PAKK Assignment

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

TUGASAN PROJEK
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
(PAKK 1014)
Nama

PATRICK LAU YEO PENG

No. K/P

970903-13-6193

No. Matriks

29849

AngkaGiliran

2015242310096

Program

PPISMP

Nama Pensyarah :

Encik Zaini Abdul Ghani


Encik Jamaluddin Bin Abdul Rahman

Tarikh Serahan

8 Sep 2015

Isi Kandungan
Bil
1.
0
2.
0

3.
0
4.
0
5.
0
6.
0

Kandungan
Pengenalan
Cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah dalam
merealisasikan konvensyen mengenai hak kanak-kanak
2.1 Hak Kehidupan

Muka Surat
3

2.2 Hak Perlindungan

4-6

2.3 Hak Perkembangan

7-9

2.4 Hak Penyertaan


Kesimpulan

9-11
11-12

Refleksi

12

Rujukan

13

Lampiran

14

1.0 Pengenalan
Dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke empat puluh empat
pada dua puluh November 1989 telah membentangkan Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak(CRC). Konvensyen Hak Kanak-kanak juga adalah sebuah konvensyen
antarabangsa yang menetapkan hak-hak sivil, politik, ekonomi, sosial, dan kulural anakanak.

Malaysia telah menerima Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dengan

beberapa reservasi pada February 1995. Konvensyen ini juga telah ditandatangani oleh
YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Disember 1994. Selain itu, konvensi mengenai
Hak Anak juga telah dinaik taraf pada 2 September 1990 selepas 30 hari dan telah diiktiraf
oleh 20 negara.
Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 juga merupakan satu dokumen yang
memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi pengabaian, penderaan,
eksploitasi dan sebagainya.Konvensyen ini diwujudkan kerana banyak negara yang
mempunyai struktur perundangan bagi kanak-kanak dan menjamin perkembangan yang
sihat untuk kanak-kanak.
Konvensyen ini juga membantu kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa
serta membantu kanak-kanak yang mudah terjejas oleh apa jua yang dilakukan atau tidak
dilakukan. Tambahan pula, konvensyen ini juga membantu kanak-kanak tidak berhak
mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi. Di samping itu, prinsipprinsip konvensyen ini adalah kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan dan kanakkanak harus mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.
Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan serta kanak-kanak harus
diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh
kehidupan mereka dan diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat mereka.
Konvensyen ini secara umum mendefinisikan seorang anak sebagai umat manusia
sesiapa yang berusia di bawah lapan belas tahun kecuali apabila telah ditentukan oleh
undang-undang negara berkenaan.

2.0 Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah dalam merealisasikan


hasrat Konvensyen Hak Kanak-Kanak
2.1 Hak Kehidupan
Antara cabarannya adalah dari segi kehidupan kanak-kanak. Hak kehidupan boleh
ditafsirkan dalam skop yang terhad untuk memastikan keperluan asas dalam peruntukan
CRC ini seperti makanan, tempat tinggal, air minuman bersih dan jagaan kesihatan. Hal
ini juga telah merangkumi hak untuk hidup dan hak unuk memperoleh standard kesihatan
dan perubatan yang tinggi.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam hak kehidupan
kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan keperluan kanak-kanak mereka.
Contohnya, makanan, air minuman yang bersih, tempat tinggal, kemudahan perubatan
terjamin dan sebagainya. Negara-negara Pihak juga mengiktirafkan bahawa setiap kanakkanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup serta juga hendaklah memastikan setakat
yang sebanyak mungkin untuk mewujudkan dalam perkembangan kanak-kanak.
Dalam perkara dua belas, Negara-Negara Pihak hendaklah meyakinkan kanakkanak yang boleh membentuk pandangannya sendiri hak untuk menyatakan pendapat itu
dengan bebas dalam semua perkara yang menyentuh kanak-kanak, pandangan kanakkanak itu diberi pertimbangan yang sewajarnya mengikut umur dan kematangan kanakkanak itu. Menurut maksud ini, kanak-kanak haruslah secara khusus diberikan peluang
untuk didengar dalam apa-apa prosiding kehakiman dan pentadbiran yang menyentuh
kanak-kanak itu, sama ada secara langsung atau melalui seorang wakil atau badan yang
sesuai, mengikut cara yang selaras dengan cara-cara tatacara undang-undang negara.

2.2 Hak Perlindungan


Seterusnya, hak perlindungan juga merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh
guru prasekolah dalam merealisasikan konvensyen kanak-kanak. Perkara ini juga
termasuk perlindungan dari diskrimininasi, penderaan dan pengabaian, perlindungan
untuk kanak tanpa keluarga dan perlindungan kepada kanak-kanak pelarian.
Dalam perkara enam belas ada menyatakan bahawa tiada kanak-kanak boleh
dikenakan gangguan atau yang meyalahi undang-undang terhadap keluarga, tempat
tinggal atau surat- menyuratnya atau kepada serangan yang menyalahi undang-undang
4

ke atas nama baik dan reputasinya. Selain itu, kanak-kanak mempunyai hak kepada
perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau serangan sedemikian. Dalam
perkara Sembilan belas juga menyatakan bahawa Negara-Negara Pihak haruslah
mengambil segala langkah perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan yang
sewajarnya bagi melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan fizikal atau
mental, kecederaan, penderaan, pengabaian atau pelakuan cuai, penganiayaan, termasuk
penderaan seksual atau mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu. Seterusnya,
langkah perlindungan sedemikian patut sebagaimana sesuai, termasuk tatacara yang
berkesan bagi mewujudkan program sosial untuk memperuntukan sokongan yang perlu
untuk kanak-kanak itu dan bagi mereka yang menjaga kanak-kanak itu, serta bagi semua
bentuk lain pencegahan dan untuk pengenalan, laporan, rujukan, rawatan dan tindakan
selanjutnya bagi kes-kes penganiayaan kanak-kanak yang diperihalkan sebelum ini dan
sebagaimana sesuai untuk penglibatan kehakiman.
Dalam perkara dua puluh juga ada menyatakan seseorang kanak-kanak yang
dilucuthakkan persekitaran kekeluargaannya secara sementara atau kekal, atau yang
mengikut kepentingan terbaiknya sendiri tidak boleh dibenarkan untuk terus tinggal dalam
persekitaran itu, berhak mendapat perlindungan serta bantuan khas yang diperuntukkan
oleh Negara. Di samping itu, Negara Pihak hendaklah mengikut undang-undang negara
mereka memastikan jagaan alternatif bagi kanak-kanak sedemikian. Contoh jagaannya
termasuk penempatan keluarga angkat, pengangkatan atau jika perlu penempatan dalam
institusi yang sesuai untuk jagaan kanak-kanak. Perhatian sewajarnya perlu diberikan
kepada baiknya kesinambungan dalam didikan kanak-kanak dan kepada latar belakang
etnik, agama, kebudayaan serta linguist kanak-kanak itu.
Seterusnya, dalam perkara dua puluh dua juga ada menyatakan bahawa NegaraNegara Pihak hendaklah mengambil cara-cara yang seharusnya bagi memastikan
bahawa seseorang kanak-kanak yang meminta taraf pelarian atau yang dianggap pelarian
mengikut undang-undang serta tatacara antarabangsa atau domestic yang terpakai
hendaklah sama ada tidak ditemani atau ditemani oleh ibu bapanya, menerima
perlindungan yang sewajarnya dan pertolongan dalam menikmati hak-hak yang terpakai
yang dinyatakan dalam Konvensyen ini dan dalam suratcara hak-hak asasi manusia
antarabangsa atau kemanusiaan yang baginya Negara tersebut menjadi Pihak.
Bagi maksud ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memperuntukkan, sebagaimana
yang dianggap wajar oleh mereka, kerjasam dalam apa-apa usaha oleh pertubuhan
antara kerajaan yang berwibawa atau pertubuhan bukan kerajaan yang bekerjasama
5

dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi serta membantu kanakkanak sedemikian serta untuk mengesan ibu bapa atau ahli keluarga lain mana-mana
pelarian kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk penyatuannya
dengan keluarganya. Dalam hal di mana tiada ibu bapa atau ahli keluarga lain dijumpai,
kanak-kanak itu hendaklah diberikan perlindungan yang sama dengan mana-mana kanak
lain yang dilucuthakkan persekitaran kekelurgannya secara kekal atau sementara bagi
apa-apa sebab sebagaimana yang dinyatakan dalam Konvensyen ini.
Dalam perkara tiga puluh dua pula, Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanakkanak untuk dilindungi daripada eksploitasi ekonomi dan daripada menjalankan apa-apa
kerja yang berkemungkinan berbahaya atau mengganggu pendidikan kanak-kanak itu,
atau

adalah

mendatangkan

keburukan

kepada

kesihatan

kanak-kanak

atau

perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan, atau sosial kanak-kanak itu.


Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil cara-cara perundangan, pentadbiran, sosial
dan pendidikan untuk memastikan pelaksanaan perkara ini. Dalam hal ini, dan setelah
mengambil kira peruntukan yang berkaitan surat cara antarabangsa yang lain, NegaraNegara Pihak hendaklah secara khusus membuat peruntukan mengenai umur atau umurumur minimum bagi kebenaran untuk bekerja dan membuat peruntukan mengenai
pengawal seliaan masa dan keadaan bekerja.
Di samping itu, perkara tiga puluh empat juga ada menyatakan bahawa NegaraNegara Pihak mengaku janji untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk
pengeksploitasikan seks dan penderaan seksual. Bagi maksud ini, Negara-Negara Pihak
haruslah secara khusus mengambil segala langkah kebangsaan, dwi pihak untuk
mencegah dorongan atau paksaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam apa-apa
amalan seks yang menyalahi undang-undang. Dalam perkara tiga puluh lima pula
menyatakan bahawa Negara-Negara Pihak hendaklah megambil segal langkah dalam
negara, dwi pihak dan berbilang pihak yang sewajarnya untuk mencegah pemelarian,
penjualan atau perdagangan haram kanak-kanak bagi apa-apa maksud atau dalam apaapa bentuk manakala dalam perkara tiga puluh enam pula menyatakan Negara-Negara
Pihak hendaklah melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk pengeksploitasian lain
yang memudaratkan mana-mana aspek kebajikan kanak-kanak itu.

2.3 Hak Perkembangan


Di samping itu, hak perkembangan termasuk semua jenis pendidikan iaitu formal
atau non-formal serta hak kepada standard of living yang mana meliputi fizikal, mental,
kerohanian, moral dan sosial melalui pendidikan formal, penjagaan kesihatan yang baik,
peluang untuk turut serta dalam aktiviti sosial, ekonomo, keagamaan dan politik serta
bebas dari diskriminasi.
Dalam

perkara

enam

ada

menyatakan

bahawa

Negara-Negara

Pihak

mengiktirafkan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan
hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan
perkembangan kanak-kanak. Perkara tujuh juga menyatakan bahawa Negara-Negara
Pihak hendaklah memastikan pelaksanaan hak ini mengikut undang-undang negara
mereka dan obligasi mereka di bawah surat cara antarabangsa yang berkaitan dalam
bidang ini, terutama jika, kanak-kanak itu selainya menjadi tanpa kewargangaraan
manakala perkara dua belas adalah Negara-Negara Pihak hendaklah meyakinkan kanakkanak yang boleh membentuk pandangannya sendiri hak untuk menyatakan pendapat itu
dengan bebas dalam semua perkara yang menyentuh kanak-kanak, pandangan kanakkanak itu diberi pertimbangan yang sewajarnya mengikut umur dan kematangan kanakkanak itu.
Seterusnya, Kanak-kanak hendaklah berhak kepada kebebasan bersuara.
Contohnya, kebebasan untuk mencari, menerima dan menyampaikan semua jenis
maklumat dan idea, tanpa mengira sempadan, sama ada secara lisan, bertulis atau
cetakan, dalam bentuk lukisan atau melaui apa-apa media lain yang dipilih oleh kanakkanak itu. Penggunaan hak ini boleh tertakluk kepada sekatan tertentu tetapi sekatan itu
hendaklah hanya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan perlu untuk
menghormati hak atai reputasi orang lain atau demi melindungi keselamatan negara atau
ketenteraman awam serta kesihatan awam atau kemoralan yang dinyatakan di perkara
tiga belas. Pada perkara empat belas pula Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati
hak kanak-kanak kepada kebebasan berfikir, berhati nurani dan beragama. Dan
hendaklah menghormati hak serta kewajipan ibu bapa dan, jika berkenaan, penjaga di sisi
undang-undang, demi menunjukkan hala tuju kepada kanak-kanak itu dalam menjalankan
haknya mengikut cara yang selaras dengan keupayaan berkembang kanak-kanak itu.
Kebebasan untuk menunjukkan agama atau kepercayaan seseorang dengan ketara boleh
juga tertakluk hanya kepada batasan-batasan tertentu sebagaimana yang ditetapkan oleh
7

undang-undang dan adalah perlu untuk melindungi keselamatan awam, ketenteraman


awam, kesihatan awam atau kemoralan.
Menurut perkara tujuh belas pula, Negara-Negara Pihak mengiktiraf fungsi penting
yang dilaksanakan oleh media massa dan hendaklah memastikan bahawa kanak-kanak
itu mempunyai akses kepada maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber
kebangsaan dan antarabangsa, terutamanya maklumat dan bahan yang ditujukan kepada
penggalakan kesejahteraan sosialnya, kerohaniannya dan kemoralannya. Dalam hal ini,
Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan media massa menyebarkan maklumat
dan bahan mengenai faedah sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak dan megikut
semangat perkara dua puluh Sembilan serta menggalakan kerjasama anatrabnagsa
dalam penghasilan, pertukaran dan penyebaran maklumat dan bahan sedemikian
daripada pelbagai sumber kebudayaan, kebangsaan dan antarabangsa.
Dalam perkara dua puluh empat pula, Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak
kanak-kank untuk menikmati standard kesihatan yang boleh dicapai yang paling tinggi dan
kepada kemudahan rawatan bagi penyakit dan pemulihan kesihatan. Negara-Negara
Pihak hendaklah berusaha untuk memastikan bahawa tiada kanak-kanak dilucuthakkan
aksesnya kepada perkhidmatan jagaan kesihatan sedemikian. Negara-Negara Pihak
haruslah meneruskan pelaksanaan sepenuhnya hak ini dan hendaklah mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan kematian bayi dan kanak-kanak
serta untuk memastikan peruntukan bantuan kesihatan dan rawatan kesihatan yang perlu
kepada semua kanak-kanak dengan penekanan kepada perkembangan jagaan kesihatan
yang

utama.

menggalakkan

Negara-Negara
kerjasama

Pihak

megaku

antarabangsa

dengan

janji

untuk

tujuan

mempromosikan

untuk

mencapai

dan

secara

berperingkat realisasi yang sepenuhnya hak yang diiktirafkan dalam perkara ini. Dalam hal
ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara
membangun.
Menurut perkara dua puluh lapan pula, Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak
kanak-kanak kepada pendidikan, serta dengan tujuan bagi mencapai hak ini secara
berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah secara
khususnya menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma
kepada semua serta menggalakkan perkembangan pendidikan menegah dalam pelbagai
bentuk, termasuk pendidikan m dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka
kepada tiap-tiap kanak-kanak, serta mengambil langkah yang sewajarnya seperti
memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika
8

diperlukan untuk menjadikan pendidikan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan
melalui setiap cara yang sewajarnya dan juga menjadikan maklumat pendidikan dan
vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak. Mereka
juga menawarkan untuk mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran
secara tetap di sekolah serta mengurangkan kadar keciciran. Negara-Negara Pihak
hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya bagi memastikan bahawa disiplin
sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak serta
dengan menepati Konvensyen ini. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan
menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan
pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan
dan buta huruf di seluruh dunia serta memudahkan akses kepada pengetahuan sainstifik
dan teknik serta kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusu
haruslah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.
Dalam perkara dua puluh Sembilan pula, Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa
pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan kepada perkembangan personality,
bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling
tinggi dan juga perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi,
dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Tambahan pula, perkembangan rasa hormat bagi ibubapa kanak-kanak itu,
negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada,
tamadunnya sendiri serta penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab
dalam masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi,
kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik,
kebangsaan dan agama serta orang yang asal usulnya penduduk asli.
2.4 Hak Penyertaan
Hak penyertaan merangkumi hak kanak-kanak kepada maklumat, mengemukakan
pandangan dalam semua hal yang melibatkan atau memberi kesan kepada mereka,
bertemu dengan kawan-kawan serta menyertai atau menubuhkan pertubuhan. Dalam
perkara dua belas, Negara-Negara Pihak haruslah meyakinkan kanak-kanak yang boleh
membentuk pandangnya sendiri hak untuk menyatakan pendapat itu dengan bebas dalam
semua perkara yang menyentuh kanak-kanak, pandangan kanak-kanak itu diberi
pertimbangan yang sewajarnya mengikut umur dan kematangan kanak-kanak itu. Bagi
maksud ini, kanak-kanak hendaklah secara khusus diberikan peluag untuk didengar
dalam apa-apa prosiding kehakiman dan pentadbiran yang menyentuh kanak-kanak itu,
9

sama ada secara langsung atau melalui seorang wakil atau badan yang sesuai, mengikut
cara yang selaras dengan kaedah-kaedah tatacara undang-undang negara.
Kanak-kanak hendaklah berhak kepada kebebasan bersuara, hak ini hendaklah
termasuk kebebasan untuk mencari, menerima dan menyampaikan semua jenis maklumat
dan idea, tanpa megira sempadan, sama ada secara lisan, bertulis atau cetakan, dalam
bentuk lukisan atau melaui apa-apa ,media lain yang dipilih oleh kanak-kanak itu.
Penggunaan hak ini boleh tertakluk kepada sekatan tertentu sekatan itu hendaklah hanya
sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan adalah perlu untuk
menghormati hak atau reputasi orang lain atau untuk melindungi keselamatan negara atau
ketenteraman awam atau kesihatan awam atau kemoralan manakala Negara-Negara
Pihak megiktiraf hak kanak-kanak kepada kebebasan berpersatuan dan kebebasan
berhimpun secara aman. Tiada sekatan boleh diletakkan megenai penggunaan hak ini
selain sekatan yang dikenakan bagi menepati undang-undang dan yang perlu dalam
masyarakat masyarakat demokratik demi kepentingan keselamatan negara atau
keselamatan awam, ketenteraman awam, perlindungan kesihatan awam atau kemoralan
atau perlindungan hak dan kebebasan orang lain.
Menurut perkara tujuh belas, Negara-Negara Pihak mengiktiraf fungsi penting yang
dilaksanakan oleh media massa dan hendaklah memastikan bahawa kanak-kanak itu
mempunyai akses kepada maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber kebangsaan
dan antarabangsa, terutamanya maklumat dan bahan yang ditujukan kepada penggalakan
kesejahteraan sosialnya, kerohaniannya dan kemoralannya serta kesihatan fizikal dan
mentalnya. Dalam hal ini, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan media massa
menyebarkan maklumat dan bahan mengenai faedah sosial dan kebudayaan kepada
kanak-kanak dan megikut semangat perkara dua puluh Sembilan dan menggalakkan
kerjasama antarabangsa dalam penghasilan, pertukaran dan penyebaran maklumat dan
bahan

sedemikian

daripada

pelbagai

sumber

kebudayaan,

kebangsaan

dan

antarabangsa.
Negara-Negara Pihak akan menggalakkan penghasilan dan penyebaran buku kanakkanak, menggalakkan media massa untuk member perhatian tertentu kepada keperluan
linguistic kanak-kanak yang tergolong dalam kumpulan minority atau yang merupakan
pendudk asli serta menggalakkan perkembangan garis panduan yang sewajarnya bagi
perlindungan

kanak-kanak

daripada

maklumat

dan

bahan

yang

menjejaskan

kesejahteraannya dengan mengingati peruntukan perkara tiga belas dan lapan belas.
10

Dalam perkara lapan belas pula, Negara-Negara Pihak haruslah menggunakan


usaha terbaik mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu
bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.
Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang
mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan serta perkembangan kanak-kanak.
Kepentigan terbaik kanak-kanak akan mejadi perhatian asas. Bagi maksud menjamin dan
menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak
hendaklah memberi pertolongan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi
undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan
hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi
jagaan kanak-kanak. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang
wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak
mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka
layak.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kanak-kanak adalah asset yang paling penting kepada negara
dan anugerah yang tidak dapat diganti kepada ibu bapanya serta kanak-kanak merupakan
pewaris kegemilangan negara. Tambahan pula, kita boleh melakukan sesuatu yang
menarik untuk memastikan kanak-kanak mendapat jagaan sewajarnya dalam semua
bidang. Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak juga melindungi masa depan kanakkanak dengan memberi penekanan kepada empat elemen utama, iaitu kehidupan,
perlindungan, pembangunan, dan penyertaan kanak-kanak.
Hal ini telah menjelaskan bahawa masa depan kanak-kanak menjadi sebahagian
daripada komitmen kerajaan. Oleh sebab itulah, Hari Kanak-Kanak Sedunia harus
disambut sebagai tanda penghargaan kepada kanak-kanak. Tambahan pula, sambutan ini
juga dapat menjadi tanda pengiktirafan kerajaan serta masyarakat tentang kebajikan,
masa hadapan, dan kesejahteraan kanak-kanak. Oleh iu, sambutan ini dianggap sebagai
tanda penghargaan kepada seluruh kanak-kanak apabila semua orang dewasa
menunjukkan komitmen mereka kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi tampuk
pemerintahan negara.
Akhir sekali, jika kanak-kanak hari ini dibentuk jiwa mereka dengan sempurna,
mereka tidak akan menghampakan kita dan sudah tentu merekan akan menjadi generasi

11

yang terbilang dan mampu memelihara serta meletakkan negara ini pada tahap yang lebih
cemerlang dan gemilang.
4.0 Refleksi
Melalui tugasan ini, saya dapat memperoleh banyak pengalaman sepanjang
melakukan tugasan ini. Subjek ini telah memberi pengajaran kepada saya untuk menjadi
seorang yang lebih berdikari serta lebih prihatin. Selain itu, saya juga telah memahami
bukan setakat mendengar kuliah di dalam bilik sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan.
Saya juga akur bahawa bukan senang bagi membuatkan semua individu minat kepada
ilmu pengetahuan yang disampaikan dan cuba sedaya upaya bagi mempelbagaikan
kaedah penyampaian maklumat.
Apabila melakukan tugasan ini terdapat beberapa masalah yang saya hadapi.
Masalah yang saya hadapi ialah masalah tentang pemahaman Cabaran Konvensyen Hak
Kanak-Kanak pada mulanya kerana saya tidak pernah membuat tugasan berikut. Oleh itu,
saya pergi ke perpustakaan untuk mencari sumber di sana serta menanya pensyarah dan
abang-abang senior untuk membantu dalam tugasan ini. Hal ini merupakan cabaran yang
agak sukar bagi saya.
Di samping itu, melalui tugasan ini saya juga telah dapat mengakplikasikan
nilai-nilai murni dalam hidup. Contohnya, nilai kerajinan, tanggungjawab, keadilan,
kepercayaan kepada Tuhan dan kesantunan. Nilai-nilai inilah yang membantu saya untuk
menjadi seorang bakal guru yang berakhlak mulia. Oleh itu, tugasan ini telah membantu
saya menjadi seorang anak muda yang berwawasan.
Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya kerana beliau sentiasa mendorong saya kea rah yang baik serta menjadi
suri teladan kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini serta berasa bertuah kerana
dapat belajar subjek ini dengan pensyarah kami untuk melahirkan anak watan Malaysia.

12

5.0 Rujukan
Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2013) Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak.

Dirujuk

pada

(3

September

2015).

http://www.jkm.gov.my/content.php?

pagename=konvensyen_mengenai_hak_kanak-kanak&lang=bm
Wikipedia Ensiklopedia bebas. (3 Mac 2015) Konvensyen Hak Kanak-Kanak. Dirujuk pada
(3 September 2015). https://ms.wikipedia.org/wiki/Konvensyen_Hak-Hak_Anak
Bahagian Perundangan dan Advokasi. (4 April 2011) Konvensyen Mengenai kanak-kanak.
Dirujuk pada (3 September 2015). http://www.unicef.org/malaysia/CRC-JKMbookletMalay.pdf
Naljie1989. (2 Ogos 2012) Hak Asasi Kanak-Kanak Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak. Dirujuk pada (4 September 2015). http://naijie1989.blogspot.my/2012/07/hakasasi-kanak-kanak-konvensyen.html
Intan Nurbaizurra Mohd Rosmi. (21 April 2015) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak
1989.

Dirujuk

pada

(4

September

2015).

http://www.slideshare.net/IntanNurbaizurraMohdRosmi/konvensyen-mengenai-hak-kanakkanak-1989
Wong Kiet Wah. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak 2005. (2005). Kuala Lumpur: Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Maaysia (SUHAKAM).
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak. (1999). Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia.
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak. (2000). Petaling Jaya: Era Consumer Malaysia.
Mok, S. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia.
Murbiar, A. (1994). Perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.

13

6.0 Lampiran

14

You might also like