Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Q: Ceria Co.

Ltd, menghadapi masalah dalam perniagaannya dan cadangan


dibuat agar syarikat ini digulung secara sukarela. Mesyuarat untuk meluluskan
resolusi khas bagi penggulungan secara sukarela akan diadakan pada 21
Februari 1999. Pada 20 Oktober 1998, majority pengarah dalam mesyuarat
Lembaga Pengarah telah membuat perisytiharan solvensi, di mana mereka telah
membuat akuan bertulis bahawa setelah siasatan dibuat, syarikat boleh
membayar hutang dengan penuh dalam tempoh tidak lebih dari dua belas bulan
selepas bermula tarikh penggulungan. Akuan dihantar kepada Pendaftar Syarikat
pada 25 Januari 1999, iaitu dua hari selepas notis panggil mesyuarat untuk
meluluskan resolusi penggulungan sukarela dikeluarkan.
Di samping itu, pernyataan mengenai hal ehwal syarikat yang menunjukkan
tentang asset, liability dan perbelanjaan penggulungan yang dianggarkan akan
dihaapi oleh syarikat juga telah dihantar. Akhirnya, didapati bahawa
perisytiharan solvensi dan pernyataan mengenai hal ehwal syarikat tidak dibuat
dengan betul dan hutang gagal dijelaskan dlaam masa yang ditetapkan.
Pemiutang-pemiutang tidak berpuashati dengan kejadian ini. Nasihatkan
pemiutang-pemiutang tersebut.
A: Isu-isu:
1. Adakah sah perisytiharan solvensi yang dibuat oleh pengarah-pengarah Ceria
Co. Ltd?
2. Apakah kesan jika perisytiharan solvensi dan pernyataan mengenai hal ehwal
syarikat tidak dibuat dengan betul dan hutang gagal dijelaskan dalam masa yang
ditetapkan?
Penyelesaian isu 1:
Apabila terdapat cadangan untuk menggulung syarikat secara sukarela,
majority pengarah bolehlah membuat perisytiharan solvensi. Perisytiharan
solvensi ialah akuan bertulis bahawa mereka telah membuat penyiasatan
terhadap hal ehwal syarikat, dan bahawa pada mesyuarat pengarah-pengarah
telah mebentuk suatu pendapat bahawa syarikat boleh membayar hutangnya
dengan penuh dalam suatu tempoh yang tidak melebihi 12 bulan selepas
permulaan penggulungan.
Terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi oleh akuan tersebut sebelum
ianya boleh berkuatkuasa:
1. Ia dibuat dalam mesyuarat pengarah-pengarah
2. Dibuat dalam masa lima minggu sebaik sahaja sebelum resolusi untuk
penggulungan sukarela diluluskan
3. Dikepilkan bersama-samanya suatu pernyataan mengenai hal ehwal syarikat
yang menunjukkan aset-aset syarikat, dan jumlah amaun yang dianggarkan
dihasilkan darinya,tanggungan-tanggungan syarikat, dan perbelanjaan
penggulungan yang dianggarkan
4. Menyerah simpan kepada Pendaftar sebelum tarikh di mana notis untuk
memanggil mesyuarat di mana resolusi untuk penggulungan sukarela yang
dicadangkan dikeluarkan.

Rumusan:Perisytiharan solvensi telah dibuat oleh mesyuarat lembaga pengarah


pada 20 Oktober 1998 tetapi mereka merancang untuk mengadakan mesyuarat
untuk meluluskan resolusi penggulungan secara sukarela pada 21 Februari
1999(melebihi lima minggu daripada 20 Oktober 1998). Di smaping itu,
perisytiharan ini dihantar kepada Pendaftar Syarikat pada 25 Januari 1999 iaitu
dua hari sebelum notis panggil mesyuarat untuk meluluskan resolusi
penggulungan sukarela dikeluarkan (sepatutnya ia dihantar sebelum notis
panggil mesyuarat berjkenaan dihantar). Ini bermakna perisytiharan solvensi itu
tidak sah.
Penyelesaian isu 2:
Jika didapati kemudiannya bahawa surat akuan itu dibuat dengan kesilapan
dan hutang syarikat tidak dapat dibayar dengan penuh dalam tempoh masa
yang ditetapkan, pengarah yang membuat surat akuan itu akan didapati
bersalah di atas kesalahan itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa dia
mempunyai alasan-alasan yang kukuh untuk membuat periaytiharan solvensi.
Beban pembuktian adalah terhadap pengarah itu sendiri.
Pengarah ini boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tiga tahun atau
didenda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya. Rujuk seksyen 257 Akta
Syarikat 1965.
Pemiutang-pemiutang boleh memohon supaya penyelesai yang dilantik oleh
ahli-ahli dipecat dan digantikan dengan penama-penama mereka.
Rumusan:Pengarah-pengarah Ceria Co. Ltd akan didapati bersalah dan boleh
dikenakan hukuman penjara selama tempoh tiga tahun atau didenda sebanyak
RM10,000. Di samping itu,pemiutang-pemiutang boleh memohon supaya
penyelesai yang dilantik oleh ahli-ahli dipecat dan digantikan dengan penamapenama mereka.
Kesimpulan isu 1 dan 2:
1. Perisytiharan solvensi itu tidak sah
2. Pengarah-pengarah boleh dikenakan hukuman dan pemiutang-pemiutang
boleh menggantikan penyelesai yang dinamakan oleh mereka.

Milah merupakan seorang usahawan muda yang berjaya dalam perusahaan


makanan segera. Beliau bercadang ingin menubuhkan sebuah syarikat dalam
usaha untuk memperluaskan lagi perniagaannya. Pada 1 Januari 1999, beliau
telah menubuhkan Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. di mana beliau dan suaminya
bertindak sebagai pengarah-pengarah syarikat. Sebanyak 95% saham syarikat
dimiliki oleh Milah manakala selebihnya dimiliki oleh anak-anaknya yang hanya
sebagai penamanya sahaja. Sebagai langkah berjaga-jaga, Milah telah
mengambil insurans keselamatan dalam kedudukannya sebagai pekerja syarikat
tersebut. Selaku pengarah syarikat, beliau juga telah membuat pinjaman modal
sebanyak RM100,000 dengan BBMB. Perniagaannya berjalan lancar dan
mendapat sambutan ramai. Namun, baru-baru ini syarikat mulai menghadapi
masalah apabila sebuah syarikat lain iaitu Syarikat Harta Emas Sdn. Bhd. ingin

mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa Syarikat Hartamas Sdn.


Bhd. telah menggunakan nama yang sama dengan syarikat mereka yang boleh
menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang berurusan dengan kedua-dua
syarikat. Semalam, Milah dan suaminya telah terlibat dalam satu kemalangan
jalan raya yang meragut nyawa mereka. Hari ini, anak-anak Milah datang
berjumpa anda untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kedudukan
syarikat setelah kematian ibu dan bapa mereka. Anda juga diminta untuk
menjelaskan hak Milah terhadap polisi insurans yang dimasukinya serta
tanggungan syarikat terhadap dakwaan Syarikat Harta Emas. Pihak BBMB juga
inginkan penjelasan berkenaan tanggungan pinjaman yang telah dibuat oleh
Milah. Selesaikan permasalahan ini.

CONTOH JAWAPAN
Isu-isu
1) Apakah status Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. selepas kematian Milah dan
suaminya?
2) Adakah Milah berhak ke atas polisi insurans keselamatan yang diambilnya?
3) Adakah Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. bertanggungan ke atas dakwaan yang
dibuat oleh Syarikat Harta Emas Sdn. Bhd. ?
4) Adakah Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. bertanggungan ke atas pinjaman modal
dengan BBMB?
Penyelesaian Isu (1)
Prinsip utama sesebuah syarikat ialah entiti berasingan di mana syarikat
mempunyai identitinya yang tersendiri, terpisah daripada ahli-ahlinya. Oleh itu,
seksyen 16(5) Akta Syarikat 1965 telah memperuntukkan ciri-ciri khas syarikat
iaitu salah satunya berkaitan dengan kesinambungan hayat. Sesebuah syarikat
akan kekal walaupun ahli-ahlinya telah meninggal dunia selagi ia tidak
dibubarkan oleh Pendaftar Syarikat. Kes yang boleh dirujuk :
Nama kes : Re Noel Tedman Holdings Pty. Ltd.
Fakta kes :
Sepasang suami isteri selaku pemegang saham syarikat telah meninggal dunia
dalam kemalangan. Ahli-ahli syarikat yang lain juga telah tiada. Syarikat
mengalami masalah untuk memindahmilik saham kerana tiada kelulusan
daripada pengarah.
Keputusan mahkamah :
Wakil peribadi si mati dibenarkan melantikpengarah baru untuk memindahmilik
saham syarikat.
Rumusan Isu (1)
Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. boleh terus beroperasi seperti biasa. Anak-anak
Milah yang dijadikan penama boleh melantik pengarah baru dengan persetujuan
ahli-ahli syarikat yang lain.

Penyelesaian Isu (2)


Syarikat dengan ahlinya merupakan entiti yang berbeza. Seorang pengarah
syarikat yang turut bertindak sebagai pekerja mempunyai hak tersendiri yang
berasingan daripada syarikat. Kes yang boleh dirujuk :
Nama kes : Lee lwn Lees Air Farming Ltd.
Fakta kes :
Isteri Lee menuntut pampasan atas kematian suaminya yang terbunuh semasa
menjalankan tugas sebagai ketua juruterbang. Lee merupakan pemegang saham
utama syarikat tersebut merangkap pekerja.
Keputusan mahkamah :
Isteri Lee berhak mendapat pampasan kerana Lee selaku pemilik dan pekerja
syarikat merupakan entiti yang berasingan daripada Lees Air Farming Ltd.
Rumusan Isu (2)
Milah berhak atas polisi insurans keselamatan yang diambilnya kerana polisi
tersebut adalah atas namanya sebagai pekerja syarikat.

Penyelesaian Isu (3)


Menurut seksyen 16(5) Akta Syarikat 1965, antara ciri-ciri syarikat ialah boleh
mendakwa dan didakwa. Kes yang boleh dirujuk :
Nama kes : Foss lwn Harbottle
Fakta kes :
Dua orang pemegang saham Victoria Park Company telah mendakwa pengarah
syarikat kerana penyalahgunaan kuasa.
Keputusan mahkamah :
Dakwaan sepatutnya dibuat atas nama Victoria Park Company kerana
penyelewengan pengarah tersebut memberi kesan terhadap syarikat.
Menurut Common Law, sesebuah syarikat boleh memohon perintah injuksi
apabila terdapat syarikat lain yang menggunakan nama serupa atau hampir
sama. Perintah injuksi akan menyekat penggunaan nama tersebut oleh pihak
yang didakwa. Kes yang boleh dirujuk :
Nama kes : North Chesire & Manchester Brewery Co. Ltd. Lwn Manchester
Brewery Co. Ltd.
Fakta kes :
Syarikat Manchester Brewery telah dibeli oleh Syarikat New Chesire Brewery dan
ditukar kepada nama North Chesire & Manchester Brewery. Pemilik Manchester
Brewery telah memohon perintah injuksi agar penggunaan nama baru yang
mengelirukan itu disekat.
Keputusan mahkamah :
Perintah injuksi dibenarkan untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai.
Rumusan Isu (3)
Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. bertanggungan atas dakwaan Syarikat Harta Emas
Sdn. Bhd.

Penyelesaian Isu (4)


Seksyen 16(5) Akta Syarikat 1965 telah menyatakan bahawa sesebuah syarikat
mempunyai kuasa perbadanan. Oleh itu, syarikat memiliki hak, kuasa dan
tanggungjawab sendiri. Setiap tindakan oleh pengarah atau pekerja syarikat
yang dilakukan atas nama syarikat tersebut secara langsung menyebabkan
syarkat bertanggungan.
Rumusan Isu (4)
Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. bertanggungan atas pinjaman modal sebanyak
RM100,000 yang dibuat oleh Milah dengan BBMB sebagai pengarah syarikat.
Kesimpulan
1. Syarikat Hartamas Sdn. Bhd. boleh terus beroperasi seperti biasa.
2. Anak-anak Milah berhak ke atas polisi insurans keselamatan Milah.
3. Syarikat perlu menanggung dakwaan Syarikat Harta Emas Sdn. Bhd.
4. Syarikat bertanggungan ke atas pinjaman modal dengan BBMB.

Topik 10
Q: Bilakah bermulanya penggulungan sukarela?
A: Menurut seksyen 255(6)(1) dan (2) Akta Syarikat 1965 penggulungan sukarela
hendaklah bermula: Di mana penyelesai sementara telah dilantik sebelum
resolusi untuk penggulungan sukarela diluluskan, pada masa bila akaun
berkanun yang dirujukkan dalam (1) telah diserah simpan dengan
Pendaftar.Dalam mana-mana kes lain, pada masa meluluskan resolusi untuk
penggulungan sukarela.
Q: Nyatakan syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum pengisytiharan solvensi
boleh dikuatkuasakan.
A: Terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi oleh perisytiharan solvensi
sebelum ianya boleh berkuatkuasa: ia dibuat dalam mesyuarat pengarahpengarah dibuat dalam masa lima minggu sebaik sahaja sebelum resolusi untuk
penggulungan sukarela diluluskandikepilkan bersama-samanya suatu pernyataan
mengenai hal ehwal syarikat yang menunjukkan:aset-aset syarikat dan jumlah
amaun yang dianggarkan dihasilkan darinyatanggungan-tanggungan
syarikatperbelanjaan penggulungan yang dianggarkan

Q: Bilakah penggulungan secara sukarela boleh dilakukan?


A: Seksyen 254 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan keadaan-keadaan di mana
sesebuah syarikat boleh digulung secara sukarela. Apabila tempoh, jika ada,
ditetapkan untuk jangka masa tertentu bagi syarikat dengan memorandum atau
artikel-artikel telah tamat, atau kejadian jika ada, berlaku, dengan mana
memorandum atau perkara-perkara syarikat memperuntukkan bahawa syarikat
adalah dibubarkan dan syarikat dalam mesyuarat agungnya meluluskan satu
resolusi yang menghendaki syarikat digulung secara sukarela.Jika syarikat
membuat ketetapan dengan resolusi khas.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan penggulungan atas alasan jika ahli kurang
daripada dua orang?
A: Seksyen 218(1)(d): Bilangan ahli adalah kurang dari dua orang merupakan
salah satu alasan yang boleh digunakan untuk memohon penggulungan melalui
mahkamah. Keadaan ini tidak terpakai kepada sebuah syarikat subsidiari milikan
penuh kepada syarikat induk yang dibenarkan untuk memiliki kesemua saham
syarikat subsidiarinya. Penyumbang boleh memohon di bawah sebab ini
walaupun dia tidak memegang saham dalam tempoh waktu yang ditetapkan
oleh seksyen 217(2)(a). Adalah menjadi kesalahan di bawah seksyen 36 Akta
Syarikat 1965, jika perniagaan masih terus dijalankan setelah ahli kurang dari
dua orang selama lebih dari tempoh enam bulan dari tarikh pengurangan itu.
Ahli terakhir, setelah gagal mendapatkan ahli baru, bolehlah membuat petisyen
di bawah alasan ini untuk menggulungkan syarikat. Menteri juga boleh memohon
agar syarikat digulung oleh mahkamah menggunakan alasan ini

Q: Nytakan jenis-jenis penggulungan ke atas syarikat.


A: Secara asasnya terdapat tiga jenis penggulungan, iaitu: Seksyen 211 Akta
Syarikat 1965: Penggulungan melalui mahkamahSeksyen 211 Akta Syarikat
1965: Penggulungan secara sukarela sama ada penggulungan sukarela ahli-ahli
atau penggulungan sukarela pemiutangSeksyen 308 Akta Syarikat 1965:
Penggulungan melalui kuasa yang diberikan kepad pendaftar untuk
membatalkan pendaftaran syarikat-syarikat yang tidak berfungsi atau tidak
menjalankan aktiviti perniagaan mengikut objektif syarikat.
Siapa yang boleh dilantik sebagai pelikuidasi syarikat?
Pegawai Penerima (Ketua Pengarah Insolvensi atau (KPI) di atas kapasiti
sebagai Pegawai Penerima); atau
Pelikuidasi luar (individu yang dilesenkan sebagai plekuidasi dan telah dilantik
oleh mahkamah).
Apakah tugas-tugas Pelikuidasi Syarikat?

Menyiasat hal ehwal dan aset milik syarikat yang digulungkan


Menyiasat tingkah laku bekas pengarah syarikat dan mana-mana orang yang
berkaitan
Menyiasat tuntutan yang dibuat oleh pemiutang dan juga pihak ketiga
Mengenal pasti dan mencairkan aset milik syarikat pada harga terbaik dan
dengan kaedah yang memberi kelebihan kepada syarikat yang digulungkan.
Apakah tugas bekas pengarah syarikat ?
Bekas pengarah syarikat hendaklah memberi kerjasama kepada pelikuidasi
dalam mengemukakan maklumat-maklumat seperti aset dan pemiutang
syarikat. Semua maklumat yang diberi hendaklah disokong dengan dokumen
dokumen yang berkaitan.
Bekas pengarah syarikat di wajibkan mengisi Borang Hal Ehwal Syarikat yang
meliputi:
Butir-butir maklumat sejarah syarikat
Maklumat urus niaga syarikat
Maklumat punca kegagalan syarikat
Semua aset syarikat
Semua tanggungan syarikat
Semua maklumat Pemegang saham syarikat
Sebarang tuntutan yang belum selesai oleh atau terhadap syarikat
Apa itu Penggulungan Syarikat terpaksa ?
Kebiasaannya syarikat akan digulungkan di sebabkan oleh kegagalan membayar
hutang syarikat. Syarikat digulungkan oleh mahkamah melalui petisyen;
Syarikat
Manamana Pemiutang
Penyumbang
Pelikuidasi
Menteri Hal Ehwal Pengguna
Menteri kewangan
Bank Negara Malaysia
Pendaftar Syarikat / SSM
Apa itu penggulungan syarikat atau likuidasi ?
Ia adalah satu proses di mana aset syarikat akan dikumpul dan dicairkan bagi
tujuan pembayaran hutang syarikat kepada pemiutang. Terdapat dua jenis
penggulungan syarikat, iaitu secara terpaksa dan secara sukarela.
Apakah kesan penggulungan syarikat ke atas pemiutang yang bercagar?
Pemiutang yang bercagar masih boleh meneruskan tindakan berdasarkan
Kanun Tanah Negara, sekiranya syarikat itu gagal membayar hutang mereka.
Pemiutang bercagar dibenarkan menjual harta milik syarikat yang mereka
mempunyai sekiranya masih mempunyai sekuriti ke atas hartanah tersebut.
Sekiranya terdapat kekurangan selepas penghasilan aset oleh pemiutang
bercagar, mereka perlu memfailkan Borang Bukti Hutang dan status mereka

berubah ke pemiutang bercagar ke pemiutang . Sekiranya terdapat lebihan dari


penjualan aset tersebut, dan selepas menolak hutang pemiutang bercagar, wang
lebihan hendaklah diserahkan ke pelikuidasi syarikat.
Apakah kesan-kesan penggulungan syarikat ?
Operasi syarikat akan dihentikan
Penamatan kontrak perkerjaan
Tidak dibenarkan pelupusan aset syarikat
Tidak dibenarkan pindah milik saham syarikat
Tidak dibenarkan menyelesaikan sebarang tindakan yang belum diselesaikan
Larangan/sekatan ke atas sebarang tindakan ke atas syarikat kecuali kebenaran
diperolehi dari mahkamah terlebih dahulu.
Apakah kesan penggulungan syarikat terhadap bekas pengarah syarikat ?
Semua kuasa bekas pengarah syarikat akan hapus dan pentadbiran syarikat
akan diambil alih oleh Pelikuidasi Syarikat.
Apa itu Penggulungan secara sukarela?
Penggulungan secara sukarela ialah:
Apabila sesuatu tempoh yang telah ditetapkan tarikh luput di bawah
Memorandum of Association (MOA) atau Article of Association (AOA);
Apabila MOA or AOA yang disediakan lupus oleh sebabsebab tertentu.
Apabila Mesyuarat Tahunan syarikat telah meluluskan resolusi untuk
mengulungkan syarikat secara sukarela.
Atau oleh resolusi mesyuarat khas.
Pari-Passu Seksyen 292 Akta Syarikat 1965
Tertakluk kepada Akta ini, dalam penggulungan syarikat, pembayaran dividen
keutamaan hendaklah dibuat ke atas semua hutang tidak bercagar iaitu:
Pertama, kos dan pembelanjaan penggulungan syarikat termasuk kos dicukai
pempetisyen, gaji pelikuidasi syarikat dan juga kos-kos bagi kerja audit yang
telah dijalankan;
Kedua, semua upah dan gaji
Ketiga, semua amaun yang tertunggak berhubung pampasan pekerja di bawah
mana-mana undang-undang bertulis berkaitan tunggakan pampasan pekerja;
Keempat, semua gaji yang perlu dibayar kepada pekerja;
Kelima, semua amaun tunggakan sumbangan dalam tempoh 12 bulan sebelum
permulaan pengulungan syarikat;
Keenam, semua amaun cukai persekutuan yang ditaksirkan dii bawah apa-apa
undang-undang bertulis sebelum tarikh permulaan penggulungan syarikat atau
yang ditaksirkan pada bila-bila masa sebelum masa yang ditetapkan untuk
pembuktian hutang berakhir.

Topik 5\
Q: Nyatakan takrif pengarah menurut seksyen 4 Akta Syarikat.

A: Takrifan pengarah menurut seksyen 4 ialah semua jenis pengarah dengan apa
jua nama ianya dipanggil antaranya pengarah gantian atau pengarah bayangan.
Q: Terangkan secara ringkas peruntukan seksyen 122(1), (2) dan 129(1)
berkenaan kelayakan untuk menjadi pengarah.
A; Menurut seksyen 122(1) seseorang itu layak menjadi pengarah apabila ia
tinggal menetap di Malaysia. Manakala seksyen 122(2) pula menetapkan hanya
orang yang cukup umur sahaja yang layak menjadi pengarah. Seksyen 129(1)
menyatakan had umur pengarah ialah setakat 70 tahun sahaja bagi syarikat
awam.
Q: Bincangkan dua keadaan di mana seseorang itu tidak layak menjadi
pengarah.
A: Menurut seksyen 125 menetapkan seorang bankrap yang tidak dilepaskan
oleh Mahkamah tidak layak menjadi pengarah dan tidak layak mengambil apaapa bahagian di dalam pengurusan syarikat kecuali dengan kebenaran
Mahkamah. Jika berlaku kemungkiran dalam mematuhi seksyen ini, individu
tersebut boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau satu ratus ribu
ringgit. Peruntukan seksyen 130A menyatakan bahawa seseorang yang dilantik
menjadi pengarah syarikat dan syarikat itu kemudiannya menjadi tak solven,
dalam masa lima tahun dari tarikh syarikat yang pertama menjadi tak solven
beliau dilantik menjadi pengarah syarikat lain dan syarikat itu juga menjadi tak
solven. Individu berkenaan tidak layak untuk menjadi pengarah mana-mana
syarikat tanpa kebenaran Mahkamah.
Q: Berikan empat keadaan yang memerlukan pengarah mengosongkan
jawatannya menurut artikel persatuan.
A: Artikel 72 Jadual 4 menyatakan pengarah perlulah mengosongkan jawatnnya
jika: a) berhenti menjadi pengarah dengan kehendak Aktab) menjadi bankrap
atau membuat mana-mana perkiraan dengan pemiutang secara umumc) di
larang manjadi pengarah oleh Akta) menjadi tidak siuman
Q: Nyatakan kuasa yang diberikan kepada pengarah dalam mengurus dan
mentadbir syarikat.
A: Antara kuasa pengarah untuk mengurus dan mentadbir syarikat adalah
seperti berikut: melantik pengarah tambahan.Kuasa ini selalunya diberi menerusi
artikel persatuan syarikat meminjam wang. Pengarah mempunyai kuasa untuk
membuat pinjaman dan memberikan cagaran terhadap hutang
syarikatmengadakan mesyuarat syarikat. Artikel selalunya memberi mandat
kepada pengarah untuk memanggil mesyuarat luar biasa.penyerahan kuasa.

Artikel syarikat memberi mandat kepada pengarah untuk menyerahkan dan


mewakilkan kuasa kepada orang lain, contohnya kepada pengarah urusan,
setiausaha dan lain-lain.pengisuan saham pengisuan debentur pengisuan
instrumen boleh niaga membuat panggilan jumlah yang belum
berbayarpermohonan penggulungan syarikattindakan undang-undang. Pengarah
boleh mengambil tindakan undang-undang menggunakan nama syarikatmenolak
pemindahan saham. Pengarah boleh sama ada menolak atau menerima
pemindahan saham syarikat jika Artikel memberikan kuasa sedemikian kepada
pengarah dengan syarat pengarah menggunakan kuasa itu dengan jujur.kuasa
pengarah untuk bertindak bagi pihak syarikat dan tindakan mereka mengikat
syarikat sekiranya pengarah bertindak dalam bidangkuasa yang dibenarkan.
Q: Nyatakan tiga aspek kewajipan fidusiari pengarah.
A: Tiga aspek kewajipan fidusiari pengarah adalah: bertindak dengan jujur dalam
memelihara kepentingan syarikat dan bukan kepentingan pihak lain.tidak
meletakkan dirinya dalam satu keadaan di mana berlaku pertentangan (conflict)
antara kewajipannya terhadap syarikat dengan kepentingan
dirinya.menggunakan kuasa dan aset yang telah diamanahkan kepadanya untuk
maksud yang ditentukan bukan bagi maksud lain.
Q: Terangkan remedi-remedi bagi kemungkiran kewajipan fidusiari pengarah.
A: Syarikat mempunyai pilihan sama ada untuk meminta pengarah menyerahkan
segala keuntungan yang telah diterimanya kepada syarikat atau meminta
pengarah membayar gantirugi kepada syarikat jika syarikat mengalami kerugian
disebabkan perlanggaran kewajipan tersebut.
Topik 6
Q: Bidi dan Aziz ialah pengarah dalam Syarikat Million Sdn. Bhd. (MIB). MIB baru
sahaja ditubuhkan pada 20 september 2002 yang lepas dengan modal
dibenarkan sebanyak RM10 juta. Baru-baru ini, Akilah, setiausaha syarikat telah
menulis satu memo peringatan kepada pengarah-pengarah syarikat yang antara
lainnya menyatakan yang syarikat perlu mengadakan mesyuarat berkanun
dengan segera. Kedua-dua pengarah tersebut telah memutuskan untuk
mengadakan mesyuarat berkanun syarikat pada bulan Mac 2003.Bincangkan
masalah di atas .
A: Isu:Sama ada syarikat boleh mengadakan mesyuarat berkanun pada bulan
Mac 2003?Prinsip/AplikasiSeksyen 142(1) Tiap-tiap syarikat awam, iaitu syarikat
berhad dan mempunyai modal syer hendaklah dalam tempoh tidak kurang adri
satu bulan dan tidak lebih dari 3 bulan selepas dari tarikh berhak memulakan
perniagaan mengadakan mesyuarat berkanun.Kesan Seksyen 142(10)
Keingkaran untuk mematuhi seksyen berhubung dengan mesyuarat berkanun,

pegawai syarikat dan pengarah yang gagal untuk mengambil langkah yang
munasabah untuk memastikan pematuhan terhadap seksyen adalah melakukan
kesalahan.Penalti- RM5,000 dan penalti ingkar RM100Rumusan/KesimpulanOleh
kerana syarikat adalah syarikat awam, ia hendaklah mengadakan mesyuarat
berkanun dalam masa yang dikehendaki. Meysuarat tidak boleh diadakan pada
bulan Mac kerana melebihi dari had masa yang ditetapkan dan ia merupakan
satu kesalahan terhadap akta.
Q: Nyatakan definisi mesyuarat.
A: Mesyuarat didefinisikan sebagai perhimpunan sebilangan orang bagi tujuan
membincangkan dan bertindak atas sesuatu perkara atau perkara-perkara yang
mereka mempunyai kepentingan bersama terhadapnya.
Q: Nyatakan jenis-jenis mesyuarat pemegang syer.
A: Mesyuarat pemegang syer boleh dibahagikan kepada empat iaitu mesyuarat
berkanun, mesyuarat agung tahunan, mesyuarat agung luar biasa dan
mesyuarat kelas.
Q: 1. Syarikat jenis apakah yang dikehendakiuntuk mengadakan mesyuarat
berkanun?Hanya syarikat awam iaitu syarikat berhad dan mempunyai modal
syer dikehendaki mengadakan mesyuarat berkanun.Q: 2. Bilakan mesyuarat
berkanun harus diadakan?
A: Mesyuarat Berkanun mesti diadakan hanya sekali, iaitu pada permulaan hayat
sesebuah syarikat itu. Syarikat boleh memanggil mesyuarat ini di dlm satu
tempoh tidak kurang daripada satu bulan tetapi tidak melebihi tiga bulan selepas
tarikh di mana syarikat berhak memulakan perniagaannya.
Q: Huraikan tentang resolusi biasa dan juga resolusi khas.
A: Resolusi biasa ialah satu resolusi yang diluluskan melalui majoriti biasa ahli
yang hadir dalam mesyuarat. Resolusi khas ialah resolusi yang diluluskan melalui
jumlah undi yang tidak kurang daripada tiga per empat majoriti yang mengundi
dalam mesyuarat.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan notis khas?
A: Notis khas bermaksud notis yang diberikan oleh ahli-ahli kepada syarikat jika
mereka berhajat untuk mengemukakan satu resolusi dalam mesyuarat.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan mesyuarat agung luar biasa?
A: Mesyuarat agung luar biasa bermaksud apa-apa mesyuarat agung selain
daripada mesyuarat agung tahunan.

Q: Nyatakan empat keadaan bilamana resolusi khas diperlukan.


A: Empat contoh keadaan bilamana resolusi khas adalah diperlukan: untuk
menukar nama syarikat (seksyen 23 Akta Syarikat 1965)untuk meminda
memorandum dan perkara persatuan syarikat (seksyen 28 dan seksyen 31 AS
1965)untuk mengubah hak kelas (Artikel 4, Senarai A)untuk mengurangkan
modal syarikat (seksyen 64 Akta Syarikat 1965)
Topik 7
Q: Apakah takrifan syer?
A: Syer ditakrifkan sebagai kepentingan pemegang syer dalam syarikat yang
dinilai dengan sejumlah wang bagi tujuan tanggungan, kepentingan dan juga
merupakan satu perjanjian di antara pemegang-pemegang syer inter se.

You might also like