Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

GEOGRAFI
TINGKATAN 1
Unit Geografi & Pendidikan Alam Sekitar
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Peneraju Pendidikan Negara

Kerja Lapangan

Peneraju Pendidikan Negara

OBJEKTIF
1. Memberi pendapat atau idea secara kritis dan kreatif.
2. Menghuraikan saling kaitan di antara manusia dengan alam sekitar di
lapangan.
3. Mengenal pasti masalah atau isu yang berkaitan geografi di
lapangan.
4. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah atau
isu yang berkaitan.
5. Mengaplikasi kemahiran geografi yang telah dipelajari.
6. Mensyukuri, mencintai dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.
7. Menjalankan tugasan mengikut prosedur.
Peneraju Pendidikan Negara

Proses Kerja Lapangan


Memilih isu atau tajuk

Menentukan objektif

Menentukan kaedah kajian

Merekod, mengumpul, menganalisis


data atau maklumat
Merumus dan melaporkan

Peneraju Pendidikan Negara

Panduan Pelaksanaan

Panduan Guru
Sediakan surat
Sediakan borang
Ajar Kemahiran
Geografi dahulu
Taklimat keselamatan
Membimbing murid
Menilai kerja murid

Panduan Murid
Berbincang dengan
guru
Bawa surat kebenaran
& akuan diri
Cari & kumpul
maklumat
Menulis laporan
Peneraju Pendidikan Negara

Kriteria dan Proses Kerja


KRITERIA

Perancangan

Proses awal

Laporan akhir

PROSES KERJA
Jadual kerja
Pengagihan kerja
Objektif kajian
Penentuan kaedah kajian
Mengumpul maklumat daripada pelbagai
sumber dengan menggunakan kaedah yang
sesuai
Grafik
Tafsiran konsep
Isi utama/ huraian/ contoh

Waktu
p&p

Waktu
luar p&p

Waktu
p&p

Peneraju Pendidikan Negara

Penulisan Laporan Kerja Lapangan


1. Kertas bersaiz A4
2. Format penulisan laporan mengandungi:
Tajuk kajian

Senarai kandungan

Peneraju Pendidikan Negara

KERJA LAPANGAN

PETEMPATAN DI BANDAR
BARU NILAI
Oleh:
Amni Haziqah binti Hafizi
Tingkatan 1 Ibnu Sina

Peneraju Pendidikan Negara

Senarai Kandungan
BIL.

KANDUNGAN

1.

Penghargaan

2.

Pendahuluan

3.

Objektif kajian

4.

Kawasan kajian

5.

Kaedah kajian

6.

Hasil kajian

7.

Rumusan

8.

Rujukan

MUKA SURAT

Peneraju Pendidikan Negara

Penghargaan
Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi, Pn. Azlin binti Ali kerana telah membimbing saya
menyiapkan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada rakan-rakan kumpulan iaitu Naziha binti Azizi, Audrey

Siew dan Usha a/p Ananthan kerana saling membantu mencari


maklumat. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya iaitu

Encik Hafizi bin Daud dan Puan Liza binti Manaf kerana
memberi dorongan dan semangat kepada saya.
Peneraju Pendidikan Negara

Pendahuluan
Saya dan rakan kumpulan telah bersepakat untuk
melaksanakan kerja lapangan yang berkaitan
dengan petempatan di kawasan Bandar Baru Nilai.
Saya membuat kajian tentang pola dan fungsi
petempatan di Bandar Baru Nilai. Selain itu, saya
dan rakan kumpulan turut memberi cadangan
potensi fungsi petempatan Bandar Baru Nilai pada
masa hadapan. Pemilihan Bandar Baru Nilai sebagi
kawasan kajian dibuat kerana faktor berhampiran
dengan rumah dan sekolah saya.
Peneraju Pendidikan Negara

Objektif Kajian
1. Mengenal pasti pola petempatan di Bandar Baru
Nilai, Negeri Sembilan.
2. Menyatakan fungsi petempatan Bandar Baru
Nilai, Negeri Sembilan.
3. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi fungsi
petempatan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
4. Mencadangkan fungsi petempatan Bandar Baru
Nilai, Negeri Sembilan pada masa hadapan.

Peneraju Pendidikan Negara

Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah di Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan. Saya memilih kawasan kajian ini
kerana jaraknya yang hanya 5 km dari rumah serta
sekolah saya. Bandar Baru Nilai terletak di daerah
Mukim Labu, Negeri Sembilan dan berkeluasan 623
ekar. Jarak antara Bandar Baru Nilai ke Seremban
ialah 25 km iaitu kira-kira 30 minit jika berkereta.
Bandar Baru Nilai terletak di kawasan yang strategik
kerana berhampiran dengan Putrajaya, KLIA dan
KLIA2 serta pusat membeli-belah terkenal Nilai 3.
Peneraju Pendidikan Negara

Peneraju Pendidikan Negara

Kaedah Kajian
PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian digunakan bagi mengenal pasti pola dan
fungsi petempatan di kawasan kajian.
SOAL SELIDIK
Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat
berkaitan fungsi petempatan daripada 20 orang responden.
TEMUBUAL
Kaedah temubual pula telah digunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang fungsi petempatan daripada 10 orang
responden.
SUMBER RUJUKAN
Kaedah rujukan telah digunakan bagi membuat penyelidikan
mendapatkan maklumat yang tepat.
Peneraju Pendidikan Negara

Hasil Kajian
6.1 Bandar Baru Nilai agak unik kerana merangkumi jenis
petempatan bandar dan luar bandar. Pola petempatan yang
dikenal pasti ialah pola petempatan berpusat kerana ia
merupakan sebuah bandar baharu yang mempunyai
susunan rumah dan bangunan kedai yang rapat. Selain itu
terdapat pola petempatan berjajar terutama di kawasan
kampung di mana susunan rumah dan bangunan kedai
yang dibina berderet sepanjang jalan raya. Manakala
selebihnya adalah pola petempatan berselerak kerana
rumah dibina jauh antara satu sama lain mengikut keluasan
tanah masing-masing.
6.2
Peneraju Pendidikan Negara

Rumusan
Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan, saya telah menemui
beberapa dapatan berkaitan iaitu tentang jenis pola petempatan di
Bandar Baru Nilai yang merangkumi pola petempatan berpusat, berjajar
dan berselerak. Dapatan ini dapat membantu saya memahami lebih
mendalam tentang pola petempatan kerana saya dapat melihat sendiri
pola tersebut di kawasan kajian. Selain itu saya dapat mengkaji fungsi
petempatan di Bandar Baru Nilai dan mengubungkaitkannya dengan
faktor-faktor yang mempengaruhi. Sebagai sebuah bandar baharu yang
terancang, banyak aspek yang dilihat berpotensi untuk dimajukan di
Bandar Baru Nilai. Apatah lagi Bandar Baru Nilai merupakan pintu masuk
tol bagi susur keluar Nilai di Lebuh raya PLUS. Sebagai generasi yang
dilahirkan di sini, saya berasa sungguh berbangga kerana Bandar Baharu
Nilai semakin dikenali dan berpotensi menjadi daerah yang memberi
banyak sumbangan kepada Negeri Sembilan.
Peneraju Pendidikan Negara

Rujukan
Aziz Ahmad, 2008. Nilai Sebuah Bandar Baharu.
Kuala Lumpur: Pustaka Nilai
Encik Suhaimi bin Daud, 50 tahun,
No.126, Jalan BBN 7, Taman BBN,
45600 Nilai.

Peneraju Pendidikan Negara

Tahap Penguasaan Kerja Lapangan


TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4

TAFSIRAN

Menyediakan perancangan, proses awal dan laporan akhir


yang tidak lengkap.
Menyediakan perancangan, proses awal dan laporan akhir
yang kurang lengkap.
Menyediakan perancangan, proses awal, laporan akhir yang
lengkap dan tidak tersusun.
Menyediakan perancangan, proses awal dan laporan akhir
yang lengkap dan tersusun.
Menyediakan perancangan, proses awal dan laporan akhir
yang lengkap, tepat, tersusun dan realistik.
Menyediakan perancangan, proses awal dan laporan akhir
yang lengkap, tepat, tersusun dan realistik serta menunjukkan
keaslian serta boleh dicontohi.
Peneraju Pendidikan Negara

Sekian
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Peneraju Pendidikan Negara

You might also like