Anemia Figo

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PENGENALAN

Anemia ketika mengandung adalah satu penyakit yang selalu didapati di


kalangan ibu yang mengandung. Anemia ketika mengandung terjadi apabila
seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa
mengandung. Tahap kritikal penyakit ini bergantung kepada paras hemoglobin
pesakit tersebut. Nilai normal hemoglobin bagi lelaki adalah diantara 13-18 g/dL
manakala bagi wanita pula ialah 11.5-16 g/dL. Hemoglobin terbina daripada
protein kompleks yang mengandungi globin dan 4 atom ferum yang mengandungi
sejenis bahan yang dinamakan haem. Hemoglobin merupakan salah satu
komponen sel eritrosit. Fungsi utama hemoglobin adalah untuk mengangkut
oksigen keseluruh tubuh. Hemoglobin didalam sel eritrosit yang matang akan
berpadu dengan oksigen membentuk oxyhaemoglobin. Oxyhaemoglobin ini
kemudiannya akan diangkut ke seluruh sel badan melalui arteri. Di sel,
oxyhaemoglobin yang tidak stabil akan melepaskan molekul oksigen dan berpadu
dengan molekul karbon dioksida membentuk carbaminohaemoglobin. Secara
amnya anemia merupakan penyakit yang menyebabkan kurangnya hemoglobin
yang mengangkut oksigen keseluruh sel tubuh badan. Penyakit ini biasanya
terjadi disebabkan pendarahan (haemorrhage) yang teruk, hemolisis sel eritrosit
yang yang berlebihan, kegagalan proses erythropoiesis (penghasilan sel eritrosit).
Anemia

dapat

diklasifikasikan

berpandukan

puncanya

iaitu

kegagalan

penghasilan sel eritrosit iaitu, penyusutan zat besi, megaloblastic anaemias dan
hypolpastic anaemia. Manakala peningkatan kehilangan sel eritrosit pula ialah
normocytic anaemia dan haemolytic anaemias.

1 | Page

MAKLUMAT PESAKIT
Nama

:-

No. Daftar

: 5810

No. MyKad

:-

Umur

: 26

Bangsa

: Melayu

Pekerjaan

:Suri rumah tangga

Tinggi

:151cm

Alamat

:271, Jalan Kemuning, Sg.Tapah, ipoh perak darul


ridzuan

Tarikh lahir

: 19/6/1987

2 | Page

PENYATAAN MASALAH
ADUAN UTAMA (C/O) :
Pesakit mengadu berasa penat dan lemah badan setelah melakukan kerjakerja rumah. Selain itu pesakit mengalami masalah sembelit.
PENGAMBILAN SEJARAH :
Pesakit mengandung anak yang ke-3. Anak pesakit yang hidup dilahirkan
dengan cara normal (S.V.D {Spontaneous Vagina Delivery}). Kedua-dua anaknya
hidup sihat sehingga sekarang. Kedua-duanya ialah perempuan. Berat anak yang
pertama adalah 2.4 kg, manakala yang kedua pula 1.9 kg. Pesakit mengalami
masalah anemia ini bermula daripada kandungan anak yang pertama lagi.
Berdasarkan pengambilan sejarah pesakit, pesakit mengalami masalah seperti
darah tinggi (hypertension), anemia, dan premature.
PEMERIKSAAN FIZIKAL :
Pemeriksaan fizikal telah dilakukan kepada pesakit. Pn.M merupakan
seorang pesakit yang didiagnos menghidap penyakit anemia ketika hamil. Beliau
mengandung gravida ketiga dan usia kandungan beliau ialah 20 minggu melalui
pemeriksaan fundus yang dilakukan. Kawasan bawah konjunktiva pesakit adalah
pucat menunjukkan pesakit mengalami masalah anemia. Pn.M , mengalami
masalah seperti darah tinggi (hypertension), anemia, dan premature. Ujian Full
Blood Count yang dilakukan ke atas beliau menunjukkan bahawa paras
hemoglobinnya ialah 7.8g/dL. Beliau mengadu berasa penat dan lemah badan
setelah melakukan kerja-kerja rumah. Berat badan ketika booking adalah kurang
daripada 45 kg. Sejarah berat bayi baru lahir antara (< 2.5kg 4.0kg >). Selain
itu, Hb beliau kurang daripada 9.5 pada minggu ke 11 dan minggu ke 19
kehamilan. Fetus heart rate adalah normal iaitu 130/min dengan ritma yang
regular.
DIAGNOSIS :
Anemia semasa mengandung

3 | Page

PENCARIAN LITERATUR
Menurut satu artikel yang di petik daripada laman web rasmi gerakan
puteri umno, salah satu penyebab kepada kejadian anemia adalah penyakit
genetik darah yang dikenali sebagai talasemia iaitu sejenis penyakit anemia yang
juga penyakit keturunan. Anak yang menghidap talasemia tidak boleh
menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna
merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh
tubuh badan. Masalah ini ketara semasa anak menjangkau tiga bulan. Pada masa
ini, tanda-tanda penyakit anemia mula muncul seperti kelesuan, sesak nafas dan
pucat. Lama-kelamaan anak akan semakin kekurangan tenaga dan mengalami
kesukaran menyusu. Bahagian abdomennya juga akan menjadi besar disebabkan
pembesaran limpa dan hati.
Gerakan Puteri Umno
Menurut

Malaysia Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10

(1):70-83, bagi menganalisa anemia semasa mengandung definasi berdasarkan


paras hemoglobin mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selalu
digunakan iaitu paras hemoglobin kurang dari 11.0 g/dl pada trimester pertama
dan ketiga. Manakala pada trimester kedua pula, akibat pertambahan isipadu
plasma ibu mengandung yang tidak seimbang dengan pertambahan sel darah
merah, maka anemia didefinasikan sebagai hemoglobin kurang dari 10.5 g/dl.
Anemia semasa mengandung boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu
anemia yang ringan Hb 9-11 g/dl, sederhana Hb 7-9 g/dl dan teruk Hb < 7 g/dl4.
(Malaysia Journal of Public Health Medicine 2010, Vol.10 (1):70-83)
Pakar pemakanan Profesor Madya Dr Norimah A Karim (2000)
menyatakan bahawa malpemakanan boleh berlaku kepada ibu-ibu dari keluarga
yang kaya ataupun yang miskin. Sama ada mempunyai berat badan normal,
terlebih berat atau kurang berat badan, mereka berisiko mengalami kekurangan
pemakanan seperti zat besi, kalsium, iodin dan sebagainya. Ini boleh
menyebabkan masalah anemia, malah menjejaskan kandungan. Beliau berkata,
malpermakanan terjadi akibat dari ketidak seimbangan dan kekurangan
4 | Page

kepelbagaian makanan dalam diet ibu tersebut. ibu tidak perlu membeli
makanan yang termahal semasa mengandung. Makanan yang diperlukan oleh
ibu seperti nasi, buah-buahan dan sayur-sayauran, daging, ikan dan ayam,
kekacang, susu dan hasil tenusu biasanya mampu di beli oleh kebanyakan
keluarga. Buatlah pilihan makanan yang bijak dan betul untuk anda semasa
mengandung. Pupuklah tabiat pemakanan sihat supaya bayi dalam kandungan
anda dapat berkembang dengan baik.
Profesor Madya Dr Norimah A Karim (2000)

Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra


Malaysia (UPM) antara tanda-tanda yang dapat dilihat apabila seseorang itu
menghidap anemia ialah kesukaran untuk bernafas.
Di samping itu ibu juga cenderung untuk pitam. Sebilangan ibu-ibu yang
hamil selalu menghadapi tekanan darah rendah. Ketahuilah bahawa ini adalah
punca biasa pening dan pitam sewaktu hamil sahaja. Pada kebiasaannya keadaan
ini akan berlaku jika anda berdiri terlalu lama dimana darah anda akan mudah
terkumpul di kaki dan sabahagiannya juga terdapat pengurangan darah di kepala.
Simptom-simptom ini ditunjukkan oleh pesakit ini. Walaupun dia datang
tanpa sebarang chief complain, tetapi pesakit ada menyatakan dia sering merasa
nak pitam dan rasa susah nak bernafas pada minggu sebelum dia datang untuk
temujanji berikutnya..
(Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia)

5 | Page

PERBINCANGAN DAN HUJAH


Daripada maklumat pesakit yang diperolehi, pesakit menunjukkan
simptom penyakit anemia seperti, merasa letih, lemah anggota dan, kelihatan
pucat, atau sesak nafas. Pesakit adalah asimptomatik dan tahap kritikal penyakit
ini bergantung pada bacaan haemoglobin pesakit tersebut. Pesakit ini mempunyai
bacaan 7.8 g/dL, dimana bawah paras normal.
Daripada sumber literature menyatakan kes anaemia banyak terjadi
dikalangan ibu muda. Kurang pendedahan dan ilmu terhadap ibu muda mungkin
menyebabkan mereka mudah mengalami anemia semasa mengandung. Ini kerana
golongan ini kurang peka terhadap diet zat besi yang diperlukan semasa
mengandung adalah lebih tinggi berbanding wanita yang normal. Diet zat besi ini
diperlukan untuk perkembangan fetus dengan baik. Kegagalan memenuhi diet zat
besi yang secukupnya akan membahayakan nyawa ibu dan juga bayi didalam
kandungan.
Daripada, Universiti Sains Malaysia menyatakan anemia boleh dielak
dengan meningkatkan jarak kelahiran. Ini kerana, semasa proses bersalin,
pendarahan yang berlaku dengan banyak akan menyebabkan normocytic
aneamia. Melalui itu, inisiatif yang diambil oleh unit kesihatan ibu dan anak di
Klinik Kesihatan Manjoi ialah mempromosikan kaedah perancang kehamilan
pada ibu-ibu postnatal yang menjadi sasaran utama.
Malah daripada literature yang dipetik menyatakan kes anemia semasa
mengandung banyak berlaku di negara membangun. Ini kerana banyak wanita di
negara membangun gagal memperolehi diet zat besi, asid folik dan vitamin B 12
yang sepatutnya. Begitu juga dengan kajian kes yang diambil di Manjoi. Oleh itu,
kajian ke atas pesakit ini boleh menyimpulkan kerana kurang diet zat besi
menyebabkan pesakit mengalami anemia semasa mengandung.

6 | Page

MANIFESTASI KLINIKAL
Antara tanda atau gejala seseorang itu menghidap penyakit anemia termasuklah :

Keletihan setiap masa

Sakit kepala dan pening

Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal

Kulit pucat

Kadar denyutan jantung yang cepat

Kurang daya ingatan

Kurang berat badan dan sering pengsan

Kaki tangan berasa kebas

INVESTIGASI
Pemeriksaan perlu di jalankan bagi menentukan diagnosis penyakit ini :

Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal


Ujian darah, FBC (full blood count)
- Ini dilakukan bagi mengesan paras hemoglobin dalam darah pesakit.
Pesakit anemia akan menunjukkan paras hemoglobin di bawah paras
normal iaitu diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5

hingga 18.5g/dL untuk lelaki.


UFEME
- Dijalankan bagi mengesan sekiranya terdapat jangkitan di saluran
urinari

7 | Page

RAWATAN
Antara rawatan spesifik yang selalu diberikan bagi kes anemia adalah tambahan
asid folik dan ferum. Pesakit diberikan ubatan seperti :

Tab. Ferrous Fummerate 200mg per day

Tab. Folic Acid

Tab. Vitamin C 100-250mg QID

Tab. Vitamin B.Complex 4mg per day

KOMPLIKASI
Kesan terhadap ibu
Kesan terhadap ibu adalah, ibu mudah mendapat jangkitan. Jika ada berlaku
pendarahan, keadaan akan lebih memudaratkan dan menjurus kepada renjatan
hipovolemik. Selain itu mudah mendapat penyakit lemah jantung dan akhir sekali
boleh menyebabkan kematian.
Kesan terhadap anak
Antara komplikasi terhadap kandungan pula, ialah keguguran. Pembesaran janin
terbantut, anak lahir tidak cukup bulan, tidak cukup berat badan dan akhir sekali intra
uterine death.

8 | Page

PENDIDIKAN KESIHATAN

Pengambilan pemakanan yang seimbang seperti yang kaya dengan zat besi
seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardin, ikan cencaru, hati ayam, hati
lembu, dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

Pengambilan buah-buahan yang mengandungi Vitamin C untuk menggalakan


penyerapan zat besi seperti jambu batu, mata kucing, betik, limau, rambutan,
durian belanda, belimbing besi, mangga dan nenas.

Pesakit juga diingatkan tidak mengambil pil tersebut bersama makanan


berkafein kerana ia akan menghalang penyerapan zat besi, asid folik dan
vitamin B12. Pesakit digalakkan mengambil bersama jus buah-buahan seperti
jus oren yang sebaik-baiknya. Makanan yang kaya dengan asid folik juga
digalakkan termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan

juga kekacang.
Walau bagaimanapun, pengambilan ferum yang tinggi akan menyebabkan
pesakit mengalami sembelit. Oleh itu pesakit dinasihatkan minum air yang
banyak, sekurang-kurangnya 12 gelas sehari. Selain itu ibu juga boleh
mengambil makanan yang tinggi serat seperti sayuran dan buah-buahan.

Pemilihan sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung,
pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, daun pudina, dan lain-lain.

9 | Page

PROGNOSIS
Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis
untuk Pesakit dan anak dalam kandungan adalah baik. Anemia biasanya mudah
dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.
Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan
timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilankehamilan yang mendatang. Bagi ibu yang mengalami penyakit lain seperti
penyakit jantung, kesan ini kan lebih buruk kerana menambah bebanan pada
jantung ibu. Sekiranya bayi dalam kandungan gagal mendapat oksigen yang
secukupnya, ini akan menyebabkan intra uterine death.

10 | P a g e

RUMUSAN
Anemia boleh menyebabkan masalah kepada ibu dan juga bayi dalam
kandungan. Para ibu boleh mengelakkan kejadian ini berlaku pada dirinya dengan
mengamalkan pemakanan yang sihat dan kaya dengan zat besi. Pengawasan
terhadap para ibu yang mengalami kekurangan darah semasa mengandung
haruslah di lakukan sekerap yang mungkin seperti seminggu sekali untuk
mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin berlaku terhadap para ibu.
Secara rumusannya, penyakit anemia di kalangan ibu mengandung ini
dapat dielakkan dengan mengamalkan pemakan yang seimbang dan kaya dengan
zat besi, asid folik dan vitamin B12 dan mendapatkan pemantauan kesihatan
daripada pengamal perubatan yang bertauliah.

11 | P a g e

RUJUKAN
1. Oxford Handbook Of Clinical Medicine 6th by Longmore, Wilkinson and
Rajagopalan.
2. Basic Pathophysiology A Holistic Approach by Maureen W. Groer and
Maureen E. Shekleton.
3. The American Journal Nutrition byLindsay H. Allen
4. Fajar Bakti Sendirian Bhd, 2008, kamus Jururawat, Chee Leong Press
Sdn. Bhd. Ipoh perak
5. http://en.wikipedia.org/wiki/anemia
6. Malaysia Journal Nutrition by Zulkifli Ahmad,Rogayah Jaafar,M Hashim
Mohd Hassan, Mohd Shukri Othman
7. Bates Pocket Guide to Physical Examination And History Taking Sixth
Edition

12 | P a g e

LAMPIRAN
Kandungan zat besi dalam makanan

Zat besi

Makanan

Saiz Hidangan

Hati, Ayam

105g

12.8

Peha ayam

125g

1.0

Daging lembu tanpa lemak

268g

5.9

Hati, Lembu

124g

11.1

Tuna

90g

1.1

Kerang

Paru

86g (10 biji


kerang)

(mg)

2.0

92g

7.7

cawan

18

Oatmeal

1 cawan

10

Tauhu

1/2 cawan

3.4

Kacang tanah

1 cawan

6.6

Bayam

cawan

3.2

Kismis

cawan

1.5

Roti

1 keping

0.9

Nasi

1 cawan

0.3

Bijiran yang diperkaya dengan 100% zat besi


(coco crunches, cornflakes)

Rujukan: Malaysian Dietary Guidelines 2005


13 | P a g e

14 | P a g e

You might also like