatangi orang-orang Etruscan yang agresif ( di utara Itali). Di
sebelah pinggir laut yang subur tinggal penduduk yang agak primitif. Pada abad

ke-8 datang pula orang Greek yang lebih mencintai kedamaian ( mengusahakan
tanah). Di sebelah selatan kawasan orang Etruscan iaitu di dataran Sungai Tiber
tinggal orang Latin ( satu dari puak Itali). Mereka membentuk komuniti yang
berasingan. Walau bagaimanapun, mereka telah bersatu ketika
mempertahankan diri dari serangan orang Etruscan. Penyatuan inilah yang
menjadi asas pembentukan bandar Rom kira-kira padatahun 753SM. Bertahuntahun lepas itu Rom berkembang menjadi ibu kota dunia Barat. Rom terletak di
tengah-tengah jalan selatan ke utara dan ditebing Sungai Tiber.Kuala sungai itu
menjadi pelabuhan yang terbaik di pantai barat. Dengan itu, ia menjadi kunci
masuk ke Itali. Rom adalah gabungan kampung-kampung yang terletak di atas
bukit-bukit kecil . Dari atas bukit-bukit itu mereka boleh nampak angkatan
Etruscan yang bengis, lengkap dengan senjata yang pada bila-bila masa sahaja
akan menyerang mereka. Penduduk Rom ini pada hakikatnya adalah bersifat
tentera dan semua institusi mereka mencerminkan kelakuan mereka yang suka
berperang, sementara bakat mereka ditunjukkan dengan sepenuhnya dalam
usaha-usaha ketenteraan.
Pada mulanya Rom diperintah oleh seorang raja yang juga menjadi padri besar,
jeneral dan penggubal undang-undang. Baginda menentukan peraturanperaturan dalam perhubungan mereka dengan dewa-dewa, orang asing dan
antara satu sama lain. Penduduk di bawah pemerintahannya tidak dianggap
setarafdengan baginda. Antara penduduknya terdapat golongan bangsawan
(Patrician) dan yang lain-lain dipanggil Plebeian.. Golongan Plebeian ini bekerja
untuk mereka dan berharap akan mendapat perlindungan daripada mereka.
Golongan Patrician inilah yang menjadi ahli Senat ( badan penasihat yang
mengandungi orang lelaki yang tua dan berpengalaman). Senate ini berhak ke
atas pelantikan raja baru. Apa yang jelas tentang Rom ini ialah Rom hampir
sepanjang masanya berperang dan rajanya membuktikan diri mereka sebagai
pemimpin yang sesuai. Orang Rom telah menunjukkan bahawa mereka
merupakan pahlawan-pahlawan yang hebat walaupuntidak pernah mampu
menentang orang Etruscan.Pada awal abad ke-6 Rom jatuh ke tangan raja-raja
bangsa Etruscan yang terkenal dengan pemerintahan yang zalim itu. Orangorang Rom menggelar mereka sebagai Tarquin Sombong. Walau bagaimanapun
mereka telah berjasa dalam membuat tembok melingkungi semua komuniti dan
dianggap sebagai pengasas bandar itu. Mereka mengadakan sistem saliran dan
mencantikkan bandar itu dengan membina rumah-rumah berhala. Mereka
menyusun semula angkatan tentera, membesarkannya dan membahagikan
warganegara mengikut kekayaan mereka. Mereka hanya sempat memerintah
Rom tidak sampai 100 tahun kerana orang-orang Rom telah bangkit menentang
dan menghalau mereka.Tragedi ini dianggap sebagai satu revolusi Pengusiran
Raja-Raja. Pemerintahan Etruscan yang zalim itu telah menghantui perasaan
orang-orang Rom untuk tidak menerima pemerintahan beraja. Selepas itu orang
Rom telah menubuhkan pemerintahan berbentuk republic

Organisasi Ketenteraan Tamadun Greek / Yunani


Sejarah awal Greek yang bermula d ibeberapa buah pulau termasuk Create ,
terletak di Laut Mediterranean menjadikan orang greek sebagai tentera laut
yang kuat. Malah tuan kapal pertama di Laut Aegean adalah orang Greek
terkenal dengan kecekapan dalam pelayaran.Raja Mycenae (sebuah dari kota di

Greek) telah membina sistem berkubu untuk menahan serangan penyerang dari
laut. Bandar Troy yang merupakan sebuah daripada negara kora di Greek
terkenal sebagai kota berkubu. Istana di bandar Troy dikelilingi tembok setebal
15 kaki dengan pintu pagar yang tinggi dan menara yang kukuh sebagai langkah
berjaga-jaga dari sebarang serangan.
Orang Achaean (satu dari kaum Greek) menggunakan senjata tombak untuk
mempertahankan diri. Mereka juga menggunakan topi besi yang berjambul bulu
kuda, memakai baju besi atau kulit, sarung kaki yang dibuat dari gangsa, perisai
besar yang dibuat dari kulit lembu dan gangsa. Ketua angkatan perang
menggunakan pedati kecil sebagai kenderaan. Cara berlawan ialah berlawan
seorang-seorang antara ketua dengan ketua. Orang biasa tidak mempunyai
senjata yang lengkap. Ketika tentera Greek dibawah General Pyrrhus, Greek
mempunyai angkatan tentera yang besar dan terlatih. Gajah digunakan sebagai
alat kenderaan perang yang disamakan dengan kereta kebal masa ini. Di tanah
besar Greek, orang-orang Greek membina benteng/kubu pertahanan bagi
menghadapi serangan dari utara.Ketahanan diri dan fizikal orang-orang Greek
dicapai melalui latihan olahraga. Latihan dalam olahraga menjadi sebahagian
daripada pelajaran seseorang murid di Athens. Berlari, bergusti, melontar
lembing dan bertinju yang dipelajari oleh orang Greek semasa di sekolah gusti,
kekal menjadi hobi dalam hidupnya. Empat tahun sekali pertandingan olahraga
secara besar-besaran yang terbuka kepada semua orang Greek diadakan di
Olympia. Pemenang pertandingan disanjung oleh warganegara lain sebagai
seorang yang mengharumkan nama kota mereka. Di setiap kota di Greek
terdapat sekurang-kurangnya sebuah jimnasium umum untuk aktiviti olahraga
dan olahraga merupakan satu bentuk hiburan yang tetap bagi orang lelaki.
Athens memang terkenal dengan acara marathonnya. Sukan Olimpik pertama
diadakan sebagai menghormati dewa Zeus. Selain membantu melahirkan
individu yang cergas, kegiatan sukan ini juga secara tidak langsung menyatukan
masyarakat Greek empat tahun sekali dan melupakan perselisihan politik.
Sewaktu sukan ini diadakan, gencatan diisytiharkan oleh semua pihak.Di Greek,
terdapat perbezaan dari segi ketahanan dan pertahanan antara Sparta dengan
Athens. Di Sparta, orang lelaki diberi latihan tentera yang berterusan sejak dari
kecil lagi. Bayi yang lemah dibunuh. Kaum wanita diberi kesedaran bahawa tugas
utama mereka ialah melahirkan perajurit yang berdarah tulin Sparta. Kaum
wanita diberi latihan jasmani bersungguh-sungguh bersama kaum lelaki agar
menjadi ibu yang sihat (ini berbeza dengan wanita Greek di tempat lain). Budak
lelaki yang berumur 7 tahun ke atas tinggal d iberek di bawah penyeliaan
warganegara yang lebih tua dan juga di bawah jagaan pemuda-pemuda Sparta
yang bergelar tukang sebat. Di situlah mereka diajar menanggung kesakitan
tanpa rungutan, menguatkan badan dengan jimnastik dan senaman, ditanam
dengan semangat suka melawan melalui permainan ganas yang disediakan.
Ketika permainan ini dijalankan, banyak juga nyawa terkorban. Bagi
menambahkan daya usaha mereka, mereka digalakkan mencuri jiran mereka.
Bila mereka dewasa, mereka diwajibkan berkhidmat dalam polis rahsia. Bila
mereka berumur 30 tahun mereka mesti berkhidmat sebagai tentera dengan
disiplin yang lebih keras. Orang Sparta tidak dibenarkan berniaga atau bertani.
Kerja begini diserahkan kepada helot dan warganegara diharamkan memegang
wang. Keindahan dan sifat lemah lembut tidak terdapat di kalangan orang
Sparta. Mereka memang terkenal sebagai pejuang terbaik. Mereka ditanamkan
dengan taat setia yang tidak berbelah bahagi. Orang Sparta hanya bertuan

kepada satu iaitu undang-undang mereka. Kekuatan tentera darat mereka jelas
apabila mereka berjaya mengalahkan tentera Parsi yang menyerang Greek tahun
480SM.
Di Athens, berkhidmat di dalam tentera adalah satu perkara biasa dalam
kehidupan orang Athens. Daripada umur 18 tahun hingga 20 tahun mereka
menerima latihan tentera. Pada tahun kedua latihan, mereka dihantar ke kubukubu pertahanan sempadan di Attica. Daripada umur 20 hingga umur 60 tahun,
mereka boleh dikerah berkhidmat. Pada bila-bila masa sahaja, Dewan
Perhimpunan akan membuat keputusan melancarkan perang ke atas jiran yang
tidak disukai mereka. Arahan menjalankan kerahan akan dilekatkan di pasarpasar dan orang-orang lelaki akan segera menyediakan pedang dan perisai,
mendapatkan catuan makanan dan melaporkan diri dalam tentera warganegara.
Semuanya akan bersedia bergerak dengan segera. Semasa peperangan askaraskar yang terdiri daripada warganegara itu dengan kelengkapan senjata yang
berat akan berdiri rapat-rapat dalam satu barisan, perisai bertemu perisai dan
mereka akan mara menemui barisan musuh. Cara mereka ialah dengan berdiri
berselindung di belakang perisai, menghunusksn tombak dan cuba
mengundurkan tentera musuh. Musim peperangan akan berakhir dalam bulan
April dan Mei kerana mereka perlu pulang untuk menuai hasil tanaman mereka.
Inilah bezanya dengan tentera Sparta yang mempunyai tentera tetap.
Berbanding dengan orang Sparta, orang Athens terkenal dengan kehandalannya
di laut. Kapal perangnya mencecah sebanyak 200 buah dan untuk
menempatkannya tidak menjadi masalah kerana Athens telah membina
beberapa buah pelabuhan.

Organisasi Ketenteraan Tamadun Rom


Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu. Orang-orang Rom
sentiasa bersedia mempertahankan Rom dari serangan luar yang sentiasa sahaja
mengancam Rom. Oleh itu, Rom telah membina tembok pertahanan disempadan
dan yang paling terkenal ialah Tembok Hadrian yang dibina dari Tyne ke Solway
sepanjang 80 batu. Rom terkenal dengan angkatan lautnya. Ini jelas apabila rom
melawan Carthage di Pulau Sicily, Rom menggunakan angkatan laut yang besar.
Begitu juga ketika meluaskan empayarnya ke Afrika, Rom juga menggunakan
kapal laut. Pada zaman pemerintahan Constantine, Rom telah menggunakan
meriam sebagai satu daripada alat perangnya. Alatan perang Rom terdiri
daripada baju besi, helmet, pedang, tombak, pisau belati, panah, lembing, dan
artillery (senjata pemusnah yg. dibuat dari batu dan kayu, seakan bom).
Ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui beberapa aktiviti seperti bergusti,
pertunjukkan gladiator (perlawanan manusia), dan binatang buruan yang liar
serta lumba kuda. Gimnasiun dan gelanggang gusti dibina untuk tujuan tersebut.
Orang tahanan dilawankan dengan binatang liar seperti singa. Jika menang, akan
dibebaskan.
Dalam usaha meluaskan empayarnya, Rom bergantung kepada bilangan dan
kekuatan tenteranya. Pada zaman pemerintahan Augustus, beribu-ribu orang
tentera diambil untuk mempertahankan negara dari serangan musuh. Tentera
yang jumlahnya hampir 400 ribu orang biasanya ditempatkan di sempadan yang
terdedah dengan serangan luar. Augustus menempatkan tentera pengawal di
luar Itali dan mengadakan pengawalan untuk dirinya sendiri di Rom . Tempoh

perkhidmatan bagi tentera Rom ialah antara 20-25 tahun. Bagi menambahkan
bilangan tentera warganegara, Augustus telah mewujudkan tentera bukan
warganegara yang diberikan taraf warganegara setelah 25 tahun berkhidmat.
Tentera Rom juga berjasa dalam mengembangkan budaya Rom di kawasan
jajahan. Tentera Rom juga boleh berfungsi sebagai jurutera, pembina jalan,
jambatan, petani dan menjadi hakim di daerah-daerah tertentu.
Taktik yang digunakan oleh Rom terutama di Arab Utara dan Selatan ialah
dengan membahagikan tenteranya kepada 5 bahagian iaiatu bahagian depan,
belakang, kanan, kiri dan tengah. Ketika melawan orang-orang Islam dalam
Perang Yarmuk tahun 635 M, Heraclus sebagai ketua tentera Rom telah mengikat
tenteranya dengan besi antara satu sama lain untuk mengelakkan mereka lari
.Rom juga menggunakan taktik dan strategi testudo (kura-kura). Jenis tentera
Rom dikenali sebagai legions (unit/batalion yang mengandungi 3,000-6,000
askar berjalan kaki/infantri dan 100-200 askar berkuda) dan tentera bergajah
(semasa menyerang Mekah melalui panglimanya, Abrahah)

Tamadun Greek / Yunani


Greek merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Laut Mediterranean
dengan muka bumi yang bergunung ganang. Sebahagian kecil sahaja dari
kawasannya boleh diusahakan pertanian. Di dataran-dataran yang sempit
mereka mengusahakan tanaman jagung, anggur dan zaitun. Di lereng-lereng
gunung mereka menternak kambing dan biri-biri. Menjelang abad ke-4, Athens
(Greek) terpaksa mengimport 75 peratus daripada gandum yang digunakannya.
Gandum dan ternakan datangnya dari Thrace dan kawasan Laut Hitam. Athens
mengimport ikan, daging bergaram,buah-buahan, arak , bahan galian, kain bulu,
pakal yang dibuat daripada damar untuk menutup celah-celah papan dan fleks.
Dari timur dibawa bahan-bahan mewah dan hamba. Athens pula mengeksport
minyak zaitun, perak, batu marmar, bahan buatan dan lukisan. Dengan keadaan
muka bumi yang menyempitkan peluang pertanian, orang Athens beralih kepada
laut menjadi pedagang. Keadaan berbeza dengan di Sparta. Orang Sparta tidak
digalakkan berdagang walaupun buminya subur.dan mempunyai hasil galian bijih
besi kerana mereka lebih condong untuk melatih warganya dalam bidang
ketenteraan
Sistem Ekonomi Tamadun Rom
Rom mengusahakan bidang pertanian dan perdagangan. Dalam bidang
pertanian, iklimnya membolehkan negara ini mengusahakan tanaman gandum,.
anggur dan zaitun. Akueduk (saliran air) dan empangan telah dibina. Mereka
juga menternak biri-biri dan kambing. Dari segi perdagangan, Rom merupakan
pusat perdagangan yang penting dan maju terutama ketika di bawah
pemerintahan Maharaja Augustus iaitu apabila wang syiling digunakan. Rom
menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang sibuk, mengimport sutera dan
lada putih dari China, mutiara, kosmetik, minyak wangi, batu permata, kulit
penyu, rempah ratus, pokok jati, ebony, lada hitam, sutera China dan tekstil dari
India . Dari Timur Afrika dibawa gading, emas, bulu binatang, batu ambar, lilin
dan hamba pula dibawa dari Rusia dan Jerman. Dati Britain dibawa timah hitam,
besi, tiram dan anjing perburuan. Gelas yang tebaik dibawa dari Mesir atau sidon
di Phoenicia. Dari Sepanyolmkapal-kapalnya membawa logam, emas, perak,

bahan pencelop, linen dan minyak zaitun. Afrika Utara menghantar hamba,
serbuk emas, batu marmar Afrika, gading dan binatang liar untuk pertunjukan.
Asia Kecil dan Syria membekalkan kain bulu, fabrik, permaidani, kain bertekat,
barang-barang kulit dan keluli. Industri dijalankan oleh beberapa orang artisan
tempatan yang memiliki kedai-kedai sendiri. Rom telah mengeksport wain, gelas,
emas dan kain linen .
Sistem Ekonomi Tamadun Barat / Eropah
Di Eropah, pada zaman Pertengahan Awal atau Zaman Gelap (500-1050M)
perkembangan ekonominya merosot sekali tapi mulai pulih pada penghujung
zaman Pertengahan (1050-1300M). Ketika itu orang gasar telah membuka
kawasan baru untuk petempatan dan pertanian. Akibatnya ialah berlaku
perubahan dalam bidang ekonomi dengan bertambahnya penduduk, bandarbandar baru berkembang, perdagangan maju dan wang digunakan dengan
meluas menggantikan sistem barter. Pertanian dan ternakan yang diusahakan
secara sara diri telah berkembang secara komersial. Kehadiran kuasa Islam di
Afrika Utara pula telah meningkatkan perdagangan antara bangsa. Perang Salib
yang berlaku di Timur Tengah selama 200 tahun telah membuatkan masyarakat
Eropah bersatu. Keadaan ini telah mengukuhkan kedudukan raja dan raja telah
memerosotkan kedudukan golongan bangsawan dan gereja Feudalisme
sebenarnya telah berkembang secara beransur-ansur pada tahun 900-1300M di
Eropah). Pada zaman Pertengahan Lewat ekonomi Eropah merosot kembali.
Ketika Eropah mengalami zaman Renaisssance/Zaman Pemulihan (revolusi
intelektual berasaskan pemulihan ilmu pengetahuan tamadun purba Yunani dan
Rom antara tahun 1350-1550M),perdagangan telah wujud antara Itali Utara
dengan pedagang Islam di Iskandariah dan Baghdad. Ini bermakna ketika itu
perdagangan antara bangsa telah rancak dijalankan. Selepas gerakan
Renaissance, sistem ekonomi kapitalis semakin penting.
Akibat dari gerakan Reformation ( gerakan pembaharuan agama yang
berlangsung antara tahun 1517 hingga pertengahan kedua kurun ke-16) yang
melanda Eropah , golongan menengah memperolehi banyak harta rampasan
tanah gereja. Golongan pedagang yang sebelum itu tertekan dengan undangundang gereja ( gereja melarang pinjaman wang berdasarkan faedah) kini telah
berupaya bergiat dalam perdagangan apabila amalan riba dibenarkan. Apabila
pedagang bertambah kaya, muncullah golongan kapitalis ( golongan yang ada
modal untuk dilaburkan). Mereka terdiri daripada pemilik kilang, tanah dan
lombong. Mereka ingin mendapat keuntungan dari pelaburan mereka di
kawasan-kawasan baru. Mereka telah menaja beberapa ekspedisi untuk
menjelajah di kawasan luar Eropah. Sehubungan dengan penubuhan negaranegara bangsa, raja-raja bangsa telah mengamalkan suatu dasar ekonomi baru
yang dikenali sebagai Mercantilisme. Mercentilisme ialah sistem yang
mementingkan kekayaan dan dalam usaha itu ia membawa kepada penguasaan
koloni, pembebasan individu daripada kongkongan abstemiouness
(kesederhanaan) dan accesticm yang mendominasi pemikiran zaman
pertengahan. Pada awal zaman Pertengahan (500-1000M) adlah menjadi satu
kesalahan mengumpul kekayaan. Dalam ekonomi wang atau kapitalisme
(Mercantilisme), pengumpulan wang tidak dapat dielakkan. Perkembangan ini
adalah sesuatu yang baru berbanding dengan zaman Pertengahan yang
menyeru kepada kesederhanaan. Pemikiran St.Augustine melalui City of God
mendominasi fikiran masyarakat Eropah untuk satu jangka masa yang lama.

Sebaliknya zaman Renaissance telah menyemai ciri-ciri individualisme,


humanisme, kritikal yang menghalalkan pengumpulan kekayaan. Raja-raja
negara bangsa mula menjadi pelopor perkembangan kapitalisme untuk
mengukuhkan kedudukan mereka. Di bawah dasar ini setiap negara bangsa mula
berlumba-lumba untuk mengumpul kekayaan. Kekuatan sesebuah negara
ditentukan oleh jumlah emas dan perak yang dikuasai. Pemimpin negara pada
zaman ini mempercayai yang kekayaan dapat menjamin politik. Untuk tujuan
tersebut, pelayaran-pelayaran ke seberang laut digalakkan oleh raja-raja negara
bangsa. Permulaan pelayaran-pelayaran ini telah memulakan sejarah dunia
Eropah.
Penemuan-penemuan kawasan baru ini telah memulakan persaingan di kalangan
negara bangsa untuk mengukuhkan kedudukan dan supremasi mereka. Ini
membawa kepada pengenalan beberapa akta dan undang-undang. Antaranya
Akta Perkapalan 1650, Apprentice Act 1563, Poor Law 1600 dan lain-lain.
Kesemuanya bermotif untuk melindungi industri dan perkapalan negara induk
daripada persaingan negara-negarajiran. Ini menyebabkan peperangan menjadi
satu fenomena biasa pada zaman ini. Penemuan-penemuan geografi ini juga
membawa kepada kemerosotan bandar-bandar Itali seperti Venice dan Genoa.
Sebaliknya negara-negara di blok Atlantik mula menjadi penting. Antaranya ialah
negara Sepanyol. Portugal, England, Perancis dan Belanda. Selari dengan
perubahan-perubahan dari segi erbandaran yang berlaku di Eropah, peranan
nstitusi bank juga turut berubah. Pada awal zaman Pertengahan,urusan bank
adalah secara eksklusif menopoli bandar Itali. Selepas tahun 1500, bangsa
Perancis, Inggeris dan Jerman menyertai Itali dalam merebut peranan ini.
Pelayaran-pelayaran ke seberang laut ini seterusnya mencetuskan perebutan
untuk menguasai tanah jajahan antara negara-negara Eropah untuk membina
empayar di merata dunia. Sepanyol mula membina empayarnya di barat,
Portugas pula bertindak ke timur. Pada tahun 1494 Pope membuat garisan dalam
peta dunia membahagikan tanah-tanah untuk kuasa Portugal dan Sepanyol
melalui Perjanjian Tordessillas. Namun begitu cara ini tidak berjaya
menyelesaikan perselisihan mereka, sebaliknya permusuhan negara-negara
Eropah berlanjutan. Sesungguhnya perubahan-perubahan dalam bidang ekonomi
ini telah menyediakan Eropah untuk bergerak ke zaman yang lebih mencabar
pada abad-abad seterusnya. Berhubung dengan penjelajahan kuasa-kuasa
Eropah ke Asia Tenggara, beberapa faktor telah mendorong mereka berbuat
demikian. Antaranya ialah kewujudan zaman Rennaissance di Eropah itu sendiri
telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan bangsa Eropah terhadap dunia
luar. Begitu juga dengan kesan Perang Salib iaitu apabila pengaruh tamadun
Islam meresapi tamadun Eropah menyebabkan bangsa Eropah bersemangat
untuk menjelajah. Penawanan Konstantinople oleh orang-orang Turki pada tahun
1453 telah menyekat perjalanan orang-orang Kristian ke timur telah
menimbulkan azam kepada mereka untuk mencari jalan baru dan memecahkan
monopoli perdagangan orang-orang Islam dan saudagar Itali.
Pembangunan Ekonomi Tamadun Barat
Di kawasan Barat pula, selepas berakhirnya zaman gelap iaitu menjelang
pertengahan kurun ke-15,raja memantapkan kedudukannya dengan
mengenakan cukai. Apabila ekonomi berkembang, pelbagai jenis cukai
dikenakan. Sebelum zaman gerakan Reformation (1517 hingga ke-pertengahan
kedua abad ke-16) telah wujud institusi kewangan. Semasa golongan gereja

begitu berkuasa di Eropah, undang-undang gereja telah menetapkan larangan


amalan meminjam wang berdasarkan faedah. Ini menimbulkan rasa tidak puas
hati di kalangan golongan pedagang . Mereka berasa iri hati terhadap gereja
yang memiliki harta dan tanah yang banyak. Mereka bersedia menyokng
sebarang gerakan yang dapat mengurangkan kuasa dan kekayaan
gereja..Golongan reformis telah bangkit memperjuangkan tuntutan golongan
pedagang bagi membenarkan semula amalan riba itu. Perjuangan itu berjaya
dan pedagang-pedagang dapat menjalankan perdagangan mereka dengan luas
hingga ke tempat-tempat baru (dengan menaja peneroka). Penggunaan wang
dalam urusan perdagangan telah memesatkan lagi ekonomi Eropah. Institusi
bank telah berkembang pesat di Itali . Bank yang terbesar dikuasai oleh keluarga
Medici di Florence. Bentuk pinjaman bank adalah serupa pajak gadai (contohnya,
raja meminjam dengan cagaran mahkota permata). Saudagar di bahagian utara
Itali yang kaya telah bangun menentang larangan gereja terhadap riba
bank.Venice dan Genoa mempunyai bank mereka sendiri yang kemudian
membiayai pelayaran-pelayaran penjelajahan. Di Lombardy, England urusan
bank antara bangsa telahpun berkembang secara besar-besaran menjelang
kurun ke-14. Pada kurun ke-14 dan 15 pusat perdagangan Eropah telah beralih
ke utara apabila orang Turki memutuskan sebahagian perdagangan di Venice.
Contohnya, di Belanda telah muncul keluarga Fuggers pada kurun ke-16. Mereka
paling terkenal dengan perniagaan bank yang merupakan pengasas kepada
Bank Rothschilds. Pada tahun 1609 Belanda telah menjadi tumpuan para
pedagang. Pada tahun 1694 England mengorak langkah menubuhkan lebih
banyak bank
Pendidikan Tamadun Graeco-Roman / Greek
Greek mempunyai dua buah bandar besar iaitu Sparta dan Athens yang
mempunyai dasar pendidikan yang berlainan. Di Sparta, pendidikan adalah tugas
negara. Kaum lelaki adalah menjadi milik negara. Setelah seorang ibu
melahirkan anak, bayi itu akan diserahkan kepada suatu Jemaah Kaum Tua
( Council of Older People). Di sini bayi itu akan diperiksa dengan teliti untuk
memastikan sama ada akan menjadi seorang yang tegap, kuat dan sihat bila
dewasa nanti. Mereka berpendapat bahawa orang yang lemah tidak boleh
menjadi benteng negara. Jika seseorang bayi itu tidak dapat memenuhi syaratsyarat tertentu , maka bayi itu akan dibunuh atau akan dibuang di pergunungan
atau tempat yang terpencil dengan tujuan kanak-kanak itu akan menemui
ajalnya dengan sendiri atau dimakan oleh binatang buas. Sebaliknya, jika kanakknak itu memenuhi syarat-syarat yang ditentukan dan dijangka akan menjadi
seorang yang berguna kepada untuk masa hadapan, kanak-kanak itu akan
diserahkan semula kepada ibu bapanya untuk dijaga hinggalah berusia 6 tahun.
Bila telah mencapai umur 6 tahun dia akan dihantar ke tempat pendididkan khas
yang dinamakan Badan Kebajikan Masyarakat. Di situlah dia diberi makan dan
pendidikan yang secukupnya. Dari umur 8 tahun hingga 18 tahun, kanak-kanak
yang tinggal diberek awam itu diberi latihan fizikal seperti berlari, melompat,
bergusti, bertinju dan sebagainya. Dari umur 18 tahun hingga 20 tahun, dia akan
diberi latihan-latihan untuk menghadapi peperangan. Apabila umurnya
meningkat ke-30 tahun, dia diberi tugas untuk mengawal tempat-tempat yang
telah ditentukan oleh pemerintah bagi menghadapi sebarang kemungkinan atau
ancaman kepada negara. Kanak-kanak perempuan juga diberi pendidikan
menguatkan fizikal supaya menjadi sihat dan tegap agar dapat melahirkan

keturunan yang sihat dan kuat bila berkahwin nanti.


Tujuan pendidikan di Sparta jelas sekali untuk mendidik kanak-kanak supaya
menjadi seorang yang berani, tunduk kepada tatatertib, taat kepada pemimpin
dan dapat menahan nafsu dan cinta kepada negara. Bagi mencapai tujuan
tersebut, cara yang dilakukan ialah:
a. memberikan pendidikan jasmani yang keras bagi membentuk tubuh yang kuat
dan tahan menderita
b. memberikan pendidikan bidi pekerti untuk mendapatkan sifat-sifat taat, patuh,
sederhana, tahu menahan nafsu dan cinta kepada negara.
c. Mengabaikan pendidikan rohani.
Di Athens pula peluang pendidikan diberikan kepada semua golongan, cuma bagi
golongan kelas bawahan mereka hanya berpeluang mendapat pendidikan
membaca dan jasmani sahaja. Warga Athens menitikberatkan pendidikan ilmu
pengetahuan. Seseorang itu akan menjadi warganegara yang baik jika dia
mempunyai ilmu pengetahuan. Pada peringkat awal, kerajaan tidak mengambil
berat dalam mendidikan sekolah dan membiayai kanak-kanak miskin dan juga
membayar gaji guru. Pendidikan kanak-kanak diusahakan oleh ibu bapa kanakkanak itu sendiri. Dari lahir hingga berumur 7 tahun kanak-kanak itu dijaga oleh
ibu bapanya. Bila berumur 7 tahun, mereka mula berguru mengikut bidang yang
dipelajari. Seorang guru untuk satu bidang. Corak pengajaran terpulanglah
kepada guru itu sendiri. Pelajaran diberi di bilik khas yang disediakan oleh guru
mereka. Gaji guru dibayar oleh ibu bapa mereka dan nilai bayaran itu
terpulanglah kepada taraf kedudukan dan kemampuan ibu bapa. Bila berumur 11
tahuyn, mereka menduduki ujian yang berupa ujian jasmani dan akal. Jika
berjaya, mereka akan diletakkan dalam golongan warganegara dalam latihan
(Citizen-cadet). Pada tahap ini mereka menjalani latihan tentera selama 2 tahun.
Pada akhir latihan ini mereka akan menduduki ujian dan jika lulus, mereka akan
disahkan menjadi warganegara penuh ( full citizenship), sistem pendidikan begini
telah melahirkan ramai ahli falsafah. Dengan itu jelaslah bahawa tujuan
pendidikan di Athens adalah untuk mencapai keseimbangan antara rohani dan
jasmani hidup dengan harmonis. Setiap warganegara hendaklah setia kepada
negaranya.

Pendidikan Tamadun Rom


Sejarah pendidikan Rom mempunyai 3 peringkat iaitu:
a. pendidikan zaman kuno (530 SM 250 SM)
b. pendidikan zaman peralihan (250 SM 159 SM)
c. pendidikan zaman baru/moden (zaaman keemasan dan zaman kemerosotan)
Pada zaman Rom kuno, tidak terdapat sekolah sebagai institusi pendidikan.
Kanak-kanak dididik di rumah. Mereka belajar mematuhi dan mencontohi orang
tuanya dalam segala hal terutamanya kelakuan. Pada kira-kira tahun 450 SM
barulah wujud sekolah untuk belajar membaca dan menulis tentang agama dan
undang-undang negara ( yang terkenal pada masa itu ialah Undang-Undang Dua
Belas). Setiap kanak-kanak dikehendaki menghafal dan mengingat kandungan
undang-undang itu dan pelajaran undang-undang itu menjadi asas bagi
perkembangan kesusasteraan Roman masa itu. Pada zaman peralihan iaitu pada
peringkat permulaannya, sekolah rendah mula didirikan yang dipanggil juga
sebagai Sekolah Sastera. Sekolah ini belum dipengaruhi oleh pengaruh Greek.

Di sekolah ini kitab Odisa diajar kepada kanak-kanak yang ditulis dalam bahasa
Latin. Beberapa tahun selepas itu didirikan sekolah-sekolah pidato dan pelajaran
nahu Greek. Akhirnya sekolah-sekolah itu bertukar menjadi sekolah Latin. Pada
zaman baru/moden Rom iaitu di peringkat Rom mencapai zaman keemasan, cara
pendidikan Greek telah mempengaruhi pendidikan Rom hinggakan sekolah
nahu/berasaskan bahasa dan retorik yang dihasilkan dari kebudayaan Greek itu
telah berkembang pesat di Itali (hingga kezaman pemerintahan Julius Ceasar)
dan akhirnya telah menjadi sekolah rasmi dengan mendapat bantuan kewangan
dari pemerintah.
Tujuan sekolah-sekolah itu didirikan adalah untuk mengajar membaca dengan
secukupnya dan mengarang dengan teliti. Kanak-kanak itu juga diajar kitab-kitab
karangan penulis-penulis terkenal Rom, Greek dan Mesir Tua. Sekolah pidato juga
didirikan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak muda yang meningkat umur
15 tahun dan yang telah tamat pelajarannya di sekolah rendah. Mereka yang
belajar di sekolah ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan yang ingin
bekerja sebagai peguam, ahli politik dan dalam jabatan-jabatan penting. Walau
bagaimanapun pendidikan serupa ini terhad di kalangan sedolongan kecil orang
Rom sahaja. Selain dari latihan pidato, terdapat juga pelajaran lain seperti
pelajaran mekanik, ilmu falak, ilmu falsafah, muzik dan nyanyian.Perlu
ditekankan di sini bahawa pada zaman republik Rom, kanak-kanak diajar
membaca, menulis, bermain pedang dan berenang oleh ibu bapa secara
peribadi. Pengajaran membaca biasanya dipertanggungjawabkan kepada
paedagogus (seorang hamba yang berfungsi sebagai pembimbing, penjaga dan
hamba kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka). Secara keseluruhannya,
pendidikan di Rom ini lebih menekankan kepada tiga kemahiran iaitu membaca,
menulis dan mengiraPada zaman kemerosotan Rom iaitu pada kurun Pertama
Masihi (zaman keruntuhan kerajaan republik), pendidikan turut merosot akibat
kelemahan kerajaan. Kerajaan yang lemah mengakibatkan kurang penekanan
atau perhatian terhadap bidang pendidikan

You might also like