Erti Kemerdekaan Dari Perspektif Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Erti Kemerdekaan dari Perspektif Islam

Kemerdekaan yang sebenar menurut


Islam terkandung di dalam kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima
tentera rom yang bernama Rustum:
"Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk
kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia
kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama
kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan
dunia dan akhirat."
Rub'ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada
pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui
penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku
melalui penguasaan bangsa sendiri.

Selain itu, menurut pendeta Zaaba, erti kemerdekaan ialah

berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan


ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran;
daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang
menghidupkan dan menyuburkan dia;
daripada itiqad-itiqad yang serong dan terpesong kepada itiqad
yang subur dan merdeka;
daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada
kesalehan;
dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat
kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan
menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.
Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa
kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan fizikal tidak berguna. Ramai
cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah
kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka.

Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa


Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan
musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?
Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:
Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama
ada:Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.
Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah swt bagi memastikan tiada
ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.
Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh
manusia samada:
1. Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan
anutan.
2. Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa
kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.
Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang
sempit melalui:
1. Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat
persinggahan.
2. Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan
kehidupan yang sebenar.
Justeru, kemerdekaan yang sebenar ialah :
Membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia.Membebaskan
akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang
bercanggah dengan Islam.

You might also like