Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN AJK PERALATAN KELAB PENCINTA ALAM

Pada 7 April 2016 yang lalu, seramai 15 orang guru pelatih dan dua pensyarah pembimbing
dari 6 PISMP Pengajian Melayu telah melaksanakan program melukis mural di S. K Sidam
Kiri.
Sebelum
Pada mulanya kelab kami telah merancang ingin melaksanakan program
membersihkan kawasan rekreasi SEDIM Kulim, Kedah. Tetapi disebabkan beberapa
perkara yang tidak dapat dielakkan, kami telah memutuskan untuk melaksanakan program
melukis mural di sekolah tersebut.
Kami juga telah dimaklumkan bahawa segala peralatan untuk aktiviti tersebut telah
disediakan oleh pihak sekolah. Bagaimanapun kami juga telah memutuskan untuk
membawa anak pokok untuk ditanam di sekolah tersebut.
Semasa
Kami tiba di sekolah tersebut pada jam 8.45 pagi. Program dimulakan dengan kata-kata
aluan dan taklimat daripada guru besar, pensyarah pembimbing, serta guru pembimbing
yang bertanggungjawab dalam tugasan kami melukis mural. Kami telah dibahagikan kepada
tiga kumpulan untuk tiga tempat.
Antara peralatan yang telah disediakan ialah cat, berus, kapur, dan berus bulat.
Semua guru pelatih telah memberi kerjasama dan melibatkan diri dengan aktif sepanjang
perlaksanaan program tersebut.
Selepas
Aktiviti melukis mural telah selesai pada jam 2.00 petang. Semua guru pelatih telah
berkerjasama membersihkan dan mengemas semula kawasan tugasan kami. Segala
peralatan yang telah digunakan telah dicuci dengan bersih, kemudian disimpan di tempat
yang telah ditetapkan. Peralatan-peralatan yang telah diguna telah dikembalikan dalam
keadaan yang baik.

Yang benar,

(FAZRINA BINTI MOHD TAMIRI)


AJK Peralatan.

You might also like