Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan Temu Bual dengan Guru Cemerlang

di Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri, Seremban

Pada 12 September 2015, iaitu hari Jumaat, saya dan pasangan praktikum
saya iaitu Muhamad Firdaus Bin Johari telah menemu bual salah seorang guru
cemerlang yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri. Tujuan
temu bual ini dilakukan ialah sebagai syarat bagi memenuhi keperluan sukatan
pembelajaran bagi kursus Bina Insan Guru (BIG) yang merupakan program wajib
bagi pelajar semester 6 PISMP ambilan Januari 2013. Nama penuh guru cemerlang
yang telah kami temu bual ialah Puan Maryati binti Marzuki yang merupakan guru
cemerlang subjek Sains sejak tahun 2009. Puan Maryati sedang berkhidmat di SK
Taman Warisan Puteri, 70400 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Nombor
telefon sekolah tersebut ialah 06-6725349 manakala nombor faks pula ialah 066725439.
Dengan menemu bual Puan Maryati, saya dapat mengetahui serba sedikit
mengenai latar belakang, sifat peribadi serta kriteria untuk menjadi seorang guru
cemerlang. Puan Maryati merupakan seorang guru berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Sains). Beliau tinggal tidak jauh dari sekolah tersebut yang
beralamat no 937, Jalan Warisan Puteri A31, Taman Warisan Puteri Precent 4,
70400 Seremban, Negeri Sembilan. Nombor telefon beliau ialah 017-6060912.
Beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Paroi Jaya pada tahun 2001
sehingga 2011. Selama 10 tahun beliau di sekolah tersebut sebelum ditukarkan ke
Sekolah Taman Warisan Puteri pada tahun 2012 sehingga sekarang. Beliau
merupakan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah yang mempunyai gred DG
41. Beliau bergiat dalam bidang perguruan selama 14 tahun.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui serba sedikit tentang penglibatan
beliau. Pada peringkat daerah dan negeri, beliau menjadi Jurulatih Utama Pedagogi
Sains. Beliau seorang guru yang mennitikberatkan aspek kreativiti dan inovasi.
Beliau juga sering menerapkan Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) iaitu Teknologi
dan Komunikasi dalam Pdp selaras dengan dunia yang sedang membangun.
Sebagai contoh, beliau mengamalkan kaedah pembelajaran secara talian bagi
subjek Sains yang diajar oleh beliau. Dalam aspek kemahiran dan kepakaran khusus
pula, beliau menjadi sumber rujukan dalam Pedagogi dan Pelaksanaan IBSE dalam
Sains. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menjadi pakar rujuk dalam Pedagogi
Kreativti Sains.

Puan Maryati merupakan salah seorang guru yang berpengalaman yang


berkhidmat di Sekolah Taman Warisan Puteri yang baru ditubuhkan. Beliau banyak
memberi sumbangan terhadap sekolah tersebut. Antaranya ialah beliau menjadi
penyelaras tahun 6 dalam persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. Selain
itu,beliau turut memberi sumbangan lain seperti menjadi penyelaras unitberuniform.
Bukan itu sahaja, beliau juga pernah menjadi penyelaras Program Pasca UPSR dan
Penyelaras lawatan sambil belajar yang dilaksanakan oleh Panitia Sains.
Puan Maryati merupakan seorang yang peramah, mendidik dengan penuh
kasih sayang serta penyabar. Beliau juga berkongsi ilmu serta pengalaman yang
dilaluinya sehingga bergelar guru cemerlang. Beliau amat komited dengan kerjanya
sebagai seorang guru. Beliau menasihati guru-guru muda seperti saya agar sentiasa
menuntut ilmu serta rajin menghadiri kursus-kursus yang dijalankan. Beliau
memupuk sikap mesra dan sabar dengan murid kerana guru yang mendidik akan
mempengaruhi sikap murid serta kejayaan murid.
Di samping itu, Puan Maryati juga menasihati saya agar tidak sesekali jemu
terhadap profesion perguruan ini dan tidak mudah patah semangat. Sebagai guru
kita mestilah seronok dan cuba menghayati peranan kita sebagai seorang pendidik.
Banyak ilmu yang saya perolehi melalui temu bual ini. Sebagai tanda penghargaan,
saya dan Muhamad Firdaus

telah memberikan cenderamata berbentuk hamper

kepada beliau.
Konklusinya, program Bina Insan Guru ini telah banyak memberikan saya
pengalaman untuk menemu bual guru cemerlang. Segala ilmu dan pengalaman
yang dikongsi dapat saya jadikan pembakar semangat untuk saya terus berjuang
dalam profesion perguruan yang telah saya pilih ini. Semoga segala ilmu yang saya
perolehi ini dapat membantu saya mengikut jejak langkah Puan Maryati sehingga
layak bergelar guru cemerlang kelak.

Soalan temu bual.

Selamat pagi, puan. Puan, bolehkah saya menemu bual dengan puan?
1. Bolehkah puan ceritakan mengenai latar belakang puan?
2. Berapa lamakah cikgu bergiat dalam bidang perguruan ini?
3. Bolehkah cikgu berkongsi dengan saya kriteria untuk menjadi guru
cemerlang?
4. Apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki untuk menjadi seorang guru cemerlang?
5. Bagaimanakah menarik minat murid sepanjang kelas p n p dijalankan?
6. Bagaimanakah mencapai objektif pembelajaran pada satu sesi p n p dengan
berkesan?
7. Terima kasih atas meluangkan masa untuk memberi peluang kepada saya
menemu bual dengan puan. Semoga puan sentiasa sihat.

You might also like