Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

PENGANGKUTAN

http://isyayy.blogspot.my/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-konsep.html

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis,


Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah
Pengangkutan Awam
Dapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam, kepentingan, masalah dan
cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian calon.
Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian, apa-apa maklumat yang
anda huraikan mesti dinyatakan sumber/kaedahnya, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap aspek
8.1, 8.2, 8.3, 8.4 dan 8.5. Saya sudah berikan contoh dalam aspek 8.1 dan 8.2 di bawah apabila anda
hendak mentakrifkan konsep 'pengangkutan awam' dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan
awam di kawasan kajian.
8.1 Konsep Pengangkutan Awam hendaklah ditakrifkan dengan lengkap dan disertakan contoh yang
relevan. Anda boleh merujukinternet ( contoh: Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa Melayu,
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda serta buku-buku
teks yang berkaitan.
Carian di Google: taip definisi / konsep pengangkutan awam. Anda akan dapat antaranya ialah:
1) Wikipedia
2) Blog dan blog ini dan blog ini...
3) laman web 1Klik
Anda juga boleh mendapatkan maksud pengangkutan awam dalam Kamus Pelajar Bahasa Melayu.
Ini sumber bukan internet dan ini adalah satu jenis rujukan selain internet. (Ingat, anda perlu 3
rujukan. Biasanya, jenis rujukan ialah Kamus, Internet dan Orang Sumber)
Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan "Berdasarkan Kamus
Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan awam ialah...........................". Takrif
pengangkutan awam boleh ditulis dalam beberapa ayat. Nyatakan contoh-contoh pengangkutan
awam seperti bas awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal
terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya. KTM komuter mengenakan
sejumlah tambang yang tertentu antara laluannya dari Rawang ke Seremban kepada orang ramai
yang menaikinya.
Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udara-mengangkut orang ramai dan
barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta-mempunyai kadar
tambang tertentu-mempunyai laluan tertentu
8.2 Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda hendaklah diterangkan dengan jelas
beserta contoh. Huraikan satu atau lebih, jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan

kajian anda sahaja. Contohnya, huraikan pengangkutan bas awam, bas sekolah, van sekolah, KTM
komuter, teksi, van sewa di kawasan kajian Taman Bukit Maluri sahaja dan bukan di seluruh Kuala
Lumpur. Kalau kawasan kajian anda tidak terdapat pengangkutan LRT, anda jangan huraikannya.
Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda, mulakan dengan,
"Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis
pengangkutan awam yang digunakan iaitu ......................................". Huraikan ciri-ciri satu jenis atau
lebih pengangkutan awam.
1) Bas Awam: Nama bas (tertulis pada badan bas awam, ok?). Kekerapan (setiap x minit). Masa
perkhidmatan paling awal dan paling akhir. Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas
awam pada peta kawasan kajian).Tambang perjalanan.
2) Bas/van sekolah: Warna bas sekolah, mengangkut berapa orang pelajar, kawasan mana ia
menjalankan perkhidmatan, berapa orang pemandu (ada pembantu) dan apa2 maklumat tentang
perkhidmatan bas sekolah yang anda naiki.
3) KTM Komuter: Lokasi stesen KTM berhampiran kawasan kajian. (Tandakan lokasinya peta
kawasan kajian anda). Jenis laluan ie Rawang-Seremban. Kekerapan ie setiap 15 minit / 30 minit.
Masa mula dan masa terakhir. (Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik). Tambang
perjalanan. Tempat letak kereta.
4) Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian. Tambang
teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian.
8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 4 kepentingan
pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Maklumat boleh diperolehi
melalui pemerhatian, soal-selidik dan internet (Terdapat banyak maklumat di internet). Antara
kepentingannya:
Mengangkut barangan
Mengurangkan kesesakan

Sumber pendapatan
Peluang pekerjaan

Ketersampaian

Kemajuan industri sokongan

Mengangkut penumpang

Meningkatkan mobiliti penduduk

Pelancongan

Menjimatkan masa

Perdagangan

Menjimatkan kos

Saya memberikan poin-poin untuk beberapa kepentingan sahaja. Huraikan kepentingan jenis
pengangkutan awam di kawasan kajian anda berdasarkan pemerhatian, temu bual atau soal
selidik. Anda kembangkan poin-poin tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin anda sendiri
dengan bimbingan guru-guru anda. Mulakan huraian dengan.."Hasil daripada
pemerhatian/temubual/soal selidik..."
1) Mengurangkan kesesakan: a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam, KTM komuter,
LRT dsbnya -penumpang tidak menggunakan kereta sendiri-mengurangkan bilangan kenderaan di
jalan raya
b) kesesakan dalam bas-macam sardin-wujudkan kereta api elektrik
seperti KTM komuter, LRT dan lain-lain untuk mengurangkan kesesakan tersebut.

2) Mengangkut penumpang: Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) - pekerja (awam dan
swasta), suri rumah dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai destinasi. KTM komuter, LRT,
ERL-dengan pantas-elak kesesakan di jalanraya-mengangkut lebihan penumpang yang tidak dapat
ditampung oleh bas dan teksi.
3) Mengangkut barangan: Lori, kereta api, kapal-barangan pukal / berat / banyak
4) Meningkatkan mobiliti penduduk : Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk
berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tmpat ke
tempat yang lain dengan mudah. Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri,
pergi ke sekolah.
5) Menjimatkan masa: Kereta api elektrik lebih laju/lebih cepat- boleh sampai tepat pada masa-KTM
komuter, LRT, ERL, Monorail tidak berkongsi laluan dengan pengangkutan lain-tiada kesesakan lalulintas
6) Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki
kereta sendiri - tidak perlu bayar tempat letak kereta - tidak perlu bayar tol - menjimatkan
perbelanjaan rumah.
7) Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket
dsb-meningkatkan taraf hidup penduduk.
8) Pelancongan: Sistem pengangkutan awam yang dirancang dengan baik memudahkan pelancong
bergerak dari suatu tempat menarik ke tempat menarik yang lain. ie. Putrajaya. Beca-pengangkutan
awal-P.Pinang dan Melaka-membawa pelancong di sekitar bandar. Perkhidmatan MAS @ Air Asia
menggalakkan pelancongan ke tempat-tempat menarik di Malaysia, Langkawi, Tawau, Kuching dll.
Setelah anda menghuraikan mana-mana kepentingan (jangan lupa nyatakan kaedah yang digunakan
iaitu rujukan/soal selidik/pemerhatian/temubual), tulis nilai murni atau unsur patriotisme yang
dipupuk untuk mendapat markah penuh.
Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral. Nilai boleh ditulis di manamana isi dan tidak semestinya di bahagian akhir setiap aspek kajian. Nilai atau unsur tidak boleh
berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah.
Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara..
Contohnya, 'saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak
faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.' atau 'Penduduk di kawasan
kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat
tinggal mereka...' Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan pengguna
pengangkutan awam, pemandu kenderaan..
8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 5 masalah diikuti
penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.
Bagaimana mengetahui masalah-masalah di kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian,
temubual atau soal selidik. Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam di
kawasan kajian, mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti pencemaran udara dan
bunyi, kesesakan lalu lintas, keselamatan anda terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual ibu
bapa, jiran-jiran, guru-guru atau penumpang-penumpang yang menaiki pengangkutan awam di
kawasan kajian (kalau anda berani dan tidak segan. Alaa, 3 orang sahaja). Ataupun, kalau malas

bercakap, buat borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan kepada 20 orang
responden. Apakah masalah paling kerap 'ditanda' dalam borang tersebut? Anda boleh bina jadual
dan graf hasil maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik.
Saya akan bagi poin-poin dan anda mesti belajar mengembangkan poin-poin tersebut seperti
membuat karangan B. Melayu atau B. Inggeris. Ini adalah kemahiran yang anda mesti asah semasa
menulis laporan KKG. Saya tidak mahu berikan contoh karangan yang lengkap sebab saya tidak
mahu anda tiru bulat-bulat. Ada pelajar dengan mudah 'copy-paste' semua seperti yang pernah dibuat
sebilangan pelajar-pelajar saya.
1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa
pelepasan asap ekzos. (Sumber:Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-keluarkan
asap kotor.
2) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta
api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau
ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal
berdekatan landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama-keluarkan bunyi tidak menyenangkan
3) Pencemaran air: Kapal, bot penambang-tumpahan minyak-buangan sampah-sarap ke kawasan
perairan-kehidupan akuatik terancam
4) Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter, LRT-kereta
diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan jadi sempit. Kekurangan bas awam-bas tidak ikut
jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas
5) Tambang mahal: tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja,
tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anak-membebankan ibu bapa.
6) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara
merbahaya
7) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardin-penumpang
menunggu lama. Bas atau kereta api lewat. Penukaran dari KTM-LRT-sukar-tiada sistem tiket
bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat. Perjalanan bas sekolah
lama-pemandu berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun awal (nyatakan masa)
8) Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes
jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi
stesen LRT jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas hentihenti.
9) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meter-pemandu
teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong.
10) Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi semua
kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti
terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas
11) Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat

12) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke


destinasi, bunyi bising
Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling
mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi
untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di ......
hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.
Huraikan poin-poin yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian sahaja. Anda
boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip ' masalah
pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu
lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya'. Memang banyak bantuan
seperti Dewan Masyarakat Ogos 2012..... Blog BMBM......Utusan.com.
8.5 Cadangan Mengurangkan Masalah Perkembangan Pengangkutan di Kawasan Kajian. Huraikan 5
cadangan diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.
Anda telahpun mengkaji masalah-masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian
anda. Sekarang anda perlu mencadangkan bagaimana mengurangkan masalah-masalah tersebut.
Adakalanya 4 cadangan boleh diberikan bagi satu masalah sahaja, contohnya: untuk pencemaran
udara, bolehlah anda cadangkan kuatkuasakan undang-undang, kempen alam sekitar,
pendidikan alam sekitar, penggunaan tanpa plumbum, penapis asap dan penggunaan bahan
api alternatif. Nah, sudah cukup lebih 5 cadangan. Tambah nilai / unsur patriotisme, sudah boleh
dapat markah penuh (kalau huraiannya bagus). Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon
tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah.
Walau bagaimanapun, anda mungkin berminat untuk memberi cadangan lain untuk mengurangkan
masalah keselamatan penumpang terancam (pemandu memandu laju, tidak mengikut peraturan jalan
raya), anda boleh cadangkan kuat kuasa undang-undang (sumber: Wikipedia.."satukesalahanmengikut
Seksyen42(1)AktaPengangkutanJalan(APJ)1987iaitumemandusecarameluludanberbahayahingga
mengancamkeselamatanpenggunajalanrayalaindanbolehdihukumpenjarahinggalimatahunataudenda
minimumRM5,000ataukeduaduanya" dan kursus pemanduan berhemah.
Cadangan-cadangan yang disenaraikan ialah:
1) Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas sekolah/mendenda syarikat
bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda/ penjara pemandu yang melakukan kesalahan
berulang-ulang.
2) Kempen alam sekitar ie Kempen berkongsi kereta, kempen menggunakan basikal, Kempen
berjalan kaki (pelajar yang dekat dengan sekolah)
3) Pendidikan alam sekitar
4) Penggunaan petrol tanpa plumbum - menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol
tanpa plumbum-mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara
5) Penapis asap / Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahaya-kenderaan seperti bas
atau lori yg menggunakan minyak diesel digalakkan menggunakannya.
6) Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan
perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel
utama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam,

menambahkan laluan bas dan sebagainya. Baca di sini "Mempertingkatkan pengangkutan awam
bandar" ..
7) Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) Kerajaan memberi subsidi diesel
kepada pemandu teksi dan bas agar tambang dapat dikurangkan.
8) Penggunaan bahan api alternatif (guna bahan api mesra alam, contoh; diesel diganti dengan NGV,
elektrik, tenaga suria). Kurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan
bermotor.
9) Kursus pemanduan berhemah (klik link yang diberikan sebelum ini)
*

Nota: Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan kajian.
Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab, bekerjasama
mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk. Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh
pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ... Saya berharap semua pemandu bas awam akan
berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak
berlaku. Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan mana-mana huraian dalam aspek 8.5 ini.

2
http://nasrulnadzmi.blogspot.my/2013/05/my-folio-geografi-2013-pmr-kajian.html
KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN AWAM, BAS DAN TEKSI DI LEMBAH
KERAMAT, AMPANG, SELANGOR

2.0) SENARAI KANDUNGAN


Bil

Perkara

Muka surat

1.

Tajuk

2.

Senarai kandungan

3.

Penghargaan

4.

Pendahuluan

5.

Objektif Kajian

6.

Kawasan Kajian

7.

Kaedah Kajian

8.

Dapatan Kajian

8-22

9.

Rumusan

23

10.

Lampiran

11.

Rujukan

25

3.0) PENGHARGAAN
Saya,Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam,mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pengetua, Pn. Hajah Muslimah Binti Tahir yang telah memberi kebenaran
kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya
tujukan kepada guru GEOGRAFI saya, Pn Hajah Hasidah Binti Ishak, yang telah
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini selesai. Saya amat
terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan
dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat. Ucapan terima kasih juga
saya tujukan kepada responden yang telah memberikan kerjasama kepada saya,
iaitu rakan saya Hakim , Ismat , Faiz Hud yang telah bersama-sama menjalankan
kajian ini.

4.0) PENDAHULUAN
Saya, Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam, murid Tingkatan 3 Intan telah
memilih tajuk Pengangkutan Awam Bas dan Teksi di Lembah Keramat, Ampang,
Selangor sebagai tajuk kajian saya kerana di kawasan ini terdapat banyak
kemudahan pengangkutan awam seperti bus dan teksi. Ini telah memberi
tumpuan kepada aspek mengenal pasti konsep pengangkutan awam di Lembah
Keramat, menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam dan kepentingan
perkembangan pengangkutan awam. Menghuraikan masalah perkembangan
pengangkutan awam dan mencadang untuk mengurangkan masalah
perkembangan pengangkutan awam. Mengenal pasti penerapan nilai atau unsur
patriotism dalam dapatan kajian. Saya memilih kawasan ini kerana saya tinggal
di sini. Jaraknya yang dekat dengan rumah saya, iaitu 5 kilometer memudahkan
kajian yang dibuat.
5.0) OBJEKTIF KAJIAN
a)

Mengenal pasti konsep pengangkutan awam

b)

Menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam

c)

Mengenal pasti kepentingan perkembangan pengangkutan awam

d)

Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam

e)
Menyatakan cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan
pengangkutan
awam
f)
Mengenal pasti penerapan nilai murni atau unsur patriotism dalam
dapatan kajian

6.0) KAWASAN KAJIAN


Kawasan kajian saya terletak di Lembah Keramat.Lembah keramat terletak
dalam daerah Ampang Jaya iaitu salah satu daerah dalam jajahan Negeri
Selangor,Darul Ehsan. Dikawasan ini terdapat banyak taman seperti Taman
Permata, Taman Keramat, UKay Perdana dan Bukit Antarabangsa.

Kawasan Lembah Keramat ini terletak di arah Tenggara dari Bandar Kuala
Lumpur. Pandang darat fizikal kawasan ini terletak di kawasan tanah pamah
yang rata, sesuai untuk pembinaan jalan pengangkutan dan petempatan. Oleh
sebab itu, kawasan ini menjadi tumpuan penduduk untuk menggunakan
pengangkutan awam.

Jarak mutlak antara Lembah Keramat dengan Kuala Lumpur ialah 15


kilometer. Jarak relative masa yang diambil dengan menaiki bas ialah 30 minit ke
Bandar Kuala Lumpur.
7.0) KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menjayakan kajian ini.

1)

Kaedah Pemerhatian :

Saya telah membuat pemerhatian jenis-jenis pengangkutan awam yang


terdapat di Lembah Keramat, Ampang, Selangor.

2)

Kaedah Temu Bual :

Melalui kaedah ini saya telah menemubual 3 orang pemandu Bas Rapid KL
untuk
mendapatkan maklumat tentang kepentingan pengangkutan awam ,
asalah perkembangan
pengangkutan awam dan mendapatkan maklumat
tentang cadangan mengatasi masalah
tersebut.

3)

Kaedah Soal Selidik :

Seramai 20 orang pemandu bas telah saya temui untuk menjawab soalan
kajian dari
borang soal selidik yang telah saya reka dalam borang tersebut,
terdapat beberapa soalan berkenaan kepentingan masalah pengangkutan
awam

4)

Kaedah Rujukan :

Saya telah menggunakan internet dengan membuat rujukan di Wikipedia bagi


mencari definisi dan huraian tentang konsep pengangkutan awam..

8.0) DAPATAN KAJIAN

8.1) Konsep Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian


Lembah Keramat, Ampang Selangor Darul Ehsan menurut Wikipedia,
pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem.
Pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan
pengangkutan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap
sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas , definisi yang lebih luas boleh
merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, rel, teksi dan mana-mana
system yang mengangkut orang awam termasuklah perkhidmatan komuter, LRT
atau monorel
Pengangkutan awam ini juga merupakan jenis pengangkutan utama di
Lembah Keramat, Ampang Selangor, Darul Ehsan. Pengangkutan awam sangat
penting terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri atau
berpendapatan rendah, kebanyakan daripada mereka iailah penuntut kolej,
pelajar sekolah, operator kilang dan sebagainya . Di Lembah Keramat
pengangkutan awam penduduk disini ialah bas.

8.2) Jenis Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian


Jenis pengangkutan awam di Lembah Keramat, Ampang Selangor ialah bas dan
teksi.Pengangkutan bas yang terdapat disini ialah bas henti-henti, bas sekolah
dan bas kilang. Pengangkutan bas sekolah sangat penting terutamanya bagi
pelajar sekolah yang memerlukan pengangkutan ini setiap hari persekolahan,

manakala bas henti-henti pula untuk para pelajar kolej, pekerja kilang serta suri
rumah yang ingin membeli barangan keperluan rumah di pasar raya yang
berhampiran dengan rumah seperti Giant, Carefour, Hero dan sebagainya..
Di kawasan ini juga terdapat stesen bas utama iaitu Wangsa Maju yang
terletak kira-kira 2 kilometer sahaja dikawasan ini. Teksi pula sangat penting bagi
mereka yang memerlukan pengangkutan awam segera kerana teksi boleh terus
sampai ke destinasi atau di hadapan rumah penduduk ini.

8.3) Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam Di


-Kepentingan Pengangkutan Awam Di Lembah
Selangor Adalah Seperti Berikut :

Kawasan Kajian
Keramat Ampang

1) Mengangkut Penumpang :Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di Lembah
Keramat ini sangat penting untuk mengangkut penumpang. Saya sendiri kadang
kala jika pulang ke rumah dari sekolah akan menggunakan pengangkutan ini.
Saya akan menggunakan pengangkutan bas henti-henti untuk pulang ke rumah.
Jika keadaan mendesak, saya akan mendapatkan perkhidmatan teksi di luar
pagar sekolah saya untuk balik ke rumah saya di AU3/7A. Berdasarkan temubual
saya, pelajar kelas saya menggunakan kenderaan awam seperti dalam jadual di
bawah.

Jadual: Jumlah murid kelas 3 Intan menggunakan


pengangkutan awam ke sekolah
Kenderaan awam

Bas sekolah

Bas henti-henti

Teksi

Bilangan murid

Graf Bar: Jumlah murid kelas 3 Intan menggunakan


Pengangkutan awam ke sekolah

2) Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas


Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya dapati bahawa kita menggunakan
pengangkutan awam ini akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ini
terjadi jika kebanyakan penduduk di Lembah Keramat menggunakan
pengangkutan awam, ia akan menggunakan penggunaan kenderaan di jalan
raya kerana kapasiti bas itu sendiri yang boleh memuatkansejumlah lebih dari 5
orang bagi sebuah bas.Ini akan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya
terutama di kawasan Lembah Keramat ini yang begitu padat dengan penduduk
kerana terdapat banyak kawasan perumahan disini seperti Taman
Permata,Taman Sri Keramat Tengah,Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa.

3) Menjimatkan Kos
Melalui pemerhatian saya sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam
akan menjimatkan kos. Ini berlaku kepada diri saya sendiri, jika ibu bapa saya
tidak dapat mengambil saya di sekolah, saya balik sendiri dengan menaiki
penganggkutan awam seperti bas. Jika saya menggunakan bas, kos yang
ditanggung lebih rendah daripada menaiki teksi.

4) Sumber Pendapatan
Melalui temubual saya dengan pemandu bas henti-henti, iaitu Muhd Yusof Bin
Ismail. Dengan adanya pengangkutan awam ini akan memberikan peluang
pekerjaan kepada mereka. Seterusnya menambahkan pendapatan penduduk.
Begitu juga dengan temubual saya dengan Puan Zaharah Binti Muhd Zamir
yang merupakan pengusaha bas sekolah. Dengan perkhidmatan bas sekolah

sahaja telah meningkatkan sumber pendapatan mereka sekeluarga dan kini


beliau telah memiliki 3 buah bas sekolah setelah memulakan perkhidmatan
tersebut sejak 6 tahun yang lalu.
Saya sebagai penduduk Lembah Keramat, Ampang Selangor sangat bersyukur
kerana dengan adanya pengangkutan awam ini telah mengungtungkan pemandu
bas dan teksi. Selain itu, pengangkutan awam ini telah memberi pelbagai impak
positif kepada penduduk di sini.

8.4)Masalah Pengangkutan Awam Dikawasan Kajian


-Masalah Pengangkutan Awam di Lembah
ialah seperti berikut:

Keramat,Ampang Selangor

1) Pencemaran Udara
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam ini akan
meningkatkan pencemaran udara. Lebih-lebih lagi pengangkutan awam yang
menggunakan minyak diesel yang menyebabkan bas mengeluarkan asap yang
lebih banyak
berbanding minyak petrol tanpa plumbum yang lebih bersih,
penggunaan minyak diesel ini akan menambahkan pengeluaran karbon
monoksida yang akan mencemarkan udara. Pencemaran udara ini akan
menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.

2) Pencemaran Bunyi
Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga, sepanjang saya menggunakan
pengangkutan awam terutama bas, pemandu bas gemar membunyikan hon
yang amat kuat dan bunyi enjin yang kuat juga akan menyebabkan pencemaran
bunyi berlaku. Ini menyebabkan penduduk di Lembah keramat ini berasa
bimbang dengan bunyi tersebut kerana mengganggu ketenteraman penduduk di
sini.

3) Tambang Mahal

Melalui temubual saya dengan Encik Yusof , beliau menyatakan bahawa


tambang bas semakin mahal dari tahun ke tahun. Tambang bas dari Lembah
Keramat ke Kuala Lumpur juga semakin meningkat, iaitu sebanyak RM 1.90
sehala berbanding dahulu RM 1.50 sahaja.
Selain itu tambang bas sekolah pula sebanyak RM 60.00 sebulan
4) Kemalangan
Melalui pemerhatian juga, saya mendapati kemalangan sering berlaku
disebabkan oleh sikap pemandu bas dan teksi yang tidak berhati-hati apabila
memandu. Akibat inginkan keuntungan semata-mata, para pemandu bas akan
memandu dengan laju agar cepat sampai di destinasi dan mendapat ramai
penumpang sehingga mereka memandu dengan tidak berhati-hati dan
berhemah sehingga menyebabkan kemalangan terjadi.
5) Kenderaan Lama
Melalui pemerhatian saya juga, saya mendapati bahawa kebanyakan bas
terutama bas henti-henti merupakan kenderaan lama. Ini dapat dilihat apabila
bas ini sering kali mengalami kerosakkan dan tersadai di tepi jalan. Penumpang
juga terpaksa mencari alternative lain, sama ada menunggu bas lain,meminta
bantuan keluarga atau rakan untuk ke destinasi yang dituju. Kenderaan lama ini
juga menyebabkan sering kali mengalami kerosakan enjin dan brek dan
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Saya sebagai penduduk Lembah Keramat tetap bersyukur walaupun
terdapat banyak masalah kerana adanya pengangkutan awam ini telah
membantu penduduk disini bergerak ke tempat lain dan memudahkan mobiliti
penduduk di sini.
8.5) Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah
Kawasan Kajian
-Cadangan untuk mengurangkan masalah
awam di Lembah Keramat, Ampang Selangor ialah:-

Pengangkuatan Awam Di
pengangkutan

1) Penguatkuasaan Undang-Undang
Pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Awam perlulah menguatkuasakan
undang-undang agar pemandu bas yang melakukan kesalahan, iaitu
menyebabkan kemalangan jalan raya dikenakan denda yang setimpal dengan
perbuatan mereka. Jika kesalahan mereka berat sehingga menyebabkan
kematian, mereka mestilah dihukum penjara agar mereka sedar akan perbuatan
mereka dan memberi pengajaran kepada pemandu lain agar tidak mengulangi
perbuatan sedemikian.

2) Kempen Alam Sekitar

Melalui temu bual saya dengan Encik Shafeeq Bin Zulfiqha, beliau menyatakan
bahawa kempen alam sekitar perlu diwar-warkan kepada penduduk di kawasan
ini serta pemandu-pemandu bas yang terlibat agar mereka tidak terus
mencemarkan udara dan bunyi,
kempen mencintai alam sekitar ini boleh
disampaikan melalui risalah atau disiarkan di televisyen dan radio.
3) Pendidikan Alam Sekitar
Melalui temubual juga, saya mendapati bahawa pendidikan alam sekitar
sangat penting dilaksanakan bagi penduduk di sini terutama yang terlibat
dengan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan pencemaran udara.
Pendidikan ini boleh disampaikan oleh pihak tertentu seperti Majlis
Penbandaraan Ampang Jaya (MPAJ) melalui ceramah yang boleh diberikan
kepada semua pemandu kenderaan awam ataupun melalui facebook MPAJ
sendiri.

4) Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum


Melalui pemerhatian, saya mendapati pencemaran udara ini akan dapat
mengurangkan pengeluaran asap dan secara tidak langsung mengurangkan
pengeluaran karbon monoksida yang boleh mencemarkan udara.

5) Penapis Asap ( Cataliytic Converter )


Pengguaan penapis asap atau catalytic converter juga akan mengurangkan
pengeluaran asap dan akhirnya akan mengurangkan pencemaran udara. Para
pengusaha bas perlu bersama-sama menggunakan penapis asap ini ataupun
terpaksa mengeluarkan sedikit kos dan tidak memikirkan keuntungan sematamata.
Saya berbangga kerana penduduk di Lembah Keramat, Ampang
Selangor menyedari kesan-kesan yang menjejaskan kemapanan alam sekitar di
sekeliling kawasan ini disebabkan dengan pengangkutan awam dan mereka
bersungguh-sungguh serta bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini
secepat mungkin.

9.0) RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, jenis pengangkutan yang terdapat di Lembah
Keramat,Ampang Selangor ini adalah pengangkutan bas. Pengangkutan bas ini
mempunyai banyak kepentingan. Antaranya ialah untuk mengangkut
penumpang, mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos dan
menambahkan sumber pendapatan.
Kajian ini juga dapat mengenal pasti masalah pengangkutan awam seperti
pencemaran udara , pencemaran bunyi, kemalangan, tambang mahal dan
masalah keselamatan penumpang terancam dan masalah kenderaan lama.
Saya juga mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah
pengangkutan awam, antaranya penguatkuasa undang-undang, kempen alam
sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan petrol tanpa plumbum dan penapis
asap ( catalytic converter ).
Terdapat banyak kitar yang saya pelajari dan dapat terapkan dalam diri saya
semasa menjalankan kajian ini. Antara nilai tersebut adalah seperti mencintai
alam sekitar, bersyukur dan menjadi warga penduduk yang lebih
bertanggungjawab..

11.0) RUJUKAN
11.1) Buku Teks
Latifah Mahmud & Samsiah Ahmad, 2003. Geografi Tingkatan 2.
Kuala Lumpur.Edaran Kemajuan (M) Sdn. Bhd.
11.2) Laman Web
www.wikipedia.org/wiki/pengangkutan awam
11.3) Melawat Tempat Kajian

Stesen bas Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


11.4) Orang Sumber
a) Pemandu Bas Sekolah
Puan Zahara Binti Zamir
10,Jalan AU4/11 Taman Lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur.
b) Pengusaha Van Sekolah
Encik Muhd Yusof Bin Ismail
No 38,Jalan AU5C/4 Taman Lembah Keramat

3
http://www.panduanmalaysia.com/2013/06/contoh-lengkap-folio-kerjakursus.html
1. TAJUK:
Calon dikehendaki menjalankan kajian terhadap pengangkutan Awam di kawasan tempat
tinggal anda atau kawasan kajian. Tulis dengan lengkap nama kawasan kajian.

Contoh: Pengangkutan Awam di Kawasan Taman Perumahan Bukit Jelutong , Daerah


Kulim, Kedah. Satu kajian geografi.

2. SENARAI KANDUNGAN:
Ada Perkara / Butiran dan Halaman.
Halaman 1 bermula dari aspek penghargaan.
Contoh: Pengangkutan Awam di Kawasan Taman Perumahan Bukit Jelutong , Daerah
Kulim, Kedah. Satu Kajian Geografi.
Bil. Perkara

Halaman

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif

Kawasan Kajian

Kaedah kajian

Dapatan Kajian

Rumusan

8 - 16
17

Lampiran

18

Rujukan

19

PENGHARGAAN:
Pelajar dapat menyatakan dan menerangkan sebab musabab penghargaan
kepada lima pihak iaitu Pengetua (nama & sebab)+ Guru mata pelajaran (nama & sebab) +
Ibu bapa / penjaga (nama & sebab) + Rakan-rakan (nama-nama & sebab) + Pihak luar /
responden.
Pelajar perlu menyatakan nama yang lengkap, dan mengapa penghargaan itu diberikan.

Kesalahan lazim yang ditemui: Calon hanya menulis nama yang tidak lengkap, contohnya,
Pengetua sekolah saya ( sepatutnya Pengetua SMK Taman Jelutong, Kulim, Kedah
Puan Hajjah Arifah bt Abdul Kadir), Cikgu Dzia (Sepatutnya En Dziauddin bin Ab.
Mutalib), Pn. Alia (sepatutnya Puan Alia binti Samsudin), Tn H Rahim (Sepatutnya
Tuan Haji Rahim bin Jumat)

PENDAHULUAN:

Menamakan tajuk kajian

a. Contoh 1: Berdasarkan kawasan tempat tinggal : Pengangkutan Awam di Kawasan


Taman Perumahan Jalan Paya Besar - Lunas , Daerah Kulim, Kedah. Satu kajian
geografi.

b. Contoh 2: Berdasarkan kawasan sekolah / asrama : Pengangkutan Awam di


Kawasan Taman Perumahan Bukit Jelutong , Daerah Kulim, Kedah. Satu kajian
geografi.

Pelajar perlu menerangkan sebab-sebab pemilihan kawasan kajian :

Pelajar menyatakan Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 8 minggu atau 2 bulan .

Nota: Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian perlu berkaitan dengan tajuk dan

nyatakan lebih daripada 1 sebab.

contoh:

Saya telah memilih .............. sebagai kawasan kajian KKG 2013 kerana untuk mengenal
pasti konsep dan jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan ..................... itu.
Melalui kajian ini, saya akan dapat mengenalpasti kepentingan pengangkutan awam ,
masalah-masalah yang dihadapi dan cadangan-cadangan untuk mengatasi permasalahan
pengangkutan awam di kawasan .................... tersebut.
Kajian ini mengambil masa selama 8 minggu untuk disiapkan. Sepanjang tempoh
perlaksanaan kajian, saya telah dapat menimba pengalaman dan memperoleh pengetahuan
yang berfaedah berkaitan bidang geografi kawasan tempatan.

OBJEKTIF:
Pelajar dapat menerangkan Konsep Pengangkutan Awam di kawasan kajian .
Contoh : Saya dapat mentakrifkan konsep pengangkutan awam di
Kawasan .................... dengan lengkap dan jelas.
Pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam . Contoh )
Saya dapat menerangkan/menghuraikan/menjelaskan jenis-jenis pengangkutan
awam yang terdapat di kawasan ........................., Daerah........... Negeri ........... dengan
lengkap dan jelas.
Kepentingan perkembangan pengangkutan awam Contoh)
Saya dapat menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan

....................... dengan jelas.


Pelajar dapat mengenalpasti masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan
kajian. Contoh :
Saya dapat menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah pengangkutan awam
di kawasan ........................., Daerah ...................... Negeri ..................
Pelajar dapat memberi cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan
pengangkutan awam di kawasan kajian . Contoh :
Saya dapat menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangan-cadangan
mengurangkan masalah pengangkutan awam di ...............................
Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian iaitu 6) memupuk nilai
murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan
awam di kawasan kajian

Nota:
a. *Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan /
menyatakan / menerangkan / menghuraikan
b. Bilangan isi utama untukcadangan untuk mengatasi masalah mestilah bersesuaian
dengan masalah pengangkutan awam yang dikemukakan.

KAWASAN KAJIAN.

Terdapat 3 bahagian dalam aspek ini iaitu (1)huraian kawasan kajian, (2)peta
zon/daerah/bahagian dan (3) peta kawasan kajian.

a) HURAIAN KAWASAN KAJIAN TERMASUK:

Nama kawasan kajian mesti ditentukan dengan jelas. Contoh: Pekan Padang Serai,
Pekan Lunas, Pekan Kilang Lama, Taman Selasih dan lain-lain yang bersesuaian.

Latar belakang / sejarah kawasan kajian:

Lokasi kawasan kajian: Rujuk kedudukan kawasan kajian dalam peta daerah anda

Pandang darat fizikal kawasan kajian seperti keadaan bentuk muka bumi: tanah

pamah beralun, dataran, lembah sungai, berbukit, tanah tinggi, pinggir laut. Jenis
tumbuhan semula jadi: berpaya, semak-samun, pokok-pokok kecil, rumput, lalang,
dikelilingi hutan dan sebagainya.

Jarak dari bandar / pekan terdekat iaitu jarak mutlak / jarak relatif

Contoh jawapan:

Saya tinggal di (No rumah dan alamat penuh), Rumah saya terletak di bahagian .
(kedudukan mengikut arah mata angin di kawasan kajian).

Kedudukan Lokasi:
Kawasan Padang Serai terletak di bahagian utara Daerah Kulim dan bersempadan dengan
Daerah Seberang Perai Tengah. Pekan Padang Serai terletak 22 km dari Kulim, 30 km dari
Sungai Petani, 12 km dari Tasek Gelugor dan 20 km dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
Liputan kawasan kajian ini meliputi Mukim Sidam Kanan dan Mukim Naga Lilit. Secara
umumnya, keluasan kawasan kajian lebih kurang 5 km/persegi.

Bentuk Fizikal kawasan:


Secara umumnya, bentuk muka bumi kawasan Padang Serai merupakan kawasan tanah
pamah rendah beralun diselangselikan dengan bukit-bukit kecil yang banyak terdapat di sini.
Kawasan tanah pamah di sini mempunyai ketinggian antara 10 20 meter. Merujuk batu
aras yang dicatatkan, Permatang Durian / Naga Lilit (7.25 m), Permatang Tok Dik (10.49m)
dan Padang Serai (10.79m). Keadaan ini menunjukkan kawasan berkenaan merupakan

tanah pamah yang rendah dan mempunyai beberapa kawasan berbukit rendah yang
beralun.
Hampir kebanyakan kawasan ini memperlihatkan bentuk muka bumi yang beralun. Kawasan
bukit-bukit kecil yang rendah dan sederhana dapat dilihat di kawasan bahagian tenggara
Padang Serai terutama di kawasan Bukit Sarang Ayam (95m) di Mukim Sungai Seluang ,
Bukit Naga Lilit (75m), Bukit Victoria (55m), Bukit Tok Karim (75m) dan dan bukit-bukit kecil
yang beralun di kawasan lain.

Tanah tanih:
Dari segi tanah tanih pula, sebahagian besar daripada kawasan yang dikaji terdiri daripada
tanih laterit, selebihnya tanah jenis gambut dan tanah berpasir. Tanah tanih tersebut sangat
sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Di kawasan pinggir Sungai Muda / Sungai
Sidam yang agak rendah dan mempunyai tanah lanar hitam aluvium ( Kawasan Guar Lobak
dan Tanjung Belit ) didapati lebih sesuai untuk tanaman padi.

Sistem saliran:
Sungai utama di kawasan Padang Serai ialah Sungai Muda / Sungai Sidam. Sungai Muda
berpunca dari Daerah Baling/Sik dan mengalir ke laut melalui kawasan Sidam hingga ke
Kuala Muda. Sungai ini merupakan sungai utama bagi Negeri Kedah. Sungai tersebut
membekalkan air yang sangat penting untuk tujuan pertanian, minuman dan keperluan
domestik. Selain itu, kawasan ini mempunyai banyak sistem saliran tali air yang dibina untuk
tujuan pengairan pertanian. Apabila hujan lebat berterusan, kawasan tersebut amat mudah
diserang banjir kilat.

Sistem Pengangkutan Awam:


Sistem pengangkutan utama di kawasan Padang Serai adalah sistem pengangkutan darat.
Kepadatan penduduk di Pekan Padang Serai agak tinggi, melebihi 40,000 orang penduduk.
Sebahagian besar penduduk menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak ke sesuatu
tempat. Antara pengangkutan awam utama yang terdapat di sini ialah pengangkutan bas,
van dan teksi. Di Pekan Padang Serai terdapat stesen bas awam, stesen teksi dan kereta
sewa. Pengangkutan bas terdiri daripada bas berhenti-henti, bas perjalanan terus
(ekspress), bas persiaran, bas kilang dan bas sekolah. Perkhidmatan van lebih tertumpu

kepada Van Kilang dan Van (Bas) Sekolah. Bilangan kereta sewa dan teksi adalah terhad
kerana kurang mendapat sambutan masyarakat.

PETA DAERAH DAN PETA KAWASAN.

b) MENYEDIAKAN SATU Peta Daerah / Zon / Bahagian yang lengkap dengan:

- tajuk dan nama kawasan kajian (1 m)

- arah mata angin dan bingkai (1 m)

Nota: Tandakan/kawasan kajian pada peta daerah/zon/bahagian. Tidak ada markah

diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai, dan petunjuk

c) MELUKIS SATU PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN yang tepat dan lengkap

tajuk dan bingkai (1 m) - petunjuk dan arah mata - angin (1 m)- simbol piawai (1 m)-

kekemasan dan- kesempurnaan peta- (1m)

Nota: Aspek di atas ditunjukkan dalam halaman yang sama. Tidak ada markah

diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai, dan petunjuk

KAEDAH KAJIAN

Jenis Kaedah Kajian : Rujukan Pemerhatian Temu bual Soal selidik

Mana-mana 2 atau lebih kaedah kajian yang munasabah diterima.

Mana-mana kaedah kajian hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan

Bilangan responden:

o Temu bual - minimum 3 orang Soal selidik - minimum 20 orang


o Soalan temu bual atau soal selidik hendaklah berkaitan dengan objektif kajian
o Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian= 0 markah.
o Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap aspek kajian.

HASIL DAPATAN KAJIAN:

KONSEP,JENIS, KEPENTINGAN, MASALAH & CADANGAN KURANGKAN MASALAH


PENGANGKUTAN AWAM

Dapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam, kepentingan,


masalah dan cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam
di kawasan kajian calon.
Hasil Dapatan Kajian (HDP) adalah bahagian yang sangat penting dalam Kerja Kursus
Geografi. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 25 markah.
Calon perlu menulis laporan berkaitan data dan maklumat yang telah dikumpul berdasar
kaedah kajian yang dilaksanakan.

Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian, apa-apa maklumat
yang anda huraikan mesti dinyatakan sumber/kaedahnya, sekurang-kurangnya sekali bagi
setiap aspek 8.1, 8.2, 8.3, 8.4 dan 8.5.

Sila baca dengan teliti bimbingan yang disampaikan berikut.


Dalam unit 8.1, Calon perlulah mentakrifkan konsep 'pengangkutan awam' dan
menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.
8.1 KONSEP PENGANGKUTAN AWAM hendaklah ditakrifkan dengan lengkap dan
disertakan contoh yang relevan. Anda boleh merujuk internet ( contoh: Blog seraidamai,
Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa Melayu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda serta buku-buku teks yang berkaitan. Contoh :
Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan
Pengangkutan Awam menurut Blog Seraidamai adalah merujuk perkhidmatan kenderaan
pengangkutan awam berbayar yang digunakan oleh masyarakat awam untuk bergerak dari
satu destinasi ke destinasi lain. Pengguna dikehendaki membayar kos perkhidmatan
pengangkutan tersebut. Sesetengah perkhidmatan menyediakan tiket sebagai resit bukti
pembayaran. Perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar ini merangkumi
perkhidmatan bas, van, teksi, rapid transit dan LRT, monorel. Antara perkhidmatan
pengangkutan awam jenis klasik termasuklah perkhidmatan kereta kuda, kereta lembu, beca
dan lamca. Antara perkhidmatan lain termasuklah kapal terbang, feri dan keretapi.
Kepentingan pengangkutan awam adalah berbeza-beza mengikut saiz lokasi. Kajian
membuktikan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting di kawasan
bandar yang padat dan sentiasa sesak dengan kenderaan, terutama di kawasan bandar
utama. Perkhidmatan bas rapid dan teksi mendapat sambutan tinggi di kawasan Bandaraya
Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Baharu. Pemilihan pengangkutan awam
dianggap pilihan terbaik untuk mengelakkan kesesakan, penjimat kos petrol dan faktor
keselamatan serta keselesaan perkhidmatan.
Di kawasan pinggir bandar dan pekan-pekan kecil, perkhidmatan bas lebih tertumpu kepada
perkhidmatan bas awam, bas kilang, bas sekolah dan bas persiaran. Perkhidmatan van
turut disediakan bagi mengangkut pekerja kilang dan murid-murid sekolah. Perkhidmatan
teksi turut menyediakan perkhidmatan penghantaran jauh atau penghantaran segera.
Perkhidmatan beca dan kereta sapu masih wujud di pekan-pekan kecil terutama di kawasan
sempadan negara.
"Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan awam
ialah.......................". Takrif pengangkutan awam boleh ditulis dalam beberapa ayat.

Nyatakan contoh-contoh pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian seperti bas
awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal terbang, kapal
penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya
Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udara-mengangkut orang
ramai dan barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan oleh pihak kerajaan dan swastamempunyai kadar tambang tertentu-mempunyai laluan tertentu
8.2 JENIS-JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Anda hendaklah menerangkan jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan


kajian dengan jelas beserta contoh yang sesuai. Huraikan satu atau lebih, jenis
pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Contohnya, huraikan
pengangkutan bas awam, bas sekolah, van sekolah, Kalau kawasan kajian anda tidak
terdapat jenis pengangkutan tertentu seperti keretapi, kapal terbang dll anda tidak perlu
menghuraikannya.
Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda, mulakan
dengan, "Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat
beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu ......................................".

Huraikan ciri-ciri satu jenis atau lebih pengangkutan awam.


1) Bas Awam: Nama bas (sebagaimana yang tertulis pada badan bas awam). Masa
perkhidmatan paling awal dan paling akhir, Kekerapan (setiap x minit). Jalan-jalan utama
yang dilalui. (Tandakan laluan bas awam pada peta kawasan kajian).Tambang perjalanan.
2) Bas/van sekolah: Warna bas sekolah, mengangkut berapa orang pelajar, kawasan mana
kenderaan itu menjalankan perkhidmatan, berapa orang pemandu (ada pembantu) dan
apa-apa maklumat tentang perkhidmatan bas sekolah yang anda naiki.
4) Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian.
Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN.

Huraikan 4 kepentingan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja.
Maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian, soal-selidik dan internet (Terdapat banyak
maklumat di internet). Antara kepentingannya:

Mengangkut barangan
Sumber pendapatan
Mengurangkan kesesakan.
Peluang pekerjaan
Ketersampaian
Kemajuan industri sokongan
Meningkatkan mobiliti penduduk
Menjimatkan masa
Mengangkut penumpang
Menjimatkan kos
Pelancongan
Perdagangan

Pelajar perlu menghuraikan kepentingan jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda
berdasarkan pemerhatian, temu bual atau soal selidik. Anda kembangkan poin-poin
tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin anda sendiri dengan bimbingan guru-guru
anda.

Mulakan huraian dengan..


"Hasil daripada pemerhatian/temubual/soal selidik yang telah saya jalankan..............."

CONTOH:
1) Mengangkut penumpang:
Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) - pekerja (awam dan swasta), suri rumah
dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai destinasi - dengan pantas-elak kesesakan di
jalanraya2)Mengurangkan kesesakan:
a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam
b) kesesakan dalam bas3) Meningkatkan mobiliti penduduk :
Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah
bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tmpat ke tempat yang
lain dengan mudah. Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri,
pergi ke sekolah.
4) Menjimatkan kos:
Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta
sendiri - tidak perlu bayar tempat letak kereta - tidak perlu bayar tol - menjimatkan
perbelanjaan rumah.
5) Peluang pekerjaan:

mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket dsbmeningkatkan taraf hidup penduduk.
6) Setelah anda menghuraikan mana-mana kepentingan (jangan lupa nyatakan kaedah yang
digunakan iaitu rujukan/soal selidik/pemerhatian/temubual), tulis nilai murni atau unsur
patriotisme yang dipupuk untuk mendapat markah penuh.

Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral. Nilai boleh ditulis
di mana-mana isi dan tidak semestinya di bahagian akhir setiap aspek kajian. Nilai atau
unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah.
Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara..
Contohnya,
'saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah
dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.' atau 'Penduduk di kawasan
kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan
tempat tinggal mereka...

' Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan pengguna
pengangkutan awam, pemandu kenderaan..MASALAH PERKEMBANGAN
PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN.

Huraikan 5 masalah diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.

Apakah langkah-langkah yang sesuai dilaksanakan untuk mengetahui masalah-masalah di


kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian, temubual atau soal selidik.

Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian,
mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti pencemaran udara dan bunyi,
kesesakan lalu lintas, keselamatan anda terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual
ibu bapa, jiran-jiran, guru-guru atau penumpang-penumpang yang menaiki pengangkutan
awam di kawasan kajian
Sediakan borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan kepada 20 orang
responden. Apakah masalah paling kerap 'ditanda' dalam borang tersebut? Anda boleh bina
jadual dan graf hasil maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik.
1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa
pelepasan asap ekzos. (Sumber:Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baikkeluarkan asap kotor.

You might also like