Laporan AJK Dokumentasi Badminton

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASI

(ABDUL RAHIM BIN AZLAN / NUR AMIRA BINTI MAHAMAD


REDZO)
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke
atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat
baginda. Pertamanya, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
keberkatan-Nya saya dan rakan guru pelatih 5PISMP Pendidikan Islam
Ambilan Jun 2014 dapat melaksanakan Kejohanan Badminton Peringkat
IIPGKKB dengan jayanya. Program ini telah dilaksanakan di bawah kursus
Kokurikulum Permainan (WAJ 3091).
Saya, Abdul Rahim bin Azlan dan rakan setugas, Nur Amira binti
Mahamad Redzo telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi.
Umumnya, bidang kerja kami adalah menyediakan banner, menampal poster,
mengiklankan kepada guru pelatih serta menangkap gambar pada hari
kejohanan berlangsung. Bagi penyediaan banner, kami telah menyediakan
seminggu sebelum kejohanan berlangsung, iaitu pada tarikh 16 Julai 2016
bersamaan hari Sabtu. Banner kami mendapat pujian daripada semua pihak
sama ada pihak pensyarah mahupun guru pelatih kerana kesenian yang
begitu unik sekali. Sebelum digantung di Dewan Wawasan, kami telah
menggantungnya di laluan masuk ke asrama. Hal ini bertujuan memberi
makluman kepada guru pelatih bahawa terdapat Kejohanan Badminton yang
bakal berlangsung di samping menarik minat penyertaan bagi sesiapa yang
berminat. Begitu juga dengan poster, kami telah menjadikan media sosial
sebagai tempat penghebahan kejohanan ini khusus dalam kalangan guru
pelatih IPGKKB.
Sewaktu hari kejadian, berbekalkan kamera DSLR, kami telah
menangkap gambar sebelum, semasa dan selepas Kejohanan Badminton ini.
Dari aspek kekuatan, kami telah memastikan setiap gambar diambil bagi
setiap gelanggang. Kelemahan kami pula adalah kekurangan ahli untuk
menangkap gambar kerana salah seorang daripada kami terlibat dalam
menjadi pengadil bagi setiap perlawanan yang telah ditentukan. Secara

umumnya, kami berjaya menjalankan tugas kami sebagai ahli jawatankuasa


dokumentasi ini dengan baik sekali.

You might also like